Orang kita cuma mahu mendengar dan tak menjawab balik bila ditegur, jika yang menegur itu memenuhi salah satu atau kesemua ciri-ciri berikut;
1. Mereka yang menegur itu ada kuasa memberi anugerah, gelaran, pangkat dan sebagainya.
2. Mereka yang menegur itu boleh mempengaruhi pihak yang memberi anugerah, gelaran, pangkat dan sebagainya.
3. Mereka yang menegur itu ada kuasa memberi keuntungan material seperti lesen, duit, tanah, kawasan balak dsb. Itu sebab ada anak-anak yang tak mengendahkan teguran ibubapanya kalau ibubapanya papa kedana dan mengharapkan bantuan mereka.
4. Mereka yang menegur itu ulamak selagi mana teguran mereka tidak menyentuh kegemaran orang yang ditegur. Itu sebab masih ramai yang menghisap rokok, walaupun ada ulamak yang telah mengharamkannya.
Selain dari itu, kalau orang kita kena tegur dan terkena egonya dan mereka pula tak ada hujjah untuk menjawabnya, maka akan keluarlah ayat-ayat seperti berikut:
"dia tu sapa nak menegur aku .. SPM pun tak lulus"
"dia tu sapa nak nasihatkan aku .. belajar ugama pun setakat pondok je"
"dia tua sapa nak menegur aku .. masa sekolah rendah dulu bangang macam aku juga"
"dia siapa nak menegur aku .. kalau tak puashati pindah je lah ke negara lain"
"kau perempuan, apa tahu"
"kau budak-budak, jangan nak tunjuk pandai"
"kau orang tua .. diamlah. bela cucu lagi baik"
Maknanya orang kita gemar melihat siapa yang menegur dan bukannya apa yang ditegur, sedangkan Islam menyuruh kita seperti yang dinyatakan dalam Surah Al-Asr supaya berpesan-pesan dan saling mengingati antara satu sama lain.
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (3)
سُوۡرَةُ العَصر
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣)
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (3)
Bila saya cakap dengan memetik ayat Quran macam ini, risiko untuk mendapat komen seperti di bawah adalah besar ..
"Tak usah nak berlagak alim lah .. bukan aku tak tahu kau tu siapa"
Nota kaki: Bila saya sebut orang kita, bukanlah bermaksud semuanya. Tapi tak laratlah pulak saya nak menyenaraikan mereka yang bukan orang kita. Serupalah bila ada orang kata orang Negeri Sembilan suka makan pedas. Orang yang bercakap begitu tidak memaksudkan semua orang Negeri Sembilan dan orang yang mendengar pun faham apa yang dimaksudkan oleh orang yang bercakap itu. Saya kena menyatakan ini, kerana akan ada nanti mereka yang gemar berhujjah dari sudut teknikaliti, nahu, istilah dan sebagainya.
Video di bawah sesuai ditonton oleh orang yang tidak mahu berada dalam kerugian.
Mereka yg berani menegur yg salah dan kemungkaran walau mendapat kutukan insya-allah berbahagia di akhirat kelak...
ReplyDeleteSaya tak tahu nak komen apa, tapi saya suka dengan catatan ini. Ada isinya, tak macam catatan saya yang langsung entah apa2 kebelakangan ini...
ReplyDeleteKAKZAKIE
ReplyDeleteAYAT QURAN SURUH KITA BERPESAN-PESAN. MAKNANYA DUA PIHAK. JADI KALAU SAYA SALAH, SILALAH TEGUR. INSYAALLAH SAYA AKAN MENERIMANYA.
KAKCIK SEROJA
ReplyDeleteCATATAN KAKCIK TETAP ADA MESEJ. HANYA JAUHARI YANG KENAL MANIKAM.
Aiseh....yg layak menegur pun tak berani nak menegur selagi tak dpt lampu ijau dr 'tukang bg arahan'.
ReplyDelete=(
POK AMAI-AMAI
ReplyDeleteAWAK TAHU .. SEKARANG INI PAKCIK MENJADI ORANG SANGAT TIDAK POPULAR DI KALANGAN PTD. CUMA NAK BERITAHU AWAK, PAKCIK TAK MENDAPAT ARAHAN DARI SESIAPA BILA MENULIS ENTRI INI.
sedangkan saya kakak yang tegur adik sendiri sebab merokok pun taknak didengar..siap dikatanya 'makruh aje' lagi.
ReplyDeleteatau mungkin sebab saya perempuan kot?
