Saya buat peraduan ini sedikit pun tidak bertujuan untuk menunjuk pandai (dan memang tak pandai pun, tak macam orang DBP) tetapi sebaliknya kerana minat dan kecintaan saya kepada pantun Melayu pusaka lama nenek moyang kita. Walaupun tidak mendapat sebarang faedah berbentuk material namun saya mendapat kepuasan. Lebih-lebih lagi bila melihat ramai yang berminat untuk turut serta samada yang muda atau yang sudah tidak berapa muda.
Saya percaya anda yang menyertainya juga bukan kerana tertarik dengan hadiah yang tak seberapa, tetapi lebih kepada minat serta keinginan untuk sama-sama memartabatkan pantun Melayu. Untuk itu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada anda semua yang telah sudi turut serta memeriahkan pertandingan ini.
Pada awalnya saya menjangka tidak akan banyak penyertaan kerana saya tahu ramai yang segan dan malu-malu untuk mengambil bahagian kerana tak biasa. Itu sebabnya dalam syarat-syarat pertandingan tersebut saya ada menyatakan begini:
Kalau tiada siapa yang mengambil bahagian, hadiah akan dikembalikan ke tempat mana dia berasal.
Tetapi alhamdulillah, akhirnya ada 25 orang yang mengambil bahagian. Ia sudah melepasi jangkaan saya. Jika setiap satu entri, katalah dibaca (bukan komen) oleh 100 orang, maka lebih 2,000 telah turut membacanya. Melalui pertandingan ini juga saya mendapat beberapa sahabat maya yang baru. Semoga ukhwah berpanjangan.
Dari penilaian yang saya buat berdasarkan panduan ini, kesemua pantun yang dikemukakan menepati ciri-ciri sebuah pantun. Dengan itu mungkin boleh saya peringkatkan semua pantun tersebut sebagai Pantun Cermerlang, Gemilang dan Terbilang.
Pantun Cemerlang adalah cukup sifatnya sebagai pantun dari segi kaitan soalan dengan jawapan dan rima dihujungnya. Namun tidak begitu pada rimanya di suku kedua pada setiap baris. Jemput lihat contoh rima yang baik dalam pantun "Pulau Pandan" dalam Panduan Ringkas Cara-Cara Mengarang Pantun seperti yang saya sebutkan di atas tadi.
Pantun Gemilang pula sedikit lebih markahnya dari pantun Cemerlang kerana rimanya cantik secara keseluruhannya.
Manakala markah pantun Terbilang pula sedikit lebih dari pantun Gemilang dari segi persembahannya yang menarik dan kreatif serta bilangan suku katanya yang seimbang, tidak terlebih dan tidak pula terkurang.
A. PANTUN CEMERLANG
1. Cheq Sue
2. PynGees
3. Mommy Fara
4. Kakzakie
5. Zulkbo
6. Si Kotak Hati
7. H.J
8. Cik Pulau
9. Queenie
10. Norsha
11. KTS
B. PANTUN GEMILANG.
1. Kakcik
2. Ahmad Humairi
3. Kunang-Kunang
4. Fuad Ansari
5. Asada Ryutaro
6. Nadzwareina
7. Iera Eixora
8. Zil-el-Saif
9. Sis Intan
10. Tehr
11. Aqishah
12. Tun Telani
13. Temuk
C. TERBILANG.
Nida
Dengan itu jelaslah juaranya adalah: Nida
Letih juga otak saya memilih pemenang. Sebenarnya bagi saya, semua yang telah mengambil bahagian adalah pemenang. Namun begitu, saya tidak berupaya untuk memberi hadiah kepada semuanya.
Setelah menilai dengan teliti, saya memilih pantun dari Nida kerana selain memenuhi syarat-syarat asas sebuah pantun ia juga punya kelebihan dari segi persembahan dalam bentuk tulisan dan juga audio yang begitu kreatif sekali. Saya pun tidak terfikir ada peserta yang akan berbuat begitu. Syabas Nida. Jemput lihat penyertaan Nida di sini dan dengarkan suara lunaknya menjawab kesemua pantun saya sampai habis.
