Sebagaimana mana yang pernah saya katakan dalam entri Hawai 1 dulu, pada masa itu keyakinan diri untuk ke mana-mana cukup tinggi. Sekarang ni bila dah tua, keyakinan itu sudah bertukar menjadi kebimbangan. Kalau nak pergi ke sesuatu tempat, macam-macam perkara yang dirisaukan, misalnya tempat tu ada jual makanan halal tak, ok ke hotelnya, dia terima ke RM, tempat tu selamat ke, cuaca macam mana dll. Itu belum fikirkan rumah yang tinggal.
Sekarang saya sambung kisah melancong ke Hawai, tapi tak adalah banyak sangat beza dengan yang dulu. Cerita cerita tu jugak.
Gambar 1. Saya sebenarnya tak pasti gambar ni kat mana. Bagaimana pun hati saya kuat mengatakan kat Hawai kot sebab saya tak pernah sampai ke Mexico !
Gambar 2: Saya tak pasti adakah bangunan ni rumah atau stesyen pemancar tv ASTRO.
Gambar 3: Nampak tak tulisan Senawang kat papan tanda arah tu ?
kita serupa .. saya pun tak nampak !
kita serupa .. saya pun tak nampak !
Gambar 4: Sekarang mungkin dah tak cantik kalau duduk macam tu ..
silap2 boleh tergolek jatuh ke atas pasir !
silap2 boleh tergolek jatuh ke atas pasir !
Gambar 5: Nampak tak bot warna putih kat belakang yang ada bendera hijau tu ..
itu sebenarnya bukan bot kita orang.
itu sebenarnya bukan bot kita orang.
Gambar 6: Sana sini nampak orang mandi .. kami langsung tak teringin pulak nak mandi. Mungkin sebab dia orang jarang mandi kot.
Gambar 7: Puas juga kita bergambar di sekitar pantai.
Gambar 8: Pantainya sangat bersih .. itu tak dapat di nafikan. Orang dari Jepun ramai kat sini sebab pulau ini tak jauh dari Jepun. Sampaikan banyak papan tanda dalam tulisan Jepun kerana umumnya orang Jepun tidak pandai berbahasa Inggeris. Pengumuan dalam kapalterbang juga turut dibuat dalam Bahasa Jepun. Orang Jepun maju juga bahkan lebih maju dari kita, walaupun Bahasa Inggeris kita kadang-kadang mengalahkan orang London !
Gambar 9: Tarian Hawai merupakan salah satu tarikan pelancongan. Taklah hebat mana pun .. seronok lagi tengok orang menari Zapin.
Gambar 10: Dalam perjalanan pulang ke Malaysia, kita orang singgah di Jepun pulak untuk beberapa malam. Ini gambar kat Lapanganterbang Narita, Jepun.
Rasanya cukuplah entri dan gambar mengenai Hawai kot. Nasib baik saya tak tunjuk sekeping gambar untuk setiap entri. Kalau tidak, 5 tahun lagi tak habis cerita atau saya yang habis dulu.
.
Orang Jepun maju juga bahkan lebih maju dari kita, walaupun Bahasa Inggeris kita kadang-kadang mengalahkan orang London !
ReplyDeleteKebetulan pula malam tadi saya membicarakan hal ini bersama suami!
Salam kenal Pak Ngah,
ReplyDeleteGelak saya baca huraian setiap gambar. Dapatlah mengurangkan sikit keserabutan dengan kerja yang ada ni.
KAKCIK
ReplyDeleteTAPI JANGAN JADI MACAM SAYA, KERANA TERLALU TAKSUB DENGAN BM, HINGGAKAN BI SAYA BERHABUK.
HANAFIAH
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG KALI PERTAMA.
AWAK KENAL NIDA KE ?
Salam Pak Ngah..
ReplyDeleteSeronokkan Pak Ngah....bila tengok gambar dulu2 sebab hanya gambarlah yg boleh menceritakan segalanya....tapi nasib baik orang Hawaii tak mengorat mak Ngah...:)
p/s Suka baca coretan Pak Ngah pada setiap keping gambar....he..he..
bila pakcik nak gi hawai lagi? saya nak ikut boleh?
ReplyDeleteSaya suka komen kakcik....
ReplyDeleteAssalamualaikum Tn Hj..,
ReplyDelete1. Memang bila dah berusia byk perkara yg difikirkan dan dirisaukan kerana byk perkara yang perlu diambil perhatian. - masa muda kita bertenaga dan rasa boleh "handle" semua benda jadi tak risaukan byk perkara.
