Saya percaya orang lain pun kadang-kadang ada merasa macam saya. Rasa nak berhenti berblog. Walaupun saya dah pencen dan sepatutnya ada banyak masa, tapi tidak juga. Masa saya tetap 24 jam sehari. Banyak perkara yang dulu tak dapat buat, sekarang baru nak buat atau cadang nak buat. Jadinya masa yang sepatutnya saya bekerja di pejabat di gantikan pula dengan membuat perkara-perkara tersebut.
Tetiba dengan tak semena-semena ada orang buat entri macam kat bawah ni.
Sebenarnya saya tak pernah kenal pemilik blog ini sebelum ini. Saya tak follow dia dan begitu juga sebaliknya. Tiba-tiba dia kata "You've just made my day". Kembang kempis hidung saya sekejap. Terima kasih Misz Sheyla kerana membuat entri yang sangat enak di baca oleh saya.
Lalu semangat nak beblog itu kembali berkobar semula.
Apa yang menambahkan rasa berkobar lagi ialah bila sahabat blogger yang lain begitu prihatin tentang masalah atau perkara-perkara yang saya tanyakan atau bangkitkan.
Misalnya baru-baru ini saya pernah bertanya kepada Kakcik "Bangunan apa yang tiang merah tu?. Dia siap buat satu entri khas bertajuk "Anson Hotel, Teluk Intan .." seperti di bawah untuk menjawab pertanyaan saya itu. Terima kasih Kakcik.
Sebelum itu itu saya juga pernah bertanya kepada Yus .. "Wordless Wednesday tu program apa ?. Dia pun buat entri khas bertajuk "Worldless Wednesday tu program apa ??? untuk memperjelaskannya. Terima kasih Yus.
Dan lama sebelum itu, blogger Ikan Emas juga pernah mengejutkan saya dengan entri bertajuk "SURAT CINTA TERBUKA UNTUK TUAN KOMENSEN". Kus segamat ! Nasib baik dia potong perkataan cinta itu. Kalau tidak, nahas saya. Terima kasih Ikan Emas.
Dan baru-baru ini saya ada buat kontes bertajuk :
MARILAH MASUK KONTES KE - 3 ANJURAN KOMENSEN !
Saya tidak menaruh harapan tinggi bilangan yang akan menyertainya. Saya agak paling banyak pun 3 orang masuk. Tapi saya sangat gembira bila seramai 25 orang mengambil bahagian di samping ramai yang turut memberi sokongan.
Itu hanya sebahagian dari kisah yang menggembirakan saya. Kalau begitu halnya, nampaknya makin ligatlah saya berblog. Semoga terus mendapat sokongan anda sekelian.
........................................................................................
PENGUMUMAN !
Dengan ini juga saya dengan rasminya MENUTUP kontes ...
Walau apa juga perasaan bersarang mahu berhenti, kami yg membaca yg tahu keistimewaan yg ada pada KOMENSEN.....
ReplyDeletekalau uncle berenti, akan kuranglah blogger loyar buruk...kihkihkih!
ReplyDelete*loyar buruk = banyak pengalaman = komen pasal bende logik tapi tak terfikir dek blogger muda mcm saya
*peace :D
blog komensen ni hari2x saya terjah.kadang2x tersenyum sendiri membaca entry dalam ni.dan bila keluar gambar2 lama lagi senyum sampai ke telinga.
ReplyDeleteBlog Uncle ramai pengikut setia..
ReplyDeleteX leh tutup...Uncle banyak kongsi pengalaman dan pengetahuan...
X sabo nak tunggu pemenang contest pantun tu...Yun dh jenguk semua peserta,semua hebat berpantun.
uncle janganlah berhenti. sbb alisya suka je baca entri2 uncle. kadang2 tu buat org senyum sorang2, kdg2 buat org berfikir disebalik kisah yang uncle cuba sampaikan.
ReplyDeletechayok2!
tuan haji...
ReplyDeletetak kenal maka tak chenta dah kenal nak selalu ulang-ulang jengah halaman tuan haji...
ada yang tersirat di sebalik yang tersurat dalam setiap lontaran tuan haji...apa pun selamat menjadi org pencen...
lagi otai lagi luas pengalaman...pengalaman dan cerita kita yg dah 40 over ni jika baik boleh jadikan pengajaran pada yg muda2...bukan gitu en AL..so jgn berhenti berblog.
ReplyDeletePakngah jangan tutup blog tau! Walaupun mungkin tidak setiap hari saya jengah blog pakngah ni, tapi bila ada masa terluang saja, saya mesti singgah punya...
ReplyDeleteBlog KomenSen ni memang ada keistimewaan yang tersendiri...:)
saya pun tgh mengalami krisis mood - rasa mcm nak berhenti berblog...
ReplyDeletetq for this entry...tak jd nak berhenti :)
teruskan berblog..walaupun chik na jarang komen di blog komensen tapi "komensen" antara blog yang chik na akan kunjungi tiap kali chik na berblog ....
ReplyDeletealaaa Uncle, pencen kerja jer.. janganlah pencen berblog.. kuss Segamat.. hua hua hua
ReplyDeletesaya berhenti sekjap baru ni...
