Friday, December 2, 2011

TERKENANG SEMASA DULU 39 - BANDUNG.

Mula-mula saya nak siar cerita ini di bawah Wordless Wednesday tapi tak boleh .. kerana ada benda nak cerita sikit. Ini adalah trip saya bersama beberapa sahabat setaman perumahan ke Bandung untuk membeli boleh belah  dan bermain golf. Oleh kerana saya bukan pemain golof, akhirnya saya menjadi tukang teman orang membeli belah.  Kalau tak salah ingatan saya, trip ini dibuat pada tahun 2007. Dah tak ingat berapa orang pergi. Cepat betul lupa sekarang ni !



Gambar 1: Bandararaya Bandung dari Udara. Bandarnya boleh dikatakan bersih juga dan udaranya tidak berapa panas dan lalu lintas juga lebih tertib dari KL.


Gambar 2: Bergambar semasa ketibaan di hadapan Bandara Husein Sasteranegara, Bandung. Kecik jer airportnya .. besar sikit dari airport Kuala Pilah.



Gambar 3: Saya tertarik dengan iklan "Tolak Angin" kat papantanda tu .. nampak tak ? Entah kemanalah perginya angin tu sekarang ini.


Gambar 4: Tiba-tiba rasa kaya .. beli baju beratus-ratus ribu.


Gambar 5: Agaknya tangan tukang ambil gambar tu terketar2 kerana tak sabar2 nak shopping kat Pasarbaru .. sampai bila-bila pun baru. Bijak orang yang beri nama.


Gambar 6: Di celah2 kesesakan jalan raya,  sempat lagi peniaga jalan menjual jajan mereka. Begitulah susahnya mereka mencari kehidupan. Sedangkan di Malaysia ada orang memajakkan lesennya sahaja boleh hidup senang lenang. Tak percaya klik sini !



Gambar 7: Saya dah lupa dalam gedung ini ada jual apa !
TAS tu pun saya tak tahu apa maknanya.  
Tak Aku Sangka kot ?



Gambar 8: Nampak mewah tempat beli belah ini.


Gambar 9: Shopping shopping juga .. kebajikan perut jangan di lupa.


Gambar 10: Makan lagi .. kita cuba restoran lain pulak. Tak silap nama restoran ini Sederhana.


Gambar 11: Tempat ini saya kagum. Masjid di puncak bangunan Pasarbaru. Tempat kita kat puncak2 bangunan selalunya ada kelab malam. Mungkin saya silap kot !


Gambar 12: Sempat bergambar di luar masjid dengan berlatarbelakangkan bandaraya Bandung.



Gambar 13: Salah sebuah bangunan bercorak tempatan yang mencuri perhatian saya.


Gambar 14: Di luar bandara sebelum berlepas pulang ke tanah air ku yang tercinta.


Gambar 15. Saya tak sempat nak pergi ke Gedung ini. Lain kalilah !


p/s. Saya terdorong membuat entri ini kerana ada seorang kawan FB yang sedang berada di sana dok asyik update FBnya dengan gambar2 dan berita dari sana.




28 comments:

  1. baju di sana cantik cantik...betulkah pak ngah?hehe, belum ada rezeki sampai sana...

    ReplyDelete
  2. Salam, wah banyak membeli belah masa tuh?
    Dah boleh pergi lagi sebab dah pencen tak payah apply cuti..hehehehehe

    ReplyDelete
  3. Salam Pak Ngah..

    Seronoknya nampak gambar Pak Ngah dengan Mak Ngahnya.. macam pi bulan madu pula..hehe. Di Bandung sana banyak Mi Bandung dengan Sirap Bandung tak? Mesti Mak Ngahnya beli kain berbandung-bandung...:)

    P/s: Nida ada paste komen Pak Ngah di blog Nida dulu di rumah baru Nida sekarang ni http://ucualong.com/.. datanglah jengah ye Pak Ngah.

    ReplyDelete
  4. BELUM SAMPAI KE BANDUNG LAGI.. BARU KE PEKAN BARU DAN BATAM.. ITUPUN URUSAN KERJA..

    ReplyDelete
  5. wah Pak Ngah nak tunjuk Bandung ke nak tunjuk Mak Ngahnya. Patutla barang kat Pasar Baru tak banyak lgi rupanya dah habis kena borong dek group Lavendar Height......

