Friday, July 8, 2011

JANGAN-JANGAN KAT DEPAN ADA "ROAD-BLOCK"



Kadang-kadang sedang kita memandu, dua tiga kereta yang datang dari arah hadapan memberi lampu. 
Itu macam satu petunjuk atau amaran. 
Lalu dalam hati kita berkata-kata .. "jangan-jangan kat depan ada road-block".
Lalu kita pun segera memeriksa dan memikir apakah kesalahan yang sedang kita lakukan dan segera memperbetulkan.
Kalau kita sedang memandu laju, kita pun memperlahankan kenderaan,
atau segera memakai tali pinggang keledar.
Dan kalau cukai jalan kereta kita sudah mati, kita akan berpatah balik.
Kadang-kadang kita tak kenal pun orang yang beri lampu itu.
Tapi hairannya kita tetap ambil perhatian.

Sedangkan di sekolah, di pejabat, di dewan, di surau  atau di masjid kita sudah banyak kali diberi amaran dan peringatan.
Tetapi masih ramai lagi yang lalai dan ada yang mungkin tidak percaya
bahawa di sana nanti pasti akan ada "road block".
Setiap orang akan melaluinya untuk diperiksa sebelum di putuskan samada akan memasuki syurga atau neraka.

Baiklah .. kepada mereka yang masih tidak mahu percaya akan adanya syurga dan neraka, apa kata kalau saya bertanya ..

"Buatnya nanti betul-betul ada syurga neraka .. apakah persediaan awak ?"

Bahkan kewujudan syurga dan neraka itu suatu yang pasti ada dan kufur bagi yang tidak mempercayainya atau meraguinya.

Lalu saya hairan.
Kita ambil perhatian,
amaran lampu kereta yang entah dari siapa-siapa yang tidak kita kenal,
tetapi kenapa amaran dari ulamak, ustaz, ibu bapa dan datuk nenek kita, kita lalaikan atau buat-buat lupa.

Satu peringatan buat diri sendiri.

.

38 comments:

  1. Lumrah kehidupan tuan. Cubalah kalau mata kita boleh nampak pahala dan dosa mesti tak adalah org buang anak, org minum arak dsb..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas peringatan ini :D

    Saya pun kalau tak diingatkan selalu juga lupa..

    ReplyDelete
  3. sebab orang takut kena saman dari takut tuhan.

    *kisah benar.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih pakngah atas peringatan ini...

    Setuju dengan Bujal...

    Orang lagi takut kena saman dari takut dengan Tuhan...

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaikum Kanda AL...

    berkali2 saya cuba tinggal komen, tapi tak lepas! Tak tahulah kali ini lepas ke tidak.

    Terima kasih kerana memberi peringatan sesama kita. :)

    ReplyDelete
  6. Peringatan utk sy jugak, Pakcik!

    Mcm budak-budak pun ada. Nak kena igtkan selalu.

    =(

    ReplyDelete
  7. orang lebih takut hukuman didunia dari hukuman di SANA

    manusia memang mudah lupa termasuklah diri sendiri..tsk!

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Tn Hj ....

    Salam Jumaat juga...,

    Saya memang selalu lupa dan perlu diingatkan.... Terima kasih Tuan atas peringatan "road block" yg pasti itu....

    semuga semua kita semua lulus dalam pemeriksaan NYA nanti...Insyaallah...aaminnn

    ReplyDelete
  9. Sallam Tuan Haji,

    Orang lebih peka kepada benda yang boleh dilihat dengan mata kasar, sedangkan syurga dan neraka cuma boleh dilihat dengan mata hati.

    ReplyDelete
  10. mereka lebih takutkan polis dari tuhan agaknya tuan haji.... terima kasih atas peringatan......

    ReplyDelete
  11. neraka syurga benda ghaib.. sama macam dosa pahala... tak nampak dek mata, tapi nampak dek hati.. mata hati kena terang, baru nampakk haaa... kalo orang flash lampu, mata tak terang pun akan nampak sebab silau.. heheh..

    ReplyDelete
  12. Itulah IMAN...

    Hanya yg BERIMAN percaya dan beramal pada benda yg ghaib/tak nampak macam syurga/neraka.

    ReplyDelete
  13. klu org bg high beam kat sy, cepat2 sy tgk blkg.
    sbb dah 2 kali kena. boot kereta terbuka. siap ternaik lagi

    :D

    ReplyDelete
  14. chop!
    kekhilafan.


    awak ckp pasal high beam dr arah depan.

    kita cakap pasal high beam dr arah belakang.

    sorry.

    ReplyDelete
  15. Salam.. tak payah nampak road block...kata depan ada road block pun dah mengelabah ..tambah tambah orang yang duduk disebelah drebar..he..he

    ReplyDelete
  16. Terkedu...betul sesangat tu Uncle..
    Kita takut ngn roadblock dunia jer sdgkan hukumannya x seberat jika gagal roadblock kat akhirat nt...

    Smlm Ustaz kat surau ckp mcm tu gak..Kalaulah surau tawarkan RM50 satu kepala utk org dtg berjemaah datang nescaya ngn anak2 yg masih dlm buaian pun dorg bwk..sbb ganjarannya dorg nampak.

