Melalui berita jam 7 di tv tadi dan juga Utusan Malaysia Online, saya mendapat tahu Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan disemak semula dan dengan itu ditangguhkan pelaksanaannya ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Eloklah tu. Banyak sangat pihak yang tak puas hati. Syabas JPA dan Pegawai-Pegawai PTD yang bertugas di sana yang telah berjaya membuat kerja separuh masak.
Katanya falsafah di sebalik pengenalan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) antara lain adalah bertujuan untuk menarik tenaga kerja dari sektor swasta menyertai perkhidmatan awam di samping menghalang pegawai tinggi awam lari ke sektor swasta. Bagi saya itu adalah helah atau justifikasi yang sengaja diciptakan untuk mewajarkan pegawai-pegawai tinggi awam memberi imbuhan yang gemuk kepada diri sendiri. Sekali pandang alasan yang diberi oleh pegawai PTD di JPA itu macam munasabah.
Pada saya gaji pegawai-pegawai atasan, langsung tidak perlu dinaikkan kerana sudah sedia tinggi sejak Sistem Saraan Baru (SSB) diperkenalkan dulu. Sepatutnya gaji mereka dikekalkan dan gaji kakitangan bawahan atau Kumpulan Pelaksana dinaikkan agar jurang yang luas selama ini boleh dirapatkan dan bukan sebaliknya. Masih tidak cukup tinggi lagikah pendapatan dibawah SSB dan SSM yang ada ? Nampak sangat mereka sudah dipengaruhi rasa ketamakan yang terlampau sehingga mereka tergamak memperkenalkan SBPA yang menyebabkan mereka yang kaya bertambah kaya dan sebaliknya yang miskin akan kekal miskin.
Saya teringin sangat melihat gaji, elaun dan lain-lain kemudahan yang bakal diterima oleh Pegawai Premier berbanding dengan kakitangan kumpulan Pelaksana seperti yang dicadangkan dalam SBPA. Malangnya saya tidak berjumpa. Mungkin saya tak pandai mencari atau ia sengaja disembunyikan dari pengetahuan umum oleh sebab-sebab yang boleh kita jangkakan. Kenapa tidak didedahkan saja gaji, elaun dan lain-lain kemudahan yang diberikan kepada pegawai atasan agar semua pekerja dapat merenung dan menelan air liur bersama-sama.
Berikut adalah beberapa hujjah saya mengapa gaji dan kemudahan yang diterima oleh Pegawai-Pegawa JUSA sekarang ini tidak perlu di naikkan dan SBPA perlu di kaji semula keseluruhannya.
1. Alasan untuk menarik bakat terbaik dari sektor swasta rasanya tidak bijak. Mengapa pulak nak tarik tenaga kerja dari sektor swasta masuk perkhidmatan awam. Alasan tersebut macam dibuat-buat. Biarlah mereka di sana. Kalau semua yang berbakat nanti masuk perkhidmatan awam, maka akan tinggallah sektor swasta dengan orang-orang yang tidak berbakat.
2. Kalau pegawai awam ingin gaji yang tinggi biarlah mereka memasuki sektor swasta kerana perkhidmatan awam bukan tempat untuk mencari kekayaan. Misalnya kalau mereka cemburu dengan pendapatan Nazir, CEO CIMB, masukalah kerja bank, kalau berani. Jangan gunakan pendapatan mereka yang tinggi sebagai helah untuk mewajarkan kenaikan gaji dan pendapatan yang melimpah ruah untuk mereka. Setakat ini berapa keratkah pegawai awam yang telah lari ke sektor swasta untuk mendapat gaji yang lebih tinggi. Boleh sebutkan nama-nama mereka ?
3. JPA selalu mengambil contoh pegawai atasan kerajaan yang mendapat gaji tinggi di Singapura. Memang benar gaji Pelayan Pejabat dengan gaji KSU di Singapura jaraknya adalah lebar. Tetapi kenapa tak ambil perkhidmatan awam Korea Selatan atau Amerika Syarikat sebagai contoh. Berapa kali gandakan misalnya gaji KSN berbanding dengan gaji Pelayan Pejabat di Malaysia , Korea Selatan dan Amerika Syarikat.
