Thursday, December 8, 2011

TAK SEMESTINYA MEMBERI YANG TERBAIK ITU BAIK.


Gambar Hiasan Hasil Carian Google.


Semua orang mahukan yang terbaik. Semua orang juga kalau boleh hendak memberi yang terbaik. Tapi adakalanya memberi yang terbaik itu bukanlah satu tindakan yang bijak. Tengok keadaanlah.

Misalnya, kalau ada seorang sahabat kita datang ke rumah  jam 10 malam minta makanan kerana dia sudah sehari suntuk tidak makan, adakah kita akan:

1. Masak nasi briani + kurma kambing + ayam goreng berempah + ikan sembilang salai masak lemak cili padi + pecal + sambal belacan + air sirap bandung + buah tembikai potong;  atau

2. Masak nasi putih  + telur goreng masak kicap + air suam.

Pilihan 1 memanglah baik, tapi mungkin pukul 4.30 pagi baru dapat bagi sahabat kita tu makan. Silap-silap dia dah pengsan masa tu.  

Jadi saya kata, memberi yang terbaik itu bukanlah satu tindakan bijak pada setiap masa.

Setuju tak ?


.

41 comments:

  1. Tuan.. kalau anak saya yang bongsu.. pilihan dia adalah nombor dua... suka sangat sejak dulu .. nasi + telur + kicap...

    ReplyDelete
  2. ROSLAINI SAAD

    KALAU BEGITU, EMAK DIA TENTU SUKA HATI.

    KALAU DIA LELAKI, TENTU ISTERI DIA NANTI SENANG HATI.

    KALAU DIA PEREMPUAN, NASIB LAKI DIALAH NANTI .. HEHE

    ReplyDelete
  3. tuan haji, sokong.
    yang penting cara kita melayan tetamu dengan rasa cukup sempurna

    ReplyDelete
  4. betul tue tuan...nak memberi yang terbaik harus bergantung kepada setiap situasi sbb tak semua situasi perlu sentiasa yang terbaik.

    ReplyDelete
  5. setuju sgt2.. :)..
    ikut kesesuai dan keperluan.. :D..

    contohnye lagi.. takkan anak seusia 10 thn mintk basikal tuk ke sekolah kite belikan motosikal..

    betul tak? hehehe

    (ngade2 tul lady nak tambah2 lak)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Tn Hj..,

    yg kedua tu lah yg terbaiknya kalau dah lapar sgt .... tapi kalau nak kat pilihan yg terbaik pertama tu dengan pantas gi jer kat kedai nasi bairani yg terdekat.... :)

    " saghaie selomba bonang, boli laie sonang"... allahua`lam

    ReplyDelete
  7. Memberi bergantung pd situasi dan keikhlasan diri...


    Pagi2 nengok pic tu jadi lapooooo sangatttttttttt...pedih perut..adehh...

    ReplyDelete
  8. ketawa saya baca jawapan pakngah pada kak roslaini saad tu..:)

    apa yang penting pemberian kita ikhlas kan pakngah, dan itu yang tebaik dapat dilakukan tika dan saat itu.

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum : setuju bebenor.. tak pernah plak terpikir pasal ni....

    ReplyDelete
  10. Bijak dalam membuat keputusan terbaik, itulah yang terbaik.

    ReplyDelete
  11. Setuju.. Rasanya yg pilihan pertama tu sampai tengah hari esoknya pun tak siap lagi..hehe

    ReplyDelete
  12. Bagi saya, apa yang terbaik itu adalah, MEMBERI SEADANYA.

    ReplyDelete
  13. ya betul tu tuan...apa apa yang diberi biar ikhlas dan rasa nya yang menerima juga suka begitu..biar pun hidangan simple tapi yg penting ikhlas..:)

    ReplyDelete
  14. Setuju, tak semestinya memberi yag terbaik itu yg baik. KPI utk orang pencen, mesti beri yg "terbaik". Kaedahnya, tanya dia, boleh 'tahan' tak tunggu briyani + aksesori hebatnya tu. Mungkin si pelapar tu "gumbira" menunggu.

    Persediaan wajar: Penembak 'amatur' eloklah tembak dengan meriamnya (meriam tu 'canon' kot) periuk belanga kosong dan hidangan yg sudah licin licau di meja & gantungkan hasil tembakan di pintu. Tulis di situ: CUBA RUMAH SEBELAH!

    ReplyDelete
  15. BENARLAH KATA-KATA "YANG PAHIT ITULAH PENAWAR". YANG SEDAP-SEDAP NI BIASANYA MEMBAWA PENYAKIT.. EH, BETUL KE? TAPI ADA YANG SEDAP TAK MEMBAWA KEPADA PENYAKIT KAN...

