Sunday, December 4, 2011

BLOGSPOT MINTA MAAF DENGAN SAYA.

Header blog saya sekarang  sudah lama. Sejak mula berblog itulah header yang saya gunakan. Orang lain ramai yang sudah tukar. Saya pun teringin juga nak tukar. Saya pun pilih gambar yang saya suka dan font serta warna yang sesuai. Hasilnya adalah seperti di bawah.


Tetapi bila saya cuba nak gantikan header lama tu dengan header baru, akan keluar mesej seperti di bawah oleh pihak Blogspot.

Kata-kata blogspot yang meremuk-redamkan hati.

Blogspot minta maaf sebab tak dapat lagi memenuhi permintaan saya kerana saya telah melebihi kuota. Nampaknya akan berkekalanlah saya menggunakan header sekarang. Apa yang boleh dilakukan adalah menukar skin dari masa ke semasa selagi belum ada sekatan.
 
Begitulah dalam hidup ini. Kadang-kadang kita teringin juga nak beralih-alih rasa, tapi  kita tidak boleh sewenang-wenangnya berbuat demikian kerana ada peraturan yang perlu diikuti, ada had tertentu yang telah ditetapkan dan kadang-kadang ada hati yang perlu dijaga !  Tak gitu ?

p.s. adakah cara lain nak menukar header bagi kes yang sudah melebihi kuota ?

41 comments:

  1. Ingatkan apa la sebabnya baik sangat blogspot nak mintak maaf he he..
    tak pe..hari ni tak boleh esok mesti boleh..cuba sampai berjaya.

    ReplyDelete
  2. Hidup kita bukan aturan kita semata2, kan? ;-)

    ReplyDelete
  3. Mungkin pakngah boleh deletelah header lama dari memori blogspot pakngah dan gantikan yang baru.

    Pakngah punya akaun blogger ni guna email gmail atau yahoo?

    Yus tak pasti, tapi kalau gmail, cuba buka gmail akaun seperti biasa. Tengok bahagian akaun setting. Cari picasa web albums, cari pula pada bahagian album Komensen. Delete sikit gambar yang tak perlu.

    yang pasti jangan suka upload gambar dengan pixel besar, nanti cepat habis pula kuota.
    Ada satu lagi cara, create team member baru untuk blogspot. Tapi yang tu yus tak berapa faham, ada dulu seorang blogger beri tutorialnya. Nanti yus tolong semak untuk pakngah ya cara yang itu.

    Skrg tak sempat, bz sikit...nnti yus kembali pada pakngah.

    ReplyDelete
  4. ...tu tandanya Pakcik kena tukar domain sendiri. Hiks!

    ReplyDelete
  5. pakngah...cuba baca entri ini...

    http://damiaqish.blogspot.com/2010/11/mama-pun-dah-terkena-huhu.html

    harap membantu

    ReplyDelete
  6. Tuan,

    Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain.

    Yang lama itu banyak kenangan dan sesekali mengimbau kita akan larut selarutnya.

    Bagaimanapun,selamat mencuba.

    ReplyDelete
  7. ingatkan alamaya ni 'unlimitted space'.

    ReplyDelete
  8. salam uncle..hebat tajuk uncle ..saya suka.

    bab header saya tak pandai..huhu.tp saya sgt suka header uncle skrg.

    ReplyDelete
  9. Kalau dari pandangan mata saya cantik je pakngah header tu, tp mmg ada besar sikitlah...hehe.

    Pakngah kalau malas nak download apa2 software untuk resize gambar boleh aje resize online di sini ya...

    http://www.picresize.com/

    foc je....cubalah paknah...:)

    ReplyDelete
  10. ler...selama sy masuk kt blog en AL ni sy tak perasan header tu..

    tapi mesti ada sesuatu yg tak kena..cuba bertanya pada yg lebih arif..

    insyallah boleh tukar nanti..

    ReplyDelete
  11. dah ok sangat dah header cmni....wow,! sampai dah terlebih kouta tu..hebaknya komensen.

    ReplyDelete
  12. kena tukar author kot utk membolehkan tuan hj upload pics byk2 mcm biasa :)

    ReplyDelete
  13. wah , saya pun bab ini buta huruf juga :)

    ReplyDelete
  14. Err..tu dah boleh pakai header baru tu?

    ReplyDelete
  15. Cantik kepala (header) baru tu.

