Saturday, July 30, 2011

PROJEK ORANG PENCEN YANG BARU NAK MULA.

Tak berapa lama dulu saya ada buat entri bertajuk "PERANCANGAN SEORANG PENCEN YANG BELUM MENJADI" di sini.

Masa itu saya cerita tak dapat nak buat apa-apa sebab sakit belakang. Kini sakit belakang saya sudah sembuh 98.74 % setelah 3 kali berurut dengan seorang tukang urut yang sangat kejam dalam melaksanakan urutanya tanpa sedikit pun menaruh perasaan belas kasihan kepada pesakitnya yang terjerit terlolong.

Ada juga  kerja-kerja pertukangan saya yang telah berjalan.  Misalnya tukang hantar dan ambil anak dari sekolah telah berjalan sepenuhnya.  Pengalaman menghantar dan mengambil anak ini juga boleh di buat satu entri.  

Perancangan saya untuk membaca buku-buku yang terkumpul sejak sekian lama, telah pun dimulakan. Buat masa ini saya tak mahu lagi beli buku baru. Rasa tak adil pulak dekat buku-buku lama.



Sebahagian dari buku-buku yang dimaksudkan. Kesemuanya terdapat tiga rak yang bertingkat-tingkat seumpama ini untuk menempatkan koleksi buku saya.


Perancangan untuk bersenam telah masuk ke peringkat 3.  Peringkat pertama:  Timbul kesedaran akan berat badan sudah berlebihan. Peringkat ke 2:  Memikirkan dan menetapkan pilihan terbaik untuk mengurangkan berat badan itu. Peringkat ke 3: Membeli atau mendapatkan peralatan untuk melaksanakan pilihan yang telah di buat. Peringkat 4: Melaksanakan pilihan yang telah dibuat.

Kasut dah beli. Ini bermakna kesedaran itu dah ada untuk melakukan senaman dengan memilih cara berjalan.  Ini kira sudah masuk peringkat ke 3 sebelum masuk kepada peringkat ke 4.

Buat masa ini saya tangguhkan dulu peringkat 4 itu kerana pertamanya di sebabkan sakit belakang belum sembuh 100% dan ke duanya kerana bulan puasa dah tiba. Saya bercadang nak mula menggunakan kasut itu selepas habis orang buat rumah terbuka nanti.

Nota kaki: Sebenarnya saya nak tayang kasut tu kat KTS disebabakan entrinya yang ini.



26 comments:

  1. betul tu.kasut tu boleh pakai time pergi rumah terbuka time raya nanti.balik je terus lari.jgn naik kereta.

    ReplyDelete
  2. bagus tu ada semangat nak bersenam,sihat badan, cergas minda

    semoga perancangan pakngah menjadi ye..

    ReplyDelete
  3. hahaha.. mmg xtahan baca yg ni "Ada juga kerja-kerja pertukangan saya yang telah berjalan. Misalnya tukang hantar dan ambil anak dari sekolah telah berjalan sepenuhnya." ;p

    ps: tun penah gk pergi mengurut, lps accident masa zaman2 sekolah dulu.. fuhh.. mmg 'terbaik', kalau x control jerit, satu kampung blh dgr. lg sakit dr accident!

    ReplyDelete
  4. saya pantang diurut. nanti kang keje nak menendang aje kang.

    *rumah terbuka lambat lagi uncle. sempat tambah kilo tu. :p

    ReplyDelete
  5. uncle, mase bulan pose pun bole running juge pakai kasut baru tue. uncle beli treadmill, then lari dalam 15 minit lepas solat terawikh. konfirm penuh stamina lepas sebulan buat. :)

    ReplyDelete
  6. Salam Pak Ngah...
    Amalan semasa bekerja dulu tetap diteruskan wpun dah pencen , Pak Ngah...siap ada 4 peringkat lagi...tabik!!! untuk Pak Ngah...he..he..
    p/s..semoga apa yg. Pak Ngah rancangkan akan terlaksana dan Selamat berpuasa untuk Pak Ngah dan Mak Ngah...raya nanti nak terjah rumah Pak Ngah, boleh?....:)lawak aje..

