23.12.201 - Jumaat.
a. 7.00 - 8.45 malam - di surau mendengar kuliah Hadis oleh Ust. Hambali.
b. 9.00 - 11 malam - menghadiri majlis akad nikah anak kawan, makan malam + borak.
24.12.2011 - Sabtu
a. 11.30 - 1.00 tengahari - menghadiri majlis aqiqah dan doa kesyukuran.
b. 1.45 - 2.15 ptg - menghadiri kenduri kawin anak kawan.
c. 2.15 - 4.45 ptg - Ke Putrajaya menghadiri kenduri kawin anak kawan.
b. 1.45 - 2.15 ptg - menghadiri kenduri kawin anak kawan.
c. 2.15 - 4.45 ptg - Ke Putrajaya menghadiri kenduri kawin anak kawan.
d. Malam - di surau mendengar Ceramah Tauhid oleh Ust. Surul + jamuan.
25.12.2011 - Ahad
a. Pagi - Ke Jempol menghadiri kenduri kawin anak kawan kemudian singgah rumah di kampung untuk memetik buah rambutan.
b. Malam - di surau mengikuti kelas tajwid dibawah bimbingan Ust. Fadhullah + jamuan ringan.
26.12.2011 - Isnin
a. 10.15 pagi - Ke Taman Tun Dr Ismail, KL, menghadiri kenduri Aqiqah.
b. 2.00 ptg. Singgah rumah seorang sahabat yang menderita kena stroke yang tinggal berdekatan.
c. Malam - sembahyang Maghrib di surau sebelum beredar menghadiri kenduri tahlil mertua Tan Sri Isa Samad yang meninggal dunia pada 25/12. Sembahyang Isyak di rumah Tan Sri + jamuan
27.12.2011 - Selasa.
8-00 - 11 pagi - Ke hospital Tuanku Jaafar ambil ubat ayah mertua dan semasa balik singgah pasar tani Ampangan dan juga Giant.
11.00 - 11.50 pagi - menyiapkan entri ini.
Berbalik kepada cerita kawan saya yang kena stroke tadi, ini bukanlah kali pertama saya mengunjunginya. Sudah hampir 14 tahun dia menderita. Dia adalah rakan sekerja saya suatu masa dulu sekitar pertengahan tahun 80an. Dia lebih tua beberapa tahun dari saya dan isterinya juga beberapa tahun lebih tua dari isteri saya. Mereka mempunyai 8 orang anak.
27.12.2011 - Selasa.
8-00 - 11 pagi - Ke hospital Tuanku Jaafar ambil ubat ayah mertua dan semasa balik singgah pasar tani Ampangan dan juga Giant.
11.00 - 11.50 pagi - menyiapkan entri ini.
Berbalik kepada cerita kawan saya yang kena stroke tadi, ini bukanlah kali pertama saya mengunjunginya. Sudah hampir 14 tahun dia menderita. Dia adalah rakan sekerja saya suatu masa dulu sekitar pertengahan tahun 80an. Dia lebih tua beberapa tahun dari saya dan isterinya juga beberapa tahun lebih tua dari isteri saya. Mereka mempunyai 8 orang anak.
Keadaan fizikalnya amat menyedihkan dan menginsafkan saya. Walaupun dia masih mengenali saya dan ingatannya masih kuat tetapi tutur katanya amat sukar untuk dimengerti. Beberapa kali air mata saya mengalir di dalam kereta semasa memandu pulang mengenangkan betapa bertuahnya saya yang diberi kesihatan oleh Allah swt dan masih mampu memandu kereta seorang diri ke sana ke mari. Sebaliknya dia yang dulunya sihat walafiat dan sangat cergas, kini hanya terbaring di satu sudut tingkat bawah rumahnya. Segala keperluan termasuk untuk kebersihan dirinya perlu dibantu. Lampin pakai buangnya kena dipakaikan oleh orang lain. Hanya tangan kanannya sahaja yang masih boleh digerakkan. Dengan tangan itulah dia mengawal 'remote control' tv dan juga membaling apa juga objek yang sempat dicapainya, jika permintaan dia lambat dipenuhi.
"Setakat ini belum ada lagi yang kena kat saya" beritahu isterinya.
Saya cadangkan kepada isterinya supaya diberikan 'boomerang' kepada suaminya kerana bila dibalingnya nanti, boomerang itu akan balik mengenai dia. Saya bergurau dan kami sama2 ketawa termasuk kawan saya tadi.
