Macam-macam perancangan saya selepas pencen terpaksa di tangguhkan dulu akibat sakit belakang. Puncanya kerana terlebih kerja keras dan terlebih berjalan berbanding dengan kemampuan. Ibarat kereta Kancil 660 cc ... lari 160kmj sambil membawa 4 guni beras. Selama 5 minggu berturut rutin hidup saya lebih rancak dari biasa.
Mula-mula pergi Kuching , diikuti minggu berikutnya menguruskan kenduri kawin anak di Senawang, semingu kemudian kenduri belah lelaki pulak di Alor Star, selang 3 hari kemudian pergi Guangzhou dan Shenzen, rehat sehari lepas tu pergi Kuala Terengganu (kiranya tugas terakhir sebelum pencen) dan seterusnya minggu lepas ke Manjong, Perak menjemput mertua, di tambah pula sibuk mengemas, membungkus, membuang, mengangkut pulang harta peribadi pada 2-3 hari terakhir sebelum pencen.
Yang paling menuntut penggunaan tenaga adalah semasa urusan kawin anak dan juga melancong ke China itu. Semasa di China, saya tak tahu berapa jauh saya telah berjalan sambil membawa barang di beg belakang dan juga menjinjing. Kalau ada odometer yang boleh letak kat kepala lutut, mungkin perjalanan saya dah lebih dari 50km !
Sekarang ni, nak duduk depan komputer lama-lama pun tak boleh. Tapi di sebabkan minat punya fasal, walaupun sesakit mana pun kan ku gagahi jua.
Saya cadang lepas ni nak banyakkan buat entri "Terkenang Semasa Dulu" kerana banyak masa lapang untuk mencari, memilih, menyusun, mengimbas gambar dan seterusnya membuat entri. Kalau tak ramai pun orang baca tak mengapa. Ia selaras dengan komen Daddy Ziyyad di entri saya sebelum ini ...
Daddy Ziyyad said...
Bagi saya lah uncle, entri yg kita betul betul research dan susun gambarnya, lebih kepada kepuasan sendiri...contohnya macam Entri Memancing 50 tahun uncle tu..saya pasti, uncle akan belek balik entri tu utk mengimbau kenangan silam..soal dapat sambutan atau tidak, no 2...
Dan bagi entri cincai/cepat siap/tangkap muat yang tak dijangka jangka mendapat sambutan tu, puncanya lebih kepada isinya yang panas/kontroversi..macam entri uncle tu, pasal Sofea Jane, ie artis. Saya pun pernah buat entri pasal Fasha Sanda berbikini di Bali dulu ! Haha..memang pageview tertinggi..dan rekodnya tak dipecahkan sampai sekarang..
Saya lebih gemar baca entri macam Entri Memancing tu..walaupun panjang dan banyak gambar, tapi bermakna - kita boleh kenal peribadi dan sejarah hidup penulis..boleh tambah ilmu...
ps: saya suka entri koleksi universiti2 yang uncle lawat masa di US dulu :)
Dan bagi entri cincai/cepat siap/tangkap muat yang tak dijangka jangka mendapat sambutan tu, puncanya lebih kepada isinya yang panas/kontroversi..macam entri uncle tu, pasal Sofea Jane, ie artis. Saya pun pernah buat entri pasal Fasha Sanda berbikini di Bali dulu ! Haha..memang pageview tertinggi..dan rekodnya tak dipecahkan sampai sekarang..
Saya lebih gemar baca entri macam Entri Memancing tu..walaupun panjang dan banyak gambar, tapi bermakna - kita boleh kenal peribadi dan sejarah hidup penulis..boleh tambah ilmu...
ps: saya suka entri koleksi universiti2 yang uncle lawat masa di US dulu :)
Nota kaki: Mungkin lepas ni kena pasang balik Nuffnang untuk menampung pendapatan yang dah hilang lebih dari separuh sejak pencen ni !
Nota tangan: Ini percubaan pertama saya mengepos entri selepas tengah malam !
.
Sambil menjawat tugasan sebagai "Tukang" ..
ReplyDeleteSekarang Tuan sudah boleh menjadi Blogger sepenuh masa :D
Apa pun tahniah tuan dh tamat perkhidmatan dengan jaya dan cemerlang. Saya ade 27 tahun lg utk berkhidmat.
ReplyDeletesalam Tuan..
ReplyDeletebawaklah bertenang..
masa banyak lagi tu..
berehat jika kepenatan..
bab iklan tu..pasang je..
ada 3..kalau berat blog
pasang satu udah..asal
ada RM masuk..
:)
sakit belakang??
