Monday, December 19, 2011

WANITA TIDAK SUKA LELAKI PENDEK.


Sesuaikah istilah pendek digunakan untuk menerangkan sifat lelaki yang tidak tinggi ?

Bagi saya istilah rendah lebih sesuai digunakan.

Saya pernah berhujjah di sini suatu ketika dulu. Dan saya masih lagi berpegang kepada hujjah tersebut.

Apa pula pendapat anda ? 

.....................................................................................................................................................

Sub-Entry: Komen Pilihan Saya. 


Dalam entri ini saya yang bertajuk  "Siapa Tahu 8 Bahagi 2 = ?",  saya mendapat jawapan  dari Akuzle Ayu  dari perspektif yang berbeza seperti di bawah.
  Lalu saya terfikir, ye tak ye jugak ye !


28 comments:

  1. tak sesuai la gunakan pendek untuk manusia..
    rendah lebih manis kot...

    tapi saya suka lelaki yang tinggi dari saya..:)

    ReplyDelete
  2. saya tak berapa kisah sgt tinggi rendah ni, asal sodap mato momandang dah le...hihihi~

    kalau tinggi sgt nanti gayat pulak saya tgk. eh?

    ReplyDelete
  3. Huh!

    Sy juga penah bt entri khas perihal penggunaan perkataan yg sesuai. Bila org kata, "Aydin panjang,"

    Sy marah bukan sbb orang tu mengata Aydin panjang tapi sy marah sbb kenapa kurang sensitif dlm menggunakan perkataan bhs melayu yg betul?

    Dah tu, ada pulak yg kata...jgn ambil hati apa org kata. Setakat panjang, apalah sgt!

    Sy sgt kasihan dgn pemikiran org yg belajar tinggi tp lgsg tak amik kisah hal2 mcm nie. Sebaliknya, lebih suka pula mengagung2kan bahasa Inggeris. Dan bila kita tersalah past tense, present tense...kita digelakkan dan pandai pula mereka perbetulkan kita.

    Itulah orang Melayu Pakcik. Bila tak maju, salahkan org. Tak nak muhasabah diri kenapa....

    ReplyDelete
  4. wanita yg mcmana tu yg tak suka lelaki pendek? Pendek apa yg dimaksudkan tu? hehehe

    ReplyDelete
  5. kalau kemetot agak2 sesuai tak pakngah? ehehe..

    tapi tu la kan..penggunaan bahasa sekarang ni macam kurang bersesuaian pada satu-satu keadaan..main hentam keromo je..

    ReplyDelete
  6. Rendah lebih sesuai bagi menerangkan fizikal manusia...Kalau tali baru sesuai guna perkataan pendek...


    *** Komen dari org yg x bape tinggi...huhuhu

    ReplyDelete
  7. pendek?..kalau berbahasa pasar mungkin tak nampak kurang sopan sangat..tapi kalau dalam artikel akhbar..rasanya editor tak buat tugas dgn baik..wartawan apetah lagi.. =)


    errr..tapi saya lebih suka lelaki tingi dari saya..senang nak landing atas dada dia..hehheheh =p

    ReplyDelete
  8. ayah sya rendah dari emak
    tp bahagia je hingga ke saat ini

    sya dulu dulu masa gedik2 hehehehe...
    bukan gedik, masa umur 19 tahun macam tu ada pakwe rendah dari sya
    sayang sangatlah, sya tengok dia comel je
    tapi bukan jodoh sya pun.Sya pun tak tahu perkembangan dia sekarang ni

    erpp....pakngah jangan cerita dengan enpakwe sya ye hehehehe..(,")

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum uncle.

    erm, saya setujulah dengan uncle. penggunaan kata yang kurang sesuai. jika soal nama seperti 'ibrahim pendek' digunakan mungkin ianya sudah menjadi lekatan kepada siempunya badan yang mungkin juga dengan nama itu dia dikenali.

    dari segi bahasa, saya setujulah dengan uncle cakap. penggunaan perkataan kurang sesuai dengan keadaan.

