Setelah tenggelam beberapa purnama, baru-baru ini dia muncul semula. Dia baca dan membuat 24 komen sekaligus di blog saya. Saya dapat merasakan memang dia baca, kerana semua komennya mengena.
Bila saya tengok ada 24 komen yang belum diluluskan, saya dah boleh agak siapa dia. Dan tekaan saya itu tepat kerana semua komen itu adalah datang dari dia. Antara komennya dalah seperti di bawah.
Dua gambar berikut ada kena mengena dengan beberapa komen beliau. Saya harap dia tidaklah sampai menjilat skrin komputer bila melihat gambar rambutan tersebut.
Maaf gambar agak kabur .. maklumlah ambil gambar dengan tangan kiri.
Saya pakai songkok bukan kerana hendak memetik rambutan tetapi sebenarnya baru balik dari kenduri. Lagi pun orang kata susah memetik rambutan kalau pakai songkok. Lebih mudah kalau pakai tangan atau pisau.
Untuk makluman, rambutan berkenaan saya sendiri yang beli anaknya dan menanamnya di rumah saya di kampung. Alhamdulillah dia telah banyak kali mengeluarkan hasil sampai saya sudah terlupa entah berapa kali.
Bila saya sudah tiada lagi kelak, adalah juga benda yang akan dikenang atau disebut-sebut oleh cucu-cicit saya.
"pokok motan ni atok kau yang nanam dulu .. tau tak ? "
kenapa nanam bukan tanam...hahahahaha
ReplyDeleteMARINA MONROE
ReplyDeleteITU BUKAN SALAH EJA .. MEMANG ORNG NS CAKAP MENANAM TU NANAM JE .. TAK PERCAYA CUBA TANYA SAYA.
assalamualaikum tn hj..
ReplyDeletekalau tak silap saya dah dua kali tn hj buat entri mengenai KTS nie kan..
saya yakin KTS begitu mengenali tn hj..mungkin dia bekas staf tn hj dahulu yang menyebabkan dia begitu setia mengikuti blog tn hj....
Di kampung saya pun ada pokon motan (dan pokok ciku) yang ditanam oleh suami saya. Entah sempat atau tidak cucu kami merasanya nanti memandangkan sekarang ini pun kampung itu sudah sangat jarang dikunjungi. :(
ReplyDeleteHehehehe...suka komen bls pakcik pd Marina Monroe.
ReplyDelete=p
setiap kali KTS muncul, mesti uncle suka hati kan?
ReplyDeletetakpelah. biar la saya duduk kat tepi meja saja. :p
eh..ada org merajuk tu sebab tk buat entr pasal dia..hehehe...
ReplyDeletetkpe en hamzah belanje dia buah motan yg en hamzah nanam tu..
untung berbudi dengan tanah.. dapat jugak hasilnya.. berbudi dengan manusia belum tentu lagi..
ReplyDeleteeh tapi hati mau ikhlas kan.. hehehe...
kirim salam kat dia yang tak sempurna tu , cakap kita pun tak sempurna kirim salam
ReplyDeletehajji
ReplyDeletemusim buah buahan ....tuan pnya dusun/pokok...senyum.....
TAPI MASIH BOLEH PAKAI SONGKOK MASA NAK PETIK RAMBUTAN. KALAU TIADA PLASTIK, SONGKOK PUN BERGUNA JUGA.. HEHE
ReplyDeleteWajarlah klon rambutan tu diberi nama baru "Motanatok".
ReplyDeleteBila pengiklan buah memakai songkok, gerenti buahnya halal. Jangan pula syaratkan untuk memastikan buahnya manis kena pakai songkok semasa menanam pokoknya dan semasa memetik buahnya.
Kok ye ada tuan haji, kalau ditebangnya...hahhaaa...gurau ye...
ReplyDeleteTapi tuan haji memang betul. Bapa saya meninggal 34 tahun yang lepas. Semasa hidupnya dia menanam dan menjaga rambutan, chempedak & nangka di tanah Tok ayah (juga dah aruah 17 tahun yg lepas). Namanya masih disebut-sebut setiap kali kami menikmati rambutan yang ditanamnya sehingga kini. Walaupun tanah telah bertukar hakmilik dari nama tok ayah kepada nama mak menakan.
Betul tu ... kalau petik pakai songkok payah ...dan teramat2 payah ... Senang pakai tangankan ...
ReplyDeletekeh keh keh ... Uncle memang lawak laa ...
KTS dah tenggelam semula.
ReplyDeleteBlog abg antara yg terbaik. Itu sebab dia baca semua entri.
elok jugak petik rambutan pakai songkok pakcik, sebab manalah tau rambutan boleh terencat kalau dilihatnya rambut dia lebih lebat dari rambut situkang petik...jadi sebaiknya tutuplah rambut tu ngan songkok...
ReplyDeletehehe
sudah lama sy perasan kehadiran KTS, dan sy juga perasan dia telah mendiamkan diri beberapa purnama.. dan sy rasa KTS seorang wanita yang kelakar.. (",)
ReplyDeletep/s: pakngah dgn dia, macam kenalan yg sgt rapat je.. (",)
"pokok moktan" hehe
ReplyDeletesaya pun nak tanam pokok lah, supaya anak saya boleh cakap benda yg sama kat cucu saya nanti ! hehehe..
