Kita (dengan kawan sepejabat dan keluarganya) pernah melawat ke dua bandar utama di Kanada iaitu Toronto dan Ottawa. Di kedua-dua tempat itu, kita menumpang tidur di rumah kawan. Selamat belanja hotel dan makan minum. Di Toronto kita menginap di rumah kawan yang bekerja di Jabatan Penuntut Malaysia. Dan di Ottawa di rumah kawan yang bekerja di Kedutaan Malaysia di sana.
Berikut lihatlah gambar-gambar yang sempat dirakam, yang masih baik yang ada dalam simpanan saya. Nak cerita lebih-lebih pun, dah banyak yang lupa.
Berikut lihatlah gambar-gambar yang sempat dirakam, yang masih baik yang ada dalam simpanan saya. Nak cerita lebih-lebih pun, dah banyak yang lupa.
Gambar 1: Di pintu masuk ke Kanada dari Amerika. Pintu yang tak ada daun pintu.
Gambar 2: Sempat juga bergambar selepas urusan Imigresen selesai.
Gambar 3: Di sebelah kedai yang menjual cenderamata.
Gambar 4: Bangunan CN Tower dari kejauhan. Saya memang teruja tengok menara ini sebab kat kampung saya belum ada lagi menara macam ni pada masa itu. Sekarang pun masih belum ada juga.
Gambar 5: Masa itu saya terfikir, kalaulah saya banyak duit, saya nak buat satu menara macam ni kat Bukit Nenas. Tak lama selepas itu orang lain buat sebab duit saya masih belum cukup lagi pada masa itu.
Gambar 6: Di kaki menara CN Tower. Perlu ke sebut tower lagi ?
Gambar 7: Dari dalam menara. Kelihatan tasik/sungai di sekitar bandaraya Toronto luas terbentang di belakang sana.
Gambar 8: Ronda-ronda di bandar Toronto di musim panas. Kanada adalah negara 4 musim. Kita di Malaysia ada 3 musim. Musim panas, musim hujan dan musim durian. Kakngah tertidur dalam kereta tolaknya. Dia memang kuat melengset (tidur) sampai sekarang.
Gambar 9: Seperti biasa saya akan membeli satu dua cenderahati sebagai kenang-kenangan. Yang ini gambar pinggan. Kalau guna untuk makan, tentu lambat nak sudah.
Gambar 10: Benda ini saya tak tahu namanya dan juga tak tahu nak bagi nama, tapi cantik.
Selesai cerita semasa Toronto. Lepas ni cerita kami semasa di Ottawa pulak.
* Siapa nak tengok tasik air tawar yang terendah di atas muka bumi ini, sila klik sini.
.
sesekali buka album lama, tentu seronokkan? Saya teringin nak lihat sendiri air terjun yang popular di sana, tapi...sampai akhir hayat entah sempat entah tidak..hehe
ReplyDelete*melengset* tu bahasa daerah mana pakcik? kalau ditempat saya itu ertinya budak yang suka bersandar kat emak/ayah dia. Pantang dekat asyik nak melengset/meleset...
ayah saya pun ada beli cenderamata dari kanada. keychain dan termometer atas piring tembaga.
ReplyDeletesokmo berbentuk daun maple aje.
saya belum klik lagi link tasik air tawar tu. kejap lagi saya klik ye uncle...
uncle..kelihatannya amat bergaya waktu muda muda!:-D
ReplyDeleteSalam pak Ngah,
ReplyDeleteNostalgia melihat gambar lama ... selama saya belajar di USA, saya tak pernah berkesempatan hendak ke Canada..tetapi yang paling hampir ke sempadan ialah semasa saya dan suami beserta 2 orang anak (masa tu saya dah ada 2 orang anak juga - 1989) .. sebelum pulang ke tanahair, sempat berkunjung ke Niagara Falls ..
Cantik ya Mak Ngah (semasa muda tu, sekarang pun mesti makin cantikkan..saya belum pernah melihat gambar Mak Ngah nya skrg)
Terimakasih kerana meletakkan link di blog Pak Ngah... meningkat lah juga traffik ke blog saya ...
Ok, saya sudah tulis sambungannya..tetapi bersedia utk membaca kerana sangat panjang ...
beberapa kali saya terhenti menulis kerana semasa membuat rujukan-rujukan dan membaca hadis serta memikirkan apa yg bakal berlaku, bulu roma saya tegak berdiri, seram sejuk saya jadinya mengenangkan betapa sangat hampirnya kita dengan Kiamat... kerana tanda-tanda yg kelihatan mmg sudah berlaku ..
Semoga kita semua mengambil iktibar dan bersedia utk menghadapinya ...
Salam Pak Ngah...sesiapa pun dah berkelanan di rantauan pasti selalu mengimbau kembali kan. Sbb tu juga Nida akan coret satu persatu kat blog yang umpama travel log kami tu sebelum terlupa nanti.
ReplyDeletep/s - baru lawat Auckland Sky Tower, tp tak terfikir lak nak buat kat kampung saya... :)
QUEENIE
ReplyDeleteSAYA SUDAH SAMPAI DAH BERMALAM DI BANDAR BUFFALO DIMANA TERDAPATNYA NIAGARA FALLS ITU.
MELENGSET ITU ADALAH DIALEK ORANG NS BAGI TIDUR.
GADISBUNGA
ReplyDeleteKALAU DAH TAK NAK CENDERAMATA BERBENTUK DAUN MAPLE TU, UNCLE SUDI TERIMA.
LADYSIRNA
ReplyDeleteMANA ADA BERGAYA ? ITU MEMANG SEMULA JADI. HEHE
NURAZZAH
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
PAKNGAH PUN PERNAH BERMALAM DI SANA DAN PERNAH BUAT ENTRI MENGENAI PENGALAMAN ITU TAK BERAPA DULU.
BANYAK DAH RASANYA GAMBAR MAKNGAHNYA YANG TERKINI DALAM ENTRI SEBELUM INI.
HANAFIAH
ReplyDeleteSALAM KEMBALI
BAGUSLAH BUAR CORETAN SEGERA SEBAB KALAU LAMBAT NANTI TERLUPA. SAYA TAK DAPAT BUAT MASA ITU DULU, KERANA BLOG BELUM ADA. KALAU DAH ADA, SAYA PUN MUNGKIN BUAT BEGITU JUGA.
Midi Skirt mengingatkan IM uniform perempuan masa di Sekolah Raja Chulan dulu....
ReplyDeleteINSAN MARHAEN
ReplyDeleteMEMANG BEGITULAH FESYEN MASA ITU. TAK LARAT SAYA HENDAK MENGHITAMKAN AURAT YANG TERDEDAH.