    Tapi ALLAH tawarkan pahala pada setiap langkah kaki kita menuju ke surau tu xde pun orang nak peduli sbb ganjarannya x nampak...
    Sedangkan ganjaran ALLAH jauh lebih besar nikmatnya nak banding dgn kenikmatan sementara kat dunia ni.




    ***Selalu dpt high beam waktu malam sbb lampu vios mmg tggi walaupun guna lampu rendah.

    ReplyDelete
  17. benar dan berhikmah sungguh kata-kata pakngah.. terima kasih atas peringatan..

    roadblock manusia, boleh lari..
    'roadblock' Allah, tak de chance nak lari..

    ReplyDelete
  18. salam Pak Ngah

    Road block manusia boleh deal bawah meja.. padahal mereka tak sedar yg suatu hari nanti si penerima suapan juga akan melalui "rod block' jua di sana nanti

    ReplyDelete
  19. peringatan yang sangat bermakna dari seorang yg berpengalaman seperti pakngah
    terima kasih diatas pengajaran yg sya dapat dalam en3 ni

    ReplyDelete
  20. KAKZAKIE

    HANYA KEIMANAN YANG MANTAP YANG MELINDUNGI KITA DARI SEBARANG GODAAN YANG MENYESATKAN.

    ReplyDelete
  21. ANIF

    ITU SEBAB KITA DIWAJIBKAN SEMBAHYANG 5 KALI SEHARI SEMALAM. "IN BETWEEN" TU KADANG2 TERSASAR JUGA. KITA INSAN YANG LEMAH.

    ReplyDelete
  22. BUJAL X

    SAYA PERACAYA KISAH BENAR AWAK TU !

    ReplyDelete
  23. YUS

    MUNGKIN DENGAN TUHAN MEREKA BOLEH BERTAUBAT KOT !

    ReplyDelete
  24. KAKCIK

    ALAIKUMSALAM

    SAYA PUN SUDAH KELIRU DENGAN DASHBOARD YANG BARU INI. DAH TAK TAHU MACAMANA NAK BUAT STICKY POST SEKARANG. APESAL DIA ASYIK NAK UBAH2.

    ReplyDelete
  25. MOMMY FARA

    ORANG TUA LAGI PATUT DIINGATKAN SELALU KERANA CEPAT LUPA.

    ReplyDelete
  26. MAKDARA

    KALAU BEGITU KENA CARI ORANG YANG BOLEH TOLONG PERINGATKAN ! HEHE

    ReplyDelete
  27. AZMNOR

    ALAIKUMSALAM

    LEPAS NI KALAU JUMPA 'ROAD BLOCK' NANTI, INGATLAH KAT ENTRI INI.

    ReplyDelete
  28. LIPISLADY

    SALAM KEMBALI

    SETUJU .. ITU SEBAB KITA WAJIB BERIMAN DENGAN PERKARA2 GHAIB.

    ReplyDelete
  29. ATIE

    MUNGKIN TUHAN JUGA KEWUJUDANNYA TIDAK DIRASAKAN DI HATI.

    ReplyDelete
  30. ANAA

    SETUJU .. MATI HATI JUGA KENA SELALU DI GILAP AGAR SENTIASA CEPAT DAPAT MELIHAT AYATULLAH.

    ReplyDelete
  31. DADDY ZIYYAD

    TEPAT SEKALI .. KALAU IMAN KUKUH, INSYAALLAH SELAMAT DUNIA AKHIRAT.

    ReplyDelete
  32. KTS 1

    SAYA KALAU BOOT KERETA TERBUKA, DAH LAMA SAYA JUAL KERETA ITU DAN BELI KERETA BARU.

    ReplyDelete
  33. KTS 2

    TAK PERLU SORRY ! BUKAN SENANG NAK JUMPA ORANG YANG BOOT KERETA DIA TERBUKA SEMASA KERETA BERGERAK.

    ReplyDelete
  34. ABG ZIMMY

    ORANG YANG DUDUK SEBELAH SAYA, COOL SOKMO !

    ReplyDelete
  35. CIK SHINJU

    KALAU ADA ROAD BLOCK .. KITA BOLEH IKUT JALAN LAIN, PATAH BALIK ATAU TUNGGU TEPI JALAN. TAPI ROAD BLOCK DI SANA BOLEH KE BUAT BEGITU ?

    TUKARLAH PAKAI LAMPU MATA BULAT PULAK !

    ReplyDelete
  36. FUAD ANSARI

    ROAD BLOCK ALLAH MEMANG TAK ADAN PELUANG NAK LARI ATAU PATAH BALIK. MAHU TAK MAHU KENA LALUI JUGA.

    ReplyDelete
  37. NIDA

    SALAM KEMBALI

    BETUL, ROAD BLOCK DI SANA TAK BOLEH DEAL BAWAH MEJA .. HANAY BERHARAP IHSAN ALLAH ATAU SYAFAAT NABI KITA.

    ReplyDelete
  38. SAYANGSAYANGIBU

    NANTI BILA JUMPA ROAD BLOCK, INGATLAH ENTRI PAKNGAH INI.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.