GADISBUNGA
ReplyDeleteJADI BETULLAH PENDAPATAN UNCLE TU ! HEHE
Tuan,
ReplyDeleteMemang benar amat susah untuk menerima atau menyerap teguran.
Bagaimanapun,sesuatu teguran itu samada bersifat positif atau negatif masih ada ada manfaatnya untuk 'kawalan dalaman' seseorang.
UJANG KUTIK
ReplyDeleteSEPATUTNYA KITA BERTERIMA KASIH KERANA ADA ORANG SUDI MENEGUR KITA. HANYA KAWAN SAHAJA YANG MAHU MENEGUR KITA MANAKALA MUSUH MAHU MELIHAT KITA HANYUT.
Minda rakyat Malaysia harus berubah..zaman sudah berubah. Saya cakap terus terang ya uncle, Kerajaan pun kena terima teguran, dan bukan simply nak melenting org yg menegur itu = Pembangkang.
ReplyDeleterakyat dah lama pendam rasa menyampah dgn golongan yang menongkat langit, hidup bagaikan dewa tak boleh di tegur
assalamualaikum tn hj..
ReplyDeletesy mmg tabik spring dgn kesatuan guru yg menolak kehadiran PTD ke 'rumah'mereka..
saya memang menyokong sangat apa yang kesatuan guru itu perkatakan..
kita lihat PTD terlalu menguasai mana-mana kementerian, jabatan agensi kerajaan..
sy beri cth..KSU Kementerian Pelajaran konfem PTD, tidak bolehkah ia dibuat secara penggiliran antara semua jabatan dibawah Kementerian pelajaran..
paling saya kasihan jawatan KSU kementerian Pertanian. Di abwah kementerian pertanian, terdapat byk jabatan spt pertanian, perikanan, veterinar, MARDI, FAMA dan sebagainya tetapi KSUnya masih lagi seorang PTD..eloklah di buat sistem penggiliran KSU MOA diberi kpd semua jabatan di bawah MOA..
bak kata tn hj, cukup-cukuplah tue PTD...
masalah tak boleh terima teguran ini pernah dibangkitkan oleh anak kedua saya dalam perbualan kami anak beranak pada Jumaat lalu (saya rakam untuk kenangan dlm entri bertajuk "BORAK SANTAI" di blog saya).
ReplyDeleteMenurut anak saya, setiapkali diadakan majlis, pasti dimulai dgn bacaan surah al-Fatihah dan surah al-'Asr sebagai penutupnya, tapi bila ada sesuatu yg tak kena dan anak saya cuba menegur/mengingatkan, ada pulak para senior yg sentap, lalu anak saya menyebut kembali, "apa makna surah al-'Asr tersebut?"
kalau apa yang kami bincangkan dalam rakaman video tersebut ada salah dan silapnya, saya pun sanggup menerima teguran sama...
dan nampaknya saya sudahpun menerima teguran pertama dari anon yang tidak mengizinkan komennnya disiarkan, katanya betapa anak saya begitu takjub dengan einstein dari Rasulullah saw...hehe..tp bagi saya saya memahami maksud anak saya...
SAMA-SAMALAH KITA MENEGURU UNTUK KEBAIKAN.. KALAU TIDAK BOLEH TEGUR ELOK KERJA SEORANG DIRI SAHAJA..
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan al-lavendari,
ReplyDeletesentiasa menuggu teguran yang membina...
1-2 hari ni baca komen uncle ttg PTD, memang nak suh uncle buka cerita psl PTD nak masuk KPM. Benci betul..
ReplyDeleteBayangkan kami kena jalani soal selidik utk kaji beban tugas guru. Actually PTD nak namakan as Projek Rintis mereka dlm KPM. Tetapi ramai yg bantah.Jawatan spt Guru Media dan Guru Bestari akan dijumudkan.
Mereka nak masukkan pegawai M di sekolah as GPK Pentadbiran (kalau x salah saya). Lepas tu letakkan pegawai gred N utk post as jawatan Guru Perpustakaan. Soalnya memanglah guru byk beban tugas, tapi kalau pegawai N masuk..maybe jobscope mereka cuma kerja seperti pustakawan (Gred S). Projek NILAM di sekolah siapa nak manage? Melatih murid bercerita, berpantun, bersyair?? Pegawai N nak buat ke kerja-kerja guru?
