Monday, December 19, 2011

HARI INI SAYA PERGI KE JALAN LAMBOURNE.


Hari ini saya pergi kat area ni kerana menghadiri kenduri kawin anak kepada saudara terdekat.  Pusing sana pusing sini, tanya sana tanya sini akhirnya sampai. Saya pernah tulis tentang keharuan papan tanda arah di negara kita di  di sini satu masa dulu. Sekarang pun masih macam itu juga.

Saya bertolak dari rumah penuh satu Estima saya kira-kira jam 10 pagi dan sampai semula di rumah kira-kira jam 4 petang. Dengan itu saya tak dapat hadir perjumpaan blogger yang dihoskan oleh Dato' LF di Bangi dan di urusetiakan oleh Kakcik dan Azieazah pada hari ini.

Dari entri yang saya baca serta gambar-gambar yang ditunjukkan oleh  Nyanyisunyi di blognya sebentar tadi, ternyata perjumpaan itu sungguh meriah. Kegembiraan  tergambar di wajah masing-masing yang hadir. Tahniah Dato' LF, Kakcik, Azieazah dll yang telah mengatur dan menjayakan perjumpaan kali ini dengan begitu baik sekali.

p/s. siapa tahu atau pernah sampai Jalan Lambourne ?


30 comments:

  1. ayu pun selalu keliru dengan arah jalan..
    lagilah GPS, bak kata kawan..
    GPS pun peninnnnn.. hehehhe

    ReplyDelete
  2. CITARASA RINDUAN

    ORANG KATA 'GPS' TU MAKNANYA 'GUA PUN SESAT'.

    ReplyDelete
  3. salam..tak pena lagi ke sana,dan tak tahu ia kat mana..hehee

    #salam kenal ye..follow sini..

    ReplyDelete
  4. salam Tn Hj, agaknya kat Kapar Perak tuh..., eh kalau Tn turut serta td. ...bertambahlah meriah lg majlis tersebut.

    ReplyDelete
  5. pak ngah, kwn sy plaks letak kt status fb dier; 'guna pon sesat'...hihiih.. kul 4...ermmm... kitorang siap solat asar lagik kat umah Dato LF...nasib baik x tito saner ajer...hihiiihih... btui kata PCL tuh. ntah2 kitorang 'request' pak ngah n kakcik berbalas2 pantun plaks.....ahahahahha...kan PCL??

    ReplyDelete
  6. Adakah jalan Lambourne itu berjiran dengan Melbourne atau Osborne? Ada atau tidak di antara penduduk di kawasan itu yang memiliki Lamborghini?? Eh! tapi orang Lambor Kanan mahupun Lambor Kiri di Perak pun tiada yang memiliki Lamborghini rasanya. :)

    ReplyDelete
  7. Baru terperasan koman Ayu Akuzle...

    Berbalas pantun?? Bolehhhhh... tapi kakcik guna mic dari dalam bilik air, boleh? ;-)

    ReplyDelete
  8. kalau tekaan saya betul jalan lambourne tu letaknya di jeram.lebih kurang 500 meter selepas sekolah menengah kebangsaan jeram.jalan tu jalan alternatif untuk masuk ke kampung bukit kuching,bukit cheraka,bukit hijau dan kampung parit mahang.

    *mana saya tau?
    saya asal situ~~keh keh~

    ReplyDelete
  9. Sempat saya Google Lambourne tu.. di UK rupanya Uncle!

    http://en.wikipedia.org/wiki/Lambourne

    Jauh pergi kenduri semlm..hehehe

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Tuan,

    Saya pun tak pernah sampai kesana atau saya tak perasan...

    ooo...baru saya tahu GPS tu GUA PUN SESAT....patut pun saya selalu sesat dgn guna GPS tu..... hehehehe..

    ReplyDelete
  11. Pak Ngah...
    Saya tak pernah sampai sana lagi...tempat ni kat mana ye..?

