Tuesday, July 19, 2011

TERKENANG SEMASA DULU 24 - TAMAN NEGARA, PAHANG 2001 (BHG 1).

Cukuplah buat dua entri lepas geram berturut-turut. Hari ini mari kita masuk hutan  pulak.

Sebelum-sebelum ini saya jarang sangat buat entri di bawah label "Terkenang Semasa Dulu" mengenai kunjungan saya ke tempat2 menarik di Malaysia. Seolah-olahnya macam tak bangga dengan keindahan negara kita. Sebenarnya banyak tempat juga saya pergi tapi selalunya tak ambil gambar sangat atau kerap juga tak ambil gambar langsung. Saya rasa orang lain pun macam tu juga. Tapi kalau pergi luar negara, ambil gambar tu macam dah jadi suatu kewajipan pulak.

Baiklah, sebagai bukti, kali ini saya nak tunjukkan salah satu tempat menarik yang saya pernah pergi iaitu Taman Negara, Pahang. Trip ini dibuat  dalam tahun 2001 mengikut tarikh yang tercetak di atas gambar-gambar itu.




Gambar 1: Kita pergi naik bas ini. Balik pun naik bas YANG SAMA (klik).



Gambar 2: Dari jeti kita naik bot macam ini ke resort di Taman Negara. 
Balik pun naik bot yang serupa macam tu.


Gambar 3: Di tepi tangga untuk naik ke resort. Kita turun pun ikut tangga yang sama.


Gambar 4: Bergambar kenang-kenangan dengan sebahagian peserta di depan resort.


Gambar 5: Kita makan guna katering dari pembekal seberang sungai.  Tak makan resort punya makanan sebab nak kurangkan belanja. Lagipun resort punya makanan bukannya sedap sangat !


Gambar 6: Ramai sudah terputus hubungan dengan saya kecuali yang mencangkung 
kat depan tu. Bila nak pergi lagi Dato' ?


Gambar 7. Tengah bincang apa tah .. saya yang depan sekali dengan tangan kiri menjinjing bekas yang ada cengkerik di dalamnya untuk dibuat cekodok umpan.


Gambar 8. Saya pun dah lupa, kita berkumpul kat sini nak buat apa.



Gambar 9. Kata pihak yang berwajib "Canopy Walkway" ini adalah yang tertinggi di dunia.


Gambar 10: Seronok dan seriau juga bila kita berjalan di atas dan di antara pokok-pokok kayu yang tinggi. Kalaulah terputus tali jambatan itu, harus entri ini tidak ada.

Kata orang menjual produk pelancongan adalah perniagaan yang paling menguntungkan kerana "you have it, you sell it and you still have it". Jadi marilah kita sama-sama memeliharanya untuk mendapat manfaat darinya samada dalam bentuk kewangan, kesihatan, ketenangan dan sebaginya.


Nota kaki: Sebenarnya ini bukanlah kali pertama saya sampai ke sini tapi lawatan kali ini paling banyak gambar. Kalau pada masa itu saya sudah jadi blogger, mungkin lagi banyak gambar yang saya ambil.

.

37 comments:

  1. da lebih 10 tahun rupanya lepas tahun 2000~he~~tiap kali orang cakap 10 tahun yang lepas minda saya masih ingatkan tahun 90an~~haha~

    ReplyDelete
  2. Cengkerik kalau buat goreng celup tepung, sedap tak? (saja tulis macam ni sebab dah tak tahu nak komen apa!) ;-)

    ReplyDelete
  3. tun xpenah sampai taman negara!!! langkawi pon x penah.. hehe.. ye laa, zaman kecik2 dulu x cukup mewah lg nk berjalan merata. dh besar2, sibuk study, famili gi holiday dgn adik2 yg kecik je. iA suatu hari nnti akan pergi jugak =)

    ReplyDelete
  4. Dapat tengok gambar uncle di usia 40 an :P

    ReplyDelete
  5. thn 2001? sy ingatkan thn 1991...sbb uncle nampak muda lagi masa ni...

    ReplyDelete
  6. gambar asli nampak klasik.tak perlu edit2 da..

    ReplyDelete
  7. Hehehe...tergelak baca penerangan gambar2 Uncle tu..


    Malu nak gitau....




    Yun x penah smpai pun ke sana tu..




    kihkih :P

    ReplyDelete
  8. seronok masuk hutan kan pakngah
    sya cuma pernah pergi ke tasik kenyir je
    itu pun hutan jugak kan?

    ReplyDelete
  9. saya pegi ke taman negara tahun 2000. :D

    ReplyDelete
  10. Saya suka masuk hutan. Tapi nak stay kat chalet yg ada aircond. Hahahahaha!

    ReplyDelete
  11. salam uncle..

    lama da xpegi tmn ngr pahang..sya pon last pegi thn 1997..

    paling takut naik jambatan gantung..hehhe

    ReplyDelete
  12. tahun 2001 saya masih belajar lagi..guru saya pada ketika itu adalah tuan temuk :-)

    ReplyDelete
  13. Taman Negara salah satu tempat yang saya tak pernah sampai dan memang teringin nak kesana..kalau saya mesti dah beratus gambar dipetik tu...hehe....pengalaman berharga..harussss kena rakam puas2..!