Lepas tu nak suruh guru kerja sampai 5 ptg. Bukan tak boleh tapi kurang praktikal di Malaysia. Kita ada sekolah agama. Walaupun cikgu kena kerja sampai pukul 5, nak train budak untuk kejohanan sukan mesti juga ambil kira waktu murid tak pergi sekolah agama. Pegawai M hari Sabtu duduk rumah, cikgu masih di padang melatih murid-murid bersukan dan menghafal skrip bercerita.
Itu hanya cerita kecil dari cikgu semut macam saya. :(
sangat bijak sekali, membuka minda entri ni. terima kasih
ReplyDeleteHampir di mana2 jabatan atau syarikat ada golongan 'terpilih' ini. Mereka ini akan rasa diri mereka lebih drpd org lain kerana mereka lebih terer dan lebih dekat dgn pihak tertinggi.
ReplyDeleteOrg yg tak termasuk golongan ini sedikit sebanyak akan rasa bengang dgn gelagat golongan 'terpilih' ini. Tambah menyampah bila mereka besar kepala dan tak boleh ditegur.
Teguran yang membawa kebaikan adalah tinggi nilai pengorbananya
ReplyDeletebetulkan yang salah, buatlah yang betul
payah sebenarnya nak menegur dapi kalau kita nampak benda yang bertentengan dengan ugama islam baik tegur sekali secara baik..
ReplyDeleteteguran kalau kena caranya mungkin ok kot..
Saya melihat PTD mempunyai kekuatan dari segi "ilmu pentadbiran & kewangan" yang diterima semasa kursus Diploma Pentadbiran Awam (DPA) selama 6 bulan tu. Ianya seolah memberi lesen untuk mereka menjadi pentadbir yang baik. Iyelah..bukan mudah untuk mahirkan diri dengan Perintah Am, Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan..apatah lagi bila ada ayat, "dibaca bersama Pekeliling Perkhidmatan bilangan 11 tahun 1987...bla2".
ReplyDeleteNamun, ILMU yang dipelajari semasa kursus DPA juga boleh diturunkan kepada sesiapa sahaja, tidak terikat pada PTD. Setiap jabatan juga boleh duplicate kaedah yang sama.
Tetapi, kelebihan PTD adalah mereka mempunyai pool yang ramai, hingga membolehkan mereka beroperasi tanpa terjejas bila ada pegawai berkursus. Manakala, skim lain sangat terhad, dan mereka terpaksa berkorban (mengikuti kursus yang penting sahaja) untuk memastikan tugas hakiki terlaksana. Saya agak yakin tidak ada ketua jabatan akan memberi perlepasan 6 bulan untuk mengikuti kursus intensif seperti DPA tersebut.
Dalam konteks perguruan (dan juga skim lain), saya berpendapat, PTD ditolak kerana mereka tidak ada JIWA di dalam perkhidmatan tersebut. Mereka mungkin mempunyai ILMU pentadbiran yang baik, namun memiliki JIWA dalam skim perkhidmatan tersebut bukan mudah. Apatah lagi PTD tidak kekal selamanya dalam jabatan tersebut, masakkan mereka boleh memahami JIWA yang ada.
Orang yg x boleh ditegur sudah tentu la jarang muhasabah diri...Smpai bila2 pun dia aje yang betulnye...
ReplyDeleteTuan,
ReplyDeletecuma konpius kaitan antara artikel PTD dengan artikel tegur menegur tu. Ada apa-apa yang saya tak paham ke?
Tuan Tanah,
ReplyDeletenak mintak potongan artikel PTD tu boleh tak? kawan2 mintak.
DADDY ZIYYAD
ReplyDeleteSETUJU DENGAN APA YANG AWAK CAKAP. SAMA-SAMALAH KITA BERDOA AGAR KERAJAAN MENJADI LEBIH TELUS DAN LEBIH BERAKAUNTABILITI.
SAHROMNASRUDIN
ReplyDeleteSATU CADANGAN YANG BAIK DAN WAJAR DI LAKSANAKAN. SEBAGAI PERMULAAN SAYA AMBIL CONTOHNYA DALAM TENTERA DULU, KETUA TURUSNYA MESTI DARI TENTERA DARAT. SEKARANG DAH TAK LAGI. DARI TUDM ATAU TLDM PUN BOLEJ JADI KETUA TURUS ASALKAN BERWIBAWA.
LAGIPUN SEBAGAI KSU, CUMA PERLU MEMBERI VISI, KEPIMPINAN DAN DORONGAN AGAR PERANAN SESEBUAH KEMENTERIAN JADI BERKESAN. SAYA YAKIN KETUA PENGARAH KESIHATAN YANG BAIK BOLEH MENJADI KSN YANG BAIK, MISALNYA.