    ReplyDelete
  7. As-Salam. Hebatlah al-Lavendari dapat wujudkan pelan rasmi utk diri yg pencen! Cukup dgn KPInya semua ka? Ingat boleh intai buku-buku apa yg al-Lavendari nak baca tu, tapi ada kabus pula depan rak buku tu.

    Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga segala amalan sepanjang Ramadhan diberkati dan diredhai Allah.

    ReplyDelete
  8. salam - ni KPI ke atau NKRA?

    peringkat 4 tu rasanya kena tangguh tahun depan - sebab rumah terbuka sampai sebulan syawal - lepas tu rumah terbuka untuk kenduri pi haji - lepas tu dah masuk bulan hujung 11-12 - musim hujan melanda negara ni - salah hemat banjir Lavender Height walaupun 'tinggi' !

    selamat menyambut ramadhan al-mubarak

    ReplyDelete
  9. PLAN dah ok. DO aje yang masih dot..dot..dot..

    ReplyDelete
  10. Projek yang mmg ada rancangan yang teliti..
    bak kata IM, DO nya jer...
    hehehe

    PS: ambil berkat bulan ramadhan, mana tau.. berat badan boleh stabil..selamat menjalani ibadat Puasa utk Komensen sklrg

    ReplyDelete
  11. puasa la bagus utk kuruskan badan. 2 jam sebelum berbuka boleh start slow jog...

    ReplyDelete
  12. satu perkembangan yang baik...

    ReplyDelete
  13. MONALEA

    SATU CADANGAN YANG BAIK .. TAPI SUKAR UTK DILAKSANAKAN. HEHE

    ReplyDelete
  14. SAYANGSAYANGIBU

    INSYAALLAH KALI INI MENJADI. KOT ?

    ReplyDelete
  15. TUN_TELANI

    AWAK PERNAH MENGURUT ATAU KENA URUT ? ADA BEZA TU !

    SELALUNYA ORANG YANG MENGURUT TAK MENJERIT MACAM TU ! HEHE

    ReplyDelete
  16. GADISBUNGA

    TERIMA KASIH ATAS MOTIVASI AWAK TU.

    ReplyDelete
  17. MASZUBER

    MEMANG DAH LAMA ADA TREADMILL KAT RUMAH. RASANYA DAH LEBIH 10 TAHUN BELI. RAJIN GUNA HANYA PADA BULAN PERTAMA SAHAJA. SEKARANG DAH JADI TEMPAT GANTUNG TUALA.

    ReplyDelete
  18. AZI

    SALAM KEMBALI

    JANGANLAH MELAWAK. KALAU NAK TERJAH, TERJAHLAH BETUL2. RUMAH PAKNGAH MEMANG SEDIA UNTUK DITERJAH.

    ReplyDelete
  19. ABANG TEMUK

    ALAIKUMSALAM

    SEGAN NAK TUNJUK BUKU2 TU .. JUDULNYA MACAM BUKU BUDAK TADIKA.

    SELAMAT JUGA BUAT ABANG MENJALANI IBADAH PUASA.

    ReplyDelete
  20. SONATA

    INI KPIKRA ..

    KALAU BEGITU, KASUT TU MASUK KOTAK BALIKLAH ! HEHE

    ReplyDelete
  21. INSAN MARHAEN

    KATA ORANG "PLAN ITU SEPARUH DARI KEJAYAAN". ORANG MANA CAKAP, SAYA PUN DAH TAK INGAT.

    ReplyDelete
  22. CITARASA RINDUAN

    ORANG PUTIH KAT KAMPUNG SAYA KATA JANGAN GAGAL UNTUK MERANCANG.

    ReplyDelete
  23. MENTIBANG LAUT

    ORANG BUJANG MACAM AWAK BOLEHLAH .. MASA 2 JAM SEBELUM BUKA TULAH NAK BUAT MACAM2. NAK BELI AIR SOYA, AYAM PERCIK DSB.

    ReplyDelete
  24. ABU MUAZ

    MEMANG BANYAK YANG DAH KEMBANG TERUTAMANYA BHG PERUT DAN PINGGANG.

    ReplyDelete
  25. adakah awak encik sindirela yg kita cari tu?

    serupalah dgn kasut yg kita jumpa sebelah hari tu.

    :P

    ReplyDelete
  26. awak berurut kat rumah urut yg mana satu?
    .
    .

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.