    ReplyDelete
  14. KAKCIK

    ITU KENA TANYA ORANG YANG PERNAH MAKAN .. SAYA BELUM PERNAH LAGI !

    ReplyDelete
  15. BUJAL X

    AWAK ADA KENA MENGENA DENGAN AIR ASIA X KE ?

    PAKCIK PUN KADANG2 TERFIKIR MACAM AWAK JUGA. SUNGGUH !

    ReplyDelete
  16. DADDY ZIYYAD

    RASANYA PERASAAN TAK BERUBAH TAPI KUDRAT SUDAH BERKURANGAN.

    ReplyDelete
  17. DADDY ZUKI

    DUA-DUA DADDY DEKAT-DEKAT.

    MEMANG NAMPAK MUDA LAGI 10 TAHUN LEPAS.

    ReplyDelete
  18. H.J

    TAK PERLU KE ? SAJA GATAL TANGAN.

    ReplyDelete
  19. CIN SHINJU

    LAAA .. INGATKAN TEMPAT AWAK BERMAIN-MAIN. OK .. MINGGU DEPAN PERGI, JANGAN TANGGUH-TANGGUH !

    ReplyDelete
  20. SAYANGSAYANGIBU

    JAUH BEZA TASIK DENGAN HULU SUNGAI. LAINLAH KALAU AWAK MUDIK TASIK KENYIR TU SAMPAI SUNGAI CHACHING ATAU TERENGGAN.

    ReplyDelete
  21. GADISBUNGA

    MASA ITU AWAK SUDAH BERUMUR 19 TAHUN KAN ?

    ReplyDelete
  22. MOMMY FARA

    TAK RUGGED LAH KALAU CENGGITU ! UNCLE PUN SAMA. HEHE

    ReplyDelete
  23. CIKCERIACORNER

    SALAM KEMBALI

    UNCLE SELEPAS TAHUN 2011, BANYAK KALI LAGI PERGI. UNTUK MESYUARAT ATAU MEMANCING.

    ReplyDelete
  24. ROM

    ISH MUDANYA AWAK LAGI. TAPI BLOG AWAK SANGAT MATURED !

    ReplyDelete
  25. SITI MURNI

    KALAU BELUM PERGI ELOK PERGI SEKARANG, SEMENTARA TEMPAT ITU MASIH ADA. TAKUT NANTI ORANG BUAT LADANG SAWIT.

    ReplyDelete
  26. TUN TELANI

    KALAU KITA DAH BOSAN DENGAN SUASANA BANDAR DAN INGINKAN KELAINAN PERGILAH KE SANA. RAMAI PELANCONG ASING DARI SELURUH DUNIA BOLEH DI JUMPAI DI SANA.

    ReplyDelete
  27. Dah lebih 10 tahun dulu... saiz pun masih segak lagi. :)

    Penulis pun dari orang yang sama juga. hahahaha

    Sebal: Bahasa Indahnya ialah Kesal...!

    ReplyDelete
  28. CIKGUSHIKIN

    MAKNGAHNYA TAK IKUT TRIP NI. TAK ADA GAMBAR MAKNGAHNYA DALAM GAMBAR ITU.

    ReplyDelete
  29. AZIEAZAH

    OK LAH .. SAYA MENGERTI. LEPAS RAYA ABANG NAK START JOGGING !

    ReplyDelete
  30. Salam Pak Ngah..
    Seronoknya!..saya tak pernah sampai sana...tak tahu bila akan sampai...tapi bila tengok Pak Ngah naik jambatan tu, teringat pengalaman kat FRIM dulu...memang takutkan Pak Ngah..tambah2 saya ni gayat orangnya...:)

    ReplyDelete
  31. salam Tuan..
    jambatan gantung tu
    agak-agak ada lagi
    ke idak kan?dah sepuluh
    tahun mau reput :)



    TERIMA KASIH SUDI SINGGAH
    DAN KOMEN DI BLOG SAYA
    JANGAN LUPA DATANG LAGI
    www.zulkbo.com

    ReplyDelete
  32. AZI

    TAKLAH TAKUT SANGAT, SEBAB KALAU PUTUS PUN BOLEH BERGAYUT KAT POKOK MACAM TARZAN. CUMA GAYAT/SERIAU SIKIT JE BILA TENGOK KE BAWAH!

    ReplyDelete
  33. ZULKBO

    SAYA PUN TAK PASTI .. KITA SURUH YUN PERGI TENGOK DAN AMBIL GAMBAR NAK ?

    ReplyDelete
  34. kejuuu tu apa?

    (sila rujuk mulut awak dlm gambar no.2)

    ReplyDelete
  35. KTS

    RUPANYA AWAKLAH YANG MEMBESARKAN GAMBAR NO. 2 TU YA ?

    KEJUU TU ORANG KAMPUNG SAYA KATA CHEESE !

    ReplyDelete
  36. PakNgah, sy tgk gmbar makngah tp xtau nk komen kat mana..asal pakngah buleh baca ok la..(^_^)

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.