2. diaorg(Jepun) boleh lebih maju dari kita kerana displin dan sikap serta prinsip mereka.
3. Kenangan masa lalu memang mengusik jiwa, tambahan bagi yg mengalaminya...
allahualam
Gambar 6: Sana sini nampak orang mandi .. kami langsung tak teringin pulak nak mandi. Mungkin sebab dia orang jarang mandi kot.
ReplyDeletesy nampak lg ramai org mandi atas pasir berbanding dlm air laut.
mereka lebih suka mandi atas pasir, ek.
Salam Pak Ngah....
ReplyDeletenk baca lg...terus2kn menulis ttg pengalaman p.ngah dulu2..i like!
Hahahaha..saya tahu, bot mewah uncle yang ada bendera putih tu kan?
ReplyDeletePasal kerisauan bila ke luar negara bila dah tua tu, bukankah sepatutnya sekarang uncle tak perlu risau? Kalau saya, bila dah tua bermakna kita dah banyak duit, so banyak duit = bebas mengembara tak perlu risau pasal wang! :)
Uncle mmg kelakar la..
ReplyDeletekehkehkeh... bot yg ada bendera putih tu Uncle punya la yer..
Kalau skrg ni Makngah dok mcm tu pun still cantik lagi...:)
Dah pencen ni,lagi byk masa Uncle nak p melancong...duit pun dh banyak..
tahun baper uncle ke hawaii tu?
ReplyDeletedapat tengok gambar pun dah seronok,
ReplyDeletesya rasa dekat rumah pakngah tu mesti ada sekotak -2 album kot?
Salam...teringat kata Aruah Tok Embun dulu....depa balik tak ajak pun pi hawai...he he
ReplyDeleteSalam Pak Ngah...
ReplyDeleteSi Hanafiah tu sebenarnya peminat tegar blog Pak Ngah, pagi2 buta dah menjengah ke blog Pak Ngah, cuma kali ni jer dia baru komen.
p/s Hanafiah tu hubby saya ler..hehehe
salam Pak Ngah.. lupa nak habaq...
ReplyDeleteAlhamdulillah, hadiah contest telah saya terima.. terima kasih banyak-banyak. Semoga Allah sahaja membalas budi baik Pak Ngah..:)
al-Lavendari
ReplyDeleteTengok gambar-gambar lama masa dah tak muda ni boleh banjir kelopak mata! Eh, bot 'berbendera' hijau tu orang bulan dah belayarkan ke Hawaii semenjak zaman 80-an lagi ke?
Bila tgk entri ni saya lega sebab uncle tak jadi berenti. :D
ReplyDelete'Orang Jepun maju juga bahkan lebih maju dari kita, walaupun Bahasa Inggeris kita kadang-kadang mengalahkan orang London !' - bahasa inggeris saya tahap2 org kedah je..hihi~
*
patutlah org hawaii pun banyak bermuka jepun. :D
Salam Bang HAMZAH,
ReplyDeleteentah kenapa bila entri Hawaii ini saya rasa nak tergelak.
Sebab saya suka pada ayat “nampak tak..”
Nampak! Nampak! Nampak!
Pilihan 1: Menapis Cerita...
maaflaH ABANG AL LAVENDRI... CUMA TERPANDANGKAN SI KAKAK PENEMAN HIDUP ABANG...CANTIK ORANGNYA...MASA MUDA LAGI CANTIK...DAH BERUSIA PUN CANTIK...TAK PERLU PANDANG YANG LAIN...DAH CANTIK.
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan Hj Al,
ReplyDeleteKenangan masa lalu memang menyeronokkan.
Selamat menyambut puasa.
wah bestnye anak2 yg beruntung merasa ikut papa&mamanye
ReplyDeleteWah seronoknya tengok gambar-gambar 80an.
ReplyDeletePantai kita kalau bersih macam itu boleh masuk guiness book of record. Carilah di tempat kita ada tak pantai yg tidak ada sampah? Kakak belum jumpa lagi....
ReplyDeletepakcik AL: hawaii tu blh tahan lg, tp jepun.... wahh, tun sgt jeles! sgt teringin ke jepun.. mmg suka dasar pandang ke timur Dr.M.
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteermmm..melihat dari gambar je la
saya..tak tahu bila nak sampai sana
agaknya..he he
PakNgah... gambar 6 tu ..kenapa diorang mandi atas pasir?
ReplyDeletemereka takut air ye!
best la kerjaya PakNgah membawa PakNgah ke banyak negara... makNgah juga untung sama
salam, hebat tu...
