Friday, January 27, 2012

JANGANLAH MASUK SYURGA SORANG-SORANG.


Bayangkan kalau kita pergi  berjalan-jalan sekeliling sebuah kampung tapi tiada berjumpa walau sekerat orang. Atau kita berjalan di bandar. Masuk kedai keluar kedai, masuk bank keluar bank, masuk supermarket keluar supermarket, masuk pawagam keluar pawagam, pun begitu, tak ada orang.

Kita masuk kedai pancing, tengok dan pilih pancing untuk dibeli. Bila nak bayar, tak ada orang. Masuk pawagam cerita Ombak Rindu sedang main, kita pun tengok sorang-sorang sebab penonton lain tak ada. Keluar pawagam terasa lapar, kita singgah kedai Mamak layan diri. Bila selesai makan, nak suruh kira dan nak bayar, tak ada orang. 

Bila teringin nak memancing, kita pergi kolam berbayar. Ikan punyalah banyak tapi tak ada orang lain memancing dan tak ada orang jaga. Kita pun memancing. Selepas dapat 7-8 ekor, berat 3-4 kilogram seekor, kita pun balik rumah. Hati cukup seronok tapi kepada siapa nak berkongsi cerita gembira. Kat rumah kita pun kita duduk sorang-sorang. Kemudian kita update blog dan facebook. Muat naik gambar-gambar ikan yang kita dapat, tapi selepas 14 jam, tak ada sorang pun komen. 

Kemudian kita pergi dari bandar ke satu bandar nak cari orang. Katalah dari Seremban pergi ke Muar. Kat lebuhraya hanya kereta kita sahaja yang ada. Bila minyak kereta habis, kita singgah isi minyak.  Tapi masih tak nampak orang. Pondok kutip tol pun tak ada orang. Kemudian kita pergi lagi ke selatan hingga ke Singapura. Pun begitu juga, masih tidak berorang. Cuba bayangkan keadaan kita pada masa itu. Alangkah sunyinya kerana hidup keseorangan.

Begitulah perumpamaannya kalau kita masyuk ke dalam syurga sorang-sorang. Bahkan syurga itu lebih luas sehingga tidak terbayang oleh kita keluasannya. Seronokkah kita kalau kita seorang sahaja berada di syurga yang maha luas nanti ?

Oleh itu janganlah berkelakuan semacam kita seorang sahaja yang  mahu masuk ke syurga. Saya ada jumpa seorang pak haji kat surau saya. Setiap kali datang dia mesti memakai jubah dan berkopiah putih.  Bila dia datang ke surau terus sembahyang sunat di satu sudut, kemudian sembahyang berjemaah, lepas tu belah tanpa bersama-sama berwirid, berzikir dan juga berdoa bersama imam dan selepas itu bersalam-salam bersama para jemaah yang lain. Kalau ada jamuan pun, beliau tak pernah turut sama. Mukanya sentiasa tersenyum tapi tidak pernah berkata-kata dengan kita kecuali kalau kita yang mula menegurnya.

Mungkinlah dengan berperangai begitu dia terhindar dari mendapat dosa mengumpat, bercakap kosong atau menyakitkan hati orang lain, tetapi cubalah bayangakan kalau awak masuk syurga sorang-sorang. Seronok ke ? 

31 comments:

  1. seram lah cerita awak ni. takkan lah sampai gitu sekali. kat syurga dah gerenti ada sahabat nabi, kat rumah dah gerenti ada keluarga, tapi saya dah biasa mcm tu tak rasa lain plk.malah luar biasa klu ramai orang komen kat facebook. tak heran .....

    ReplyDelete
  2. SKY IS BLUE

    MAAFLAH KALAU CERITA SAYA INI MENYERAMKAN AWAK. SAYA CUMA MENGKRITIK PERILAKU SESETENGAH ORANG KITA YANG BERKELAKUAN SEOLAH-OLAH DIA SORANG SAHAJA YANG NAK MASUK KE SYURGA.

    ReplyDelete
  3. Belum 14 jam dah ramai yg baca n3 di blog abang ni. Sah abang tak keseorangan.

    Pak Haji tu takde blog kot. Dan dia bukan kaki pancing mahupun suka menonton wayang. ..... hahaha

    ReplyDelete
  4. mayb die xanggap cm 2. mayb fikiran die xde lngsung utk dunia, hanya fikir akhirat. jgn fikir negatif pd org. die ada sebab knp kelakuan dia begitu.

