Thursday, December 15, 2011

INI BUKAN CERITA MANCING BIASA.

Kelmarin saya pergi memancing dengan 3 rakan setaman di Lukut. Ini bukanlah kali pertama saya memancing di kolam ini. Walaupun pengusahanya telah beberapa kali bertukar tapi saya tetap suka memancing di sini kerana kolamnya luas dan airnya bukan masin kerana digarami tetapi masin semula jadi.  Entri kali pertama saya memancing yang ada gambar videonya ada di sini.


Gambar 1: Kalau dalam permainan  golf, grup macam ini  dikatakan satu 'flight', tetapi kalau memancing saya tak tahu nak panggil apa. Ada sorang dalam kumpulan kita tak dapat apa-apa. Ada yang dapat seekor, seorang lagi dapat 2 ekor dan saya dapat 3 ekor. Saya berikan seekor dan kawan yang dapat 2 ekor juga berikan seekor kepada kawan yang tak dapat apa-apa. Penyudahnya kawan yang tak dapat apa-apa membawa pulang 2 ekor ikan, melebihi kawan yang hanya dapat seekor. Itulah yang di namakan rezeki dan setiakawan.


 Gambar 2: Silap betul saya pakai baju warna putih hari ini. Kalau pakai baju hitam, bolehlah sorokkan perut ! Ini ikan pertama yang berjaya saya naikan.



Gambar 3:  Rakan  saya dengan ikan siakap yang berjaya dinaikkan. Inilah kali  pertama dia berjaya menewaskan ikan di kolam ini. Walaupun hanya dapat seekor, namun dia tersenyum sepanjang hari dan belanja saya minum petang itu.
Nampak tak air yang dipam masuk ke dalam kolam dari laut di belakang dia ?



Gambar 4. Saya nak cerita panjang sikit tentang gambar ini. Saya suka port ini. Tiap kali saya datang saya akan memancing di sini pada kebanyakan masa. Adab orang memancing yang beradab, bila sudah ada orang memancing kat satu-satu port itu, kita  carilah tempat lain lebih-lebih lagi kalau banyak lagi tempat kosong. Tapi hari itu, setelah saya berada di situ kira-kira setengah jam dan menaikan seekor ikan, ada sekumpulan pemancing seramai 5 orang sampai dan terus menuju ke tempat saya dan meletakan barang-barang mereka. Mereka bercakap "cing cong, cing cong" sesama mereka sambil menyediakan pancing mereka. Kemudian mereka memancing di kiri kanan saya seolah-olah saya tidak wujud. Saya menyumpah dalam hati agar mereka tidak dapat ikan dan saya pun beredar ke spot lain. Sumpahan saya menjadi kerana sampai saya balik tidak seorang pun dari mereka dapat ikan sedangkan saya berjaya menambah dua ekor lagi ikan. 
Nampak tak dia orang berlonggok di bawah pondok yang beratap tu yang sebelumnya menjadi tempat saya memancing tanpa diganggu oleh sesiapa.



Nota kaki: benarlah kata sesetengah pemancing sebenarnya kata saya .. 

"bila kita dapat ikan, kita gembira ..tetapi bila hanya kita yang dapat ikan dan orang lain tak dapat ikan, kegembiraan kita berganda-ganda"

.

37 comments:

  1. seronoklah dapat ikan..mcm best je tempat tu..perut dah tak dapat sorok tu tuan.heheheh

    ReplyDelete
  2. sebenarnya saya tak pernah memancing dan belum pernah dijengah rasa minat dengan urusan pancing mancing...tp bila tau ada orang gembira bila berjaya naikkan ikan, saya pun tumpang gembiralah jugak...

    dalam sejarah dunia memancing pakcik, ada tak orang yang merasa bosan dan putus asa setelah berkali-kali gagal menawan ikan yang dihajati?

    saya bertanya sebab saya sering rasa bosan memerhati kesabaran pemancing...pancing kat pasar lagi best! dah gerenti berhasil hehe

    ReplyDelete
  3. SAYA SUKA AYAT YANG TERAKHIR TU.. HAHAHA...

