Friday, December 16, 2011

ALAA .. SUNAT JE !


"Nak pokok, tak nak rokok"


Kita selalu dengar orang cakap macam tu. 

"Alaa .. sunat je. Tak buat pun tak apa. Bukannya berdosa"

Walaupun kenyataan itu tak salah dari sudut hukum agama tapi dari sudut motivasi saya rasa amat tidak sesuai kerana ia meremehkan perkara yang sunat.  Ia langsung tidak menggalakkan orang membuat perkara-perkara yang sunat. 

Sedangkan membuat perkara sunat barulah ada untung kerana melaksanakan yang wajib hanya balik modal atau "break even" sahaja.

Sepatutnya cakap-cakap macam itu ditukar kepada ..

"kalau buat dapat pahala tapi kalau tak buat rugi besar"

Barulah orang akan berasa sayang untuk meninggalkan ibadat yang sunat dan barulah ada galakan dan dorongan untuk berlumba-lumba melakukan amalan yang sunat. Barulah orang rajin hendak bersembahyang sunat tahajjud, dhuha, gerhana misalnya.

Begitu juga dalam bab membuat benda-benda yang makruh. Kita biasa dengar orang berkata ..

"Alaa .. makruh je. Bukan berdosa pun"

Memang betul dari sudut hukum, buat tak berdosa, tapi hukum juga mengatakan kalau tak buat dapat pahala.

Saya rasa cakap-cakap macam itu elok ditukar kepada ..

"kalau buat tak berdosa, tapi kalau tak buat untung besar"

Barulah ramai orang ingin berhenti menghisap rokok. Barulah kempen "tak nak" anjuran Kementerian Kesihatan lebih berkesan.


...............................................................................................................................
 ~ saya selau berharap janganlah hendaknya orang yang baru lepas menghisap rokok berada di sebelah saya semasa bersembahyang jemaah~

24 comments:

  1. Saya juga sangat mengelak untuk berada di sebelah mereka yang sedang/baru lepas merokok.

    ReplyDelete
  2. Kadang-kadang puas bagi nasihat kat anak murid.. tapi hampeh, tak lut... bila dibebel..

    "olorrr cikgu, bapak saya hisap rokok umur panjang je"...

    ReplyDelete
  3. betul! saya sokong entri ni dimasukkan ke contest terbaru nuffnang (tapi kena 'renovate' sikit isinya ikut kehendak peraduan)-

    http://www.nuffnang.com.my/blog/2011/12/13/katakan-tak-nak-2/

    ReplyDelete
  4. Pemikiran perokok nie...mmm, entahlah! Jenuh sy dah Pakcik!

    ReplyDelete
  5. pokok-pangkalnya - terpulang kepada individu tu sendiri - nak berubah keada yg lebih baik dan elok atau tak???
    sayang kan diri sendiri ke tak???
    sayang kat ahli keluarga ke tak???

    bagi iols - perokok ni - tegar atau tak.. amat2 seorang yg selfish!

    ReplyDelete
  6. Masa baca tajuk tadi kakak ingatkan tuan nak khatankan adik hihi... alkisah cerita hukum sunat/haram/makruh...

    Merokok kalau dah hisap macam susah nak berhenti

    ReplyDelete
  7. ERM.. BETUL TU. JADINYA, MASRILAH SAMA2 MENGANTIKAN AYAT TERSEBUT KEPADA YANG TELAH DISYORKAN OLEH TUAN..

    ReplyDelete
  8. setuju!

    tapi memangla org yg merokok dah tegar ni susah beul nak berhenti kan...tak tau dah nak cakap macamana

    ReplyDelete
  9. setuju sesangat.. lepas ni boleh le saya guna ayat tu kat orang sebelah katil.. ehh..

    ReplyDelete
  10. kalau bab merokok, rasanya yg sebetulnya:

    "kalau buat berdosa, tapi kalau tak buat untung besar"

    p/s: maaf.. bukan sy yg kata.. cuma kerana sudah ada fatwa yg mengatakan rokok itu haram..

    ReplyDelete
  11. kita yang tak merokok ni mati dulu dari yang merokok.