ReplyDeleteada blogger yg suka korek entri2 lama dan baca...kemudian komen..saya suka jugak blogger jenis macam ni..terasa entri2 kita bagai simpanan arkib pulak! haha
ROM
ReplyDeleteALAIKUMSALAM.
MEMANG AWAK TAK SILAP .. MMG SAYA PERNAH BUAT ENTRI MENGENAINYA DULU.
SAYA TERAMAT YAKIN DIA BUKAN BEKAS STAF SAYA.
KAKCIK
ReplyDeleteJANGAN KIRA MEREKA SEMPAT MAKAN KE TIDAK .. TANAM JE. KALAU TAK ADA SIAPA NAK MAKAN NANTI, NIATKAN SEDEKAH PADA BURUNG, KELAWAR DLL.
FARA
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA SUKA.
GADISBUNGA
ReplyDeleteTAK BETUL .. SETIAP KALI ORANG KOMEN, PASTI UNCLE AKAN SUKA HATI DAN BEGITULAH SEBALIKNYA. SUNGGUH.
NYANYISUNYI
ReplyDeleteSAYA DAH PERGI BLOG DAN FB DIA PUJUK.
RAI
ReplyDeleteSEMUANYA DENGAN IZIN ALLAH .. SEBAB KALAU DIA TAK IZIKAN BERBUAH, TAKKAN KELUAR BUAH.
SETUJU .. IKHLAS TU 'GOES WITHOUT SAYING'.
CIKGUNORMAH
ReplyDeleteHARAP DIA BACA CATATAN CIKGU INI. ASALKAN DINAMAKAN MANUSIA, MANA ADA YANG SEMPURNA.
AZANI
ReplyDeleteORANG YANG TAK ADA DUSUN DAPAT JUGA LIMPAHAN NIKMATNYA.
FAIRUS
ReplyDeleteMASUK DALAM SONGKOK, BANYAK MANA SANGATLAH. BAIK BUKA BAJU DAN BUNGKUS DENGANNYA.
ABANG TEMUK
ReplyDeleteHEHEHE .. SAYA TERSENGIH BILA ABANG TULIS BUAHNYA DI JAMIN HALAL. SEMUA BUAH RAMBUTAN GERENTI HALAL, KECUALI BUAH CURI.
JUNAINA
ReplyDeleteOLEH ITU BUATLAH JUGA MACAMANA BAPA AWAK BUAT DULU SUPAYA IA MENJADI KENANG2AN KEPADA ANAKCUCU NANTI.
CHIK ATT
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA DAPAT MENANGKAP LAWAK UNCLE .. AWAK CERDIKLAH !
YUNUS BADAWI
ReplyDeleteBUKAN YANG TERBAIK SEBAB AWAK TAK BACA SEMUA !
QUEENIE
ReplyDeleteTERENCAT KALAU SEDANG BERBUNGA ATAU BERPUTIK. KALAU DAH MASAK, NAK TERENCAT APANYA LAGI ?
FUAD ANSARI
ReplyDeleteSEBENARNYA SAYA BARU SAHAJA MENGENALINYA DI ALAM MAYA. SAYA SENDIRI TAK TAHU RUPANYA, UMURNYA, PEKERJAANNYA. DIA SANGAT BERAHSIA.
MUNNAFENDY
ReplyDeleteBEGITULAH SEBUTAN KITA ORANG NS.
DADDY ZIYYAD
ReplyDeletePAKCIK JUGA MASIH BANYAK LAGI MENERIMA KOMEN DARI PEMBACA DI ENTRI LAMA. TERASA DIHARGAI DAN BERI SEMANGAT NAK BUAT ENTRI YANG BERKUALITI DAN BERMESEJ.
Songkok tu ada gunanya. Boleh di buat bekas mengisi Moktan laa Uncle.. koh koh koh
ReplyDeleteAUJINZ
ReplyDeleteSARANAN YANG SAMA DENGAN FAIRUS. MAKA JAWAPAN PAKCIK JUGA SAMA DENGAN JAWAPAN KEPADA FAIRUS.
Saya kata blog abg antara yg terbaik. Bukan blog saya.
ReplyDeleteMemang saya tak larat nak baca kesemua n3 di blog abg dan blog2 lain.
YUNUS BADAWI
ReplyDeleteOKLAH .. ABG TERIMA PUJIAN AWAK ITU. NANTI AWAK KECIK HATI PULAK KALAU TAK TERIMA..
Suka baca komen KTS dalam entri Tetuan Maybank tu...
ReplyDeleteCIK SHINJU
ReplyDeleteKOMEN BALAS UNCLE LAGI BEST !
Uncle dah pernah try petik pakai songkok ker? macam tau2 jer.
ReplyDeleteN9 panggil motan ke. kalau kelate panggil mokte
ReplyDeletesuka dengar dialek org nogori.. sbb ada sedara dekat sri sendayan dan taman tunku jaafar ;)
ReplyDeletesaya kurang dapat gunakan dialek orang negeri kat rumah sebab isteri saya orang Perlis .. dia tak boleh ubah dialeknya.
Delete