    ReplyDelete
  4. saya suka kata "sesetengah kata pemancing" tu!

    boleh digunapakai di situasi lain jugaaaa...hehehee

    ReplyDelete
  5. Waa...makan siakap la Uncle arini..
    Try la mancing kat laut dalam plak Uncle...

    Uncle dah semakin maju.. (tang perut tuuuu...) hehehe...jgn marah.. ;p

    ReplyDelete
  6. Salam Pak Ngah..

    Dulu masa saya kecil suka juga ikut arwah abah memancing di laut, tapi bila dah anak dara kononnya takut kulit jadi hitam..:)

    ReplyDelete
  7. gaya org memancing ni pun mcm2 ye.. byk jg pengaruh persekitaran, bukan mudah je dpt ikan2.. kalau sy yg tak sabar ni, pancing kat kedai aje lah..

    ReplyDelete
  8. Mungkin kegembiraan itu lebih berganda2 bila melihat kegembiraan di wajah rakan yang tak dapat ikan hasil pancingan tapi dapat pula dari pemberian rakan-rakan. (sila tarik nafas dalam2 selepas habis membaca... hehehe...)

    ReplyDelete
  9. luahan rasa pemancing tegar...

    saya bukan kaki pancing tapi bila reramai mai dok kacau port saya mau saya hangin. suara mereka sahaja boleh buat semua ikan2 lari.

    ReplyDelete
  10. masak apa ikan yang dipancing itu?

    ReplyDelete
  11. pakngah sya suka dan minat memancing
    nanti sya dah pindah sana bolahlah kita mancing dekat ulu bendul tu ye pak ngah

    nak tanya satu soalan
    pakngah terminum ke air kolam tu ;p

    ReplyDelete
  12. ambik kau cing cong cing cong...
    terkena sumpahan pakngah
    sekor ikan pun tak dapat ;p

    ReplyDelete
  13. Tapi yang bagusnya Pakcik, mereka datang tuntut tempat kita secara berkumpulan. Kita pula suka berseorangan. Maka, yg berseorangan terpaksa mengundur diri. Nak melawan pun tak guna. Hapah pun tak dapat apa. Jadi, lebih baik mengundur diri. Dan tunjukkan juga pada mereka yang kita masih mampu dapat hasil sendiri.

    Kan Pakcik?

    ReplyDelete
  14. salam uncle..
    ini first time sy tahu..masin sebab digarami.. ada ye?
    hehee.. mmg sy tak tahu selama ni..

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Pak Ngah..
    Seronoknya banyak dapat ikan...mesti Mak Ngah masak istimewa kan...

    Pak Ngah..
    Lama tak nampak,saya tengok Pak Ngah makin "maju kehadapan" le...he..he..jangan marah ye Pak Ngah..:)

    ReplyDelete
  16. Sallam Tuan Haji,

    Pertamanya saya suka sangat tengok heading blog Tuan Haji ni, Hijau, cantik sangat.

    Keduanya perut tidak perlu disorok sebab itu tidak semestinya menandakan Tuan Haji kuat makan..hehe

    Ketiga, panjang mana paip yang menyalurkan air laut kekolam tu?

    Keempat, tahniahlah Tuan Haji dapat 3 ekor ikan yang besar2. Untuk yang tak dapat ekor tu rezki dia tetap ada...Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  17. saya ingat nak pegi mancing kat pasar ikan la... jom kita.... (",)

    ReplyDelete
  18. memancing dan saya tiada kaitan heheheheehhehe......

    ReplyDelete
  19. MONALEA

    NAK SOROK PUN SELAMA MANA BOLEH SOROK ! KAN ?

    ReplyDelete
  20. QUEENIE

    MEMANG RAMAI YANG KECEWA DAN PUTUS ASA HINGGA ADA YANG MENJUAL SEMUA SET PANCING MEREKA. HANYA MEREKA YANG BERJIWA KENTAL SAHAJA YANG TERUS MEMANCING WALAUPUN BERKALI2 TAK DAPAT IKAN.

    ReplyDelete
  21. FAIRUS

    SUKA SAHAJA TAK APA .. JANGAN BETUL2 MENGHAYATINYA.