    ReplyDelete
  12. Sy pnh g Parit JERMAN. Tapi tak jumpa sisa peninggalan askar Nazi kat sane.

    =D

    ReplyDelete
  13. Jalan2 kat malaysia memang memeningkan.. kadang2 GPS pun tak boleh cari.. hadoiyaaiii

    ReplyDelete
  14. Yun pernah p New Zealand..
    Byk kape sawit kat sane..

    opsss...tertinggal perkataan 'Felda Kg' plak...huhuhu

    GPS mmg xleh pakai sgt...kita nak p Nilai dia tunjuk jalan smpai ke Tg Malim...tpkse melawat kilang proton jap...

    ReplyDelete
  15. Sahlah yang guna GPS itu "Geng Pemandu Sesat". Pasal tu pakai GPS!

    ReplyDelete
  16. WOOFER STOR,

    TERIMA KASIH KERANA SUDI FOLLOW.

    KALAU NAK TAHU TEMPAT TU, BACA KOMEN BUJAL X.

    ReplyDelete
  17. PCL

    BUKAN KAT KAPAR PERAK, TAPI KAPAR SELANGOR.

    TENTANG MAJLIS TU, NAK BUAT MACAM MANA, DAH ADA TUGAS KE TEMPAT LAIN.

    ReplyDelete
  18. AKUZLE AYU

    LAIN KALI KITA BUAT BERBALAS PANTUN ANTARA BLOGGER LELAKI DENGAN WANITA.

    ReplyDelete
  19. KAKCIK

    TULAH PASAL .. NAMA MACAM KAT NEGERI ORANG PUTIH. RUPANYA KAT JERAM.

    ReplyDelete
  20. BUJAL X

    TAK ACILAH ... UNTUK LEBIH TEPAT JALAN TU BETUL2 SELEPAS SEBUAH KUIL INDIA DI SEBELAH KIRI KALAU KITA MASUK IKUT JALAN KLANG KUALA SELANGOR.

    ReplyDelete
  21. SUFIA MAHZAN

    MACAM MANA NAMA TU BOLEH DIBERI KAT JALAN DI SINI UNCLE PUN TAK TAHU. KENA BUAT KAJIAN LANJUT NI !

    ReplyDelete
  22. AZMNOR

    ALAIKUMSALAM

    SAYA PUN GUNA GPS KAT HENFON .. BATERI HABIS TAPI SESAT JUGA.

    ReplyDelete
  23. AZI

    TEMPAT INI KAT KAPAR. JEMPUT BACA KOMEN BUJAL X YANG MENDAKWA BERASAL DARI SANA.

    ReplyDelete
  24. POK AMAI-AMAI

    PARIT JERMAN ? KAT MANA TU ? DEKAT DENGAN JERAM KE ?

    ReplyDelete
  25. QUEEN

    ADA PAPAN TANDA ARAH PUN LEBIH MEMUSINGKAN KEPALA. KADANG2 DAH DEKAT SAMPAI SIMPANG BARU DILETAK TANDA ARAH. MENJAJAR KITA MEMBREK.

    ReplyDelete
  26. CIK SHINJU

    KAT SINI PUN KAWASAN LADANG KELAPA SAWIT, MILIK SIME DARBY.

    SATU LAGI GPS NI, UNCLE LUPA NAK KLIK EXIT, TAK PASAL2 BATERI HENFON HABIS.

    ReplyDelete
  27. ABANG TEMUK

    TAPI GPS NI BOLEH JUGA MEMBANTU KALAU KITA SUDAH TAHU JALAN.

    GENG PEMANDU SESAT .. SATU LAGU LAGI MAKNA YG BOLEH DIGUNA !

    ReplyDelete
  28. Salam AL..
    terimakasih sebut blog sy kat sini...td sy sangka AL keluar negara...sebab namanya ala2 omputeh gitu..takde daya usaha ke sesiapa nk menukarkannya.

    ReplyDelete
  29. Tambourne saya tau. Kat perak.


    .
    .


    .
    .
    .

    Tambun.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.