GadisBunga said...
*uncle, mana yg stori mori panjang tu buat le part by part. hihi~
Saya akur kepada saranan GadisBunga seperti di atas. Terimalah part 1.
Sedikit intro. Gambar-gambar di bawah dirakamkan semasa persinggahan kami dalam perjalanan balik ke Malaysia selepas habis edah tempoh berkhidmat di Amerika. Masa tu keyakinan amat tinggi. Dari airport, sewa kereta dan cari hotel. Kesana ke mari beberapa hari, kami berempat merayap tanpa ditemani oleh sesiapa. Sikit pun kami tak takut sesat. Nak sesat ke mana .. dalam pulau. Kalau sesat pun tak kan sampai ke Senawang.
Gambar 1. Di hadapan bangunan Polynesian Cultural Centre.
Gambar 2: Penari dari pusat tersebut membuat persembahan selamat datang .. kot ?
Gambar 3: Sekejap je Kakngah dah pandai menari macam pakcik kat atas tu.
Gambar 4: Masih lagi menikmati tarian yang mereka persembahkan.
Nasib baik Makngahnya tak tiru !
Gambar 5: Menikmati keindahan pantainya yang airnya sampai ke Port Dickson.
Gambar 6: Macam Pendatang Tanpa Izin sedang di bawa ke depot tahanan.
Gambar 7: Di beranda hotel tempat kita orang menginap. Makan ada sikit masalah.
Mata Makngahnya tak rosak .. gambar tu yang rosak sikit !
Mata Makngahnya tak rosak .. gambar tu yang rosak sikit !
Gambar 8: Masih lagi di Hawai .. jalan-jalan cari nasi lemak.
Gambar 9: Kereta berwarna putih sebelah kiri gambar tu adalah kereta yang kita sewa untuk beberapa hari semasa di sana.
Gambar 10: Dah tak ingat duduk-duduk ni tunggu apa !
Gambar 11: Kita ada juga beli beberapa cenderamata di sini.
Yang masih ada hanyalah rantai kunci. Yang lain-lainnya entah ke mana pergi.
Nota kaki: Nantikan entri Hawai 2 dalam masa terdekat. (Tak tahulah dekat tu berapa dekat)
nape pakngah tak ikut menari sekali... ;p
ReplyDeleteKakak suka baca N3 macam nie. Seronok. Mak Ngah cantik dari dulu sampai sekakrang ye. Tuan kurus lagi kehkehkeh....
ReplyDeleteSalam Pak Ngah, teruskan citer, tak per kita orang semua tunggu..take yr time..
ReplyDeletehe he he
Seronoknya bila banyak perkara manis yang boleh dijadikan kenang-kenangan. :)
ReplyDeletelawa si pencuri kelbu.. :)
ReplyDeletewahhh! gambar lama best2! hawaii gelek2! hehhe! wah aunty sangat cantik lah! suka tengok! :)
ReplyDeletewaa...dah pernah sampai Hawaii eh? jelesnya...
ReplyDeletenasib baik tiap gambar ada keterangannya...tak kalu mati2 saya ingat gambar no 6 tu PATI jaman bilalah tu gaknya...keh3...
salam tuan.
ReplyDeleteseronok ke kat Hawaii tu? :)
hensem pakngah dulu.. (",)
ReplyDeletep/s: sekarang pun tetap hensem..
Assalam Pak Ngah..
ReplyDeletePak Ngah..Bertuah Pak Ngah dapat Mak Ngah..cantik dulu sampai sekarang....tapi Pak Ngah pun hensem jugak..kalau tak, Mak Ngah tak berkenan le..:)
"kami berempat merayap tanpa ditemani oleh sesiapa."
ReplyDeletesy cuba membygkan awak ber4 merayap. tapi... hish. terbyg benda lain pula yg merayap.
.
.
.
.
:)
rajin awak scan gambar2 tu
ReplyDelete.
