Thursday, January 5, 2012

SUSAH TAK NAK SUKA DENGAN GOOGLE.

Saya suka Google. Sebabnya selain dari tempat merujuk segala perkara, dia juga boleh baca apa yang ada dalam fikiran saya.  Hari tu saya taip 'saya suak entri ini' .. maka keluarlah hasil carian seperti di bawah.




Dari kira-kira 30.9  juta singgahan, entri saya bertajuk SAYA SUKA ENTRI INI berada di tempat teratas.

Perasan tak, saya salah eja perkataan suka tu ?  Mesti tak perasan. Saya eja 'suak' .
Tapi Google boleh tahu apa sebenarnya yang saya nak eja. Hebat kan ?

Kemudiannya saya gatal-gatal tangan sengaja buat silap taip ejaan nama pena saya - al-lavendari kepada al-lavendaro.




Tengok .. betul lagi. Dia macam tahu je saya tersilap taip.  Dia tak cari pun al-lavendaro .. sebaliknya dia terus cari al-lavendari. Menakjubkan kan ?

Kemudian saya terfikir, kalaulah dapat boss macam tu dulu kan ke bagus .. kita salah cakap atau salah tulis, dia boleh faham. Tak payahlah nak jerit-jerit atau baling fail kat kita . Begitu juga bagi yang sedang belajar, tentulah seronok kalau dapat pensyarah yang dapat baca apa yang kita tulis, walaupun ejaan kita salah atau tulisan kita cantik sikit dari cakar ayam.

Tapi kalau dapat pasangan dan anak-anak yang pandai macam  Google ini, lagilah bagus. Kan ?  Kita salah cakap pun, mereka tahu apa yang kita maksudkan !

Mungkin anak-anak juga berfikir, alangkah baiknya kalau dapat ayah dan ibu macam Google.


..........................................................................................................................................
 
Sub-Entry: Entri Semalam Cuma Dapat Nombor 2 je dari 66.5 juta.



Walaupun berada di tangga ke 2 dari 66.5 juta, nombor 2 tetap nombor 2. Betul sangatlah apa yang saya tulis dalam entri yang  ini  baru-baru ini.




ng

45 comments:

  1. Google dah kenal lama ngan Uncle..
    Dia dah faham Uncle sama macam Makngah memahami Uncle...hehehe..

    Nombor dua tetap terbaik...Tahniah Uncle.

    ReplyDelete
  2. Tak phm la Pakcik. Nape no.2?

    Sy msh bebal pepagi nie.

    ReplyDelete
  3. Berada dalam senarai teratas, tetap juga akan terpandang daripada berada dalam senarai tapi di kedudukan yang tidak terlihat...

    ReplyDelete
  4. nk apa2 sume tny google.cane lah klo xde eh.

    ReplyDelete
  5. google mmg byk peningkatan berbanding rakan seperjuangannya yg lain.. (",)

    mengimpikan pejabat macam google punya pejabat.. mest best kan.. (",)

    ReplyDelete
  6. kadang nak check spelling pun guna google.. =p (hihi..ni rahsia jangan cerita sapa2 tau!)

    ReplyDelete
  7. Sallam Tuan Haji,

    Saya pun sangat suka kepada En. Google yang sangat memahami perasaan kita.

    Tahniah kerana berjaya menduduki tempat teratas..

    ReplyDelete
  8. Hehehe...pakngah ni memang rajin buat research lah...kagum saya dengan kesungguhan pakngah ni....

    ReplyDelete
  9. PERNAH DENGAR ADA SESEORANG BERKATA.. YANG PENTING ADALAH PERTAMA. KEDUA, KETIGA SIAPA PEDULI.. HEHE.. KIRA OKEY LAH TU TUAN DARI BERJUTA DAPAT NO. 2.. TERBAIK..

    ReplyDelete
  10. pakcik Google memang genius, pakcik...hahahaha.....

    ReplyDelete
  11. pakcik google mmg amat memahami kan uncle..suka sgt , silap pun dia tlg carikan juga

    ReplyDelete
  12. handsome tak agaknya Google tu?
    rasa macam nak berkenalan sebab dah lama berkenan kat dia....banyak dah tolong jawab pertanyaan saya..

    ReplyDelete
  13. Salam Pak Ngah

    macam pertandingan pula ye... ada tempat pertama, kedua, ketiga..hehe

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum.

    Nombor 2, itu hebat, tuan.

    Mengenai entri, saya terkenang pengalaman kerja di tempat lama. Menyediakan dokumen yang tidak boleh tidak, semuanya mesti betul terutamanya dari segi ejaan. Silap ataupun kurang satu perkataan sahaja boleh membuatkan hasil kerja itu dibakulsampahkan.

    ReplyDelete
  15. Maaf lari dari topik asal, saya cuma pelik kenapa dalam entry pak ngah gambar banyak yang dikaburkan. sampaikan saya rasa macam mencarik barang tersembunyi pun ada. haihhhh!