4. Perkhidmatan awam pada dasarnya adalah sebagai badan mengutip hasil dan memelihara keselamatana dan ketenteraman awam selain berfungsi menjaga keadilan. Sebaliknya swasta berorientasikan keuntungan. Jadi kayu ukurnya adalah berbeza. Kerajaan menyediakan perkhidmatan dan swasta mencari keuntungan. Kalau dalam swasta, kadar keuntungan boleh dijadikan kayu ukur untuk menilai kecekapan dan keberkesanan CEO dan pekerjanya, apakah ukuran yang akan digunakan untuk menilai keberkesanan sektor awam. Misalnya apakah kayu ukur untuk menilai kecekapan Jabatan Kebajikan, Jabatan Perpaduan atau Jabatan Bomba misalnya.
5. Saya akui pendapatan pekerja bawahan di sektor awam umumnya adalah lebih tinggi dari sektor swasta. Itulah alasan atau jawapan pegawai-pegawai PTD di JPA jika pekerja bawahan di sektor awam ingin kenaikan gaji yang tinggi. Dan mereka juga membandingkan gaji CEO di sektor swasta yang tinggi berbanding pendapatan KSU sesebuah Kementerian yang mereka anggap CEO juga. Adalah sangat tidak bijak membuat perbandingan ini kerana asasnya berbeza. Kalau ingin juga membuat perbandingan haruslah mengambil perkhidmatan awam di banyak negara lain yang setaraf dengan kemajuan negara kita.
6. Di zaman penjajahan British dulu, jarak gaji dan kemudahan antara kakitangan paling rendah dengan Pegawai British paling tinggi saya rasa tidaklah sebegini luas jurangnya. Saya mengaku tidak ada butir-butir yang lengkap dan bersedia dibetulkan. Tetapi saya percaya sekarang ini jarak pendapatan antara kakitangan paling rendah dengan pendapatan pegawai paling atas jauh lebih luas jurangnya berbanding di zaman penjajahan British dulu. Sepatutnya bila kita sendiri memerintah, jurangnya bertambah kecil.
7. Dalam zaman British dulu ada kemudahan untuk pegawainya balik ke UK sekali seumur hidup atas biaya kerajaan. Saya rasa patut, sebab mereka berasal dari sana. Apa hal pulak pegawai-pegawai atasan kita mendapat cuti percuma ke London membawa isteri atas biaya kerajaan. Mereka bukan lahir di sana. Patutlah Elaun Pakaian Panas boleh dituntut 3 tahun sekali walaupun barangkali baru dipakai hanya 3-4 kali sahaja.
5. Saya akui pendapatan pekerja bawahan di sektor awam umumnya adalah lebih tinggi dari sektor swasta. Itulah alasan atau jawapan pegawai-pegawai PTD di JPA jika pekerja bawahan di sektor awam ingin kenaikan gaji yang tinggi. Dan mereka juga membandingkan gaji CEO di sektor swasta yang tinggi berbanding pendapatan KSU sesebuah Kementerian yang mereka anggap CEO juga. Adalah sangat tidak bijak membuat perbandingan ini kerana asasnya berbeza. Kalau ingin juga membuat perbandingan haruslah mengambil perkhidmatan awam di banyak negara lain yang setaraf dengan kemajuan negara kita.
6. Di zaman penjajahan British dulu, jarak gaji dan kemudahan antara kakitangan paling rendah dengan Pegawai British paling tinggi saya rasa tidaklah sebegini luas jurangnya. Saya mengaku tidak ada butir-butir yang lengkap dan bersedia dibetulkan. Tetapi saya percaya sekarang ini jarak pendapatan antara kakitangan paling rendah dengan pendapatan pegawai paling atas jauh lebih luas jurangnya berbanding di zaman penjajahan British dulu. Sepatutnya bila kita sendiri memerintah, jurangnya bertambah kecil.
7. Dalam zaman British dulu ada kemudahan untuk pegawainya balik ke UK sekali seumur hidup atas biaya kerajaan. Saya rasa patut, sebab mereka berasal dari sana. Apa hal pulak pegawai-pegawai atasan kita mendapat cuti percuma ke London membawa isteri atas biaya kerajaan. Mereka bukan lahir di sana. Patutlah Elaun Pakaian Panas boleh dituntut 3 tahun sekali walaupun barangkali baru dipakai hanya 3-4 kali sahaja.
Saya kira alasan untuk menarik sektor swasta hanyalah alasan yang diciptakan untuk menaikan gaji pegawai perkhidmatan awam peringkat tertinggi. Di manakah lojiknya. Dimanakah keadilan sosial. Dimanakah rasa kasih sayang dan sikap prihatin. Di manakah semangat bantu membantu ?