    ReplyDelete
  22. MAK ENCIK

    MEMANG SANGAT TERPAKAI BAGI ORANG YANG MASUK TENDER ATAU SEBUTHARGA.

    ReplyDelete
  23. CIK SHINJU

    TAK MAULAH MANCING KAT LAUT DALAM .. MABUK ! NANTI MEMBER YANG TAK MABUK MARAH.

    ReplyDelete
  24. NIDA

    SALAM KEMBALI.

    KALAU BEGITU, SELEPAS KAHWIN DAN DAH LAKU, BOLEHLAH MANCING SEMULA.

    ReplyDelete
  25. AISY NASIHA

    MANCING KAT KEDAI TAK SAMA DENGAN MANCING KAT AIR. MACAM MAKAN NASI BUNGKUS TAK SAMA DENGAN MAKAN MASAKAN SENDIRI.

    ReplyDelete
  26. KAKCIK

    JANGAN BIMBANG .. NAFAS SAYA PANJANG KERANA PERKAKASAN YANG ADA UNTUK MENGELUARKAN NAFAS CUKUP BESAR !

    ReplyDelete
  27. JUNAINA

    MEMANG SAYA HANGIN SEBAB MEREKA LANGSUNG TAK ADA ADAB DAN TIMBANG RASA. PADAN MUKA TAK DAPAT IKAN.

    ReplyDelete
  28. PB

    MASAK MACAM2 .. KADANG2 MASAK KARI, MASAK ASAM PEDAS, TIGA RASA DLL.

    ReplyDelete
  29. KASIHIBU 1.

    KEBETULAN SEHARI SEBELUM MANCING KAT LUKUT TU PAKNGAH MANCING KAT SUNGAI ULU BENDUL. DAPAT IKAN KECIK2. WALAUPUN KECIK MEREKA SEMUA DAH AKHIL BALIGH.

    KASIHIBU 2

    HARAP2 CING CONG2 ITU LEBIH PRIHATIN PADA MASA AKAN DATANG.

    ReplyDelete
  30. FARA

    BENAR SEKALI. KOMEN AWAK PAKCIK SUKA.

    ReplyDelete
  31. FATIN MRAZ

    MEMANG KALAM2 DI DARATAN YANG JAUH DARI LAUT, SEMUANYA DIGARAMI OLEH PEMILIKNYA.

    ReplyDelete
  32. AZI

    ALAIKUMSALAM

    MEMANG LAMA DAH DAPAT PJK TU .. TAPI SEJAK PENCEN NI, BERTAMBAH2 LAGI KEMAJUAN TU.

    ReplyDelete
  33. LIPISLADY

    SALAM KEMBALI

    1. T/KASIH KERANA MEMUJI HEADER BLOG SAYA.

    2. MEMANG SAYA TAK KUAT MAKAN. BILA KENYANG JER BERHENTI.

    3. TAK PANJANG MANA .. RASA KIRA2 20 KAKI SAHAJA.

    4. UCAPAN TAHNIAH DI TERIMA. NAK HANTAR POSLAJU KAT AWAK, TAKUT POS TAK TERIMA.

    ReplyDelete
  34. FUAD ANSARI

    KAT PASAR TU PERGI JUGA, TAPI TIDAKLAH DAPAT MEMENUHI HOBI.

    ReplyDelete
  35. ROM

    BUAT MASA INI TAK ADA KAITAN. TAPI TAK MUSTAHIL SATU HARI NANTI AWAK MENJADI PEMANCING YANG LEBIH TEGAR DARI SAYA.

    ReplyDelete
  36. Gambar 2: Silap betul saya pakai baju warna putih hari ini. Kalau pakai baju hitam, bolehlah sorokkan perut !


    .
    .

    Hebatnya baju hitam awak tu. Boleh sorokkan perut! Ada zip di dalam baju hitam itu utk sorokkan perut, kah? Ermmmmm...
    Sy masih tak dpt bayangkan bagaimana rupa baju hitam tu. Beli kat mana?

    ReplyDelete
  37. KTS

    SILAPLAH SAYA TULIS MACAM TU HARI TU !

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.