Hari ini bermulalah musim sejuk di negara-negara hemisfera utara. Ramai petani-petani mereka yang kaya raya akan melarikan diri ke tempat-tempat yang bercuaca panas. Manakala orang yang dari negeri bercuaca panas pula, ramai yang bercuti kesana. Begitulah resam manusia, sentiasa ingin merasa apa yang mereka belum rasa. Pagi ini hujan renyai-renyai di sini (Senawang). Adalah sikit-sikit rasa macam salji turun. Nostalgia !
Saya baru perasan, dalam banyak-banyak gambar semasa saya bekerja di USA dulu, gambar dengan saljilah yang paling banyak. Pantang jumpa salji, tak kira dekat rumah, pejabat, kompleks beli belah, lapangan terbang, tepi jalan dsb, pasti akan bergambar. Al-maklumlah kat Pilah mana pernah ada salji. Begitu juga kat kampung Makngahnya di Perlis. Jadi jangan jemu kalau melihat gambar orang kampung gila berjumpa salji. Terimalah instalmen 10 gambar pertama.
Saya baru perasan, dalam banyak-banyak gambar semasa saya bekerja di USA dulu, gambar dengan saljilah yang paling banyak. Pantang jumpa salji, tak kira dekat rumah, pejabat, kompleks beli belah, lapangan terbang, tepi jalan dsb, pasti akan bergambar. Al-maklumlah kat Pilah mana pernah ada salji. Begitu juga kat kampung Makngahnya di Perlis. Jadi jangan jemu kalau melihat gambar orang kampung gila berjumpa salji. Terimalah instalmen 10 gambar pertama.
Gambar 1: Makngahnya tak dapat habis butangkan baju sejuk dia !
Gambar 2: Kalau berniaga cendol, alangkah mudahnya. Cedok je ais tu.
Gambar 3: Depan rumah sewa yang diduduki selama 3 tahun genap.
Gambar 4: Taruk sirap .. terus jadi ABC. Kiranya inilah kali pertama saya memegang salji dan kali terakhir pulak di sini.
Gambar 5: Dengan arwah Tok Embon yang datang bersama kami.
Gambar 6: Salji sesaje sejauh mata memandang.
Gambar 7: Letih berdiri, kita berkubang pulak.
Gambar 8: Macam nampak ada kereta tersadai kat belakang tu !
Gambar 9: Yang menggunung di belakang saya tu barangkali ada kereta di bawahnya.
Gambar 10: Ikut bayang tu, dah dekat nak masuk waktu Asar.
p/s: Kalau musim sejuk di sana, tersangatlah sejuknya. Kalau musim panas pulak, panas yang teramat sangat. Cuaca di Malaysia juga yang terbaik. Bersyukurlah !
.
Masa ini mak ngah sedang membawa angah dlm perut ye... masih cute lagi...
ReplyDeleteBawa sirap jadi abc hihi... kelakarlah tuan:)
Sebut cendul terus mengidam..hehe..Oh btw, Pn Aloyah ada lagi. Zaman Jamal kamdi sy tak masuk img lg..sekarang Dato' Alias.Jika pulang ke Perlis, jemputlah ke Kompleks Padang Besar ya Tuan.
ReplyDeletemasa cuti2 kat nuzilen 2 tahun lepas..muka tak malu siap kuak lentang atas snow..mat saleh tengok geleng kepala :)
ReplyDeletekalau saya mau mati kaku jd patong..tu sebabnya memang tkkan merasa pegi tempat mcmtu...dok dlm aircond pun tk berapa tahan...:)
ReplyDeleteSy tak merasa g salji. Tp klu nak main salji pun, kat Msia pun ade salji Pakcik! Hehehehe!
ReplyDeleteSenawang kalau turun salji uncle, boleh main ski kat Bukit Putus ! haha
ReplyDeletesyukur kan..
ReplyDeletehujan emas di negara orang hujan batu di negara sendiri....
hari tu pegi ke shah alam..
ada salji tiruan!
sejukknya memang tak tahan..
terfikir .. kalau kat negara orang yang berhari hari sejuk begini.. uhhh.. bagaimanalah..
syok nya main salji
ReplyDeleteacu pernah main sekali je masa di berkunjung ke Swiss dulu
salji betul ke?