.
jgn lupa masukkan balik dlm album ehhhhh
:P
jumpa ke nasi lemak nak hawii tu uncle...? :D
ReplyDelete*terima kasih sebab amik cadangan saya. nasib baik saya tak cadangkan uncle taruk satu gambo untuk satu entri. ihihi!!!
1984.. hmm.. masa tu sy masih dlm perut mama lg.. hihi..
ReplyDeletelucu tgk gmbr PATI tuu =)
Memang nostalgia ni pakngah...
ReplyDeleteSuka betul tengok makngahnya. Dari dulu sehingga kini memang cantik, ayu, sweet aje..:)
ada jumpa geng Hawaii Five-O tak?
ReplyDeletetehehe
Sallam Tuan Haji,
ReplyDeleteSuka tengok Tuan Haji masa muda, rupa ada macam penyanyi terkenal dari seberang, penyanyi favourate saya.
Makngah nya plak jelita, tak puas mata memandang.
Tuan haji sekeluarga banyak keliling dunia masa muda yee..luas pengalaman tu..
Salam,
ReplyDeletemasa tu abang tak lulus lesen bawa kapal...kalau tidak boleh balik dari Hawwai naik kapal perang.
salam p.ngah...
ReplyDeletesukenya saya sesekali dpt curi masa singgah kt blog p.ngah nie..(tmpng panggil p.ngah pd tn. haji cam kawan2 lain...rasa mesra cam anak2..he..)...
x sbr nk follow citer seterusnya... tp apa yg nk saya ckp sblm taip komen nie ialah..ISTERI p.ngah sgt cantik!:D
SAYANGSAYANGIBU
ReplyDeleteNENGOK PENARINYA TAK NAIK SEMANGAT PULAK NAK MENARI !
KAKZAKIE
ReplyDeleteSUKA BACA YE ? NANTI SAYA BUAT LAGI. BANYAK LAGI GAMBAR TETAPI LETAKNYA BERTERABUR. TIDAK SETEMPAT. MASA TU SAYA MASIH KURUS LAGI. SEKARANG PUN BADAN SAYA TAK GEMOK, CUMA PERUT JE YANG BESAR SIKIT.
MARINA MONROE
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. PAKNGAH SEKARANG PAKAI DUA PELAN ... PELAN PELAN !
KAKCIK
ReplyDeleteNASIB BAIK ADA BLOG, BOLEH DIKONGSIKAN. KALAU TIDAK SIAPA NAK MENGENGOKNYA KAT RUMAH.
ANAA
ReplyDeleteRAMAI JUGA ORANG CAKAP CENGGITU !
IEDA AL-HABSYI
ReplyDeleteKECIK HATI UNCLE SEBAB AWAK SUKA TENGOK AUNTY JE ! HEHE
QUEENIE
ReplyDeleteKENAPA PULAK NAK JELES ? BILA2 PUN BOLEH PERGI. BUKAN JAUH SANGAT, KAT PORT DICKSON JE.
PATI = PELANCONG ASING TETAMU ISTIMEWA !
SIS INTAN
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
KALAU SORANG2 TAK SERONOK KOT !
FUAD ANSARI
ReplyDeleteTERIMA KASIH .. HANYA ORANG LELAKI SAHAJA YANG DAPAT MENGHARGAINYA.
TAPI SEBENARNYA AWAK TAKUT NAK PUJI MAKNGAHNYA KAN ?
AZI
ReplyDeleteALAIKUMSALAM
BARU PERTAMA KALI PAKNGAH MENDAPAT PUJIAN YANG SEIMBANG .. TIDAK BERAT SEBELAH ! TERIMA KASIH.
KTS 1
ReplyDeleteJANGAN SUKA MEMBAYANGKAN YANG BUKAN2 .. NANTI TIDUR MALAM MENGIGAU.
KTS 2
INSYAALLAH AKAN SAYA KERJAKAN.
