Tuesday, July 5, 2011

BUKAN SENANG HENDAK MENJADI PENDENGAR YANG BAIK.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhSHnChX5TzihgeVEVx7JAsyKfoRGVBoyKOnViuPYNO-rBTyZdDWYoy7RbACAZT_fRBT_RxDN3Uw_QDHUCFq1OhKAWtSvg8MC2TgawDpJCPgdwrfA6XWIwerDFWRGhDLs4c-vYW9EIzbNY/s400/not-listening1.jpg

Gambar hiasan hasil carian Google.


Memang bukan senang hendak menjadi pendengar yang baik. Saya pun kerap kali gagal. Lebih-lebih lagi kalau saya sedang beremosi atau teruja dengan sesuatu.

Mungkin anda pernah berjumpa dengan orang-orang seperti jenis berikut.

Jenis 1: Sedang kita menghadap muka dia sambil bercerita dengan penuh semangat kisah kita, tiba-tiba dia ubah tajuk lain. Sedangkan cerita kita baru separuh jalan. Terkulat-kulat kita .. kalau ada orang lain kat sebelah, bolehlah kita sambung cerita kita dengan orang lain itu.

Jenis 2: Kalau dia sedang bercerita, jangan sekali-kali nak menyampuk. Dia akan terus bercerita sambil menaikkan sikit nada suara dia. Atau kalau bernasib baik, dia berhenti sebentar dan kemudian akan terus sambung cerita dia .. seolah-olah apa yang kita sampuk tadi tidak langsung lekat dalam kepala hotak dia.

Jenis 3. Rupa dia macam sedang mendengar, tapi bila dia menjawab soalan kita, ternyata dia hanya dengar tetapi tidak mendengar (hearing but not listening). Pernah saya tanya kawan jenis ini yang baru beli kereta baru soalan berikut..

"kereta kau breknya ada power steering tak ?

"ada" jawabnya dengan konfiden tanpa berfikir panjang.

Ada ke kereta breknya ada power steering !



Agaknya adakah orang -orang ini sedang khusyuk mendengar ?

.

26 comments:

  1. Hendak menjadi pendengar yang baik pastinya perlu ada daya tumpuan yang hebat :D

    Kalau selalu hilang fokus memang susahlah..

    ReplyDelete
  2. Kalau sudah banyak sangat bercerita selalunya itu yg membuat kita pun hilang tumpuan.

    ReplyDelete
  3. Tak mengapalah tidak mendengar asalkan tidak menjatuhkan airmuka orang yang sedang bercerita. :)

    ReplyDelete
  4. sedaya upaya saya cuba jd pendengar yg baik.tp mmg geram bila kita ditinggal terkulat2 bila sedang bercakap.adakah suara kita kurang lantang?atau topik kita tak cukup hebat?atau diri kita tak cukup hebat utk tarik perhatian mereka?

    ReplyDelete
  5. dalam proses pembelajaran menjadi pendengar yang baik (erti kata lain; tengah mengubah sikap yang selalu nak bersuara saja..he he)

    ReplyDelete
  6. Selalu berlaku pada diri sendiri..
    huhuhu..kadang2 orang x bagi tumpuan masa yun bercerita dan kadang sebaliknya..Kesimpulannya,kena tgk situasi ketika itu kalau nak bercerita..Masa memandu,tgh wat keje penting atau masa tgh cari barang xyah la ramah sangat...

    ReplyDelete
  7. Ada masa bila dah bosan mendengar, akan cuba buat2 dengar untuk tidak jatuhkan air muka yang khusyuk bercerita, tapi jangan sampai tak faham langsung apa yang dia cerita...boleh ke macam tu pakngah?...:)

    Dalam gambar tu, saya tengok pakngah yang paling segak bergaya..hehe

    ReplyDelete
  8. ANIF

    SETUJU .. KONSENTRASI TIDAK BOLEH TERGANGGU.

    ReplyDelete
  9. KAKZAKIE

    BETUL JUGA .. TAKKAN NAK DENGAR CERITA DIA JE YANG TELAH ENTAH BERAPA KALI ULANGTAYANG.

    ReplyDelete
  10. KAKCIK

    MEMANG TAK BAIK MENJATUHKAN AIR MUKA ORANG YG SEDANG BERCERITA.

    ReplyDelete
  11. LYDIA

    TAKKAN LYDIA PUN PERNAH TERKENA MACAM TU ! TAK PATUT .. TAK PATUT !

    ReplyDelete
  12. NORH

    ITULAH PERIBADI YANG PALING BAIK SEKALI KERANA INGIN BERUBAH MENJADI PENDENGAR YANG BAIK.

    ReplyDelete
  13. CIK SHINJU

    SUSAH JUGA KALAU ADA ORANG YANG TERLEBIH RAMAH NI YA !

    APA-APA PUN ELAKKAN MEMABAZIR !

    ReplyDelete
  14. YUS

    LEBIH BAIK BUAT2 DENGAR DARI LANGSUNG BERPALING MUKA. TAPI JANGAN SAMPAI TERKANTOI.

    KENALAH BEGITU SEBAB NAK JADI WALI. HEHE

    ReplyDelete
  15. saya belum mampu jadi pendengar yang baik.... selalu ilang fokus

    ReplyDelete
  16. salam pakcik.. haruslah kawan pakcik tu tengah berangan masa tu. hehe
    susah kn nak jadi pendengar yang baik.

    ReplyDelete
  17. saya sentiasa kena dengar keluhan - permasaalahan - ketidakpuasan dsbnya drp cikgu2 - dan kena selesaikan !

    ReplyDelete
  18. setuju ngan kakcik, jangan sampai kita menjatuhkan airmuka orang yg sedang bercerita..

    jom tukar2 link..

    Belog kami :Notre Belle Histoire

    Nak mitak tlun boleh :Mehla komen entri Saya Bertudung

    Blogshop kami :Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Meh klik sini

    ReplyDelete
  19. IBUINTAN

    JANGANLAH MERENDAH DIRI .. SEMUA GURU ADALAH PENDENGAR YANG BAIK.

    ReplyDelete
  20. AJEE

    MEMANG SUSAH NAK CARI PENDENGAR YANG BAIK .. MUNGKIN PERLU DI WUJUDKAN "PENDENGAR UPAHAN" .. HEHE

    ReplyDelete
  21. SONATA

    PATUTNYA DI BERI "ELAUN KHAS MENDENGAR". KAN ?

    ReplyDelete
  22. CIKPUANHADY

    HARI INI KITA MENJATUHKAN AIR MUKA ORANG, LAMBAT LAUN AIR MUKA KITA AKAN DI JATUHKAN ORANG.

    ReplyDelete
  23. dalam gambo tu nampaknya semua orang tak khusyuk!

    ReplyDelete
  24. GADISBUNGA

    SAMPAINYALAH HATI AWAK KATA MACAM TU !

    ReplyDelete
  25. sy adalah pendengar yg kurang baik jika sy sdg mengadap komputer.

    waktu2 lain, silakan cerita. terutama pasal gosip. ai laik.

    hikkss

    ReplyDelete
  26. KTS

    PENDENGAR KURANG BAIK TAK APA .. JANGAN PENDENGARAN KURANG BAIK !

    NANTI KURANG PEMINAT .. HEHE

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.