Thursday, July 28, 2011

A.K.U. K.E.L.I.R.U. - 17: TAK PAYAH

Ralat: Tadi saya terpublish satu entri bertajuk "Niagara" sedangkan ia baru di peringkat deraf sahaja. Harap maklum dan harap maaf. Dah benda nak jadi .. nak buat macam mana. Kan ?


****************************************************

"Orang yang dah pandai sembahyang, tak payah sembahyang" 

Ayat tu biasa dengar kan ? Sekali pandang ayat itu seolah-olah mengatakan bahawa bagi mereka yang sudah pandai sembahyang maka tak perlu lagilah dia sembahyang. Sedangkan maksudnya ialah bagi orang yang sudah tahu selok belok hendak mengerjakan sembahyang, maka baginya tidaklah susah untuk melakukannya.

Tak adalah angkat takbir sampai berbelas-belas kali atau ambil air sembahyang sampai habis lencun seluruh badan !

Akan tetapi kalau kawan kita kata bila merujuk kepada homework sekolah ..


"Soalan nombor 4 tu tak payah ..."


Apakah tak payah tu bermaksud tak susah kalau nak di buat atau soalan itu tak perlu buat ?


* Ini adalah entri ke 2 untuk hari ini. Dah baca entri sebelum ini ? Kalau belum baca, terimalah nasihat saya .. sila baca !


Jumpa lagi di entri jam 4 petang !

9 comments:

  1. Saya tak nah dgr ungkapan tak payah sembahyang tu....

    ReplyDelete
  2. saya nak tunggu N3 pukul 4 plak... saya suka no 1 ...

    ReplyDelete
  3. soalan nombor 4 memang tak payah.

    jawapan utk soalan nombor 4 tu yg payah


    :D

    ReplyDelete
  4. kebetulan. minggu lepas sy ada buat n3 TAK PAYAH. lebih kurang macam ni. tp msh dlm draf.

    nasib awak rajin buat. sy jadi malas nak publish

    eh eh eh

    ReplyDelete
  5. Tnggu ntry ke3 pkul 4 .....Saya jugak keliru ni...sbb saya suka no.7..

    ReplyDelete
  6. tak payah la baca entri sebelum ni~

    ReplyDelete
  7. MOMMY FARA
    CHIK NA
    KTS
    MULUT PAYAU
    GADISBUNGA

    TERIMA KASIH BANYAK-BANAYAK KERANA SUDI SINGGAH DAN MEBERI KOMEN.

    KTS. KALAU NAK PUBLISH TAK PAYAH PUN.

    ReplyDelete
  8. namun saya tak pernah dengar payah digunakan untuk makna perlu. tapi tak payah selalu difahamkan sebagai tidak perlu.
    di sini ada paya lebar.

    ReplyDelete
  9. NURSALAMAH


    BETUL JUGA YA .. SAYA PUN TAK PERNAH TERFIKIR SEBELUM INI. TERIMA KASIH ATAS KOMEN INPUT AWAK.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.