Monday, December 12, 2011

SIAPA TAHU NAMA GUNUNG YANG PALING RENDAH DI DUNIA ?

Ada sesiapa yang tahu nama gunung yang paling rendah di dunia?
Mesti tak ada yang tahu kan ! 

Pengajarannya. 

Jadilah yang tertinggi kerana yang terendah tak ada siapa yang tahu atau tiada siapa yang kisah.

............................................................................................

Sub-Entry: Aktivit Orang Pencen Minggu ke Minggu. 


Gambar 1: Kenduri Aqiqah anak rakan setaman di rumahnya. Kemudian balik rumah tukar baju untuk ke majlis seperti di Gambar 2 


Gambar 2: Kenduri kahwin anak rakan setaman di Convention Centre, Nilai.



Gambar 3: Kenduri kawin anak rakan setaman yang dibuat dikawasan tanah lapang berhampiran rumahnya.


Gambar 4: Sempat juga melepas gian. Kali ini memang melepas sungguh. Tetapi pemancing tegar tak pernah kenal erti putus asa.


Gambar 5: Menghadiri kuliah ugama di surau (gambar kitar semula)


Gambar 6: Selepas berjalan 5-6 pusingan, berhenti rehat sambil main jongkang-jongket kat kompleks sukan Paroi.


Gambar 7: Di Taman Seni Islam, Shah Alam. Dengan bapa pengantin yang merupakan kawan lama sama-sama masuk kurusu Kadet PTD pada tahun 1977. Tanpa di sedari kita sama-sama dah tua tapi masih steady.


Gambar 8: Di rumah kenduri kawin anak rakan setaman di bawah khemah di depan rumahnya.


Gambar 9: Sampai rumah pengantin, dah tak ada orang. Yang tinggal cuma keluarga pengantin sahaja. Namun pergi tetap pergi walau pun dah dekat pukul 4 petang.


Gambar 10. Semasa nak balik saya terserempak dengan kereta ini. Sebenarnya tak ada apa-apa yang ganjil tentang nombor plat kereta ini. Cuma bila  disebut laju-laju bunyinya macam tejunam tejunam .. tak caya cuba !


p/s: kali ini sub-entry terpanjang pulak dari entri utama.


41 comments:

  1. Semalam kiranya seharianlah Mak Ngah tak payah masak, ya? :)

    ReplyDelete
  2. Salam Pak Ngah..

    Tapi kadang-kadang yang terendah tu nampak comel dan cute... contoh macam ayam katek. Cuba bandingkan dengan ayam daging, mana lagi cute..:)

    ReplyDelete
  3. salam Tn Hj..,

    memang musim cuti sekolah dan terutamanya sabtu dan ahad memang banyak jemputan..... bukan org pencen saje orang belum pencen pun sama....

    ReplyDelete
  4. dalam maksud tersiratnya tu ye pak ngah...


    sempat tukar baju untuk majlis seterusnya, pegi "rewang" kah? hehehe

    ReplyDelete
  5. JANGAN KATA YANG TERAKHIR, YANG KEDUA DAN KETIGA PUN SIAPA PEDULI..

    ReplyDelete
  6. sekarang ni musim kenduri kawin. pak ngah sama macam tok ayah, kalo tak g surau, g kenduri kawin, kengkadang ada masa lapang berjogging keliling taman, ataupun melawat kawan2 masa pegi haji dulu. org dah pencen, mmg camtu kan...hehehehehe

    ReplyDelete
  7. musim orang kawen, banyak jemputan. meolak salah pergi pula tiada masa tetapi sekadar menjengah walau tidak menjamah memanjangkan silaturrahim apa salahnya...

    ReplyDelete
  8. Uncle makan kat semua umah kenduri tu atau makan kat kenduri yg mula2 aje?
    (buat muka busy body)

    Kelakar tgk pic Uncle men jongkang jongket tu...hehehe

    ReplyDelete
  9. Satu lagi,jangan jadi naib juara / naib johan sebab yang akan dikenang dalam sejarah hanyalah juara... (cth : world cup)

    ReplyDelete
  10. Susunan kad jemputan di meja tu memang menggembirakan kerana sdra dan kawan masih ingati kita. Tapi juga menyedihkan kerana ada kalanya tak mampu nak penuhi semuanya. Masa, kejauhan, tenaga, komitmen lain.... Dilema yang dijemput!

    ReplyDelete
  11. 1. Kakak baru nak tahu nam gunungnya alkisah tak ada jawapan

    2. Tuan memang seorg yg amat menghargai org lain. Walau jauh selagi ada kesempatan tetap pergi majlis dijemput. Tahniah...salute kakak.

    3. Beruntung dah pencen banyak pengisian masa yg dipenuhi dgn baik sekali..

    ReplyDelete
  12. haha ye lah pak ngah.. memang terjunam..