Sejak beliau kena serang penyakit itu, isterinya dengan penuh setia, hormat dan kasih sayang menjaganya, menguruskan persekolahan anak-anak mereka di samping menjaga mertua. Pada masa ini masih ada lagi 4 orang anak mereka yang sedang menuntut di IPT.
Saya cukup kagum dengan kesetiaan dan pengorbanan Puan P melakukan itu semua seorang diri. Di raut wajahnya yang sentiasa tersenyum tergambar keredhaan terhadap segala dugaan dan kesusahan yang diterimanya. Di sebalik segala kepayahan menjaga suami, membesarkan anak2 dan menguruskan mertua, wajahnya masih tetap cantik seperti 30 tahun dulu seolah-olah tidak diusik usia. Mungkin dengan keimanan dan keridhaannya menerima segala ujian Ilahi itu telah memelihara wajahnya dari kedut dan kerut akibat keluh kesah dan sesalan.
Apa yang dihadapi oleh Puan P sekarang tidak banyak berbeza dengan apa yang dihadapi oleh Makngahnya sejak hampir 3 tahun lalu. Beliau kini harus menguruskan ayahnya yang tinggal bersama kami. Menguruskannya dalam ertikata memandikan, memakaikan pakaian termasuklah juga lampin pakai buang dan kadang-kadang menyuapkan makanan ke mulutnya. Cuma bezanya dengan kawan saya tadi, ingatan ayah Makngahnya hampir langsung sudah tidak ada tetapi dia masih mampu berdiri dan berjalan tanpa bantuan.
Sekarang nak tunjukkan beberapa keping gambar makanan yang saya nikmati semasa pergi kenduri2 tu.
Gambar 1: Pelbagai jenis kueh mueh disajikan selepas makan nasi. Ada tapai, apam Johol, kueh bakar dan buah Melaka di saming nenas potong. Saya makan lagi walaupun ini adalah rumah kedua kerana ada lauk rendang betik muda yang jadi kegemaran saya yang dah lama tak jumpa. Lupa pulak nak ambil gambar dia.
Gambar 2. Jemput makan kueh "kolopung" kata orang NS. Kueh ini banyak di jual semasa bulan puasa di PARAM.
Gambar 3: Satu lagi masakan popular di kalangan orang NS. Masak tempoyak pucuk kayu. Gambar 3, 4 dan 5 di rumah yang sama di Taman Tun.
Gambar 4: Cendol juga di hidangkan dan diikuti pula oleh teh tarik. Hajat tuan rumah kata tukang hidang. Saya pulak jenis orang yang tak suka menghampkan hajat orang.
Gambar 5: Saya didudukan semeja dengan Ustaz yang melakukan upacara Aqiqah, "belah mulut", berzanji dan "memotong jambul". Beliau adalah bekas pegawai ugama penjara yang mempunyai banyak cerita. Antara tugas beliau adalah mengiringi banduan Islam menjalani hukuman gantung termasuklah yang terakhir Mona Fandey. Bila dia tengok jam, saya rasa lega.
sangat besar ganjaran untuk si istei tu
ReplyDeletepak ngah jangan marah ye sya nak tulis yang bawah ni
bila isteri sakit, suami cepat je cari yang lain
tapi bila suami sakit
redha isteri tu manjaga dan melayan
hrrummm.....macamana lah nasib sya dengan enpakwe agaknya?
banyak betul jadual perjalanan pak ngah ye..
sya nak bawak mil dan anak anak ke pusat belia paroi petang esok, sbb sya cuti..
Salam pakcik...
ReplyDelete1. semua gambar yang dipaparkan, kuih muih, cendol, sambal tempoyak, pendekata semua2 tulah...mmg menggoda jiwa...
2. saya sangat berharap petikan "Saya cadangkan kepada isterinya supaya diberikan 'boomerang' kepada suaminya kerana bila dibalingnya nanti, boomerang itu akan balik mengenai dia" - hanya gurauan semata-mata dalam entri ini saja...
alangkah kejamnya...
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete...semoga sy dpt mencontohi isteri sahabat Pakcik. Dan sudah tentu dapat mencontohi Mak Ngah yg gigih menjaga ayahnya.
ReplyDeleteSaya sayu baca Mak Ngah jaga ayahnya serba-serbi dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Isk....sy harap sy mcm tu.
Catatan ini buat saya sebak - terkenang lagi kepada Allahyarham bapa saya. :(
ReplyDeletesaya pun rasa tersentuh baca pasal puan P tu.
