.
Mingguan Malaysia - Cetusan Hati Nurani Rakyat, 25/12/2011
Semalam saya buat entri mikro bertajuk "Siapa Kata Hanez Suraya Jenis Liar". Akibatnya blog saya sehingga jam 8 pagi tadi, telah dilawati oleh seramai 1,665 orang - jauh melebihi purata harian. Bagi blog popular bilangan ini tak banyak mana, tapi bagi saya bilangan ini sudah cukup besar.
Tetapi kalau saya buat entri bertajuk "Renungan Hari Jumaat" kenapa tak ramai orang datang ek ?
Dalam isu yang berkaitan saya segera teringat akan keputusan Kementerian Dalam Negeri yang tidak lagi akan membuat kerja penapisan filem seperti laporan akhbar di bawah. Sebaliknya kerja menapis itu akan diberikan kepada syarikat pembuat filem itu sendiri. Kononnya "self-cencorship" lah.
Berita Harian, 23/12/2011.
Saya setuju dengan keputusan kerajaan ini. Bukan kerana semua filem sudah bersih tetapi kerana pekerjaan menapis filem ini adalah satu kerja yang sia-sia yang hanya membuang masa dan hasil negara.
Kenapa saya berkata begitu ? Sebabnya - apa benda yang tak boleh dicapai di internet sekarang ? Kalau nak tapis, tapis semua. Kalau tidak, baik tak payah. Saya umpamakan pekerjaan menapis filem sekarang ini seperti kita meletakkan jaga di depan rumah, kemudian memasang gril di pintu rumah untuk menghalang perompak tetapi pada masa yang sama belakang rumah kita tidak berdinding !
Surat khabar pun apa kurangnya. Biarlah dia orang yang tapis sendiri seperti yang sedang dibuat oleh surat khabar Utusan Malaysia - Cetusan Hati Nurani Rakyat, yang mana saya difahamkan sahamnya turut dimiliki oleh sebuah parti pemerintah.
.
Surat khabar pun apa kurangnya. Biarlah dia orang yang tapis sendiri seperti yang sedang dibuat oleh surat khabar Utusan Malaysia - Cetusan Hati Nurani Rakyat, yang mana saya difahamkan sahamnya turut dimiliki oleh sebuah parti pemerintah.
.
saya tak kenal kebanyakan artis...bila tgk pic minah yg hampir bogel ni kelmarin..ooo baru tau ada artis bernama hanez....hebatnya artis malaysia..
ReplyDeleteBetul. Saya pun tak tau nama artis ni semalam. Tengok muka baru tau. Dia ni kalu berlakun drama, manjang jadi pompuan goda, kaki kikis jantan, bini nomot dua...
ReplyDeleteDrama jer punn.... Filem takde nampak pun lagi dia ada.
Kalau nak blog jadi popular, kena tulis pasal artis kot!
ReplyDeletebiasalah...orang kalau tentang artis je memang fanatik...laju je jari jemari menekannya...
ReplyDeleteTiga hari dalam hidup
Tak kenal artis ni. Ramai yg muncul sampai tak tahu yg mana satu penyanyi ke pelakun .
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletepertama orang memang sukaa cerita begitu..walau mungkin bukan kita
kedua..wahh dah makin mesra carian
enjin la blog nih..tahniah :)
salam..
ReplyDeletedah jadi trend artis sekarang terutama artis perempuan buat kontroversi dengan berpakaian seksi dan sebagainya..bila disoal tentang keseksian tu, dengan slamber je jawab yang pakaian tu biasa-biasa je..tak seksi pun. ataupun letakkan kesalahan tu pada pereka fesyen. dari situ dah tergambar tahap mentaliti artis tersebut.
Saya panggil Utusan tu Utusan BN dan Buletin Utama tu Buletin BN. ~ haha
ReplyDeletehanez suraya? hanis azla sy kenal lah..dah ramai sgt artis smpai tk kenal..terkenal pun sebab dedah sana dedah sini...buat publisiti murahan bg gempaq barulah org kenal...
ReplyDeletenak tapis apanya..drama dgn iklan kt tv pun dah tk tertapis...kita je lah yg tepuk dada tanya selera..
peminat artis kot yg dtg serbu blog uncle..mereka suka kot artis ni.tahniah uncle.
ReplyDeletekalau ada citer pasal artis je, mmg slelau trafik jd tinggi pakngah..:)
ReplyDeleteorang kata, menumpang tuah lah ya.. saya pun tak kenal minah tu
ReplyDeletehehehe....saya Hanez suraya pn x kenal!
ReplyDeleteitu belum pakngah kawen dgn hanez suraya.. lagi teruk kena serbu.. (",)
ReplyDeletep/s: gurau2 je pakngah.. jgn marah ye.. (",)
byk tuh uncle..
ReplyDeleteKAMSIAH
ReplyDeleteSAYA PUN TAK KENAL DIA SEBELUM INI. SAYA PUN TAK INGIN MENGENALI DIA DENGAN LEBIH JAUH. CUKUP SETAKAT ITU.
AZIEAZAH
ReplyDeleteSAYA FILEM ATAU DRAMA PUN TAK PERNAH TENGOK DIA LAGI.
KAKCIK
ReplyDeleteSAYA TAK NAK JADI POPULAR !
YATIE AWANG
ReplyDeleteBEGITULAH LUMRAHNYA KEHIDUPAN KITA SEKARANG INI NAMPAKNYA.
NIEDA
ReplyDeleteSAYANG SEKALI .. MARILAH KITA DOAKAN DIA MENDAPAT KEAMPUNAN ALLAH DAN SEGERA BERTAUBAT.
ZULKBO
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
SAYA SUNGGUH TAK FAHAM APA MAKSUD MESRA CARIAN ITU ? APA-APA PUN SAYA UCAPKAN TERIMA KASIH KERANA MEMBERITAHU TENTANG ITU.
PENGLIPURLARA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
SETUJU DENGAN PANDANGAN ANDA. HARAP2 TIADA YANG MENGIKUTI JEJAK LANGKAH DIA.
DADDY ZIYYAD
ReplyDeleteHABIS NAK BUAT MACAM MANA .. DIA YANG BERKUASA PADA MASA INI.
NYANYISUNYI
ReplyDeleteMEMANG AMAT SUKAR UNTU MELAWAN SERANGAN BUDAYA LEPAS BEBAS INI. NAMUN KITA JANGAN REDHA DENGANNYA.
LYDIA MIZA
ReplyDeleteMUNGKIN JUGALAH PEMINAT DIA. MANALAH TAHU.
YUS
ReplyDeleteBUKANLAH HASRAT PAKNGAH NAK MENGEJAR TRAFIK TETAPI SEBAGAI SINDIRAN TAJAM KEPADA DIA DAN PENGIKUTNYA. HENDAK DI SENSOR GAMBAR DIA PUN TAK GUNA, SBB SUDAH TERPAMPANG DI DADA AKHBAR.
CIKGU NORMAH
ReplyDeleteTAK KENAL PUN TAK APA .. TAK ADA RUGINYA.
IBUHANI
ReplyDeleteSAMALAH KITA ..
FUAD ANSARI
ReplyDeleteBELUM SEMPAT APA-APA, PAKNGAH DAH KENA SERBU DEK MAKNGAHNYA. HEHE
FATIN MRAZ
ReplyDeleteBANYAK PUN BUKAN PEMBACA TETAP MACAM FATIN.