Saturday, December 31, 2011

TIBA-TIBA SAYA RASA MACAM MARIA ELENA.


293 komen. Banyaknya ! Tapi ini Maria Elena yang punya.


Saya berblog agak lewat.  Timbul keinginan nak ada blog sendiri selepas lihat blog anak saya. Seronok baca tulisan dan cerita dia.  Saya juga seronok membaca komen dari kengkawannya. Sebelum itu saya fikirkan hanya orang yang pandai ICT sahaja yang mampu berblog. Turut juga saya terfikir,  ada ke orang nak baca dan komen blog saya nanti.

Kemudiannya saya ambil pendirian, kalau tak ada orang komen pun tak apalah kerana yang pentingnya saya ada blog sendiri.

Bila saya dapat komen yang pertama dulu, bukan main gembira lagi saya. Rasa macam nak lari keliling kampung, walaupun pengomennya cuma dari Anonymous.

Setelah hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan bulan berganti tahun barulah saya mendapat komen dan kunjungan yang ramai. Saya paling suka dan rasa berbaloi membuat entri, bila entri saya yang lama-lama masih ada orang yang sudi baca dan komen.

Contohnya semalam saya terima komen lagi dari Rozila dalam entri  saya pada tahun  lalu. Tetiba saya rasa macam Maria Elena.


Ini saya yang punya.  Tapi 200 tu termasuk komen saya sendiri, tak macam Maria Elena punya.


34 comments:

  1. Assalam AL.bila dah lama berblog..yang penting menulis kan..kalau ada yang datang komen syukur alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. ACIK ERNA

    SETUJU. YANG PENTING MENULIS APA YANG ADA DALAM FIKIRAN KITA. ORANG NAK DATANG KOMEN KE TIDAK SUDAH MENJADI PERKARA KEDUA SEKARANG INI. KALAU RAMAI YANG DATANG KOMEN GEMBIRA, KALAU TAK RAMAI PUN TAK RASA APA-APA LAGI DAH. TAK MACAM MULA2 BERBLOG DULU, BILA TAK RAMAI KOMEN, RASA MACAM NAK MERAJUK PULA.

    ReplyDelete
  3. ABU MUAZ

    BAGUS JUGA NAMA TU .. NANTI SAYA SURUH JIRAN SAYA BERI NAMA CUCUNYA DENGAN NAMA MARIA KOMENSEN !

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarkatuh, salam muhibbah dari tanah seberang (kalimantan selatan),kami mengucapkan terima kasih atas kunjungannya serta komennya, Alhamdulillah kita panjatkan kepada-Nya muge je kita semua selalu dalam lindungan dan petunjuk-Nya.mohon dima'afkan jika dalam tulisan-tulisan dalam blog kami ada yang tidak sejalan atau tidak berkenan dihati.

    ReplyDelete
  5. Tahniah Tuan.

    Blog saya sekarang semakin suam dari segi komen sebab mungkin saya pun sudah makin jarang membalas komen2 yang dilontarkan.

    Bagaimanapun, saya perhatikan banyak juga blog2 yang popular, komen yang mereka terima tidaklah banyak mana tapi bilangan kunjungan yang diterimanya memang hebat.

    Tak mengapalah, kita menulis kerana itu kesukaan kita, kan? :)

    ReplyDelete
  6. Perkara yang paling penting ialah menulis..

    Komen pengunjung umpama bonus :D

    ReplyDelete
  7. memang rasa besttt sgt bila tenguk ramai dtg singgah blog kita walaupun tk komen..tp kalau komen lagi best kan..

    yg penting kita ada blog..

    ReplyDelete
  8. hee..tiba2 terasa macam maria elena ye pakcik? =)

    bak kata osbon,
    "dah hujung2 baru dikesan bakatnya"

    hahaha!

    ReplyDelete
  9. Pak cik, saya pun pernah rasa macam nak merajuk bila entri saya takde orang yang nak komen. tapi bila fikir balik, tujuan kita berblog adalah untuk melontar idea kita sendiri jadi ada yang komen atau tak tak jadi masalah dah bila lama-lama kita dah berblog ni kan (:

    ReplyDelete
  10. kelas bapak maria ni

    pakngah sya pun suka kalau ada yang komen, sbb rasa macam kita berborak dgn mereka, tp sekarang sya tak berapa dapat mengomen sebab kadang tak sompeklah.

    ReplyDelete
  11. seronok dapat komen banyak-banyak :D

    ReplyDelete
  12. SAYA AKTIF BERBLOG BARU SETAHUN LEBIH RASANYA.. MASIH LAGI PERINGKAT AMATUR, BELUM SAMPAI KE PUNCAKNYA..

    ReplyDelete
  13. Salam AL: klakar plak saya baca entry ni sbb mlm smlm baru saya tanya anak saya,siapa maria elena? Sbb saya ternmpk anak2 saya bukak blog tu....komen hak pembaca tp saya suka kalau org komen lepas baca sbb rasa mcm terjalin persaudaraan bila kita berkomunikasi walaupun hanya di alam maya selain bertegur sapa...tp saya segan nak komen org kalau org x komen blog saya....sbb saya rasa cm syok sendiri pun ada.....hehehe....tp bila saya komen, saya ikhlas!... :))

    ReplyDelete
  14. Salam Tn.Hj,

    serupa macam saya,mula berblog oct 2011,
    bila ada org ziarah blog kita rasa seronok sangat, sebab dapat kenalan baru,walaupun kenalan dlm hayalan....
    kalau ada yg jadi pengikut, seronok tengok no ahli bertambah...

    kalau yg komen,seolah2 kita tidak berbicara sendirian (ada respon)

    ReplyDelete
  15. ironinya, sy lebih kenal pakngah dari maria elena.. (",)

    ReplyDelete
  16. Salam Tn Hj..,

    Alhhamdulillah dan terima segalanya seadanya...Insyaallah memberi manafaat kepada diri sendiri dan org lain...

