Thursday, December 1, 2011

NAMA KUALA LUMPUR TAK NAK TUKAR KE ?

Saya bukanlah anti mana-mana bahasa. Hanya orang yang pendek akal sahaja yang berbuat begitu. Bahkan pada tempat tertentu, misalnya di persidangan antarabangsa, memang patut Bahasa Inggeris diucapkan. Saya akan berasa bangga jika Mat Salleh ternganga bila mendengar kepetahan pemimpin kita bercakap atau berhujjah dalam Bahasa Inggeris. Saya pernah merasainya suatu ketika dulu, bila Duta kita ke Amerika Syarikat berucap dalam Bahasa Inggeris dengan cukup baik. "Makhrajnya" mengalahkan orang England. Kalau kita tidak tengok siapa yang bercakap, mungkin kita menyangka Prince Charles yang bercakap. 

Namun begitu saya tidak gemar Bahasa Melayu kita diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya. Lebih-lebih lagi dalam memberi nama-nama yang kekal seperti nama bandar, nama taman perumahan,  nama anak, nama kenderaan nasional dan sebagainya.

Misalnya nama kereta nasional kita. Dulu dah sedap-sedap nama seperti Proton Saga, Perodua Kancil digunakan. Sekarang kenapa pula guna nama Proton Exora atau Perodua MyVi ? Sedangkan orang Korea Selatan telah menggunakan nama Melayu untuk menamakan kereta mereka. Saya pernah buat entri mengenainya di sini.

Terbaru saya terlihat dalam akhbar,  nama  KL Eco City seperti di bawah digunakan yang katanya bakal  mengubah wajah Kampung Haji Abdullah Hukum.


SP Setia lancar KL Eco City.  Berita Harian 16/11/2011.


Tetapi yang peliknya artikel Rejal Arbee seperti di bawah menyalahkan rakyat kerana memperlekeh Bahasa Melayu. Pulak dah ! 
Bukankah DBKL yang meluluskan nama projek itu. 
Bukankah DBKL tu sebuah agensi Kerajaan ?
  Apa khabar DBP ?
Kenapa pulak sapi punya salah, lembu kena belasah !



Rakyat tak patut perlekah Bahasa Melayu. Berita Harian 17/11/2011.

Saya nak tanya, nama Kuala Lumpur tak nak ubah ke ..?  Kuala Lumpur tu bukanlah nama yang sedap sangat. Dahlah lumpur, kuala pulak. Manalah tahu kok ada yang nak tukar ke Muddy City atau New London macam yang kat Putrajaya tu !


39 comments:

  1. bm dan bi dirojakkan sesedap rase..trend kot uncle..;p

    ReplyDelete
  2. Iya .. saya sangat setuju.. lebih lebih lagi di kawasan putrajaya dan cyberjaya, nama nama itu adalah tak Malaysia.

    ReplyDelete
  3. biasalah..mereka ni cakap tk serupa bikin...siapa yg memperlekeh bahasa Malaysia?

    ReplyDelete
  4. ya... siapa petualang sebenarnya tu?

    ReplyDelete
  5. Heh!

    Sy mmg tak pnh rs sedap mata nak membaca perihal Proton Exore atau Myvi tu Pakcik. Sampai ke la nie pun...

    Sy syak, masyarakat yg majoriti tak ambil peduli yg jadi mcm nie.

    ReplyDelete
  6. bahasa malaysia kita memang dah banyak yang bercampur aduk. Dah jadi rojak, banyak yang di ambil dari bahasa inggeris juga.

    Apa pun saya sokong entri pakngah ni!

    p/s: pakngah, janganlah merajuk tak sebut nama pakngah dalam entri hari ini.

    Sebenarnya cerita saya, blogger yang saya kenal pada waktu mula2 saya kenal dulu, yang saya pernah jumpa kakanie.

    Pakngah kira dah lambat sikit, apa pun dalam list saya, saya letak pakngah sebagai antara blogger yang saya dah jumpa. Pakngah perasan kan, dah lama letak dah..

    Jangan terasa hati ya pakngah, saya tulis tu on the spot, apa yang terlintas waktu itu...

    Nak tulis semua pahit manis berblog, banyak sebenarnya....huhu

    ReplyDelete
  7. ada kesilapan, pada waktu mula2 berblog, bukan mula2 saya kenal...huhu

    ReplyDelete
  8. Tahniah kerana abg bangsa duta kita berbahasa Inggeris dgn begitu petah.

    Ramai org kita akan berasa bangga jika org putih boleh cakap bahasa Melayu sepatah dulu di dalam ucapan mereka. Itupun mahkrajnya menyimpang jauh.

    ReplyDelete
  9. Lavender Height tak nak tukar jadi Puncak Senawang ke bang? hehehe

    ReplyDelete
  10. As-salam Pak Ngah

    siapa lagi nak memartabatkan bahasa sendiri kalau bukan bangsa sendiri.. hmmmmmm

    ReplyDelete
  11. tiba-tiba jer rasa letih sangat untuk meluahkan apa yg terpendam selama ini...semuanya datang dari pelbagai sudut...membuatkan saya rasa malas dah...

    tunggu kekuatan baru barangkali...

    ReplyDelete
  12. SEBENARNYA NAMA-NAMA INI LEBIH ELOK DIGUNAKAN BAHASA MELAYU, KERANA KITA INI DI MALAYSIA. BUKANNYA EROPAH. KEMUDIAANYA SAYA PERCAYA KALAU GUNA BAHASA MELAYU PASTINYA AKAN LEBIH HEBAT DIPANDANG DAN DIDENGAR. LEBIH-LEBIH LAGI KALAU KITA GUNAKAN PERKATAN MELAYU DAHULUKALA / BAHASA MELAYU KLASIK.