    ReplyDelete
  6. Sallam Tuan Haji,

    Soalan saya sama macam Nida, ada tak orang jual sirap bandung dengan mee bandung kat sana.

    ReplyDelete
  7. emmmm ... jadi jutawan di sana pak

    ReplyDelete
  8. bila uncle nak ke bandung lagi...

    =}

    ReplyDelete
  9. Saya tak pernah ke Bandung tapi selalu minum Sirap Bandung dan makan Mee Bandung. :)

    ReplyDelete
  10. belum ada masa nak ke sana lagi! cadangan ada - kena tunggu giliran...kumpul info dulu...he3x

    ReplyDelete
  11. Tuan,

    Saya yg seperti katak di bawah tempurung ini menyangka Bandar Bandung itu macam Pekan Kota sahaja.

    Ternyata meleset.Tetapi taukehnya siapa,tuan?

    ReplyDelete
  12. LADYSIRNA

    MANA-MANA PUN SERUPA. KAT SOGO PUN CANTIK2 JUGA. TAPI MAKAN KAT RESTORAN SEDERHANA MEMANG SEDAP. SAMPAI SEKARANG MASIH TERINGAT.

    ReplyDelete
  13. MARIN MONROE

    CUKUPLAH SEKALI PERGI SITU. PERGI TEMPAT LAIN LAH PULAK. AIR HITAM KE !

    ReplyDelete
  14. NIDA

    SALAM KEMBALI

    TAK CARI PULA MEE DAN SIRAP BANDUNG. MEMANG MAKNGAHNYA BELI BERBANDUNG2 .. PAKNGAHNYA YANG TERSANDUNG2.

    ReplyDelete
  15. FAIRUS

    SAYA PULAK BELUM PERNAH KE PEKAN BARU DAN BATAM LAGI.

    ReplyDelete
  16. SKY IS BLUE

    KITA BELI TAK BANYAK .. MALAS NAK BAYAR AIRASIA LEBIH2.

    ReplyDelete
  17. LIPISLADY

    SALAM KEMBALI.

    KALAU CARI MUNGKIN ADA KOT !

    ReplyDelete
  18. CHIK ATT

    MEMANG ORANG SANA BANYAK SEKALI YANG JUTAWAN. PEMANDU TEKSI JUGA JUTAWAN.

    ReplyDelete
  19. FATIN MRAZ

    CUKUPLAH SEKALI KE BANDUNG. INGAT NAK PERGI TEMPAT LAIN PULAK. ISTANBUL KE, TOKYO KE !

    ReplyDelete
  20. EMPAYARUTAMA

    ORANG YG MEMBAYAR TAK BERAPA BEST SANGAT TAK MACAM ORANG YG DI SPONSOR.

    ReplyDelete
  21. KAKCIK

    SAYA DAH LAMA TAK MAKAN MEE BANDUNG DAN MAKAN SIRAP BANDUNG. KAKCIK BUAT SENDIRI KE ?

    ReplyDelete
  22. SONATA ANAK KANCIL

    BILA2 BOLEH PERGI. DEKAT JE. JAUH LAGI PERGI ALOR STAR.

    ReplyDelete
  23. UJANG KUTIK.

    PEKAN BANDUNG BESAR JAUH LEBIH BESAR DARI REMBAU .. AIRPORTNYA SAHAJA YANG AGAK DAIF.

    TAK TANYA PULAK SIAPA TAUKEHNYA.

    ReplyDelete
  24. Salah satu tempat shopping tu macam kat dalam Rumah Mode jerrr...

    ReplyDelete
  25. AZIEAZAH

    RUMAH MODE TU RUMAH APA ATAU RUMAH SIAPA ? PERTAMA KALI DENGAR.

    ReplyDelete
  26. Diana pun pernah sampai di bandung...dah lama rsnya tahun 2009 kut..sampai dah lupe. Tapi byk org kata bandung skrg dah tak mcm dulu. Brg2 dah byk mhl...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul .. barang-barangnya bukalah murah sangat. Kalau kita beli sambil melancong, ok lah tapi kalau saja-saja pergi nak beli, memang tak berbaloi. Kecualilah kalau beli 4-5 kontena buat berniaga.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.