    ReplyDelete
  17. salam Tuan Hamzah..
    selamat menyambut tahun baru 2012
    moga tercapai apa yang di hajati
    tahun 2012 nanti :)

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum Pcik AL,
    sy slalu perasan pcik kat blog gb dan bila sy ke blog pcik sy tgk boleh tahan jgk pcik ni berblogging. byk entry yg sy baca dan mencuit hati sy dan kali ni sy rasa nak komen

    dulu masa mula2 blogging sy cukup risau bila ada org komen tapi lama kelamaan jadi seronok sbb dapat ramai kenalan. bila saling berbalas komen dan kunjungan ke blog, lama kelamaan kita akan build 1 network di kalangan blogger. pd sy benda tu amat menarik sbb kdg2 kwn di alam maya ni terasa lebih dekat berbanding dgn kwn di alam nyata.

    ReplyDelete
  19. AISYAH M. YUSUF

    ALAIKUMSALAM.

    TIDAK ADA APA-APA YANG PERLU DIMAAFKAN KERANA ISI KANDUNGAN BLOG ANDA SEMUANYA BAGUS BELAKA. LAGIPUN SETIAP ORANG PUNYA IDEA DAN PENDAPAT SENDIRI DALAM MENGUPAS SESUATU ISU.

    ReplyDelete
  20. KAKCIK

    SAYA SETUJU. KITA MENULIS KERANA ITU KESUKAAN KITA. WALAUPUN TIADA YANG KOMEN, TAPI SAYA PERCAYA RAMAI YANG BACA BERDASARKAN JUMLAH PELAWAT.

    ReplyDelete
  21. ENCIK ANIF

    SANGAT SETUJU .. YANG PALING PENTING ADALAH MENULIS ATAU BERKARYA.

    ReplyDelete
  22. NYANYISUNYI

    ITU YANG PENTING .. KITA ADA BLOG SENDIRI. DAN KITA BEBAS UNTUK MENGISINYA.

    ReplyDelete
  23. MUNNAFENDY

    BLOG PUN BARU WUJUD, MASA PAKCIK KECIK2 DULU BLOG TAK ADA LAGI.

    ReplyDelete
  24. LAYLIE MDNOOR

    BAGI PAKCIK YANG PENTING SEKARANG INI ADA ORANG BACA. ITU DAPAT DILIHAT DARI BILANGAN PENGUNJUNG KE BLOG KITA HARI-HARI. DAN PAKCIK AKAN BERHENTI BERBLOG JIKA SUDAH TIADA LAGI ORANG DATANG BERTANDANG SEBAB TAK SYOK MACAM CAKAP SORANG-SORANG.

    ReplyDelete
  25. KASIHBIU

    PAKNGAH PUN BEGITU. WALAUPUN DAH PENCEN, TAPI MASA TETAP TIDAK BANYAK TERLUANG KERANA HARUS TERLIBAT DENGAN AKTIVITI KEMASYARAKATAN DAN KELUARGA SERTA SAUDARA MARA.

    ReplyDelete
  26. NADIAH SIDEK

    SERONOK DAN RASA KITA DI HARGAI.

    ReplyDelete
  27. FAIRUS

    SAYA PUN SENIOR SETAHUN JE DARI AWAK DALAM BERBLOG NI DAN MASIH BELAJAR.

    ReplyDelete
  28. IBU HANI

    ALAIKUMSALAM

    SAYA PUN TAHU MARIA ELENA BILA ANAK SUKA SANGAT TENGOK BLOG DIA. KEMUDIAN SAYA PUN TUMPANG BACA. KALAU MAHU ORANG KOMEN BLOG KITA, JANGAN SEGAN NAK KOMEN BLOG ORANG.

    ReplyDelete
  29. ROZILA

    SALAM KEMBALI.

    BETUL .. DAN KALAU TAK ADA ORANG KOMEN, MACAM KITA CAKAP SORANG-SORANG.

    ReplyDelete
  30. FUAD ANSARI

    SAYA HARAP MARIA ELENA BACA KOMEN AWAK INI .. BAGI DIA JELES. HEHE

    ReplyDelete
  31. AZMNOR

    SALAM KEMBALI.

    INSYALLAH SAYA AKAN CUBA SELITKAN MESEJ DI MANA SESUAI DALAM ENTRI SAYA.

    ReplyDelete
  32. ZULKBO

    SALAM KEMBALI

    SAYA TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG AZAM TAHUN BARU YANG KHUSUS SEBENARNYA.

    ReplyDelete
  33. FATT

    ALAIKUMSALAM

    OLEH KERANA PAKCIK MULA BERBLOG DI HUJUNG USIA, TU SEBAB PAKCIK PULUN BUAT ENTRI KALAU BOLEH HARI-HARI.

    MEMANG BENAR SETELAH KITA BERBALAS2 KOMEN, KITA AKAN RASA DEKAT WALAUPUN TAK PERNAH BERSUA.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.