Thursday, July 28, 2011

A.K.U. K.E.L.I.R.U. - 18: LEBIH SEDIKIT


"Gaji Harun lebih sikit dari gaji Husin"

Apakah yang anda faham ?  Adakah maksudnya gaji Harun lebih dari gaji Husin tapi lebihnya tak banyak. Atau pun gaji Harun kurang dari gaji Husin tapi kurangnya pun tak banyak.

Nantinya kalau semasa kenduri, ada kawan yang duduk semeja dengan anda  minta tambah nasi berkata begini ..


"Bagi lebih sikit .. "


Adakah anda akan beri dia lebih atau beri dia kurang ?




* Ini adalah entri ke 3 untuk hari ini. Dah baca entri sebelum ini ? Kalau belum baca, terimalah nasihat saya .. sila baca !
Jumpa lagi di entri jam 8 malam.


14 comments:

  1. Bagi LEBIH sebab LEBIH dulu dari SIKIT!

    Heheheheh.....

    Lainlah, SIKIT LEBIH...

    Maknanya, SIKIT la....

    ReplyDelete
  2. kalau minta lebih banyak dia bagi sepinggan pulak..

    ReplyDelete
  3. "pencen awak lebih banyak dr gaji sy"

    tu yg sy faham

    :D

    ReplyDelete
  4. Bahasa Melayu mmg memeningkan, lagi difikirkan munasabahnya lagi keliru, mmg betullah tajuk tu...tp taktaulah pulak kalau try dicari munasarawaknya....

    lagi satu contoh ayat ~ Mak Ngah tu cantik sikit dari Queenie...apa pendapat Bang Ngah? Kalau tanya saya tentu jawapan tepatnya ialah Mak Ngah cantiknya cuma sikit dan Queenie tu cantiknya dah tentu lebih banyak...ngaaaah3...

    eleeeh....nak muntah eeeeh...
    gurau jer lar...
    erk...kacamata tu ada lagik? kalau saya ndak, Kak Ngah kasi ker? har3...

    ReplyDelete
  5. heheheh..
    yang pasti ayu tak bagi lebih sikit kat para pekerja ayu..

    ReplyDelete
  6. Komunikasi masyarakat kita bersifat "high-context", tidak straight forward. Penerima message perlu pandai mentafsir. Selalunya sbb nak jaga air muka dan keharmonian.

    Macam contoh Queenie tu, kalau orang lain mungkin tafsiran lain pula....hehe

    Implikasinya besar...

    Bila bos kata "saya RASA kalau awak ubah SIKIT lagi kemas". RASA - adakah pandangan dia atau arahan? SIKIT - apa tafsirannya, banyak mana sikit ni?

    Pak Ngah, dari coretan di blog, saya tau Pak Ngah orang penting dan selalu berurusan dgn org2 yang SIKIT LEBIH penting dari Pak Ngah.

    Boleh tak Pak Ngah cerita sikit apa cabaran berurusan dengan mereka dan bagaimana Pak Ngah handle. Mungkin input tersebut SIKIT LEBIH menarik dari best-selling books di pasaran..hehe

    ReplyDelete
  7. MOMMY FARA

    BOLEH TERIMA HUJAH AWAK TU .. TAPI MUNGKIN ORANG LAIN FAHAM IKUT LAIN PULAK.

    ReplyDelete
  8. GB

    MUNGKIN ITU YANG DIMAKSUDKAN BILA DIA MINTA LEBIH SIKIT TU !

    ReplyDelete
  9. KTS

    "PENCEN SAYA KALAU DICAMPUR DENGAN GAJI AWAK TENTUNYA JADI LEBIH BANYAK"


    ITU SATU FAKTA !

    ReplyDelete
  10. QUEENIE

    SAYA SETUJU KALAU AWAK KATAKAN .."QUEENIE TU CANTIK SIKIT DARI MAKNGAHNYA"

    RASANYA KACAMATA TU ADA LAGI, TAPI TAK TAHU DUDUK KAT STOR MANA.

    ReplyDelete
  11. CITARASA

    MAKNANYA AYU BERI LEBIH BANYAKLAH YE. .. BAGUS. SEMOGA DIGANDAKAN REZEKI.

    ReplyDelete
  12. HANAFIAH

    YA SAYA SETUJU PERKATAAN 'RASA' DAN 'SIKIT' TU BOLEH MEMBAWA PELABAGAI MAKNA.

    TENTANG CADANGAN ITU, AKAN DIUSAHAKAN. BILA DAH PUBLISH NANTI, SAYA AKAN BERITAHU AWAK.

    ReplyDelete
  13. YB

    SEBAGAIMANA BIASA, ABG PUN SUKA KOMEN DIA DAN JUGA KOMEN AWAK.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.