Yang kenyang hanyalah pegawai PTD kerana merekalah secara majoritinya yang akan mengisi jawatan Premier nanti. Kumpulan pekerja bawahan akan kekal miskin macam dulu dan juga kekal menjadi salah satu "faktor pengeluaran" selain tanah dan modal.
Tak hairanlah ada orang kata SBPA tu Saraan Baru Pegawai Atasan. Patutlah masa membuat opsyen yang diberikan amat singkat kerana tidak mahu ia diperbincangkan yang akan menjadi kontroversi yang akan melambatkan mereka menikmati kenaikan gaji. Syabas kepada Kerajaan kerana berani mengambil keputusan menyemak semula dan menangguhkan pelaksanaannya.
Cukup-cukuplah tu pegawai PTD. Kalau ikutkan nafsu, tiada sudahnya kecuali mati. Dan duit serta harta bukannya boleh dibawa mati.
p/s: Saya telah cuba sedaya upaya untuk meringkaskan entri ini.
.
ERM.. MACAM MANA NAK KOMEN YE.. HARAPAN SAYA MEREKA DAPAT SEGERAKAN PENYEMAKKAN SEMULA SBPA.. MACAM ADA MASALAH SAJA.. MULA2 TANGGUH TANDATANGAN, KEMUDIANNYA TANGGUHKAN SBPA.. KAKITANGAN KERAJAAN SEMUA NI DAH BERHARAP GAJI NAIK.. PASAL GAJI NI MEMANG SENSITIF.. NAK-NAK YANG BAWAH-BAWAH NI, ASYIK2 TANYA, BILA MAU NAIK.. BILA MAU NAIK..
ReplyDeletepetang tadi baru taklimat, lepas ni taklimat lagi, lama lama penat
ReplyDeletedah penat jadi bosan dan malas
Saya setuju dengan luahan pendapat di entry ini. SBPA hanya "menggemukkan" golongan atasan Perkhidmatan Awam sahaja. Sudahlah cara pengiraan gaji baru tidak jelas, mengelirukan ... kemudian tandatangan SBPA seolah suatu paksaan.
ReplyDeleteKenapa mesti nak jadikan gaji sebaris? Sedangkan sistem gaji matriks ini sudah cukup baik. Naikkan sahaj gaji mengikut %, Perkhidmatan awam yg lain tak akan marah.
Sy dengar2 yang buat SBPA ini adalah golongan PTD yg masih baru dan muda2. Untunglah gaji naik sampai beribu bila sign SBPA. Dah tu, JUSA naik gaji 80% hingga 100%. Manalah keadaannya.
Kumpulan sokongan cuma menelan air liur bila melihat pembuat dasar ini merangka sesuatu untuk faedah duniawi diri sendiri. Pembuat dasar buat dasar tak guna ihsan dihati dan akal yg 100% warasa, dan pelaksana dasar inilah yg terkuis-kuis kehidupannya.
Yang kaya makin kayalah! Yang susah ... kena usaha cari kerja sampingan untuk sara keluarga!
Semoga Allah memberikan mereka ini hidayah agar bekerja dan membuat dasar dengan jujur dan amanah! Mereka ini mungkin lupa ... dunia ini ada akhirat kot!!!!
Salam cik Kamoo.. Kenyataan cik kamoo benar2 menyinggung perasaan kami ptd2 muda.. Kami ptd2 muda tak terlibat dalam penggubalan gaji sbpa.. Kalau kami terlibat, kemungkinan besar kami telah menggubal matriks yang lebih baik utk ptd muda.. Malangnya jika cik kamoo ada melihat matriks gaji ptd m41, cik kamoo akan menyedari bahawa gaji permulaan kami lebih rendah daripada matriks gaji M41 di bawah SSM.. kami sememangnya sangat sedih dengan perkara ini tapi telah dilatih utk menyuarakan pandangan kami secara berhemah dan melalui saluran yang betul.. Jadi, sekiranya sesuatu kenyataan hendak dibuat, tolong selidik dahulu ya..
Deletesatu lagi dasar 'Flip Flop'. Ini semua menjadi bahan semasa kempen PRU -13 sahaja nanti.
ReplyDeleteSallam Tuan Haji,
ReplyDeleteSaya cuma dijanjikan RM500. je sekali seumur hidup..tu pun kalau dapat, kalau tak, teguk air liur yang dah semakin kering ajalah.
salam..