ReplyDeletewah uncle...nostalgia sungguh...hehe (^_^) uncle2...sy nk tnye..cmne uncle bleh up taffic?? tgok byk dh page view uncle..ce cite...hehe
ReplyDeleteAZI
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
KALAU ADA YG NAK MENGORAT, MAKNANYA MEREKA SENGAJA NAK MENCARI NAHAS !
BUJAL X
ReplyDeleteTIADA MASALAH .. JANGAN LUPA BAWA BOTOL AIR EK !
MOMMY FARA
ReplyDeleteNANTI SURUH KAKCIK BUAT LAGI !
AZMNOR
ReplyDeleteALAIKUMSALAM
KALAU DAPAT KITA CONTOHI SIKAP ORANG JEPUN TERHADAP BAHASA DAN BUDAYA MEREKA, ALANGKAH BAGUSNYA.
KTS
ReplyDeleteAWAK TAK NAMPAK MEREKA YANG SEDANG MENYELAM !
PYNGEES
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
INSYAALLAH .. AKAN DITERUSKAN SECARA PERLAHAN2.
DADDY ZIYYAD
ReplyDeleteSAYA TAK SEBUT PUN RISAU TENTANG DUIT !
CIK SHINJU
ReplyDeleteMEMANG BOLEH PERGI TAPI ADA HALANGAN2 LAIN. MISALNYA DUA ANAK UNCLE MASIH BERSEKOLAH. MERTUA YG SUDAH SANGAT UZUR JUGA DUDUK BERSAMA.
DADDY ZUKI
ReplyDeleteDAH LAMA DAH .. TAH INGAT TAHUN BILA !
SAYANGSAYANGIBU
ReplyDeleteKALAU SAYA KUMPULKAN SEMUA GAMBAR TU, RASANYA BERIBU KEPING. DUDUK MERATA2 TEMPAT. ADA DALAM KOTAK KASUT, ALBUM, BEG PAKAIAN, TUPPERWARE DSB. SEKARANG TENGAH BERUSAHA UNTUK BUAT 5S.
LASKARAYAQ
ReplyDeleteTOK EMBUN BALIK SEBELUM KONTRAK TAMAT !
NIDA 1
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
KISAHNYA .. KIRIM SALAM KAT DIA !
NIDA 2
TAK PAYAHLAH TERIMA KASIH BANYAK2 .. SIKIT JE TU !
ABANG TEMUK
ReplyDeleteMASA TU PENGARUH ORANG BULAN SEBENARNYA CUKUP KUAT DI KALANGAN PELAJAR2 KITA DI USA DIBAWAH "MISG"
GADISBUNGA
ReplyDeleteJADINYA B. INGGERIS AWAK HEBATLAH SEBAB TUNKU DAN TUN M DARI KEDAH.
AZIEAZAH
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
NANTI SAYA UBAH KEPADA KELIHATAN !
ROSLAINI SAAD
ReplyDeleteKENA PANDANG JUGA PADA YANG LAIN .. KALAU TIDAK NANTI BERLANGGAR PULAK ! HEHE
KUNANG-KUNANG
ReplyDeleteALAIKUMSALAM
SELAMAT MENYAMBUT PUASA JUGA KEPADA PUAN.
BABY
ReplyDeleteANAK2 SAYA TU KOMPLEN SEBAB DIA TAK INGAT APA-APA PUN MASA ITU !
GREENLAVA
ReplyDeleteADA BANYAK LAGI DALAM STOK !
KAKZAKIE
ReplyDeleteMUNGKIN ITULAH KEISTIMEWAAN KITA YANG BOLEH MENJADI KENANG2AN KEPADA PELANCONG ASING.
TUN_TELANI
ReplyDeleteMEMANG PAKCIK PUN TERINGIN NAK JALAN2 KAT COUNTRYSIDE DI JEPUN. TAK TAHU BILA BOLEH BERBUAT BEGITU. MUNGKIN KALAU ADA ANAK KERJA ATAU BELAJAR KAT SITU SUATU HARI NANTI.
ZULKBO
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
KALAU ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA JALAN.
IBUINTAN
ReplyDeleteMEREKA SUKA BERJEMUR UNTUK MEMERANGKAN (TANNING) BADAN. KITA PULAK BERIA-IA NAK MEMUTIHKAN BADAN.
ABHAMZ
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. APANYA YANG HEBAT ?
SI KOTAK HATI
ReplyDeleteAWAK MASUKLAH JADI AHLI APESAL. KLIK KAT MANA2 GAMBAR DI BAWAH SEKALI DAN AWAK AKAN DIBAWA KESANA.