ReplyDeletekalau saya, tak taulah boleh sabar ke tidak.
tapi saya yakin kalau dah sayang, dgn otomatik akan timbul keihlasan utk berkorban. wallahualam.
KASIHIBU
ReplyDeleteINI BUKAN KES SUAMI ATAU ATAU ISTERI TETAPI KES INDIVIDU. BANYAK JUGA PAKNGAH DENGAR KES ISTERI MEMINTA CERAI BILA SUAMI DIA SAKIT ATAU ADA MASALAH KEWANGAN. SEBALIKNYA PERNAH JUGA PAKNGAH TERBACA DALAM AKHBAR, ADA SUAMI YANG SANGGUP MENJAGA ISTERI YANG LUMPUH SAMPAI KE MATI.
QUEENIE
ReplyDeleteSEBENARNYA PAKCIK GERAM DENGAN KAWAN PAKCIK TU KERANA SANGGUP DIA BUAT BEGITU PADA ISTERINYA SEDANGKAN HIDUPNYA BERGANTUNG SEPENUHNYA KEPADA ISTERINYA. PAKCIK JUGA NASIHATKAN DIA, BUAT APA NAK CEPAT MARAH KERANA KITA SAMA-SAMA DAH TUA.
PAKCIK CAKAP TU SAMBIL BERGURAU. UNTUK ELAK SALAH FAHAM, PAKCIK DAN EDIT SIKIT ENTRI INI.
FARA
ReplyDeleteMEMANG PAKCIK PUN SANGAT KAGUM DENGAN KASIH SAYANG YANG TIDAK BERBELAH BAGI YANG DITUNJUKKAN MAKNGAHNYA KEPADA AYAHNYA.
KAKCIK
ReplyDeleteENTAH KENAPA SAYA JUGA SEBAK UNTUK MENGHABISKAN ENTRI INI ..
GADISBUBGA
ReplyDeleteUNCLE MENDOAKAN PUAN P ITU MENDAPAT GANJARAN SYURGA DI SANA NANTI.
sebak juga baca entri ini. Semoga saya daapt menjadi seperti Puan P sentiasa redha dengan ujian dariNya dan terus dapat bersama suami di masa senang mahupun susahnya.
ReplyDeleteEntri pakngah ni buat saya teringat perbualan antara saya dan suami. Dia mengemukakan satu teori, katanya seorang suami yang setia dan baik, bila isterinya pergi menemui Ilahi terlebih dahulu, kemungkinan untuk si suami itu mengikut dengan cepat sangat tinggi, tapi seorang isteri biasanya, walau suami yang di kasihi pergi dulu dari dia, dia dapat harungi hidup lebih lama dan berusaha sendiri kerana biasanya isteri lebih kuat.
Nanti nak buat satu entri lah kenapa hujahnya begitu. Mungkin satu kebetulan, tapi ada beberapa persamaan dalam kehidupan orang yang kami kenal begitu.
Itulah nature yg Allah anugerah kan kepada seorang wanita, gigih dan tabah menjaga seorang anak, suami, bapa....
ReplyDeleteIbu mertua saya kini dah masuk tahun ke tiga menjaga bapa mertua saya yang terlantar di rumah. Saya kagum. Saya insaf.
Cinta sejati,moga Allah jua yang membalas kebaikan dia terhadap suami dengan balasan syurga, jaga orang sakit ni memang bukan senang...
ReplyDeletesalam Tn Hj...org lama mmg lg banyak pengalaman, pcl suka baca lg2. kalau berkongsi hal kebaikan hidup berumah tangga...cantik dah!
ReplyDeletep/s. jemputan ke bloglist 2012 pcl, dgn hormatnya sila komen di entri berkenaan.
Sampai bila sihat kita ,
ReplyDeletesampai masa akan diambil kembali.
Insaf dgn kisah di atas.
5 hari mak ngah cuti masak...:)
ReplyDeleteKesetiaan dan kasih sayang ibarat air sejuk yang sentiasa mengalir dari pergunungan. Keredhaan pada takdirnya lahir dari keikhlasan yang dalam.
ok sya setuju apa yg pakngah tulis tu, terpulang pada sikap individu
ReplyDeletesangat tak adil pulak sya kata lelaki macam tu kan
maaf ye pada rakan rakan blogger pak ngah yang lelaki.. (,")
Salam bang.
ReplyDeleteMula2 baca itinerary abg tu saya ingat abg nak cerita kesetiaan makngah ikut abg ke mana saja.
Tapi bila keluar kisah kawan abg yg menderita kena stroke barulah saya tahu abg nak citer pasal kesetiaan dan pengorbanan beliau.