ReplyDeleteterbaiklah Tuan..
ada yang saya belum tahu pun jadi tahu..tapi dari pengamatan saya BUDAYA BODEK dalam sektor awam akan terus berleluasa kalau sistem baru ini di laksanakan
saya sangat setuju dengan entri ni pak ngah.. saya pelik, kenapa mereka tak amik iktibar negara2 bermasalah yang besar jurangnya antara orang kaya dengan orang miskin @ pertengahan. jika dibuat sebegini, saya risau akan jangka masa panjangnya nanti, negara kita akan mengalami nasib yang sama dengan negara2 bermasalah..
ReplyDeletenak kata lebih2 pon saya bukan ada ilmu yang tinggi mengenai ekonomi, tapi saya tengok, saya fikir..
dari segi pengenalan peratus perfomance (exit policy) & insentif prestasi tu, saya setuju, sedikit sebanyak memotivasikan untuk bekerja dengan lebih tekun lagi, sekurang2nya yang buat keje sambil lewa akan berubah sikap dan yang mana tekun bekerja tu mendapat reward..
dulu bila SSB ditukar kepada SSM, tidak ramai pula yg bising..
ReplyDeletebila SSM ditukar kepada SBPA, ramai pula yg bising..
penyelesaiannya mudah.. paling tidak pun, beri kenaikan pada peratusan yg sama di setiap gred.. buat apa nak pening kepala..
dan pelik juga bila stpm tidak sama taraf dengan diploma..
lagi satu, ada sijil yg disama taraf dengan stpm, dan ada pulak sijil yg disama taraf spm.. pelik..
(",)
Assalamu'alaikum Abang Ngah...
ReplyDeleteTerima kasih untuk catatan ini. Sebagai pengira biji kopi, saya tak tahu apa-apa pun. Apa yang orang beri itulah yang saya ambil walaupun kadangkala ada juga rasanya terniat nak cari racun tikus untuk digaulkan dengan biji kopi yang saya kira!
Dari awalnya nmpk tergesa2 sgt SBPA ni mahu dilaksanakan...Dah la xde info awal,terus nak paksa kakitangan awam sign sebelum 31/12.. Dah kena komplen tunda plak ke 15/1...
ReplyDeleteBenda kalau x kaji betul2 gini la jadinya...
salam tuan.saya dah penat dengan sbpa ni.dengan nak mengejar dateline hq.dengan staf lagi tanya mcm-mcm.saya yg pergi taklimat memang tak tau nak cakap apa. pasal gaji ni tuan memang dari dulu lagi.bonus pun sama.mengaburi mata kami yang bawahan ni.yang sebetulnya untung yang atas-atasla.
ReplyDeletesalam tuan, walaupun panjang tapi saya membaca satu persatu tanpa langkau satu perkataan pun. suatu hujah yang sangat menarik dan amat berharap tuan boleh sambung lagi di masa akan datang. izinkan saya berkongsi entri ini di facebook yer
ReplyDeletetepat ke batang hidung~he~~
ReplyDelete*pelik juga tengok diorang buat keputusan dalam masa yang singkat~buat macam paklah dulu kan senang~semua orang senyum sama~
Salam.Betul tu tuan,saya setuju dgn point2 yg tuan keluarkan.Sbg Pegawai pelaksana, saya (kami) diarahkan utk segera setuju (sign) dgn alasan masa yg terhad.bila diajukan mengenai perbezaan gaji, mereka (ptd) gagal utk memberi hujah yg memuaskan hati.Bukan bermaksud dengki, tapi kenangkanlah kusukaran pegawai pelaksana menjalankan tugas.Takkan nak guna alasan nak gaji tinggi ambil ijazah mohon jawatan p&p wpon sebenarnya kebanyakan peg pelaksana mmg mempunyai ijazah cuma tiada rezeki utk mendapat jawatan mengikut kelulusan sjh..
