Seorang anak buah saya sudah membooking buah yang masak untuk dibuat benih. Jadi saya nak bagi dia masak kat pokok dulu baru petik. Tapi belum sempat petik, buah mangga yang hampir masak sudah diambil orang tanpa kebenaran saya. Bukan sekali, dah banyak kali. Dan terakhir, semalam 3 biji sekali ghaib. Cerita lanjut pasal pokok dan buah mangga tersebut ada di sini.
Gambar 1. Iqal bersama buah mangga pada 17/1/2011 pada kira-kira 6.15 petang sekembalinya dia dari sekolah.
Gambar 2: Buah mangga seperti gambar atas cuma tinggal tangkai sahaja setelah diambil orang.
Gambar ini di ambil pada kira-kira jam 2.10 petang pada 18/1/2011.
Gambar 3: Tuan Tanah tak sanggup lagi kehilangan buah mangganya lalu mengambil keputusan yang drastik untuk memetik kesemua buah yang ada di atas pokok. Setiap biji beratnya melebih 1 kg.
Gambar 4: Ini bukan gambar mangga tetapi adalah gambar henfon saya yang ada kamera yang mengambil gambar mangga-mangga tersebut yang akan menjadi saksi di sana nanti tentang kewujudan dan kehilangan buah-buah mangga saya. Semoga orang yang mengambil buah mangga tesebut panjang umur dan sempat bertaubatdan memulangkan kembali buah mangga saya.
Gambar 4: Ini bukan gambar mangga tetapi adalah gambar henfon saya yang ada kamera yang mengambil gambar mangga-mangga tersebut yang akan menjadi saksi di sana nanti tentang kewujudan dan kehilangan buah-buah mangga saya. Semoga orang yang mengambil buah mangga tesebut panjang umur dan sempat bertaubat
p/s: Saya baru balik dari memancing semalaman di PD. Nanti saya buat satu entri khas mengenainya.
MMG BESAR SIZE BUAHNYA..PATUTLAH ORG YANG MENGAMBILNYA TAK PIKIR BANYAK KALI..
ReplyDeletetergamak makan buah curi yg akan jd darah daging.huhu
Saya tak boleh tahan nak gelak melihat ayat terakhir yang bergaris itu! :)
ReplyDeleteAlahai! pokok mangga tepi rumah saya pun sama lah nasibnya dengan pokok mangga pak ngah! Nak tebang sayang, nanti sekali dengan kita tak dapat makan...
ReplyDeletep/s : Pakngah saya pun pergi tangkap ikan ahad lepas.ada kat dalam entri baru, saje nak bagi jeles pak ngah sebab ikan-ikannya beesssaaarrrr sangat! hehe!
:D Besar tu... Patutlah ramai peminatnya.
ReplyDeleteTak boleh tahan kalau asyik lihat sahaja.
Salam bang.
ReplyDeleteTermakbul niat saya nak baca n3 abg ni.
Marah betul abg dia org yg mencuri mangga sehingga abg berniat nak bawa henfon utk jadi saksi. Saya tak salahkan abg berniat begitu sebab abg dah susah payah tanam dan jaga pokok mangga tu.
Tapi mungkin lebih baik halalkan saja. Anggaplah bukan rezeki kita kali ni. Buah dari pokok mangga di rumah saya pun sering hilang dan emak saya bersikap mcm abg tu. Dulu saya mcm tu juga tapi skrg saya lihat dari sudut yg lebih positif.
Maaf kalau cadangan saya ni buat abg tak selesa.
ini mesti mangga paling sedap!sebab tu asik diambil org..
ReplyDeleteSallam Tuan Haji,
ReplyDeleteMemang besar buah mangga tu,
Saya pun tengok terliur, kalau dekat saya pun dah ambil dah buah tu, tapi
minta izin dengan Tuan Haji dululah.
Saya pun harap orang yang curi tu akan pulangkan buah mangga tu pada Tuan Haji. tunggu diakhirat nanti yeee...
Salam,
ReplyDeleteWalaupun saya bukan tuan punya pokok mangga ni tapi terasa geram juga di hati. Manakan tidak, kalau pun tidak terasa berdosa tapi sudah hilangkah rasa malu dengan diri sendiri dan juga Allah ketika makan buah yang diambil tanpa izin atau dalam erti kata lain mencuri ?
salam
ReplyDeleteada sesetengah org,ambil dulu baru minta izin..bla jumpa tuan punya baru bgtau..bla bla bla..
ada pulak,yg amik dan terus buat derkkk ja...
ya...semoga dia sempat bertaubat dan mohon maaf dari tuan punya mangga ..
Sebaiknya dihalalkan sahaja, free2 dpt pahala. Ini ujian kesabaran utk tingkatkan iman...wallahua'lam.
ReplyDeleteDah lama agaknya org tu dok aim tuan haji. Mengidam anak sulung agaknya!
ReplyDeletebila saya tengok buah dan pokok mempelam ni,,, terkenang pokok mempelam yang pernah berbudi kepada kami dulu.... besar nilah buahnya.... bukan saja menarik perhatian orang lalu lalang...malah menjemput pencuri mempelam... sayang dah ditebang sebab terlalu besar pokoknya...
ReplyDeletesalam Pak Ngah...