Oleh kerana saya sangat suka dengan persembahannya, saya setuju untuk menaikan hadiah dari RM100.00 kepada RM120.00.
Harap Nida dapat memberi nombor akaun banknya kepada saya melalui e-mel saya: hamzah761@yahoo.com untuk saya sampaikan hadiah dalam sedikit masa lagi. Kalau boleh berilah akaun bank Maybank atau CIMB. Mudah sikit urusannya.
Ulasan rambang.
Saya tidak mahu mengulas satu persatu penyertaan kerana pastinya ia akan menjadi terlalu panjang. Cuma saya hendak sentuh beberapa penyertaan yang punya tarikan tertentu.
Mommy Fara: Dia juga turut memuatkan 3 rangkap pantun sebelum menjawab pantun-pantun saya sebagai 'senaman ringan' katanya.
Asada Ryutaro: Membuat satu pantun penutup yang mencuit hati.
Tehr: Memautkan jawapannya kepada entri beliau yang berkaitan.
KTS: Dia menjawab menggunakan tulisan tangan yang cantik di atas kertas dan kemudiannya memuatnaik gambar tersebut.
Sekian. Sebagai penutup terimalah pantun saya ini untuk renungan.
Ulasan rambang.
Saya tidak mahu mengulas satu persatu penyertaan kerana pastinya ia akan menjadi terlalu panjang. Cuma saya hendak sentuh beberapa penyertaan yang punya tarikan tertentu.
Mommy Fara: Dia juga turut memuatkan 3 rangkap pantun sebelum menjawab pantun-pantun saya sebagai 'senaman ringan' katanya.
Asada Ryutaro: Membuat satu pantun penutup yang mencuit hati.
Tehr: Memautkan jawapannya kepada entri beliau yang berkaitan.
KTS: Dia menjawab menggunakan tulisan tangan yang cantik di atas kertas dan kemudiannya memuatnaik gambar tersebut.
Sekian. Sebagai penutup terimalah pantun saya ini untuk renungan.
Buah rambutan di tiup bayu
Pasang pelita hingga ke pagi
Mari suburkan pantun Melayu
Kalau tak kita siapa lagi.
HIDUP PANTUN MELAYU !!!
Alhamdulillah, rezeki Nida untuk menang lagi. Baru-baru ni, teka teka (bukan teka teki) yang kakcik buat pun, Nida menang. Tahniah Nida. :)
ReplyDeleteterer la sape yang dapat menang tu,,hehe
ReplyDeleteTahniah Nida.
ReplyDeleteHidup pantun Melayu!
Salam Pak Ngah,
ReplyDeleteAlhamdulilah terkelu lidah untuk berkata, rezeki buat anak-anak.
Pucuk pauh letak di situ
Anak sembilang ditangkap perwira
Hamba yang jauh beribu batu
Gembira kepalang tiada terkira.
Syukur...... semoga Allah melimpahkan rezeki buat Pak Ngah sekeluarga, ameeeeennnnnn...:)
alaaaaaaaaaaa..
ReplyDeleteerr..
.
.
.
.
terima kasih sbb kotakan janji awak.
lega tak menang. Fuuuhhhhh! (tak nampak palsu, kan)
hikksssss
tahniah nida. lepas ni kita nak muatnaik video plak. err..akan ada kontes lain, kan?
:D
Salam Pak Ngah..
ReplyDeleteMoga budaya berpantun akan tetap lestari, secebis ucapan dari kami sekeluarga..
http://radinsah.blogspot.com/2011/07/walau-jauh-beribu-batu-khazanah-lama.html
Orang DBP patut malu tengok usaha uncle ni tau...:P
ReplyDeleteKAKCIK
ReplyDeleteSUDAH SELAMAT KEMBALI DARI GANU RUPANYA. PANTUN KAKCIK PUN SUDAH GEMILANG, TAK ADA CACAT CELANYA. CUMA NASIB LEBIH MENYEBELAHI NIDA.