    ReplyDelete
  16. pernah kawan dtg tiba-tiba, lagi best saya tak masak pun, beli kedai je;)hehe

    setuju ngan pak ngah kenala ikut kesesuaian kan

    ReplyDelete
  17. sape yang pegi rumah uncle kul 10 malam tuh...? jamu roti bakar cicah milo pun dah ok kalau nak buat alas perut. kalau dia tak kenyang jugak, mamak 24 jam kan ada....

    ReplyDelete
  18. ye betul. yang penting cepat dan melegakan.

    ReplyDelete
  19. saya setuju...

    tetapi sebaliknya kita sentiasa mengharapkan yang terbaik dari org lain utk kita.

    ReplyDelete
  20. salam tn hj, dijemput ke sini tgh mlm pn dtg...sy nk mkn nasi dagang ..teringin sgt nih...bole ke ?

    p/s : widget G+ tu ok dah..tp sy x npk gambar fotonya...

    ReplyDelete
  21. ELL

    BETUL .. KALAU MAKANAN SEDAP TAPI MULUT TUAN RUMAH MUNCUNG, SELERA PUN HILANG.

    ReplyDelete
  22. FAR_EAST

    KADANG2 ADA ORANG TAKSUB HENDAK MEMBERI YANG TERBAIK HINGGA PELANGGAN JEMU MENUNGGU.

    ReplyDelete
  23. LADYBIRD

    TAMBAHAN AWAK TU BETUL, BUKAN MENGADA-NGADA.

    ReplyDelete
  24. AZMNOR

    ALAIKUMSALAM

    "SAGHI SELOMBA BONANG, BILA BAJU NAK SIAP"

    BELI BAJU KAT JJ LAGI CEPAT !

    ReplyDelete
  25. CIK SHINJU

    PAGI NI DAH MAKAN BELUM ?

    ReplyDelete
  26. YUS

    BETUL .. KITA PUN DAPAT RASA ORANG BERI DENGAN IKHLAS ATAU TIDAK WALAUPUN ORANG YANG BERI KATA DIA IKHLAS.

    ReplyDelete
  27. AFEEZZ

    NANTI BOLEHLAH GUNAKAN ANALOGI INI BILA BERDEPAN DENGAN SITUASI YANG SERUPA DIMASA AKAN DATANG.

    ReplyDelete
  28. HANAFIAH

    MASALAHNYA KADANG2 BIJAK PADA KITA, TETAPI TIDAK BIJAK PADA ORANG.

    ReplyDelete
  29. NUR-NBA

    KALAU SAMPAI TENGAH HARI TAK SIAP, NASI BRIYANI TU BUAT KENDURI TAHLIL JE LAH LEPAS TU.

    ReplyDelete
  30. FARA

    KALAU IKUT PRINSIP Q .. YANG BAIK ITU ADALAH YANG MENGIKUT KEHENDAK PELANGGAN.

    ReplyDelete
  31. SANIAH

    KALAU BANYAK BERI BANYAK DAN KALAU SIKIT BERI SIKIT. ITULAH YANG DINAMAKAN IKHLAS.

    ReplyDelete
  32. ABANG TEMUK

    TEPAT SEKALI. TERBAIK ITU ADALAH YANG DAPAT MEMUASKAN HATI PELANGGAN.

    TENTANG PERSEDIAAN TU, TAK BOLEH BUAT KALAU TETAMU DATANG TANPA NOTIS.

    ReplyDelete
  33. FAIRUS

    POKOKNYA AMBIL SESUATU ITU DENGAN SEDERHANA WALAUPUN SESEDAP MANA.

    ReplyDelete
  34. LADYSIRNA

    YANG LAGI BESTNYA, BAGI DUIT KAT KAWAN TU, SURUH DIA BELI APA YANG DIA NAK MAKAN.

    ReplyDelete
  35. GADISBUNGA

    BUKAN SEMUA TEMPAT ADA KEDAI 24 JAM. MANA NAK CARI KEDAI MAMAK 24 JAM DI ULU TEMBELING, MISALNYA.

    ReplyDelete
  36. TIJAH

    KOMEN AWAK TU MACAM KEPERLUAN NAK PERGI BILIK KECIK JE !

    ReplyDelete
  37. JUNAINA

    KITA HARAPKAN YANG TERBAIK SESUAI DENGAN KEMAMPUAN ORANG YANG KITA HARAPKAN.

    ReplyDelete
  38. PCL

    BISKUT MERI ADA DAN MEGI ADA .. HEHE

    P/S. TENTANG GAMBAR TU, SAYA NAMPAK PULAK KAT BLOG SAYA.

    ReplyDelete
  39. donat 2 kotak setengah adalah TERBAEEEEEKKK!

    hikkssss

    ReplyDelete
  40. setuju sgt, yg penting hati kita ikhlas memberi kan !

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.