ReplyDeletekan saya suruh amalkan
minum susu Anlene??
he he..
Assalamu'alaikum Kanda AL...
ReplyDeletebukankah sekarang ada lebih banyak masa untuk menyusun kerja? Jadi, perlahan-lahanlah dahulu sehingga pulih kesakitan itu. Saya doakan semuanya baik-baik sahaja. :)
tu la PakNgah 'okap' bona... segala macam keje tukang nak dibuat
ReplyDeleterehatkan diri dulu, tak pergi berurut ke? sakit belakang ni merisaukan juga
Tuan perlu rehatkan diri Tuan....
ReplyDeleteBlog Baru >> http://savebudget.net
salam pakngah....
ReplyDeletekalau saya pun pasti penat dan sakit belakang...
letak je iklan nuff tu pakngah...dan jangan selalu di tengok amaunnya, supaya tak terasa apa2 kalau lambat naik....hehe.
Tengok seminggu sekali, atau sebulan sekali je..:)
kite adalah pembaca setia blog kita sendiri. heheh~
ReplyDelete*uncle, mana yg stori mori panjang tu buat le part by part. hihi~
Salam Uncle...
ReplyDeletekena gi berurut 3 malam berturut2 tu..hehehe...Boleh update blog sambil baring jer Uncle..beli laptop desk yg boleh ubahsuai tu..
Kalau nk letak smula iklan pasni,Uncle kena mesra la dgn SEO.. Baru betul2 masyukkkk...
Saya sarankan buat pysiotherapy
ReplyDeletemesti best baca n3 kenangan silam pak ngah tu nnt...
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan Haji,
ReplyDeleteOh dah bersara. Selamat join kelab bersaralah. Semoga Allah beri kesihatan yang baik selepas bersara ni.
Uncle jangan risau. Saya ialah pembaca tegar entri Tekenang Zaman Dahulu.. sebab betapa untungnya kita dapat belajar sesuatu menerusi pengalaman orang lain, hanya dengan membaca yang tak sampai sehari pun !
ReplyDeleterehat dulu pakngah..
ReplyDeletehilangkan lolah tu dulu.
patutlah awak sakit belakang. sbb awak bawa barang di beg belakang. lepas ni cuba galas beg kat depan pula. sakit tak lagi belakang tu.
ReplyDeletehikksss..
ooppsss.. gurau2 jer. jgnlah taknak kawan ngan kita plak!
jgn ambil hati ya. (org yg sdg sakit ni biasanya lebih sensitif)
semoga cepat sembuh
Assalam...
ReplyDeleteBanyakkan rehat dan jgn lupa minum susu Anline...baik utk tulang..
http://azilas.blogspot.com
kene pegi mengurut nie uncle. kasi ejas balik urat2 tue..
ReplyDeleteSalam En. AL/ Pak Ngah..
ReplyDeleteSelamat bersara Pak Ngah...eloklah berehat dulu...kan ada banyak masa lagi...Mak ngah mesti suka sebab ada "bantal peluk" disisinya selalu..he..he.pulihkan kesihatan dulu ye sebelum membuat perancangan selanjutnya. Semoga akan berjaya! :)
ANIF
ReplyDeleteMEMANG TAHAP KESIBUKAN SAYA SEKARANG BERADA DI TANGGA KE 6. TAPI SAYANGNYA SAKIT BELAKANG PULAK .. TAK BOLEH DUDUK LAMA2.
BUNGACAHAYA
ReplyDeleteGUNAKAN MASA 27 TAHUN LAGI ITU DENGAN SEBAIK MUNGKIN KERANA MASA YANG TELAH BERLALU TAK AKAN KEMBALI LAGI.
ZULKBO 1
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
SEKARANG INI DASHBOARD SAYA DAH FESYEN LAIN .. DAH TAK TAHU NAK BUAT STICKY POST DAN JUGA IKALN.
ZULKBO 2
ReplyDeleteSETAKAT INI SAYA BELUM CUBA LAGI MINUM ANLENE .. SUSU TU MEMANG ADA KAT RUMAH. ISTERI SAYA YG MINUM.
KAKCIK
ReplyDeleteALAIKUMSALAM
RAKAN2 SEPEMANCINGAN DAH MULA BISING, KATA MEREKA "INGATKAN DAN PENCEN, SENANGLAH NAK AJAK MANCING"
IBUINTAN
ReplyDeleteDAH PERGI SEKALI BERURUT. RASANYA ADA 'IMPROVEMENT' SIKIT. NAK BUAT KALI KEDUA PADA 12 NI. TUKANG URUT INI CUKUP SUSAH NAK DAPATKAN MASA DIA, KENA BUAT APOINMEN AWAL2.