ReplyDeleterara sebenarnya tak faham sgt pasal sbpa ni.tapi terimakasih kat tuan haji sbb terangkan./
ReplyDeletesaya dah baca tuan... bagus juga ramai yang membantah. memang terlalu besar jurang kenaikan gaji antara golongan bawahan dengan golongan atasan. bukan setakat budaya bodek - membodek jer yang makin teruk nanti, tapi juga budaya 'besar kepala' dikalangan penjawat awam yang baru. ye la... masuk2 keje je gaji dah besar dari pegawai senior... maka besar kepala la diorang. bab keje tak tahu la camne...sedangkan sekarang pon, prestasi keje pegawai baru golongan atasan pon bukan semaunya hebat... asyik nak merungut... kalau pegawai atasan yang lama plak lagi teruk... dah la tak nak buat keje... bile dapat keje...ni golongan 'balaci' dan kuli ni yang kena buat keje diorang... lepas tu mengaku keje tu diorang yang buat... cukup tahun, diorang dapat penilaian yang bagus...yang kuli2 ni... nasib jer la..
ReplyDeletecont...
ReplyDeletewalaupun bukan semua pegawai atasan senior macam tu...tapi yang segelintir tu la yang mencacatkan dan menyakitkan hati kalau SBPA tak dikaji semula...
saya baca entri uncle ni sampai ke titikan terakhir. nasib baik ringkas aje.
ReplyDeletewalau apa pun niat diorg, saya sebagai pekerja swasta tak tergerak hati nak apply masuk gomen. takpelah. saya lebih sesuai di sektor swasta.
tapi saya setuju sgt2 pasal nak kecikkan jurang gaji pegawai atasan dan pekerja bawahan dalam gomen tu. bukannya apa...rasa kesian tgk pekerja gomen bawahan yang terpaksa struggle untuk hidup sedangkan pegawai atasannya bermewah-mewahan.
statement ini datang sebab saya pernah saksikan sendiri. betulkan kalau saya salah.
pihak di atas makin kaya sedangkan pihak bawahan ni duk telan air liur je..harga brg lak saban hari makin naik..nak komen lebih2 pun tak reti..
ReplyDeleteDi sektor swasta (GLC secara spesifik)sama jugak. Pelbagai justifikasi direka utk mewajarkan sesuatu perubahan yg secara tepatnya utk keuntungan pihak2 pembuat keputusan. Itulah manusia jika mendpt kuasa...susah nak jumpa mcm Saidina Umar Alkhatab. Apa nk buat pak ngah, kerja mkn gaji nie ikut aje la. Nk cuba niaga tak pandai...berlumut ler kat sini sampai pencen.
ReplyDeleteterima kasih atas komentar yang diberikan. tuan kenapa tak jadi PTD? suara tuan mungkin boleh membantu PTD yang tak berapa bijak tu buat keputusan.
ReplyDeletetuan sebagai x-ptd pastinya mengetahui roh sebenar seorang ptd. atau ptd pencen macam tuan masih terikut dengan cara lama di zaman keangungan tuan. atau tuan lupa peguam negara bukanlah ptd, KPN bukanlah ptd sekadar beberapa contoh bahawa skim perkhidmatan lain juga ditawarkan menjadi Premier.
ReplyDeletepandangan tuan sedikit tersasar jua kerana seolah menjatuh hukum pada JPA. alahai tuan mantan PTD, sebagai ketua pastinya tuan tahu bahawa setiap keputusan dibuat adalah secara bersama termasuk membawa hal ini kepada YAB PM dalam satu Jawatankuasa Kabinet?
Kalau nak banding SSM dengan SSB yang gah pada zaman tuan, janganlah hanya memandang yang itu. Renung dan beri pandangan yang lagi solid termasuk Jawatankuasa Benham, Laporan Ibrahim sebagainya, baru la nampak bijak memberi pandangan.
Yang terakhir memang nampak tuan macam mantan PTD, sebab PTD tua saja yang takut dengan bayang2 sendiri bila nak buka jawatan Ketua Perkhidmatan pada orang luar macam cacing kepanasan dan akhirnya menjatuhkan kesalahan pada JPA dengam kata mencipta alasan.
Terimalah hakikat jika bakat terbaik kita peroleh dari luar boleh mentrasformasi sektor awam kenapa perlu sinikal untuk kebaikan semua rakyat.
Sebab minda PTD lapuk macam tuanlah yang membuatkan perkhidmatan awam tak boleh berubah!
Saya tak tau mana satu nak ulas. Tapi saya amat bersetuju.
ReplyDeleteBagaimana kita nak mengukur pencapaian atau takat kerja dari jabatan bomba ..... kebajikan DSbnya. Apakah perlu ada kebakaran dan accident setiap hari ....untuk jadikan kayu ukur dalam pencapaian mereka.
