Sunday, January 29, 2012

TERKENANG SEMASA DULU 44: HARI KELUARGA RT.

Peristiwa ini berlaku lebih dua tahun dahulu iaitu pada 2 Ogos 2009. Pada masa itu saya menjadi Pengerusi Rukun Tetangga Lavender Heights.

Sambutan penduduk taman kepada program Hari Keluarga RT, di luar jangkaan semua pihak. Hampir seribu orang turut serta. Rasa berbaloi kita bersengkang mata membuat persediaan.  Program ini juga mendapat liputan yang baik dari mass media tempatan. Peristiwa ini sentiasa menjadi kenang-kenangan kepada saya. Saya amat berpuashati dan gembira sehingga ketawa menampakkan gigi. Jarang sekali saya tertawa sampai menampakkan gigi jika ia tidak benar-benar menggembirakan hati saya.  Contohnya adalah seperti Gambar 6, 9 dan 10.

Kesemua ahli keluarga saya mengambil bahagian. Isteri dan anak kedua betugas di meja pendaftaran, anak ketiga menjadi jurugambar rasmi, anak keempat menghambil bahagian dalam pertandingan melukis dan membeli belah dan anak kelima dalam acara walkathon. Anak pertama pula menjaga anaknya kerana suaminya turut serta dalam walkathon.


Gambar 1. Awal-awal pagi yang sudah mula melawat kawasan dimulai dengan lawatan ke meja Makngahnya.



Gambar 2: Melepaskan peserta lelaki dewasa dalam acara walkathon.


Gambar 3: Anak bongsu saya yang bertopi merah, turut mengambil dalam acara walkathon. Masa tu dia masih kemetot lagi.



Gambar 4:  Melepaskan kakak-kakak yang juga tidak mahu ketinggalan mengambil bahagian dalam acara walkathon.


Gambar 5: Menyampaikan ucapan perasmian yang entah ada orang dengar atau tidak.


Gambar 6: Bersedia untuk memotong reben tanda perasmian.

Gambar 7: Sambutan dari kanak-kanak dalam acara melukis sungguh di luar jangkaan sehingga cenderahati yang disediakan tidak mencukupi. Kita cuma sediakan untuk 50 orang sahaja. Kesian kat budak-budak yang tak dapat. Tapi mereka seronok melukis walaupun tak menang atau tak dapat cenderamata penyertaan. 




Gambar 8: Anak keempat saya turut mengambil bahagian dalam pertandingan melukis.


Gambar 9: Menantu saya mendapat hadiah utama cabutan bertuah. Ramai yang meragui dan mengesyaki ada unsur pilih kasih. Pilih kasih apa ke bendanya. Saya cuma diminta menyampaikan hadiah dan tidak terlibat langsung dalam membuat cabutan.


Gambar 10: Sedang ditemuramah oleh pemberita dari sebuah akhbar (dah lupa namanya dan keratan akhbarnya pun dah tak jumpa). Gambar inilah yang saya crop dan dijadikan gambar profil sekarang ini.
.


Gambar 11: Kita menyambut kejayaan menganjurkan Hari Keluarga itu dengan mengadakan majlis makan malam untuk para petugas. Dalam gambar di atas kelihatan pengerusi memberi sepatah dua kata sambil melihat skrin yang ada lirik, gambar dan muzik.





Selanjutnya untuk gaya penceritaan yang lebih kontemporari bolehlah baca sini atau di blog rasmi Rukun Tetangga Lavender Heights di sini.


20 comments:

  1. mesti seronok kan time tu?
    keseronokan terpancar jelas di wajah :D

    ReplyDelete
  2. Best..best.. Lama tak pi hari keluarga.. sesekali meng'enjoy'kan diri dengan beramah mesra bersama jiran2 tetangga..

    ReplyDelete
  3. IM hingga sekarang, bila ada majlis yang minta beri ucapan rasmi di rostrum, seboleh-bolehnya tolak.

    Idea selalu hilang walaupun dah ada point di atas kertas.

    ReplyDelete
  4. perhatikan entry ini..
    uncle mmg bergaya. ada harapan bakal jadi Yb satu hari nanti.. insyallah

    ReplyDelete
  5. meriah betul hari RT kat sana. dah macam event besau!

    ReplyDelete
  6. meriah sungguh ya uncle.. merapatkan silaturahim sedia ada...

    ReplyDelete
  7. Tabiklah... Tahniah atas semangat yang ditunjukkan

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.

    Meriah sungguh suasana sambutannya.

    ReplyDelete
  9. Sallam Tuan Haji,

    Melihat pada senyumannya tu,
    memang betul2 gembira gayanya tu...
    Tahniahlah, dapat menjayakan acara yang sungguih meriah.

    ReplyDelete
  10. lain macam hadiah utama cabutan bertuah tu.. kalau dapat tu, mau jugak tersenyum2 sampai ke tido..

    bila balik rumah mak ayah kat seremban, asal lalu je kat lavender heights, mesti teringat kat pakngah al-lavendari.. (",)

    ReplyDelete
  11. LADYBIRD

    MULA2 TU BERDEBAR2 JUGA, TAKUT ORANG TAK DATANG. YE LAH .. KITA BUKAN BOLEH PAKSA ORANG SURUH DATANG.

    ReplyDelete
  12. NIDA

    MEMANG ENJOY SUNGGUH. ADA JUGA LUCUNYA. ADA SATU ORANG TU SAYA SELALU JUMPA TAPI TAK PERNAH BERTEGUR SAPA. SAYA INGATKAN DIA INDIA. HARI TU BARU TAHU DIA MELAYU. SYED LAGI.

    ReplyDelete
  13. INSAN MARHAEN

    SAYA PULA TAKUT NAK CAKAP KAT ROSTRUM .. TAKUT TAK TAHU NAK BERHENTI. HEHE

    ReplyDelete
  14. CITARASA RINDUAN

    SEKARANG PUN DAH JADI YB. YANG BERSARA. HEHE

    ReplyDelete
  15. GADISBUNGA

    SUSAH JUGA NAK LAWAN STANDARD TU SELEPAS ITU.

    ReplyDelete
  16. FATIN MRAZ

    KALAU TAK BUAT EVENT MACAM TU, MEMANG SUSAH NAK BERJUMPA.

    ReplyDelete
  17. AIDA ALI

    DI BELAKANG TABIR, ADA JUGA PAHITNYA. BIASALAH KAN.

    ReplyDelete
  18. ASHRAFI

    ALAIKUMSALAM.

    MUNGKIN JUGA KENA PADA MASA DAN HARINYA.

    ReplyDelete
  19. LIPISLADY

    SALAM KEMBALI.

    MEMANG LETIH JUGA HENDAK MENGANJURKANNYA. MAKLUMLAH BUAT KERJA TAK BERGAJI.

    ReplyDelete
  20. FUAD ANSARI

    HADIAH CABUTAN BERTUAH ITU DIA ORANG TENGOK HARI-HARI.

    LAIN KALI SINGGAHLAH .. BOLEH PEKENA KUEHTIAU GORENG KAT LAVENDER CAFE.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.