    ReplyDelete
  10. As salam Uncle ..

    saya rasa perkataan "rendah" lebih cantek dan indah walaupun ayat "Ohh .. Abg pendek" lebih popular di kaca TV kita ..

    ReplyDelete
  11. saya pernah dengar orang kata, kalau dapat suami lebih rendah dari kita, murah rezeki...

    apa pun, rendah ke tinggi ke yang penting dia lelaki yang boleh membawa isteri ke jalan yang di redhai olehNya, supaya rumahtangga aman bahagia, rupa bentuk, ketinggian hanyalah faktor luaran, yang penting hati budi kan pakngah.

    Namun istilah pendek memang tak elok di gunapakai , macam kasar aje bunyinya kan...

    ReplyDelete
  12. kah kah kah..saya tergelak besar baca komen YB....

    ReplyDelete
  13. komen YB tue membawa maksud yg mendalam la...sy cadangkan tn hj buat entri susulan mengenai komen YB tue huhuhuhhhh....

    ReplyDelete
  14. TAPI KENAPA SI IBRAHIM DI PANGGIL IBRAHIM PENDEK? TIDAK DIPANGGIL IBRAHIM RENDAH... ;)

    ReplyDelete
  15. Pendek dan rendah sebenarnya punya makna yang berbeza...

    ReplyDelete
  16. Assalam AL.raanya di malaysia ni...lelaki rendah/pendek..tak perlu risau..

    ReplyDelete
  17. Penjodoh bilangan bagi manusia ialah rendah ....

    ReplyDelete
  18. Penggunaan istilah "pendek" tu rasanya kurang sesuai kerana bagi saya macam ada unsur-unsur mengejek. Saya lebih suka menggunakan perkataan "rendah", lebih manis dan sopan... sesuai dgn budaya kita.
    Setakat pendapat dari saya yg tidak berapa tahu.

    ReplyDelete
  19. ayat melayu ini sungguh indah sekali jika bijak digunakannya,namun adakalanya kita silap dalam mengunakkannya dalam sesuatu perkara..

    #lagi sedap mendengar bila diguna dengan perkataan rendah..

    ReplyDelete
  20. Kata orang laki pendek murah rezeki.. wallahualam.

    Saya suka yang sedang-sedang..hehe

    ReplyDelete
  21. Dulu saya pun tak pandai nak bezakan.

    Tapi kini, saya lebih suka guna perkataan ‘tidak’ untuk perkara yang berlawanan. Contoh:

    Saya tidak rajin > tak berapa suka nak sebut malas.

    Tidak cukup kaya > lagi payah nak sebut miskin.

    Rendah tu sesuai la, kalu pendek lebih menggambarkan benda.

    ReplyDelete
  22. orang kata ,

    lelaki yang beristeri kepada perempuan yang lebih tinggi dari mereka , lelaki itu beruntung.

    mereka akan murah reseki

    ReplyDelete
  23. Kata orang tua2 isteri lebih tinggi dari suami murah rezeki...pendek bukan sebarang pendeklah!

    ReplyDelete
  24. KEPADA SEMUA PENGOMEN BUDIMAN.

    KITA DIJADIKANNYA DENGAN PELBAGAI CITARASA. TIDAK BIJAK KALAU KITA MEMPERSOALKAN CITARASA ORANG LAIN.

    APA-APA PUN SEMUA KEJADIAN TUHAN ADALAH YANG TERBAIK KERANA DIA MAHA ADIL DAN MAHA MENGETAHUI.

    ReplyDelete
  25. saya pun kurang suka lelaki pendek............

    pendek akal. eh. rendah akal.

    ReplyDelete
  26. KTS

    KALAU LELAKI BANYAK AKAL, AWAK SUKA TAK ?

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.