    Berkenaan dengan peraturan.., ya, hidup memang memerlukan peraturan. Peraturanlah yang mendisiplinkan manusia. Kalau di dunia ini kita tertakluk dengan peraturan dunia iaitu undang-undang dan peratutan Islam iaitu tertakluk pada hukum hakam Allah.

    Saya pernah amembuat penulisan bertajuk Undang-undang = Kasih Sayang. Kalau rajin boleh baca ---> http://fairusmamat.blogspot.com/2011/10/undang-undang-kasih-sayang.html

    ReplyDelete
  16. uncle.
    baca tajuk ayu rasa risau..

    bukan apa, takut uncle nak henti berblog..

    PS; moga ada y cendik pandai bantu uncle ya

    ReplyDelete
  17. saya rasa, caranya adalah dengan mengecilkan pixel gambar (image size) menggunakan adobe photoshop atau apa2 aplikasi yg lain... (",)

    btw, header yg ni pun dah ok dah.. (",)

    ReplyDelete
  18. ACIK ERNA

    SAJA BIKIN TAJUK KASI GEMPAR. DAH BERJAYA.

    ReplyDelete
  19. KAKCIK

    MEMANG BENAR .. JGN INGAT KITA BOLEH BUAT APA SAHAJA WALAUPUN KITA BILIONARE.

    ReplyDelete
  20. YUS

    ALAHAMDULILLAH DAH BERJAYA. TERIMA KASIH SANGAT2. LEPAS NI NAK BELAJAR SETTING KAT TELEPHONE PULAK.

    ReplyDelete
  21. FARA

    DOMAIN ? LAGI PAKCIK TAK FAHAM !

    ReplyDelete
  22. UJANG KUTIK

    KADANG2 ADA JUGA ORANG YANG TEMPAT BERMAIN DIA TAK DIKENANG TAPI TEMPAT JATUH SAMPAI BILA2 DIA TAK LUPA.

    ReplyDelete
  23. INSAN MARHAEN

    MULANYA SAYA INGATKAN BEGITU JUGA !

    ReplyDelete
  24. LYDIA MIZA

    SALAM KEMBALI.

    TAJUK POST TU MENYEBABKAN PENGUNJUNG DATANG LEBIH RAMAI DARI BIASA.

    SEKARANG DAH TUKAR. ADA KOMEN ?

    ReplyDelete
  25. NYANYISUNYI

    TAK ADA YANG SALAHNYA DGN HEADER LAMA TU .. CUMA HEADER BARU INI SAYA LEBIH SUKA.

    ReplyDelete
  26. PCL

    BUKAN HEBAT .. TAPI TAK TAHU PERATURAN.

    ReplyDelete
  27. MAMA ZHARFAN

    SAYA DAH TAMBAH SATU AUTHOR LAGI. CUKUPLAH BUAT MASA INI.

    ReplyDelete
  28. SITI MURNI

    YG MANA SATU ? YG LAMA KE YANG BARU ?

    ReplyDelete
  29. A KL CITIZEN

    BUTA DALAM BAB INI TAK APA .. KALAU PANDAI DIKIRA BONUS.

    ReplyDelete
  30. DINAS ALDI

    YE LAH .. SELEPAS YUS BERI TAHU CARANYA.

    ReplyDelete
  31. FAIRUS

    KADANG2 KUASA/ORANG BESAR BUAT PERATURAN SENDIRI DAN KEBAL DARI SEBARANG DAKWAAN. KADANG2LAH ..

    ReplyDelete
  32. CITARASA RINDUAN

    RASANYA LAMBAT LAGI NAK BERHENTI BERBLOG SEBAB BANYAK DRAF ENTRI SUDAH MENANTI. INSYAALLAH.

    ReplyDelete
  33. FUAD ANSARI

    SAYA TAK INSTALL PHOTOSHOP. LEPAS NI SAYA AKAN BERJIMAT-CERMAT DENGAN RUANG.

    ReplyDelete
  34. sy masih kekal dgn pendapatan kasar sy tadi.

    we want pokok rambutan! pokok rambutan! pokok rambutan!

    ReplyDelete
  35. KTS

    KOMEN AWAK TERBALIK .. KOMEN YANG INI PATUTNYA DALAM ENTRI SELEPAS INI.

    ReplyDelete
  36. Asalamualaikum..testing je ni..

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.