ReplyDeletetak nampak pun asap keluar drpd mulut!
INGAT SALJI TERINGAT PULA SATU CERITA YANG MENGATAKAN BAHAWA PIHAK BELANDA YANG MENJAJAH MELAKA DAHULU MEMBINA STADHUYS (BANGUNAN MERAH) BERBUMBUNG TIRUS KERANA BERANGGAPAN MELAKA JUGA MEMPUNYAI SALJI, AKHIRNYA MEREKA SILAP.. APA KE B*D*HNYA ORANG BELANDA DULU. TAK BELAJAR LA TU SEBELUM DATANG KE MELAKA..
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteWah, tentu seronok bersalji-saljian. Perkara yang saya masih belum berpeluang untuk merasainya.
KAKZAKIE
ReplyDeleteTEPAT SEKALI TELAHAN KAKZAKIE.
FATONAHHAIRIL
ReplyDeleteDATO' ALIAS PUN SAYA KENAL DAN DIA PUN KENAL SAYA.
SAYA SELALU JUGA PERGI PADANG BESAR BILA BALIK PERLIS. TAPI BILA MERTUA DAH DUDUK DGN SAYA, DAH JARANG SANGAT BALIK.
IRFA
ReplyDeleteKITA PUN GELENG KEPALA JUGA TENGOK MAT SALIH BILA MEREKA BERDUYUN-DUYUN AMBIL GAMBAR POKOK GETAH KITA DI SINI.
NYANYISUNYI
ReplyDeleteKALAU TAK PAKAI PAKAIAN YANG SESUAI, MEMANG BOLEH MATI KERAS KERANA KESEJUKAN.
POK AMAI-AMAI
ReplyDeleteTETIBA SAYA TERINGAT KEPADA KSN DULU .. TAN SRI AHMAD SARJI.
DADDY ZIYYAD
ReplyDeleteSAYA BOLEH CONVERT RUMAH SAYA JADI MOTEL. HEHE
KELLA
ReplyDeleteKALAU KAT NEGARA ORANG, MACAM2 ALAT PEMANAS DIGUNAKAN UNTUK MENGELAKKAN MATI KESEJUKAN. DALAM KERETA PUN ADA HEATER.
ACU SAYANG
ReplyDeleteSAYA TAK PERNAH MAIN SKI MASA DULU. RASA MENYESAL PULAK. SEKARANG DAH TAK LARAT.
KTS
ReplyDeleteGAMBAR TU GAMBAR LAMA. TU SEBAB ASAPNYA DAH HILANG.
KOMEN2 AWAK TU SAYA SIMPAN DULU. NANTI SAYA CADANG NAK PUBLISH SEKALI. KOMENLAH LAGI .. KOMENLAH LAGI EK !
FAIRUS
ReplyDeleteBODOH-BODOH PUN, DIA BERJAYA JUGA MENJAJAH MELAKA (DAN INDONESIA) !
ASHRAFI
ReplyDeleteALAIKUMSALAM
CARILAH PELUANG UNTUK MERASAINYA. KAT KOREA SELATAN PUN BOLEH MAIN SALJI.
Dah pencen ni lagi byk masa nak p bercuti n main salji Uncle...
ReplyDeletenasib awak suruh sy komen lagi dan lagi. kalau tak saya memang akan komen lagi dan lagi dan lagi dan lagi.
ReplyDeletetunggguuuu!
CIK SHINJU
ReplyDeleteKALAU DIBERI PILIHAN .. UNCLE LEBIH SUKA PERGI MANCING.
KTS
ReplyDeleteBERAPA LAMA LAGI HARUS KU TUNGGU KOMEN DARI MU ?
Best kan kenangan tu? Kalau nak merasa salji sesangat boleh tak ke Taman Pertanian Bukit Cherakah. Tapi jangan nak berkubang. Kalau duduk tempat sejuk, saya takut saya menternak lemak (tiru Irfa).
ReplyDelete