Yang bestnya lepas tu ada pula kisah pengorbanan makngah menjaga ayahnya.
Memang hebat pengorbanan dua org wanita ini. Tak kurang hebatnya cara abg bercerita. Patutlah sampai dekat sejam nak buat n3 ni .... hehehe
Eemmmm ...
ReplyDeleteTahniah pada makngah dan Puan P ... menjaga org yang kita sayang yang sedang sakit adalah satu cabaran besar ... kena banyak sabar.
Saya pun berdoa saya juga akan diberikan kekuatan yang seumpama itu ..
YUS
ReplyDeleteIA BUKAN KEBETULAN. TIDAK ADA BENDA YANG BERLAKU DALAM DUNIA INI SECARA KEBETULAN SEBALIKNYA SEMUANYA ADALAH KETENTUAN ILAHI BELAKA.
DADDY ZIYYAD
ReplyDeleteSUNGGUH BERTUAH BAPA MERTUA ANDA. MASIH ADA ISTERI YANG MENJAGANYA. WALAUPUN MUNGKIN ADA ANAK YANG RAMAI, TAPI TAK SAMA DGN JAGAAN ISTERI SENDIRI.
LADYSIRNA
ReplyDeleteJAGA ORANG SAKIT KENA BANYAK BERSABAR DAN BERKORBAN. MACAM SAYA DENGAN ISTERI SEKARANG INI JARANG DAPAT PERGI KENDURI BERSAMA KECUALI YANG DEKAT2 DENGAN RUMAH.
PCL
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. INSYALLAH AKAN DIKONGSIKAN DARI MASA KE SEMASA.
NIEDA
ReplyDeleteBETUL KATA ANDA .. SAMA2LAH KITA INGAT LIMA PERKARA SEBELUM DATANG LIMA PERKARA.
JUNAINA
ReplyDeleteDIA TAK DAPAT CUTI SEBAB AYAHNYA DAN JUGA ANAK2 YANG TAK IKUT SAMA, KENA JUGA DISEDIAKAN MAKANAN. KESIAN KAT DIA.
UNTUK MENCAPAI TAHAP SEBENAR2 IKLHAS SEBENARNYA TERLALU SUSAH.
KASIHIBU
ReplyDeleteTAK ADA APA YANG NAK DIMAAFKAN. KITA BERI PENDAPAT DENGAN ALASAN KITA DAN ORANG LAIN PUN BEGITU JUGA. KITA LIHATLAH ALASAN SIAPA YANG LEBIH KUAT.
YUNUS BADAWI
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
MAKNGAH CUMA DAPAT IKUT PERGI KAT RUMAH YANG DEKAT2 SAHAJA. RUMAH DI TTDI TU DIA TAK PERGI.
BUAT ENTRI NI KEJAP KE, TAPI YANG LAMANYA NAK UPLOAD GAMBAR.
CHIK ATT
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA MEMBERI SEMANGAT KEPADA DUA ORANG WANITA ITU. SAYA MEMANG MENGAGUMINYA.
Semoga kisah kesetiaan itu tidak lagi menjadi kes terpencil.
ReplyDeleteSemoga semakin ramai orang melihat pengorbanan itu sesuatu yang sangat seronok untuk dilakukan.
PAKNGAH ni asik makan jer... orang ajak makan di gathering, tak muncul pulak.
TERINGAT MASA ARWAH ATUK MASIH HIDUP.. DIA PUN SAKIT, SAMPAI TAHAP MAKAN IKUT TIUB.. MAKAN MINUM ARWAH NENEK JAGA.. KALAU LAMBAT HABIS ATUK MARAH NENEK.. ATUK DULU BARAN JUGA..
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteSangat tertarik dengan entri yang ini.
Kuih kalumpang? tak pernah makan lahh..
ReplyDeletesedap betul cendol tuuu..
Assalamualaikum...
ReplyDeleteKagum baca kisah ketabahan isteri kawan Uncle tu...Semoga ALLAH berikan kekuatan dan kesihatan yg baik pd dia dan suaminya tu...
Baru tertengok resepi tempoyak + daun kayu tu kat tv1 aritu...x sempat nak menerai lg resepi tu...
Arini yun lalu blkg umah Uncle..hehe.. balik Pokan..harap2 ade owg jual manggih kat tepi2 jalan kuala pilah tu kang...Balik mengubat kaki terseliuh ni ha...dah bengkak membiru...tpkse drive gak arini...harap2 x makin teruk bgkak ni...
pjgnye komen ni yep...hahaha
Sabar, setia Dan cekal memikul tanggungjawab.. Itulah kekuatan seorang wanita yang dipanggil kekasih, isteri Dan ibu...