GADISBUNGA
ReplyDeleteTAK JUMPA .. KALAU AWAK BUKA SATU GERAI, PASTI TAK MENANG TANGAN.
KALAU TARUK SATU GAMBO SATU ENTRI, SAMPAI BILA NAK HABIS ?
TUN TELANI
ReplyDeleteUNCLE PUN LUCU TENGOK GAMBAR UNCLE MASA MUDA-MUDA DULU.
PATI TU BERMAKSUD PELANCONG ASING TETAMU ISTIMEWA KAN ?
YUS
ReplyDeletePAKNGAH PUN TAK TAHU NAK JAWAB APA BILA ORANG ASYIK PUJI MAKNGAHNYA.
NASIB BAIK DIA TAK BACA ENTRI INI .. KALAU TIDAK, LAMBATLAH MAKAN MALAM INI JAWABNYA.
MAKDARA
ReplyDeleteSAYA PUN TERCARI-CARI JUGA .. TAPI TAK BERJUMPA PULAK !
LIPISLADY
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
TERIMA KASIH KERANA MEMBERI PUJIAN YANG TIDAK BERAT SEBELAH.
TAPI SETAHU SAYA TIDAK ADA PENYANYI TERKENAL DARI SEBERANG YANG HENSEM MACAM SAYA. HEHE
ABG ZIMMY
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
SAYA TAKUT NAIK KAPAL .. MABUK LAUT.
PYNGEES
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
PAKNGAH PUN BERBANGGA BILA ORANG PANGGIL PAKNGAH. MACAM ANAK2 BUAH JE DAN LEPAS INI BOLEHLAH DI SURUH ARAH. HEHE
TERIMA KASIH KERANA MEMUJI MAKNGAHNYA. NANTI PAKNGAH TAK BERITAHU DIA. OK !
Nape uncle tak keluarkan gambar uncle menari hula hula tu? Hehe..
ReplyDeleteAgak2 skang ni Kak Ngah pandai lg ke kalau disuruh nari tarian welcome to hawaii tu? :P
ReplyDeleteLawo giler Makngah..
Polynesian tu bukan antara manusia terawal yang ditemui oleh pengkaji purba ke?
ReplyDeleteSaya dari dulu lagi suka pandang MAKNGAH yang sungguh ayu jelita. Aduhhh... Teringinnnya nak jumpa berdepan-depan. Mesti lebih cantik, kan?
ReplyDeleteBeruntung Pak Ngahnya!
Itu kisah kasi sambungggggggg.....!
uncle....byk negara uncle dah melancong...tu la saya baru gi Medan...huhuuu......saya dah comment dah entry Medan uncle, best laaaa time uncle....heeeee...
ReplyDeletewah..
ReplyDeletesukanya tengok gambar dulu-dulu..klasik....;-)
salam Tuan..
ReplyDeleteperghh..cermin mata besar
ala Boery Marantika..tu yang
tak boleh tahan tu..
:D
TERIMA KASIH SUDI SINGGAH
DAN KOMEN DI BLOG SAYA
DAN JANGAN LUPA DATANG LAGI
www.zulkbo.com
kenangan tuu.. :)
ReplyDeleteSUFIA
ReplyDeleteUNCLE TAK MINAT MENARI DARI DULU, SEKARANG DAN SELAMANYA. HEHE
CIK SHINJU
ReplyDeleteNANTI BILA KAKNGAH BALIK, PAKNGAH AKAN AJUKAN SOALAN YUN INI.
IM
ReplyDeleteTAK TAHU PULAK SAYA .. SAYA INGATKAN NABI ADAM MANUSIA YG TERAWAL !
AZIEAZAH
ReplyDeleteCANTIK DULU DENGAN SEKARANG MANA NAK SAMA CIK AZIE OI !