H.J
ReplyDeleteSEMUANYA TERER TAPI YANG MENANG TU SIKIT LEBIH DARI YANG TERER. APA-APA PUN TERIMA KASIH ATAS PENYERTAAN H.J JUGA.
AHMAD HUMAIRI
ReplyDeleteMARILAH KITA SAMA-SAMA MENCINTAI, MENGHARGAI DAN MEMARTABATKANNYA.
NIDA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
PUCUK PAUH DELIMA BATU
ANAK SEMBILU DI TAPAK TANGAN
WALAU JAUH BERIBU BATU
PANTUN MELAYU DI LUPA JANGAN.
TERIMA KASIH JUGA ATAS DOA ITU.
KTS
ReplyDeleteSERIUS KE AWAK NAK MUATNAIK VIDEO TU ? KALAU SERIUS, SAYA AKAN FIKIRKAN SATU KONTES YANG SESUAI UNTUK AWAK.
APA-APA PUN TULISAN AWAK MEMANG CANTIK. INGATK TAK KOMEN AWAK NI ?
Ku Tak Sempurna said...
ada juga org kata, (dlm artikel)
tulisan buruk, orangnya cantik...
.
.
err... tiba2 nak tulis buruk2 :D
.
.
.
.
.
.
eh.. tapi kan... tuan jgn slh faham.. org tu kata tulisan buruk, orgnya cantik.. tak pula dia kata, tulisan buruk, orgnya hensem...
;D
September 6, 2010 12:01 AM
July 18, 2011 9:39 AM
NIDA 2
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
PAKNGAH DAH LAWAT ENTRI TU DAN DAH TENGOK LESUNG BATU ITU !
DADDY ZIYYAD
ReplyDeleteTENTUNYA DBP BUAT YANG LEBIH GRAND LAGI YANG MELIBATKAN BELANJA JUTA-JUTA DAN HADIAH RIBU-RIBU.
UNCLE PUNY KECIL2AN SAHAJA.
tuan haji...aina tunggu next contest...hehheee...
ReplyDeletetahniah untuk kak nida. memang dah selalu menang kak nida nih. dlu saya buat contest kak nida menang jugak. aura hebat..
ReplyDeletesemoga ada lagi contest berbalas pantun macamni. boleh lah join lagi. yang ni tak menang, mungkin lain kali boleh menang. hehehe..
terima kasih kepada uncle yang sudi menganjur pertandingan ini..
Salam Pak Ngah..
ReplyDeletetentu susah Pak Ngah nak cari pemenangnyakan..sebab semuanya pandai berpantun...Tahniah pada Nida...saya tak pandai ..:)
tahniah kepada pemenang.. :)
ReplyDeletesemuanya hebat2 belaka dan kreatif..
saya tak berkesempatan nak join contest di sini mcm seblum ni sbb ketandusan idea..tsk!
Salam Pak Ngah...
ReplyDeleteAlhamdulillah..tahniah kepada NIDA krn t'pilih sbg pemenang... x kira menang atau kalah semangat m'perkaya & m'budayakan bahasa ibunda itu yg pntng, di samping mewujudkan ukhwah sesama kita... semoga dpt terus sama2 m'ekspresikan bakat yg t'pendam...
thanks to P.Ngah yg m'beri ruang & peluang kpd kami utk melakar "seni" di ruangan blog ini...:D
Tahniah Nida.... :)
ReplyDeleteBanje keni rojes yek..heheh
Tahniah gak Uncle sbb berjaya anjurkan 3 contest dah..
Alhamdulillah. Rezeki Nida. Saya tumpang gembira. lagipun bukan hadiah yang saya harapkan. Tapi budaya pantun itu hidup semula. Terima kasih pakcik!
ReplyDeletewah... mcm dgr dlm tv laa suara kak nida berpantun ^^
ReplyDeletehebat!
kontes ratu kebaya eh? ok. set. sy muatnaik video nanti
ReplyDelete:D
artikel yg sy baca tu kata, tulisan buruk orgnya cantik.
ReplyDeletetp tak perasan pula ada tak dia kata pasal tulisan cantik orgnya macamana
.
.