    ReplyDelete
  13. gunung semanggol rendah =)

    ReplyDelete
  14. nampak makin berseri2 makngah eh sejak pakngah eh pencen ni kan.

    hari ni dah keluar beli santan lom bang? hehe

    ReplyDelete
  15. saya ingatkan ada pantun pasal gunung paling rendah tu kat kotak cenderahati kenduri.....~

    ReplyDelete
  16. salam

    plat number tu menarik, muzium tu saya pertama kali sampai lepas, tertarik dengan replika rumah rasulullah yang ada kat situ

    ReplyDelete
  17. gunung paling rendah di dunia, ihklas

    Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

    ReplyDelete
  18. KAKCIK

    KENA MASAK JUGA SEBAB ANAK2 DAN PAK MERTUA TAK IKUT SAMA.

    ReplyDelete
  19. NIDA

    SALAM KEMBALI

    KALAU AYAM KATEK .. KITA CARI AYAM KATEK YANG NOMBOR SATU CANTIK.

    ReplyDelete
  20. AZMNOR

    SALAM KEMBALI

    MASALAHNYA ORANG PENCEN NI TAK BOLEH NAK BAGI ALASAN ADA OUTSTATION DSB.

    ReplyDelete
  21. MAK ENCIK ] SZ

    SEMPAT TUKAR BAJU TU SEBAB RUMAH BERDEKATAN. TAK ADA JEMPUTAN REWANG PULAK.

    ReplyDelete
  22. FAIRUS

    KALAU YANG KEDUA TU ADA HARAPAN LAGI SEKIRANYA YANG PERTAMA DISQUALIFIED.

    ReplyDelete
  23. DAYDECK86.

    GUNUNG PASIR KAT SRI MENANTI HANYA ADA PADA NAMA SAHAJA. GUNUNGNYA TAK ADO.

    ReplyDelete
  24. MAMASYAZA

    BEZA TOK AYAH DENGAN PAKNGAH IALAH DIA TAK KAKI MEMANCING !

    ReplyDelete
  25. JUNAINA

    KADANG2 ADA JUGA YANG TERPAKSA BERBAGI .. SAYA PERGI SATU TEMPAT DAN ISTERI PULAK PERGI KE TEMPAT LAIN.

    ReplyDelete
  26. JEDI

    TU BELUM MASUK LAGI AKTIVIT TIDUR ! HEHE

    ReplyDelete
  27. CIK SHINJU

    TENGOK KEADAAN. KADANG2 RUMAH PERTAMA MAKAN NASI, RUMAH KEDUA MAKAN BUAH DAN RUMAH KE TIGA MAKAN CENDOL KECUALI DI RUMAH KE TIGA TU ADA BBQ KIJANG.

    YA .. NAIB JUARA PUN USAH. TAPI MASALAH TEMPAT NOMBOR HANYA SATU SAHAJA.

    ReplyDelete
  28. ABANG TEMUK.

    SUNGGUH BENAR SEKALI KATA ABG ITU. MEMANG BANYAK KALI JUGA TERPAKSA HANTAR SMS MINTA MAAF. TAPI DALAM HATI TETAP JUGA RASA TERKILAN.

    SEKARANG JEMPUTAN PULAK SELAIN KAD, DATANG DALAM PELBAGAI BENTUK .. TELEFON, SMS, FB, E-MAIL, DATANG SENDIRI, PESAN MELALUI ORANG DSB.

    ReplyDelete
  29. KAKZAKIE

    SAYA MEMANG SUKA MEMENUHI JEMPUTAN ORANG KALAU TAK ADA ARAL. UST KATA MEMENUHI JEMPUTAN ADALAH WAJIB TAPI MAKANNYA TAK WAJIB.

    MEMANG MASA PENCEN SAYA PENUH DGN PELBAGAI AKTIVITI.

    ReplyDelete
  30. TIJAH

    BELI KELAPA PARUT KAT KEDAI SRI JE .. MUDAH SEBAB DEKAT.

    ReplyDelete
  31. CHIK ATT

    BUAT SEMENTARA WAKTU NI, BEGITULAH ADANYA.

    ReplyDelete
  32. GADISBUNGA

    SANGKAAN AWAK ITU LAIN SUNGGUH DARI ORANG LAIN.

    ReplyDelete
  33. MOHAMADAZHAN

    SALAM KEMBALI

    MUZIUM YANG MANA SATU ?

    ReplyDelete
  34. KONDE

    TERIMA KASIH KERANA MEMBERI JAWAPAN DARI PERSPEKTIF YANG LAIN DARI YANG LAIN.

    ReplyDelete
  35. muat eh awak duduk atas 'kerusi' jongkang jongket tu!

    ReplyDelete
  36. KTS

    KERUSI YANG ITU DITEMPAH KHAS UNTUK SAYA.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.