MIECYBER
ReplyDeleteSAYA MEREHATKAN DIRI BILA MEMANCING. SEKARANG TAK BOLEH MANCING, JADI TAK DAPATLAH NAK REHAT. HEHE
YUS
ReplyDeletePASAL IKLAN TU, PAKNGAH TAK RETI PASANG. NANTI MINTA ANAK TOLONG PASANGKAN.
GADISBUNGA
ReplyDeleteOK .. TENGAH SUSUN GAMBAR. NANTI UNLCE BUAT ENTRI. BACA JANGAN TAK BACA.
CIK SHINJU
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
SUDAH PERGI BERURUT. TAK DPT NAK BERTURUT SBB TUKANG URUT TU PROGRAMNYA DAH PENUH. CUMA DAPAT UNTUK KALI KE DUA PADA 12HB NI.
BUATLAH ENTRI TTG SEO TU .. UNCLE TAK FAHAM.
MARINA MONROE
ReplyDeleteSEKARANG NI ALAT FISIO MEMANG DAH ADA KAT RUMAH. CUMA KADANG2 TU MALAS NAK SET.
NMO2
ReplyDeleteHARAP2 ADALAH YANG GEMAR MEMBACANYA.
KUNANG-KUNANG
ReplyDeleteALAIKUMSALAM
DAH SAMPAI UMUR BERSARA. BARU MULA BERSARA DAH SAKIT BELAKANG. INI FASAL TERLEBIH PENAT. INSYAALLAH AKAN SEMBUH.
DADDY ZIYYAD
ReplyDeleteINSYAALLAH AKAN UNCLE BANYAKKAN ENTRI TERKENANG SEMASA DULU NANTI !
SAYANGSAYANGIBU
ReplyDeleteLEPAS KONVO NI NAK BEREHAT KEJAP.
KTS
ReplyDeleteSAYA BIMBANG NANTI SAKIT DEPAN PULA .. LAGI PARAH DARI SAKIT BELAKANG !
JANGAN RISAU, SAYA TAK MARAH .. GURRRRAULAH LAGI.
IZA
ReplyDeleteALAIKUMSALAM.
SAYA BUKAN SAKIT TULANG TAPI SAKIT NERVE KATA DOKTOR. KENA BERURUT.
MASZUBER
ReplyDeleteKALAU SAYA PERGI MENGURUT, MAKIN BERTAMBAHLAH SAKIT PINGGANG SAYA. HEHE
AZI
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
LEPAS INI PAKNGAH AKAN LAGI SENSITIF DALAM MENJAGA KESIHATAN. SEBELUM INI TAK SEDAR DIRI, BADAN TU DAH LAMA. HEHE
Pasal SEO tu,yun x bape arif sangat,tapi entri2 yg dibuat mesti la berita2 sensasi,informasi dll.Senang citer,benda yg org pasti akan gugel la.Mcm blog Zulkbo,Relevan Sokmo tu.
ReplyDeleteYang jana trafik manjang.Bukan takat pengikut blog kita,tapi semua yg nak tau akan gugel,
contohnya,info permohonan UPU, semak status PLKN,keputusan perlawanan bola ker..Citer sensasi artis n politician pun hot kat gugel.
Cumanya,kalau kita asik layan SEO, blog kita jadi x mesra.Mcm blog Uncle kan pengikut tetap ramai.Dorg nak baca kisah2 dan pengalaman Uncle.
Pastu blog xleh berat sangat,kena kurang dari 100kB..baru orang yg gugel tu nak masuk...
YUN
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS PENERANGAN. KALAU BEGITU BIARLAH UNCLE DENGAN GAYA SEKARANG. TAK RAMAI PENGUNJUNG PUN TAK APA, ASALKAN ADA PENGIKUT TETAP.
LAGIPUN UNCLE TAK SANGGUP NAK MELAWAT SEMUA BLOG YANG MELAWAT BLOG UNCLE KALAU TERLALU RAMAI NANTI.
X payah nak melawat smula pun Uncle sbb kebanyakkan yg gugel informasi tu bukannya blogger pun...
ReplyDeleteMcm yun buat n3 pasal imej hantu dlm gambar kemalangan aritu kan,smpai skang org gugel..ntah sape2 pun..
Resepi pun ramai yg gugel smpai skrg..
Kalau ramai org masuk,income nuffnang pun naik mendadak..
CIK SHINJU
ReplyDelete.. DENGAN LAIN-LAIN PERKATAAN, KENA PASANG BALIKLAH NUFFNANG NI KAN !