ReplyDeleteteringat kisah mempelam mak saya depan rumah. Ceritanya lebih kurang macam Pak Ngah.. tak sempat masak mesti hilang... banyak pulak tu hilangnya. Nak dijadikan cerita, satu hari tu mak saya nampak dengan selambanya orang tukang pungut sampah duk petik buah pelam mak saya tu.. mak saya terkedu nak marah..
Apalah salahnya minta izin.. mak saya pun akan bagi kalau diminta dengan cara elok, ni main pakai sedap petik gitu je..haissshhhhhhh
dah selamat masuk perut.. mungkin takde harapan utk pengambil buah tu, untuk pulangkan kembali..
ReplyDeletep/s: saya takut dia bukan pulangkan buah.. tetapi hasil yg telah dihadamkan.. jadi, baik jgn mintak balik..
sedapnya.. rumah sekarang x ada walau sebatang pokok mangga.....
ReplyDeletelama x dapat makan mangga........
Ini la risikonya nanam mangga di luar pagar...(rase mcm pernah rembat mangga orang mase skolah dulu)
ReplyDeleteperghh..ni kalo mangga muda, makan dengan sambal kicap..sedapnyeeee..terliurrr
ReplyDeleteorang2 ni tak takut ke ape..curi makanan, memang direct jadi darah daging. ish
Nampaknya orang tu tak tahan godaan. Mungkin juga dia tengah mengidam kot...
ReplyDeletesaya teingat kisah rasullulah.. kisah seorang lelaki termakan buah apple merah ditepi sungai..
ReplyDeleteagak2 wanita yang makan tu taK? bakal menantu uncle.. hahaha
lariiiiiiiiiiii
taruk wire letrik keliling buah manggu tu uncle!
ReplyDeletesalam uncle..
ReplyDeletekalau lah boleh dimangga solex kan mangga tuh.. pasti x der yg ambik kan?
=]
bukankah memaafkan dan halalkan sahaja itu lebih baik!
ReplyDeletesalam Pak Ngah,
ReplyDeletememang besar dan nampak sedap sangt buah mangga tu...mesti Pak Ngah tanam pokok ni kat luar pagar kan? sebab tu senang dia orang nak ambil ..tapi tak apa lah Pak Ngah..halalkan sahaja mereka yg mengambilnya ... bak kata orang-orang tua (saya muda lagi eh ...hehehe) BERBUDI PADA TANAH ... semoga orang yg menanamnya akan mendapat ganjaranya di sana ... InsyaAllah ...
p/s: suatu cara lain, mungkin Pak Ngah kena balut dengan kertas semua buah2 mangga tu supaya orang tak nampak sangat dan mereka tak terliur melihatnya ...hehehe
Adakah untuk musim mangga akan datang akan dipasang CCTV? hehe
ReplyDeletebesarnya buah mangga..tapi bagi tau anak buah tu..jangan la terkilan jika tak dapat dijadikan benih
ReplyDeletesebab biasanya kalau tanam dari biji susah nak dapat hasil yang sama..suruh je anak buah buat cantuman..ambik mata tunas dari pokok yang buah mangganya besar tu.insyaallah baru dapat hasil yang sama.
memang tak boleh tahan...tapi benda dah lesap, halalkan saja pakcik, jangan dimintak2 untuk dipulangkan balik, takut apa yang dipulangkan nanti sama macam apa yang Fuadansari sebut tuh..sanggup ker? ha hah ha
ReplyDelete*kagum dengan berat dan saiz mangga tu, kalau beri kepada saya 2 biji, mau merengkek saya bawak balik (masuk dalam bonet kereta)....
KEPADA SEMUA PENGUNJUNG DAN YANG MEMBERI KOMEN, TERIMA KASIH BANYAK2. MAAFKAN SAYA SEBAB TAK DAPAT JAWAB SATU2 KERANA MASA BANYAK DITUMPUKAN MEMBUAT ENTRI HARI INI.
ReplyDeleteRAMAI YANG MENYARANKAN SUPAYA DIHALALKAN SAHAJA. MEMANG SEMASA SAYA MENANAM ANAK BENIHNYHA DULU LAGI SAYA SUDAH BERNIAT MENGHALALKANNYA KERANA SAYA TANAM PUN DI LUAR PAGAR.
CUMANYA SAYA RASA KECEWA TIDAK DAPAT MENUNAIKAN HAJAT ANAK BUAT SAYA YANG MEMINTA SEBIJI BUAH YANG MASAK UNTUK DIBUAT BENIH. SAYA RASA TERKILAN KERANA TIDAK DAPAT MEMENUHI PERMINTAANYA. OLEH HAL YANG DEMIKIAN ENTRI INI HARUS DIBACA DALAM KONTEKS ITU.
BARANGKALI SAYA AKAN SURUH DIA BUAT SEPERTI YANG DICADANGKAN OLEH ACIK ERNA SAHAJA.
pakngah pisang sya setandan di ambik orang, bak kata enpakwe bukan rezeki kita,yang sya tak puashati adalah orang tu tebang tandan pisang saja, tp tak tebang pokok nya, sya jugak yang menebang batang pisang tu dlm paksa rela..
ReplyDeleteaduhhh pakcik.. meleleh air liur ibu mengandung tengok mangga tu.. -_-
ReplyDeleteAJEE
ReplyDeleteISTERI SAYA DENGAN ANAK MENANTU, MAKAN MANGGA ITU CICAH KICAP DLL. DIA KATA AKTIVITI ITU SEBAGAI 'MENYICAH'