ReplyDeletetapi semangat nak menulis datang juga. berehat sebentar tak apa, jangan berhenti terus udahlah...
pertama.
ReplyDelete...beginilah IE sampai tak tau ada entri kakchik fasal Anson hotel tu ..jap g nk pegi jengah laa..rindu pulak kat kg.
2) T.Kasih abg ngah sb tulis nama IE kat entri ni..lama sgt rasanya IE menyepi...tak tau d TAHAP berapa kali ni..
apa perkara yg dulu awak tak dapat nak buat, sekarang baru nak buat?
ReplyDeletetubuhkan kumpulan marhaban lelaki? atau jadi solo untuk grup marhaban makngah?
:D
terus lah berblog. nanti takde siapa nak betulkan saya.
atau
salahkan saya.
:D
:)
ReplyDeleteteruskan berblog uncle.. baca blog uncle ni tun dpt melihat dr perspektif yg berbeza ^^
Abg Al...
ReplyDeleteJgnlah berhenti berblog. Sy suka baca perkara "biasa2" yg ditulis oleh abg. Semua itu mematangkan saya.
Hajat hati nak masuk kontes pantun tu...tp bila tgk KTS masuk...kena bagi laluanlah, kan?
Hehhehe...
Blog tuan da best
ReplyDeleteKAKZAKIE
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS KATA2 PERANSANG ITU. AKAN SAYA TERUSKAN !
GADISBUNGA
ReplyDeleteBARU KURANG SATU .. AWAK KAN ADA LAGI !
MONALEA
ReplyDeleteBAGUS SENYUM TU, BOLEH AWET MUDA.
SAYA EJA NAMA MACAM TU BOLEH ? YG BARU NI PANJANG SANGATLAH ..
CIK SHINJU
ReplyDeleteUNCLE PUN TENGAH MENELEK, MENILAI, MENIMBANG MANA YANG TERBAIK DARI YANG BAIK.javascript:void(0)
ALISYA
ReplyDeleteTERIMA KASIH ORANG !
JUNAINA
ReplyDeleteMEMANG KADANG2 TU ADA YANG TERSIRAT SEHINGGA ADA JUGA YANG FAHAM.
NYANYISUNYI
ReplyDeleteBETULLAH CAKAP AWAK TU .. TAPI BERBLOG INI KADANG2 AMAT MELETIHKAN.
YUS
ReplyDeleteINSYAALAH UNCLE AKAN TERUSKAN. LAGIPUN DAH PENCEN NI, TAK DAPAT LAGI NAK SEMBANG DENGAN KAWAN2. JADI MELALUI BLOG INILAH MEDAN UNTUK BERCERITA.
MAMA ZHARFAN
ReplyDeletePULAK DAH .. AWAK PUN ADA KRISIS. TAK BAIK BERKRISIS LAMA-LAMA. SEGERALAH BERDAMAI.
CHIK NA
ReplyDeleteBEGITUKAH ? GEMBIRA HATI INI MENDENGARNYA.
AUJINZ
ReplyDeleteTAK JADI PENCENLAH GITU .. PERLAHAN SIKIT BOLEH ?
AKLCITIZEN
ReplyDeleteSAYA PUN NAK BEREHAT SEBENTAR LEPAS NI. SEBENTAR SAYA TU SELALU TAK LEBIH 3 HARI.
IKAN EMAS
ReplyDelete1. AWAK ORANG PERAK LAH KALAU GITU YA !
2. CEMBURU KAT AWAK KERANA BOLEH MENGAWAL DIRI DARI MENDEKATI BLOG. SAYA TAK BOLEH, KALAU TAK BUAT ENTRI RASA MACAM NAK SEMBELIT.
KTS
ReplyDeleteBANYAK SEBENARNYA. ANTARANYA NAK BACA SEGALA BUKU YANG TELAH SAYA KUMPULKAN SELAMA INI. KALAU SAYA TUMPUKAN PEMBACAAN, MEMANG TAK ADA RUANG UNTUK BERBLOG KERANA BUKU-BUKU ITU BANYAK JUDUL DAN BANYAK JUGA JILIDNYA. DAN KERJA INI TAK BOLEH PAS KAT ORANG.
SUARA SAYA TAK SESUAI UNTUK MARHABAN SEBAB ORANG KATA SUARA SAYA MACAM SUARA P.PAMLEE.
SAYA SEBENAR CUKUP FOBIA UTK MENYALAHKAN ORANG. MUNGKIN AWAK DAH BACA ENTRI YANG BEKENAAN.
TUN_TELANI
ReplyDeleteRASANYA SEMUA ORANG PUNYA PERSPEKTIF YANG BERBEZA DALAM MELIHAT SESUATU .. BUKAN BLOG UNCLE SAHAJA.
MUNSYI RAGBAR
ReplyDeleteINGATKAN AWAK DAH MATANG DAH ! HEHE
MURNI SUNGGUH HATI AWAK MEMBERI LALUAN KEPADA KTS. ADA APA2 KE ?
AIDA ALI
ReplyDeleteTERIMA KASIH CIKGU !