    ReplyDelete
  5. hehehe..a' a kan, sorang2 tu tentu nya tak seronok, kalau boleh saya pun nak temankan jika saya layak..Tapi kalau yang pegangai macam setan tu, pergi lah awak sorang ke neraka..tak de orang nak temankan pun...

    ReplyDelete
  6. cuba hampiri pak aji tu , bagi salam , nengok dia jawab tak, mungkin dia bisu kot hehe :)

    ReplyDelete
  7. cuba hampiri pak aji tu , bagi salam , nengok dia jawab tak, mungkin dia bisu kot hehe :)

    ReplyDelete
  8. Seronok betul baca N3 tuan ini. Ikhlas kakak suka. Memang ada org macam Pak haji yg tuan katakan itu. Tapi pada kakak bukan dia nak ke syurga sendiri tapi memang jenis org yg begitu pendiam tak pandai bercerita.

    Ada juga tempat kakak yg lepas solat terus bangkit tak berdoa pun sebab dia tidak mengikut fahaman syafie. Kalau majlis tahlil/maulud pun dia tak ikut. Tapi dia tak sombong sekadar tak turut sama....

    ReplyDelete
  9. lain org lain ragam...ada yg jenis susah nak mulakan perbualan (termasuk saya juga)

    ReplyDelete
  10. YUNUS BADAWI

    TAK PASTI SAMADA DIA ADA BLOG, KAKI PANCING, KAKIWAYANG ATAU TIDAK SEBAB TAK PERNAH TANYA LAGI.

    ReplyDelete
  11. PATUNG QASYIRA

    TAK BOLEHLAH TINGGALKAN LANGSUNG DUNIA INI. KITA HIDUP BERMASYARAKAT .. KENALAH TURUT SAMA DALAM KENDURI KENDARA, GOTONG ROYONG, MENGURUS KEMATIAN DAN SEBAGAINYA. KALAU KITA MATI NANTI, TAKKAN KITA BOLEH PERGI KUBUR SORANG-SORANG.

    ReplyDelete
  12. HANI

    KITA SERUPA. KALAU BOLEH BIARLAH KITA SAMA-SAMA DAN RAMAI-RAMAI MASYUK SYURGA DENGAN SALING PESAN MEMESAN DAN INGAT MENGINGATKAN.

    ReplyDelete
  13. Salam tuan Haji,

    Baca N3 tuan haji teringat diri saya sendiri. Saya juga kadang2 bila ke masjid dekat rumah sendiri, kadang2 datang senyap balik senyap, sebabnya tak ada lawan nak ajak bercakap.

    Tapi saya tunggulah hingga selesai sama ada wirid atau ada taskirah. Saya tak tau saya yang salah atau orang lain yang menyebab saya begitu kerana setiap jemaah yang saya senyum dan bersalam semua hanya senyum dah bersalam. Mereka semua tidak bercakap melain dengan kelompok masing-masing.

    Tak taulah diri saya ni masuk dipihak yang mana.

    ReplyDelete
  14. apa khabar tuan haji :)

    lain padang lain belalang
    lain orang lain ragam :)

    ada sebabnya agaknya tu..
    mungkin dia tgh tgu set gigi palsu dia siap agaknya...

    p/s : pakcik..kalau saya salah...maafkan saya ye pakcik...

    ReplyDelete
  15. kalau kita nk berbaik sangka, mungkin pak aji tu wali. Saya pun jenis dlm mulut ada emas, hanya sekadar senyum dan bersalam jer.

    ReplyDelete
  16. RAHMAN

    DAI TAK BISU, BAHKAN DIA PERNAH MENJADI IMAM.

    ReplyDelete
  17. KAK ZAKIE

    SAYA TIDAK ADA MASALAH DENGAN ORANG PENDIAM. TAPI DALAM BAB FARDHU KIFAYAH KENALAH JUGA IKUT SERTA. TAK CAKAP PUN TAK APA. MISALANYA DALAM PROGRAM GOTONG ROYONG ATAU QURBAN MISALNYA, KENALAH BERI SUMBANGAN TENAGA.

    ReplyDelete
  18. MAMA ZHARFAN

    INI BUKAN SETAKAT PERBUALAN TAPI MELIBATKAN PERCAMPURAN DALAM AKTIVITI MASYARAKAT.

    ReplyDelete
  19. KUNANG-KUNANG

    SALAM KEMBALI.

