Prakata: Saya sangat mengesyorkan entri yang ini dibaca terlebih dahulu sebelum membaca entri di bawah untuk mengetahui dengan lebih jelas duduk perkara.
سُوۡرَةُ یُونس
هُوَ ٱلَّذِى جَعَلَ ٱلشَّمۡسَ ضِيَآءً۬ وَٱلۡقَمَرَ نُورً۬ا وَقَدَّرَهُ ۥ مَنَازِلَ لِتَعۡلَمُواْ عَدَدَ ٱلسِّنِينَ وَٱلۡحِسَابَۚ مَا خَلَقَ ٱللَّهُ ذَٲلِكَ إِلَّا بِٱلۡحَقِّۚ يُفَصِّلُ ٱلۡأَيَـٰتِ لِقَوۡمٍ۬ يَعۡلَمُونَ (٥)Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya). (5)
Allah menjadikan bulan dan matahari supaya kita "dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa" sebagaimana yang dinyatakan dalam petikan ayat al-Quran seperti di atas.
Kalau ikut kalendar Masehi, kita sambut tahun baru selepas tengah malam 31 Disember. Tetapi kalau kita ikut kalendar Hijrah, kita menyambut tahun baru selepas masuk Maghrib atau terbenamnya matahari di akhir bulan Zulhijjah.
Jika kita menganggap hari baru, bermula selepas jam 12 tengah malam, sebenarnya minda kita telah tertipu. Ia akan menyebabkan kita merasa pukul 10 malam itu masih muda. Tapi sebaliknya kalau kita mengira bermulanya malam itu dengan masuknya waktu Maghrib, maka jam 10 malam itu sudah di anggap lewat dah kita harus segera masuk tidur supaya mudah untuk bangun bersembahyang malam dan subuh nanti.
Barangkali itulah sebabnya kita perhatikan ramai orang kita begitu ghairah menyambut tahun baru 2012 baru-baru ini walaupun jam sudah melewati pukul 12 tengah malam kerana merasakan malam masih muda !
Mingguan Malaysia 1 Januari 2012.
Nota kaki: Entri ini diilhamkan dari kuliah Ustaz Hambali baru-baru ini di surau saya.
selamat tahun baru buat uncle skluarga
ReplyDeleteskrang citarasa rinduan berniaga hingga jam 7 malam..
ayu dan en. zalie ambil keputusan agar kami perbanyakkan ibadat dimalam hari..
insyallah...
PS: kalau kumpul duit sahaja, tanpa ibadat y seimbang saya risau tergolong dlm orang3 y rugi
Jangankan anak2, kita juga sering keliru - mana benar, mana palsu. Bertambah lagi kekeliruan itu bila 'suasana sekeliling' tidak membantu kita untuk tidak terus menjadi buntu...
ReplyDeleteYahudi memang memesongkan banyak fakta yang menjadi ajaran Islam seperti makan bauah selepas makan, mengwar-warkan kebaikan susu lembu berbanding susu kampbing dll.
ReplyDeleteMemang benar, kita di zaman ini sebenarnya lebih selalu ditipu, selalu tertipu, malah juga selalu menipu, termasuklah menipu diri sendiri. Selamat Tahun Baru (yang ini betul... jangan tertinggal) 2012!
ReplyDeleteayat itu selalu didengar dari drama atau filem...
ReplyDeleteapapun, setuju dgn kakcik..
Assalamualaikum.
ReplyDeleteKena panggil Maria Elena juga kah ini? Hehe saya bergurau sahaja ya, tuan. Di kesempatan ini, saya memberikan respon mengenai komen tuan di entri saya yang mana tuan memohon penjelasan mengenai perkataan yang saya tulis itu.
Tuan Al-Lavendari. Benar, itulah yang saya maksudkan. 'Bakar-bakar ayam' itu ialah Bbq. Mohon maaf kerana tulisan saya kurang difahami maksudnya.
Salam ukhuwwah.
salam uncle,
ReplyDeletekalau terjumpa orang nama 'malam', tolong kabo kat saya ye. :D
Salam abe..meme la tahun Islam dikira selps maghrib. thn Masehi je start 12 tghmalam. meme sepatutnya sebelum Maghrib kita sekeluarga pakat bersiap2 utk solat Maghrib berjemaah. Moga cerah kubur kita kelak.
ReplyDeleteJangan Beri Ruang Malaysia Jadi Syurga
Tahun baru kita aritu xde la meriah sgt cenggini...
ReplyDeleteKEPADA ANDA SEMUA YANG TELAH SUDI SINGGAH DAN MEMBERI KOMEN, SAYA UCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH.
ReplyDeleteKEPADA GB .. SUNDAL MALAM BOLEH ?
ehehe, sy tau tpi mseh tido lewat o.o
ReplyDelete