Friday, December 9, 2011

SIAPA AGAKNYA YANG MASUK SYURGA ?


Pada suatu kuliah di surau saya, ustaz ada menceritakan mengenai kisah seorang pengembara yang ingin bertemu dengan Nabi Musa untuk mendapatkan pertolongannya bertemu dengan Tuhan. Dalam perjalanannya menuju ke tempat Nabi Musa, beliau berjumpa dengan 3 jenis orang. Ketiga-tiga orang yang ditemuinya itu meminta pengembara tadi menyuruh Nabi Musa bertanya kepada Allah mengenai syurga, takdir dan keampunan Allah. Ringkasnya:

1. Orang pertama yang sangat alim yang siangnya sentiasa berpuasa dan sepanjang malamnya bermunajat kepada Allah meminta Nabi Musa bertanya kepad Allah di syurga mana dia akan ditempatkan.

2. Orang kedua yang mendapat kecacatan yang tiada kaki dan tangan minta Nabi Musa bertanya kenapa Allah menjadikan dia cacat begitu, sedangkan dia tak pernah melakukan sebarang maksiat.

3. Orang ketiga seorang perompak yang telah insaf dan bertaubat minta Nabi Musa bertanyakan kepada Allah apakah dosanya akan diampun kerana dia telah begitu lama bergiat dalam kerja merompak.

Dipendekkan cerita ketiga-tiga soalan itu telah dijawab oleh Nabi Musa.  Baginda memberitahu bahawa orang yang pertama akan dimasukkan ke dalam neraka sebab bersifat sombong. Dia merasakan bahawa masuk ke syurga itu sudah menjadi hak dia. Orang yang kedua juga akan dimasukkan kedalam neraka kerana dia tidak redha dengan takdir dan ujian Allah. Hanya orang yang ketiga yang akan dimasukkan ke dalam syurga kerana dia telah bertaubat dan bimbang taubatnya tidak akan di terima Allah.

Saya yakin anda semua dapat mengambi iktibar dari kisah tersebut di atas. Semoga kita tergolong di dalam orang-orang yang akan  diberi ihsan oleh Allah  untuk memasuki syurgaNya nanti.

 ......................................................................................

 Sub-Entry:  Budak kecil meniru azan.

Berikut ada gambar video cucu isteri saya, yang baru berumur 2 tahun lebih, meniru azan dari dalam kereta maknya. 

Nampaknya dia ada bakat menyambung tugas ayahnya yang menjadi salah seorang muazzin kat surau taman perumahan saya sekarang ini.


Durasi video ini adalah lebih dari 3 minit ..  semakin ke hujung semakin  bersemangat pulak dia !



30 comments:

  1. habis baca ketiga2 kisah, sebelum pakngah beli penjelasan, yus dah agak mesti orang ketiga yang dapat masuk syurga.

    Kita manusia mmg tak pernah lepas dari melakukan kesilapan, kena selalu bertaubat padaNya dan jangan sombong dan rasa diri sudah lakukan yang terbaik kan pakngah.

    Suka tengok video tu, InsyaAllah...besar nanti boleh gantikan tempat abahnya....

    ReplyDelete
  2. *beli=beri

    typo error pulak...hehe

    ReplyDelete
  3. YA ALLAH.. KE MANAKAH KITA NANTI? KE SYURGA ATAUPUN NERAKA? MOHON YANG BAIK-BAIK SAJA.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Tn Hj..,

    Kita hanya menurut perintah buat apa yg disuruh tinggal apa yg dilarang semampunya, yg mengoudit dan menentukan keputusan DIA YG MAHA PERKASA...Allahua`lam.

    Mudah-mudahan audit kita nanti mendapat keputusan yang terbaik....Insyaallah...aaminnn..

    * Budak-budak buat apa pun comel...tambahan pulak membuat perkara yang "comel" terlebih-lebihlah comelnya....

    ReplyDelete
  5. Kisah yg penuh pengajaran...
    Buat amal ibadat kena betul2 ikhlas tanpa mengharapkan balasan dan merasakan diri sudah sempurna..

    Hehehe...lawak video tuh..
    Kemain lagi bakal muazzin tu menjerit...

    ReplyDelete
  6. singgah sambil baca entri yg penuh dgn pengajaran. barakallah fiik

    ReplyDelete
  7. Sy seronok baca kisah atas tu. Sy tak seronok sbb tak dpt tgk video bawah.