Nice job
ReplyDeleteQUEENIE
ReplyDeleteBACAAN SURAH AL-ASR TU KADANG2 CUMA SEBAGAI PENYEDAP MULUT SAHAJA. CAKAP ANAK AWAK ITU BETUL SANGAT.
RAMAI BETUL CIK ANON YA .. DI SANA SINI DIA ADA.
FAIRUS
ReplyDeleteBETUL .. KERJALAH SEORANG DIRI. MATI BESOK PERGILAH KUBUR SEORANG DIRI.
MIEZA
ReplyDeleteBEGITULAH SIKAP YANG PATUT DI AMBIL. BAGI SAYA TAK MEMBINA PUN TAK APA KERANA MUNGKIN PADA KITA TAK MEMBENA TAPI PADA MEREKA, MEMBENA.
SUFIA MAHZAN
ReplyDeleteKALAU PTD NAK BUAT KERJA MACAM GURU, TAK KENALAH. TAPI KALAU TUGAS PENTADBIRAN SEMATA-MATA, MUNGKIN BOLEH KOT. TAPI UNCLE TAK TAHU, BOLEHKAH DIPISAHKAN SECARA JELAS TUGAS2 PENTADBIRAN DENGAN TUGAS GURU.
APA-APA PUN TERIMA KASIH KERANA MEMBUKA MATA UNCLE TENTANG SATU SISI BARU TUGAS PERGURUAN.
DAUN
ReplyDeleteTERIMA KASIH. LAMA BETUL AWAK TAK ZIARAH SINI DAN SAYA PUN SAMA, LAMA TAK ZIARAH BLOG AWAK.
YUNUS BADAWI
ReplyDeleteMEMANG ABANG PUN BENGANG DENGAN ORANG BESAR KEPALA NI. KADANG2 TU KEPALA DIA KECIK JE.
KASIHIBU
ReplyDeleteMEMANG SUSAH SEKALI MENERIMA TEGURAN, LEBIH SUDAH DARI MEMANCING LAUTAN DALAM.
WAN NURUL HEZRINA
ReplyDeleteIA BERGANTUNG KEPADA ORANG YANG DI TEGUR. KALAU DIA BANGSA YANG TAK BOLEH DI TEGUR, TEGUR MACAMANA BAIK SEKALIPUN TETAP MELENTING.
HANAFIAH
ReplyDeletePANDANGAN ITU ADA BETULNYA. JIWA DAN RASA PERLU UNTUK BERKESAN DALAM APA-APA SEKIM PUN. NAMUN BEGITU SAYA BERPENDAPAT JIWA DAN RASA ITU JUGA BOLEH DIPEROLEHI (ACQUIRED) BAGI MEREKA YANG MAHU DAN BERSEDIA. MANUSIA INI SIFATNYA BOLEH DIBENTUK TERTAKLUK KEPADA KESEDIAANNYA DAN JUGA KEBERKESANAN PEMBENTUK.
CIK SHINJU
ReplyDeleteKADANG2 ORANG SERUPA INI AKAN DIBIARKAN SAHAJA OLEH MEREKA YANG BERKEPENTINGAN KERANA KALAU SESIAPA YANG BERANI MENEGURNYA PASTI AKAN ORANG INI JATUH, ORANG2 YANG SEBELUM INI MENGERUMUNINYA AKAN MENGHILANGKAN DIRI DAN MENCARI 'POHON RENDANG' YANG LAIN PULA.
AKULAHYANGDINAMAKANCIKGU
ReplyDeleteCIKGU KENA BACA 3 ENTRI SAYA SEBELUM INI YANG BERTAJUK "CUKUP-CUKUPLAH TU PTD" DAN "JAWAPAN KEPADA KOMEN DARI 2a5d6fac-3d91-11e1-97e2-000bcdcb5194" DAN "MARI KITA LIHAT BILIK KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KEWANGAN !" UNTUK MELIHAT KAITANNYA.
AKUYANGDINAMAKANCIKGU 2
ReplyDeleteARTIKEL ITU SAYA AMBIL DARI AKHBAR BERITA HARIAN BERTARIKH 17 JANUARI 2012. MUNGKIN CIKGU BOLEH DIDAPKATKAN DARI LIBRARY.
HERIZAL ALWI
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH KALI PERTAMA.
SUBHANALLAH
ReplyDeleteterkesima dengar ceramah Ustaz ni..
terima kasih AL..
sy sgt ketinggalan beribu cerita di blog..namun apakan daya :(