ReplyDeleteSalam ziarah
AZIEAZAH
ReplyDeleteMEMANG SEJAK MULA BERHASRAT NAK PERGI GATHERING TU .. TAPI TAK DAPAT. ABG SAMPAI BUAT ENTRI KHAS NAK BERITAHU KENAPA TAK DAPAT PERGI HARI ITU.
FAIRUS
ReplyDeleteAGAKNYA SEMUA ORANG YG SAKIT BEGITU KERANA MAHU MELEPASKAN KEKECEWAANNYA.
ASHRAFI
ReplyDeleteALAIKUMSALAM.
SAMA-SAMALAH KITA AMBILLAH IKTIBAR DARINYA.
AZIAN ELIAS
ReplyDeleteBUKAN KALUMPANG TAPI KOLOPUNG .. KALUMPANG TU NAMA TEMPAT KAT SELANGOR.
BETAPA SEDAP MATA MEMANDANG CENDUL ITU, SEDAP LAGI TEKAK YANG MERASA.
CIK SHINJU
ReplyDeleteALAIKUMSALAM.
1. KENAPA DENGAN KAKI ?
2. DAH OK KE BELUM ?
3. DAPAT TAK BELI MANGGIH ?
4. TEMPOYAK + DAUN KAYU TU, SEDAP YG AMAT SANGAT.
DERU OMBAK
ReplyDeleteMEMANG FITRAHNYA WANITA DIJADIKAN ALLAH BEGITU .. ITU SEBAB T/JAWAB MENGANDUNG DIBERIKAN KEPADA WANITA. KALAU LELAKI YANG KENA MENGANDUNG, AGAKNYA AKAN PUPUSLAH MANUSIA DI MUKA BUMI INI.
ayat last tu best..
ReplyDelete"Bila dia tengok jam, saya rasa lega."..
hehehe..banyak cerita yang perlu di dengar.. =)
QUEEN
ReplyDeleteYELAH .. PAKCIK NAK BALIK SEREMBAN BUKANNYA DEKAT. DAN NAK ZIARAH KAWAN LAGI. CERITA DIA BERSAMBUNG-SAMBUNG. NAK TINGGALKAN, TAK HORMAT PULAK. LAGI PUN CERITA DIA MEMANG SEDAP DIDENGAR.
1. KENAPA DENGAN KAKI ?
ReplyDelete-Terseliuh mase main tali skipping..salah landing..
2. DAH OK KE BELUM ?
- Blom..bengkak lagi nih.. takut nak p berurut n jumpe doc.. sapu minyak n barut guna daun tembaga suasa aje..
3. DAPAT TAK BELI MANGGIH ?
- opkos...beli kat tepi jalan area Terachi tu..
4. TEMPOYAK + DAUN KAYU TU, SEDAP YG AMAT SANGAT.
- Daun kayu tu susah nak cari,kena p pasar tani..
CIK SHINJU
ReplyDeleteJGN TAKUT PERGI BERURUT .. TAPI KENALAH CARI TUKANG URUT YG ADA TRACK RECORD YANG BAIK. KALAU TIDAK NANTI, LAIN PULAK JADINYA.
terharu dengan entry ini...
ReplyDeletepakngah,sambal kayu tu memang sedapla..eka bakal berkahwin dengan orang rasah jaya,seremban.Pertama kali makan sambal kayu tu dah jatuh hati..hihi..kalau pegi knduri kat sana msti ada.
sbb dekat perak dah biasa makan tempoyak,pegi negeri pun ada tempoyak..wahh suka..hehe
bukan sambal kayu tapi masak tempoyak pucuk kayu. pakngah tak pernah lagi rasa sambal kayu .. hehe
Deleterasah dengan senawang dah dokek bonar dah tu !
terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada orang NS sebagai bakal suami.
hehehe. haritu duk tanya orang,ape benda ni,orang tu konfiden jawab sambal kayu.hahaha...panggil sambil tempoyak jelah..kalau ado potai lagi sodap ni..hehe
ReplyDeletedek kerana nak kawen orang sana,dah tau dah cakap NS..hehehe..
tapi pasni tak duduk sana,kena duduk kat ibu kota sebab bakal suami keje sana...nanti kawen,eka jomput pakngah ea ngan mak ngah ea..hehe