Apakah bagi jab kebajikan masyarakt ..... perlu membanyakkan org miskin...maka banyaklah kes yang boleh dinilai.
Alasan utk menarik pekerja sektor swasta ke sektor awam...adalah dangkal. Sedangkan perjawatan sektor awam sendiri dah kurang kekosongannya .....Cubalah lihat iklan yang keluar.... betapa ramai... yang memohon yang kadang2 ... kekosong jawatan hanya sekadar 10 .... yang memohon boleh mencapai ribuan.
Saya sokong pendapat tuan haji tapi saya bukan kakitangan kerajaan cuma terkena tempias dari suami je...
ReplyDeleteKEPADA TETUAN
ReplyDeleteFAIRUS
KASIHIBU
CIK KAMOO
DADDY ZIYYAD
ZULKBO
CIKPUANHADY
FUAD ANSARI
KAKCIK
CIK SHINJU
MONALEA
EELOBOR
BUJAL X
FATONHAIRIL
CIKPUAN RARA
LADY SCOOTER
GADISBUNGA
AZNI
UMMI
HOWISEETT
CHIK ATT
JUNAINA
TERIMA KASIH BANYAK2 KERANA SUDI BERKUNJUNG DAN MEMBERI KOMEN2 YANG SELARI DENGAN SAYA.
DAN KEPADA TUAN
2a5d6fac-3d91-11e1-97e2-000bcdcb5194
TERIMA KASIH JUGA KERANA SUDI SINGGAH DAN MEMBERIKAN KOMEN WALAUPUN TIDAK SELARI DENGAN SAYA. RESPON SAYA KEPADA ANDA, BACALAH SEMUA KOMEN YANG LAIN ITU.
saya setuju sgt tulisan tuan ni..
ReplyDeletesaya tak tahu byk tapi terdengar serpih2 sbb bertugas di INTAN.. tapi jurangnya amat2lah besar gaji pengurusan tertinggi dengan gaji kumpulan marhaen ni... tugas2 berat bkn nye geng2 ni yg buat huhuhu.. tapi sorry to say, PTD sgt berkuasa dan adakalanya amat menjengkelkan kerana sgt superior...
Saya dan SRD pun ada bincang isu ini. Memang gaji yang di atas dah cukup tinggi, tapi masih tak puashati. Tak faham kenapa dan mengapa, kalau yang bawah tu berkokok mmg patut, sbb jurang gaji antara mereka dan yang di atas sangat tinggi.
ReplyDeleteSetuju sangat segala hujah yang pakngah sebutkan, patut pihak kerajaan dan pihak pelaksana SBPA ni baca. Dan kepada yang asyik komplen tu, lagi patut baca, biar mereka sedar sikit, dah bersyukur di atas apa yang dah mereka kecap sebelum ini. Macam tak tahu bersyukur pun ada....huhu
CIK FIZA
ReplyDeletePERCAYALAH CIK FIZA ADA JUGA SEBILANGANNYA YANG TIDAK BERSIKAP BEGITU.
YUS
ReplyDeletePAKNGAH CUMA MENYUARAKAN RASA TIDAK HATI KUMPULAN MARHAEN ATAU PROLETARIAT SAHAJA.
PUTERI KAT
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN PANDANGAN. MELALUI INPUT YANG PUTERI BERIKAN, MENAMBAHKAN LAGI BUKTI BAGAIMANA KELAM-KABUT DAN KUCAR-KACIRNYA SKIM SBPA INI.
SELAIN DARI GRED M41, KHABARNYA GRED M54 JUGA TIDAK BEGITU GEMBIRA DENGAN MATRIKS UNTUK MEREKA.
TENTANG TEGURAN PUTERI KEPADA CIK KAMOO, SAYA INGIN MEMBERI SEDIKIT PANDANGAN. KALAU KITA PERLU MENUNGGU SEMUA MAKLUMAT DI PEROLEHI BARU BOLEH MEMBERI PANDANGAN, SAMPAI BILA PUN KITA TIDAK AKAN DAPAT MEMBERI PANDANGAN. ITULAH GUNANYA FORUM SEPERTI INI UNTUK SALING MENEGUR DAN MEMPERBETULKAN.
Pandangan yang sangat bernas. Letih mengurus SBPA ni dulu sebab cikgu2 cuti sekolah tapi terpaksa juga dipanggil untuk sign. Mohon share, boleh ke tuan?