    PELIKLAH.. PELIK...

    ReplyDelete
  13. salam uncle,
    dari pengalaman saya...
    untuk buat submission cadangan nama atau projek ni tak kiralah di mana-mana authority pun.. digalakkan penggunaan nama dari bahasa melayu.

    firma saya bekerja pernah hantar proposal satu nama yang menggunakan nama inggeris, mula-mula di tolak, tapi apabila 'client' turun padang dan jumpa sendiri dengan DBKL, nama projek yang mereka nak tu diluluskan. wal hal namanya tidak bercirikan melayu atau malaysia langsung.

    bagi saya, ini berkaitan dengan 'duit'.
    garis panduan yang hanya ada pada buku namun boleh di'beli' dengan wang ringgit.

    =]

    ReplyDelete
  14. takut nanti yg tinggal cuma 'baju melayu'...yg lain semuanya di inggeris kan..

    ReplyDelete
  15. Ada orang kata rojak adalah lebih sedap dari nasi kosong!

    ReplyDelete
  16. Assalmaualikum Tuan Hj..,

    rasanya semua kawasan / mercu tanda yg bertaraf tinggi di Malaysia ni dinamakan dengan nama inggeris..,
    bukan salah boleh bertutur atau menulis dalam berbagai bahasa tapi menjungjung bahasa sendiri seperti terasa kolot benar bagi sesetengah orang melayu sendiri walau pun berpendidikan rendah inikan pula yang berpendidikan tinggi... kerana merasakan rendah tarafnya jika berbahasakan bahasa melayu...allahua`lam..

    * iswara dan exora ada kat rumah tu....huhuhuhu...

    ReplyDelete
  17. semoga bahasa kita tidak hilang pada suatu hari nanti

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum tn hj....

    ye la..pas nie tok mat kena tukar lavender height kepada senawang 2 la...macam dia buat di seremban 2...heheheheee

    ReplyDelete
  19. CIK SHA

    KALAU ROJAK MEMANG SEDAP. TAPI BAHASA KALAU DIROJAKKAN, MENYAKITKAN MATA, HATI DAN TELINGA.

    ReplyDelete
  20. ANIF

    ITULAH SAHAJA YANG BOLEH SAYA BUAT.

    ReplyDelete
  21. AUJINZ

    DISITULAH IBU DAN PUNCA MASALAH YANG DICONTOHI OLEH PIHAK LAIN.

    ReplyDelete
  22. GADISBUNGA

    RASA MACAM CALON PRU PULAK.

    ReplyDelete
  23. NYANYISUNYI

    MEREKA JUGA BIKIN TAK SERUPA CAKAP.

    ReplyDelete
  24. ABU MUAZ

    KITA TAHU SAMA TAHU SUDAHLAH ..

    ReplyDelete
  25. FARA

    MAJORITINYA TAK PEDULI DAN TURUT SAMA. TAK APALAH ..

    ReplyDelete
  26. YUS

    KUAT JUGA PENGARUH ROJAK.

    PASAL TAK SEBUT NAMA PAKANGAH TU,YUS JANGAN SILAP FAHAM. PAKNGAH SAJA USIK AWAK. TAK SERIUS LANGSUNG. JANGANLAH YUS RASA TERGANGGU PULAK.

    ReplyDelete
  27. YUNUS BADAWI

    KALAU ABANG ADA KUASA, NAMA LAVENDER HEIGHTS NI NAK TUKAR KEPADA 'BUKIT BACANG' SEBAB ABG SUKA BACANG.

    ReplyDelete
  28. NIDA

    SALAM KEMBALI.

    KALAU ORANG LAIN YANG BERUSAHA MEMARTABATKANNYA, MANA KITA NAK LETAK MUKA.

    ReplyDelete
  29. QUEENIE

    MEMANG SAYA KALAU IKUTKAN HATI PUN MALAS JUGA ..TAPI BUATLAH SETAKAT MANA YANG BOLEH.

    ReplyDelete
  30. FAIRUS

    SETUJU DENGAN PENDAPAT AWAK. ITULAH SEBENARNYA MAUDUK TULISAN SAYA INI.

    ReplyDelete
  31. FATIN MRAZ

    AGAKNYA BETUL JUGA UNGKAPAN YANG MENGATAKAN SEMUA ORANG BOLEH DI BELI, CUMA HARGANYA SAHAJA MESTI KENA.

    ReplyDelete
  32. KAMSIAH

    ADA JUGA DESAKAN SUPAYA NAMA 'HARIMAU MALAYA' ITU DI TUKAR .. PUNYALAH SEMPIT PEMIKIRAN DIA ORANG NI.

    ReplyDelete
  33. KAKCIK

    TAPI NASI KOSONG ADALAH MENGENYANGKAN. ROJAK PUN KENYANG TAPI KENYANGNYA TAK LAMA.

    ReplyDelete
  34. PB

    HILANG TU MUNGKIN TIDAKLAH, TAPI SUDAH TIDAK DAPAT DIKENAL LAGI BAHASA APAKAH INI.

    ReplyDelete
  35. ROM

    ALAIKUMSALAM

    SAYA PUN TAK TAHU SIAPA YANG MELULUSKAN NAMA LAVENDER HEIGHTS NI. BERGULUNG2 LIDAH ORANG KAMPUNG NAK MENYEBUTNYA.

    ReplyDelete
  36. nama kuala lumpur kan dah ditukar. KEY ELL.

    harap maklong

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.