ITU KISAH LEBIH KURANG JUGA. TAK ADA YANG MENARIK SANGAT PUN.
uncle mmg nampak segak dalam gambar klasik ni..hehe
ReplyDeleteEMME
ReplyDeleteTAK APA .. AWAK MASIH MUDA LAGI. SIMPAN DUIT. SEKARANG DAH MURAH .. AIR ASIA DAH ADA.
ILA
ReplyDeleteTAPI LECEH NAK KENA SCAN, CROP BAGAI. VERY TIME CONSUMING YOU KNOW !
TAK MACAM KAMERA DIGITAL SEKARANG .. SAMBUNG JE KAMERA KAT KOMPUTER...
ZULKBO
ReplyDeleteSAYA PUN TAK TAHU MACAMANA HIDUNG SAYA BOLEH MENAMPUNG CERMIN MATA BERAT SEBESAR ITU PADA MASA ITU.
BELOGAMIYO
ReplyDeleteHANYA TINGGAL KENANGAN .. NAK PERGI LAGI, TAK MUNGKIN RASANYA.
H.J
ReplyDeleteTERIMA KASIH .. BILA TENGOK FESYEN RAMBUT DAN CERMIN MATA RASA NAK TERGELAK PULAK.
nostalgia indah mcm ni memang best utk dikenang
ReplyDeletennt kalu saya dah besara pun, saya nak ikut mcm uncle lah. boleh gitu?
agak-agak macam mana rupanya bila pak ngahnya menggantikan penari yg sedang menari itu?
ReplyDelete**pejam mata cuba nak membayangkan...hahhaaaa...
jauh gak pakcik berjalan....
ReplyDeleteTengok entri uncle ni, teringat saya siri Hawaii Five O ..hehehehe..
ReplyDeleteTak teringin nak ke Hawaii lagi ke uncle? Banyak masa lapang kan, dah pencen ni...;P
Tuan haji memang hensem...
ReplyDeleteada jumpa Steve McGarret tak bang?
ReplyDeleteSayapun pernah singgah di Hawaii semasa nak ke US dulu. Tapi masa tu student. Manalah ada bajet nak sewa hotel dan kereta yg putih mcm yg abg sewa utk merayap tu huhuhu
ReplyDeleteLast2 merayap keliling airport aje.
Salam THJ,
ReplyDeleteTahun tu saya baru darjah 4. Mesti berbeza Hawaii dulu dengan sekarang.
*Saya suka tengok Hawaii Five O(baru )
NMO2
ReplyDeleteNAK IKUT MACAM UNCLE TAK APA .. JANGAN IKUT UNCLE ! HEHE .. JANGAN MARAH. UNCLE GURAU JE !
JUNAINA
ReplyDeleteUSAH BAYANGKAN .. NANTI MENGIGAU !
MOMMY FARA
ReplyDeleteSEBENARNYA PAKCIK TAK BERJALAN, TAPI PAKCIK NAIK KAPALTERBANG ! HEHE
DADDY ZIYYAD
ReplyDeleteUNCLE KALAU BOLEH CUBA NAK PERGI TEMPAT2 YANG BELUM PERNAH PERGI .. YANG EXOTIC MACAM LAOS, VIETNAM KE.
PUAS SUDAH RASANYA TENGOK NEGARA MAJU !
NIDUS2
ReplyDeleteBARU SEKARANG AWAK PERASAN. HEHE
YB 1
ReplyDeleteABANG TAK KENAL SIAPA DIA. MUNGKIN KALAU TENGOK MUKA, KENAL KOT !
YB 2
MEMANG SEPATUTNYA STUDENT BEGITU. TAKKAN NAK SEWA LIMO PULAK KAN !
AZRINA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
ADA HAWAI FIVE O BARU KE ? NAMPAK SANGAT SAYA TAK IKUT PERKEMBANGAN ZAMAN.
Seronok juga bila tengok album lama,gambar muda-muda dulu.
ReplyDelete