    TAJUK ENTRI SAYA MEMBAWA ISU YANG BESAR. KISAH PAK HAJI ITU ADA SATU CONTOH SAHAJA. BANYAK LAGI CONTOH ORANG YANG HANYA MENUMPUKAN FADHU AIN TETAPI MENGABAIKAN FARDHU KIFAYAH. SEDANGKAN KITA DITUNTUT UNTUK MELAKSANAKAN KEDUA-DUANYA. BAHKAN DALAM KES TERTENTU, FARDHU KIFAYAH ITU MENJADI FARDHU AIN KEPADA KITA.

    ReplyDelete
  20. WAK

    ALHAMDULILLAH. SIHAT.

    SAYA TEGASKAN LAGI. INI BUKAN SOAL BERCAKAP SAHAJA TETAPI MENCAKUPI SOAL MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM AKTIVITI MASYARAT SETEMPAT DAN SILATULRAHIM SESAMA JEMAAH SETAMAN PERUMAHAN.

    ReplyDelete
  21. UMMI

    MUNGKIN JUGA DIA WALI. SAYA JUGA PERNAH MENJADI WALI SEBANYAK DUA KALI SEMASA MENIKAHKAN 2 ORANG ANAK SAYA DAHULU. HEHE

    ReplyDelete
  22. mungkin dia wahabi kot uncle, tak amalkan wirid berjemaah.

    ReplyDelete
  23. DADDY ZIYYAD

    INI BUKAN SOAL WIRID SAHAJA .. TAPI DIA LANGSUNG TIAK JOIN AKTIVITI KEMASYARAKATAN.

    ReplyDelete
  24. dia ada bini muda kot...


    kiranya dia ada darjat jg la sebab masih mahu ke surau, jemaah ...
    ada ramai lagi yg langsung tak ke surau tapi cakap berdekah-dekah huhahuhahuha

    ReplyDelete
  25. Hidup sorang2 memang tak best ... masuk syurga sorang2 tak pastilah macam mana...

    Kot orang tu ada masalah kot?

    ReplyDelete
  26. bosannya...walau masuk syurga tapi sorang2. (tapi itu tak mungkin la terjadi kan...)

    tapi....

    memancing sorang2 mmg tak best walaupun dapat ikan berpuluh2 ekor sebab takde orang lain nak pancing sama.

    tapi cerita uncle ni dah mcm movie hollywood lah. pasal kisah seorang (aje) survival bencana alam dgn haiwan peliharaan dia.

    hihi.

    tapi since cerita uncle ni berkait rapat dgn jiran saya, boleh le suruh jiran saya baca entri ni. tapi nanti dia syak saya ada blog pulak. susah la pulak. kensel lah saya nak suruh dia baca. heheh.

    ReplyDelete
  27. Salam Pak Ngah,

    Insyaallah jika tanya semua orang, mesti jawapannya nak masuk syurga. Tak ada orang Islam yang nak masuk neraka..kalau tanya non-Muslim pun mesti dia kata nak masuk 'heaven' ....mesti dia tak mahu masuk 'hell' ..

    jika kita hayati dan ambil iktibar dari peristiwa yang berlaku di sekeliling kita, dgn terjadinya banyak petanda-petanda akhir zaman, mesti kita rasa seperti kita hendak berbuat amal-ibadat sebanyak mungkin, seolah-olah kita akan mati esok hari ...

    ReplyDelete
  28. IKAN EMAS

    MUNGKINKAH ITU CIRI-CIRI ORANG YANG ADA BINI MUDA ?

    ReplyDelete
  29. CIK KAMOO

    MEMANG TAK BEST .. TU SEBAB ORANG NAK ADA KAWAN, ADA KEKASIH, ADA SUAMI/ISTERI, ADA KELAB, ADA PERSATUAN DAN SEBAGAINYA KERANA TAK MAHU KESEORANGAN.

    ReplyDelete
  30. GADIS BUNGA

    MEMANGLAH TAK MUNGKIN TERJADI. ITU ADALAH TEMPELAK KEPADA ORANG YANG TAK MAHU CAMPUR ORANG SEOLAH-OLAH ORANG LAIN YANG TAK LAYAK JADI KAWAN DIA. JADI DI MANA KEPATUHAN DIA KEPADA SERUAN SUPAYA KITA BERPESAN2 KEPADA KEBAIKAN.

    ReplyDelete
  31. NURAZZAH8

    BETUL .. BERAMAL IBADATLAH SEOLAH-OLAH AKAN MATI ESOK HARI TAPI JANGAN LUPA PULA BEKERJA MENCARI PENGHIDUPAN SEOALAH-OLAH AKAN HIDUP SELAMA-LAMANYA.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.