.
haisssshhh.
sy tau, tulisan sy cantik sikit drpd budak 5 tahun
Tahniah pada semua yg tersenarai..suka baca pantun orang lain tapi diri sendiri tak pakar bahagian pantun..
ReplyDeleteJUNAINA
ReplyDeleteBOLEH BERI CADANGAN UNTUK KONTES AKAN DATANG !
ASADA RYUTARO
ReplyDeleteUNCLE TENGAH TENGOK REAKSI. KALAU POSITIF, NANTI BOLEH BUAT LAGI.
TERIMA KASIH KPD AWAK KERANA SUDI TURUT SERTA DAN JUGA MENGAJAK KAWAN2 UNTUK TURUT SAMA.
AZI
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
PAKNGAH BUAT PENILAIAN SECARA OBJEKTIF DAN TELUS MENGIKUT GARIS PANDUAN YANG ADA.
MEMANDANGKAN BILANGAN YANG RAMAI, SUSAH JUGA NAK MENILAI SATU PERSATU.
MAKDARA
ReplyDeleteHARAP2 LEPAS NI AWAK AKAN TURUT SERTA. SIMPAN2LAH IDEA TU SIKIT AGAR NANTI TIDAK KETANDUSAN.
PYNGEES
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
SAYA SETUJU SANGAT DENGAN PANDANGAN AWAK TU. JANGAN KIRA SANGAT MENANG KALAH ITU. YANG PENTING MEMARTABARKAN BUDAYA KITA.
CIK SHINJU
ReplyDeleteTERIMA KASIH YUNATAS SOKONGAN MORAL. INSYAALLAH AKAN ADA KONTES KE 4. ADA APA-APA CADANGAN ?
MOMMY FARA
ReplyDeleteSETUJU SEKALI DENGAN PANDANGAN AWAK. YANG PENTING KITA SAMA-SAMA MENYUBURKAN BUDAYA PANTUN MELALUI LAMAN BLOG PULAK.
TUN_TELANI
ReplyDeleteMEMANG .. UNCLE PUN TERKESIMA MENDENGARNYA. GAYA SEORANG PRO !
KTS 1
ReplyDeleteUTK MEMBOLEHKAN LELAKI TURUT SERTA, KITA TUKAR NAMA KEPADA KONTES RATU KEBOROI !
KTS 2
MEMANG TULISAN BUDAK 5 TAHUN TERSANGATLAH BURUK. HEHE
HANI
ReplyDeleteTAK SUSAH MANA PUN. SAYA RASA NAK MASAK KURMA AYAM LAGI SUSAH. HEHE !
tahniah pada semua
ReplyDeletetahniah pada nida
tahniah pada pakngah juga
sbb bukan senang nak berpantun pantun ni kan?
SAYANGSAYANGIBU
ReplyDeleteSAPA KATA BERPANTUN NI SUSAH ?
SUSAH LAGI NAK BUAT PENGANAN !
Assalamualaikum Tuan Haji,
ReplyDeleteDua tiga hari ni tak berblog. Tak tau yang berbalas pantun dan ada keputusannya.
Tahniah pada Nida. Semoga pantun terus diwarisi oleh generasi akan datang.
KUNANG-KUNANG
ReplyDeleteALAIKUMSALAM.
TERIMA KASIH KERANA SUDI UNTUK TURUT SAMA.
YA SEMOGA KITA SAMA-SAMA TERUS MENYUBURKAN BUDAYA BERPANTUN. JEMPUTLAH KE BLOG PUISI SAYA ..
http://puecorgxret.blogspot.com/
TAHNIAH kepada NIDA dan tentunya juga kepada al-Lavendari, pemilik istimewa tanah pantun yang wajar terus kita suburkan bersama!
ReplyDeleteABANG TEMUK
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN JUGA SOKONGAN YANG DIBERIKAN.
MARILAH KITA MERIAHKAN BERSAMA GELANGGAN PANTUN BUDAYA BANGSA.
hari terang cuaca cerah
ReplyDeletepergi ke rumah tok ketua
siapa menang siapa kalah
ucapan tahniah untuk semua