    ReplyDelete
  16. CIK SHINJU

    RAMAI ORANG PEREMPUAN FOBIA DENGAN NOMBOR DUA !

    ReplyDelete
  17. YUS

    SETAKAT INI BELUM ADA TANDINGANNYA.

    ReplyDelete
  18. POK AMAI-AMAI

    ENTAH .. PAKCIK PUN TAK FAHAM. PATUTNYA LETAKLAH NOMBOR 1 KAN !

    ReplyDelete
  19. KAKCIK

    BUKAN SELALU MACAM TU KAKCIK. YANG KERAPNYA TAK TERLIHAT LANGSUNG KAT MANA DUDUKNYA.

    ReplyDelete
  20. JEDI

    TAHNIAH DITERIMA DGN UCPAN TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  21. CIKPUAN RARA

    KALAU TAK ADA .. KITA BALIK MACAM DULULAH.

    ReplyDelete
  22. FUAD ANSARI

    SAYA MEMANG TERPESONA DENGAN KEMAMPUAN GOOGLE .. ITU BARU CIPTAAN MANUSIA BELUM LAGI KEHEBATAN PENCIPTA MANUSIA.

    ReplyDelete
  23. QUEEN

    SAMALAH KITA .. BUAT APA NAK RAHSIA2.

    ReplyDelete
  24. LIPIS LADY

    SALAM KEMBALI.

    BUAT MASA INI GOOGLE BANYAK MEMBANTU.

    ReplyDelete
  25. SITI MURNI

    ITU PUN AWAK DAH KAGUM, BELUM TENGOK RESEARCH YANG BESAR2 LAGI .. HEHE

    ReplyDelete
  26. FAIRUS

    MASALAHNYA SIAPA INGAT GUNUNG KEDUA TERTINGGI DALAM DUNIA.

    ReplyDelete
  27. DADDY ZIYYAD

    UNCLE PUN KAGUM MACAMANA DIA BOLEH BEKERJA BEGITU PANTAS. BETUL2 SEKELIP MATA.

    ReplyDelete
  28. LYDIA MIZA

    YANG BESTNYA PERKHIDMATANNYA DIBERIKAN PERCUMA. CEPAT DAN TEPAT.

    ReplyDelete
  29. QUEENIE

    SELALUNYA ORANG CERDIK NI TAK HENSEM. MACAM SAYALAH .. HEHE

    ReplyDelete
  30. NIDA

    SALAM KEMBALI.

    KEPUTUSAN ITU SECARA TAK LANGSUNG BUAT KITA MAKIN BERSEMANGAT BUAT ENTRI.

    ReplyDelete
  31. ASHRAFI

    ALAIKUMSALAM

    KADANG2 KERANA SATU PERKATAAN BOLEH MENGUBAH MAKSUD. DALAM KES INI MEMANG PATUT DITOLAK.

    ReplyDelete
  32. LAYLIE MDNOOR

    GAMBAR2 TERBARU MEMANG SENGAJA DIKABURKAN KERANA TAK MAHU DIKENALI KALAU BERJUMPA DI JALANAN DAN JUGA UNTUK MENGELAKKAN KENA SIGN AUTOGRAF NANTI. HEHE

    GAMBAR DULU2 TAK MENGAPA SEBAB RUPA SEKARANG DAH BERUBAH.

    ReplyDelete
  33. selamat malam uncle

    tadi masuk blog kakcik, entry dia sebelum entry terbaru.. dia kurang suka dengan google.. saya setuju

    tapi entry uncle.. saya lagi setuju, sebab google bantu saya kalau saya salah eja.. haha

    ReplyDelete
  34. Uncle google mmg awesome..I like..

    ReplyDelete
  35. hikhik..memang betul..skang ni klu taktau psl satu2 bende tu, tny aje kat pakcik google..

    ReplyDelete
  36. CITARASA RINDUAN

    SELAMAT PAGI.

    TERIMA KASIH KERANA BERSETUJU DENGAN UNCLE DAN KURANG BERSETUJU DENGAN KAKCIK. HEHE

    ReplyDelete
  37. CIKPUANHADY

    BETUL SEHINGGA DAH TIMBUL ISTILAH MENGGUGEL .. SEDANGKAN GOOGLE ITU ADALAH NAMA SYARIKAT.

    ReplyDelete
  38. google bijak tapi uncle lagi bijak..boleh uji kemampuan google.

    ReplyDelete
  39. NURSALAMAH

    TERIMA KASIH KERANA MEMUJI. SERONOK JUGA BILA KENA PUJI PAGI2 NI. BERI SEMANGAT UNTUK MENERUSKAN AKTIVITI SEPANJANG HARI.

    ReplyDelete
  40. hehhe senang guna google nih..very the friendly user...

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.