    Sy tak tahu adakah sy layak untuk walau mencium bau syurga sekalipun atau adakah sy confirm dicucuh dgn bahang kepanasan neraka?

    ReplyDelete
  8. Sy seronok baca kisah atas tu. Sy tak seronok sbb tak dpt tgk video bawah.

    Sy tak tahu adakah sy layak untuk walau mencium bau syurga sekalipun atau adakah sy confirm dicucuh dgn bahang kepanasan neraka?

    ReplyDelete
  9. kalau kita lakukan semuanya kerana Allah, InsyaAllah...

    ReplyDelete
  10. menyesal atas perbuatan lampau dan mencari redzanya adalah terbaik kepada kita sebagai insan yg lemah...

    ReplyDelete
  11. salam En AL
    mudah2an mendapat pengajaran dari kisah di atas..
    mudah2an kita semua mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW dan termasuk dalam golongan ahli syurga..Insyallah

    p/s sejuk perut ibu yg mengandungkan anak kecil ini.

    ReplyDelete
  12. 1..aduiii..dah wajah baru rupanya laman ni...cantik dan sejuk mata membaca.

    2. Semoga kita menjadi insan yg sentiasa redha dan bersyukur

    3. Kirim salam kat cucu isteri tuan tu..atuk borek cucu rintik ???

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum, tiru gaya orang azan memang bagus dah tu...alhamdulillah, jgn tiru gaya org melalak nyanni lagu yg tah apa2 sudala....

    p/s : saya takut kalau orang kata saya sombong....tapi hakikatnya saya memang pendiam bila di luar sana.

    ReplyDelete
  14. takut sangat terangkuh terbongkak tanpa sedar.

    sedangkan org yg merasakan dirinya serba cukup tu sebenarnya mewarisi sifat firaun.

    saya pesan kat diri saya ni...!

    ReplyDelete
  15. YUS

    BETUL .. PAKNGAH TAK PERNAH LAGI DENGAR ORANG SOMBONG KENA PUJI.

    ReplyDelete
  16. FAIRUS

    SENTIASA MEMOHON DENGAN BIMBANG SAMBIL BERHARAP.

    ReplyDelete
  17. AZMNOR

    ALAIKUMSALAM

    ALANGKAH BAGUSNYA KALAU TIDAK PERLU MELALUI PROSES AUDITAN.

    ReplyDelete
  18. CIK SHINJU

    MEMANG ANAK2 IBARAT KAIN PUTIH .. IBUBAPALAH YANG MENCORAKKANNYA.

    ReplyDelete
  19. MAMA ZHARFAN

    TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH.

    ReplyDelete
  20. FARA

    KITA HARUS BERSANGKA BAIK AKAN GANJARANNYA DALAM MELAKASANKAN IBADAH.

    ReplyDelete
  21. YATIE AWANG

    MEMANG BETUL, TETAPI ITULAH MASALAHNYA.

    ReplyDelete
  22. JUNAINA

    MENYESAL, TAK BUAT LAGI DAN BERAZAM TAK AKAN BUAT LAGI SEGALA KESILAPAN LALU SERTA MEMINTA AMPUN, ITULAH YANG SEHARUSNYA DILAKUKAN SELALU.

    ReplyDelete
  23. NYANYISUNYI

    SELAM KEMBALI.

    PASAL ANAK KECIL TU, SEJUK PERUT IBU. AYAHNYA TAK DAPAT APA2 SAHAM KE ?

    ReplyDelete
  24. IKAN EMAS

    1. SEJUK MATA MEMBACA .. KENA PAKAI BAJU SEJUK TU.

    2. BENAR DAN SENTIASA MENGINGATI MATI.

    3. DIA KECIK SANGAT LAGI NAK TERIMA SALAM.

    ReplyDelete
  25. MAMADIANA

    JANGAN TAKUT KERANA ORANG BOLEH MEMBEZAKAN YANG MANA SATU DIAM SOMBONG DAN YANG MANA SATU DIAM PEMALU.

    ReplyDelete
  26. GADISFIRAUN

    FIRAUN TU SOMBONG KERANA DIA RAJA DAN KAYA. ADA JUGA ORANG BIASA YANG MISKIN TAPI ANGKUH DAN BONGKAK .. LAGI TERUK.

    ReplyDelete
  27. satu soalan saya :

    siapa yg ambil gmbr pertama tu?

    ReplyDelete
  28. KTS

    SAYA DAH LUPA .. TAPI YANG PASTINYA IA BUKAN SAYA.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.