    ReplyDelete
  12. cadangan pakcik tu memang bernas, tapi kan pakcik, dah perangai semulajadi manusia, selagi tak terhempap ke batang hidung sendiri segala akibat buruk, saya berani jamin memang mustahillah, kalau laku pun nak 1 dalam 10 pun azab...

    gambar2 kat kotak rokok tu sendiri dah cukup menjijikkan tp ada mereka kesah? apatahlagi bab2 dosa dan pahala...semua dah kabut dibalik kepulan asap rorok mereka..

    macam juga kita yg tak perlu samak bibir setiapkali sebut anjing dan babi kan? kalau tiapkali sebut mughalazah tu bibir kita terpalit najis, belum tentu jugak ada yg rajin dan tekun mensucikannya maklumlah agak rumit...

    gitu jugak mulut yg tak hangus bila menyebut api, memang tak nampak sakit dihati. Cuba kalau bibir terbakar setiapkali sebut api, mau orang main guna signal jer nak mintak api haha...

    er...merapu pulak dah...maksud saya ialah mmg letihlah layan kerenah perokok2 ni...

    di rumah saya, bekas habuk rokok pun takder ruang untuknya...

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Tn Hj..,

    saya setuju sgt dengan pendekatan Tuan tu...selalu memandang pada sudut positive yg menguntungkan...


    saya pun tak tahan kalau berjemaah disebelah org yg baru lepas merokok...

    ReplyDelete
  14. org yg banyak alasan ni patut didebik aje!

    ReplyDelete
  15. dah jd darah daging.. kalo stop leh masuk spital dibuatnya...

    mm..

    ReplyDelete
  16. Pak Ngah..
    Kalau Pak Ngah nak mengelak duduk sebelah orang yg. baru hisap rokok semasa sembahyang berjemaah...saya pula tiap2 hari terpaksa hidu asap rokok bila bos sendiri hisap rokok dalam pejabat yang berhawa dingin...macam mana nak buat dengan orang macam tu ?....wpun saya dah tunjukkan surat doktor yang saya ni alah pada asap...?.dia macam nak "menunjuk" pulak Pak Ngah...

    ReplyDelete
  17. sejak ayu kenal dgn suami.
    hari2 doakan dia berhenti merokok..
    nampaknay dah 2 tahun dia berhenti..
    moga sampai bila2

    ReplyDelete
  18. org kita mmg pandai memandai tokok tambah...tipu sunat..!! mana ada dlm quran/hadis...

    ReplyDelete
  19. Perokok ni saya cakap direct aja: majoriti ulama bersependapat bahawa merokok tu HARAM. So HARAM = dapat dosa.

    ReplyDelete
  20. memang untung besar bagi mereka umpamanya yg. tak merokok. ..untung besar...untung besarrr..insyaallah kita biasakan guna suku kata ini.

    ReplyDelete
  21. Sallam,

    Sembahayang sunat sebelum dan selepas sembahayang wajib adalah untuk menampal kecacatan semasa sembahayang wajib, dan memang menjadi kewajipan untuk melakukannya supaya sembahayang wajib kita sempurna...

    ReplyDelete
  22. TERIMA KASIH KEPADA ANDA SEMUA YANG TELAH MEMBERI KOMEN YANG BAIK DAN BERNAS.

    SAYA SEDAR, MEMANG ADA SESETENGAH NEGERI YANG TELAH MEMFATWAKAN MEROKOK ITU HARAM. SAYA MEMBUAT ENTRI INI DARI NEGERI SEMIBLAN. MEMANDANGKAN NEGERI SEMBILAN BELUM LAGI MENGHARAMKANNYA (MUNGKIN SAYA SILAP) SAYA BERPEGANG KEPADA HUKUM ASAL BUAT MASA INI.

    APA-APA PUN SEMUA BERSETUJU BAHAWA MEROKOK ITU SATU PERBUATAN YANG MEMUDARATKAN KEPADA DIRI SENDIRI DAN JUGA ORANG SEKILILING.

    ReplyDelete
  23. saya TAK NAK jadi perokok pasif juga.

    ReplyDelete
  24. KTS

    KALAU TAK NAK JADI PEROKOK PASIF, AWAK KENA AGRESIF.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.