ReplyDeleteAIDA ALI
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DAN MEMBERI KOMEN. SAYA BERBESAR HATI KALAU CIKGU NAK SHARE. SILAKAN.
kenapa nak ungkit pasal kenaikan gaji bagi kumpulan profesional sekarang, masa kenaikan gaji tahun 2007 kumpulan sokongan takda pula bising2. sebab kenapa tak bising2 kenaikan sokongan dapat lebih peratus dri profe. bila tiada jurang gaji yang besar baik tak payah masuk universiti lpas tu berhutang belajar. kerja pion dapat RM5000. puas hati...
ReplyDeleteATANSERI
ReplyDeleteSEMOGA KEHIDUPAN AWAK AKAN BERSERI-SERI SELEPAS SBPA DILULUSKAN NANTI.
MUNGKIN AWAK TAK SEDAR ATAU BELUM SEDAR BAHAWA SUDAH RAMAI KUMPULAN SOKONGAN MEMILIK IJAZAH SEKARANG INI. PADA MASA AKAN DATANG BILANGAN MEREKA PASTI BERTAMBAH.
bukan saya tak sokong apa yg tuan hj katakan ttg sbpa, mmg ada kelemahan pun pasal sbpa ni. cuma tang no 6 tu jadi kisah, jika pasal gaji jadi masalah. pastu disebabkan gaduh2 sbpa ditangguhkan sehingga april, dah cantik kenaikan gaji tu tapi dilambatkan. kalau lah sbpa ini ada percaturan politik mmg teruk negara jadinya pasal ada ura2 pilihanraya ke-13 sebelum april. tn hj... jika kumpulan sokongan dah ada ijazah, patutnya diorang ni dah masuk kumpulan profesional tak gitu.
ReplyDeleteATANSERI
ReplyDeleteSAYA HAIRAN KENAPA AWAK KISAH DENGAN NO. 6. BUKANKAH ITU TUNTUTAN ISLAM. CUBA AWAK BACA KISAH KHALIFAH OMAR MEMERINTAH.
KALAU PEMBANGKANG PANDAI MENGEKPLOITASI ISU INI, ADA HARAPAN PUTRAJAYA BERTUKAR TANGAN.
SEKARANG PELUANG KERJA SUDAH KURANG. SAYA PERNAH BACA DALAM AKHBAR SEDIKIT MASA DULU, DUA ORANG PEMEGANG IJAZAH MENJADI WARDER PENJARA. DUA ORANG PEGAWAI SOKONGAN SAYA JUGA MEMPUNYAI IJAZAH. BAHKAN PELAYAN PEJABAT SEMENTARA SAYA DULU PUN ADA IJAZAH. MEREKA TAK ADA PILIHAN. DARIPADA TAK ADA KERJA, LEBIH BAIKLAH BEKERJA WALAUPUN TIDAK SEPADAN DENGAN KELULUSAN MEREKA. JADI FIKIR2KAN NASIB MEREKA SAMA.
sebenarnya betul2 kesian ngan pekerja bawahan yang mengharapkan ada kenaikan gaji mereka..walaupun hakikatnya naikpun tak seberapa.yang besar dapat lagi besar..kdang nie rasa mcm helah yang sudah bergaji besar bertambah besar gajinya..org bawahan??sekadar syarat untuk tutup semua kemudahan org atasan
ReplyDeletebetul tuh..mmg tak semua kumpulan sokongantakda ijazah.masa apply ada diploma..n dpt kerja sebagai kerani..disebabkn ramai yg mengangur terimagk jwatan yg sepatutnya spm jer..
ReplyDeletepastuh dlm msa 4 thun wat pjj amek ijazah..tapi walupun dah beritahu ada ijazah tapi kedudukn ttp sama sbb peluang ke gred sepatutnya dah diisi n tak berpeluang..
so mmg betul kta tuan haji..skang ramai org ada degree tp masih dlm kump sokongan bukan senang2 ada peluang nak ke gred atas...
mmg sbpa nie ptut ambil kira org2 mcm2
WAN NURUL HEZRINA
ReplyDeleteSAYA MENULIS TU BERDASARKAN FAKTA DAN PENGALAMAN. ADA SEORANG EO SAYA DULU, ADA IJAZAH, SUDAH ENTAH BERAPA KALI MINTA PTD TAK DAPAT2. BELUM REZEKI DIA LAGI.