Saya pergi ke Cameron Highlands rasanya banyak kali juga. Kali pertama adalah pada tahun 1978. Selalunya saya pergi sebatang karah seorang diri atas urusan rasmi. Tetapi ada juga saya pergi bercuti bersama keluarga atau membawa mereka bersama semasa bertugas rasmi. Gambar-gambar berikut adalah bukti yang saya pernah pergi ke Cameron Highlands.
Gambar 1: Berlatarbelakangkan bangunan Dewan Sultan Abu Bakar (1978). Saya tidak pasti, masih adakah bangunan itu sekarang ini sebab saya tidak ketemunya bila saya pergi kemudiannya. Yang pastinya rambut saya tidak lagi semacam itu sekarang ini.
Gambar 2: Sebelum sampai ke kemuncaknya, rasanya kita harus melalui tempat ini kalau kita datang dari arah Tapah. Tapi teh Bharat ni tidaklah sepopular Teh Boh. Mungkin kerana kita orang timur agaknya.
Gambar 3: Ayong sempat juga curi-curi buat 'peace'
Gambar 4: Suhu pada masa tu dah tak berapa sejuk. Sejuk sikit je dari Lavender Heights.
Gambar 5: Kita orang menginap di sini. Biasalah kakitangan kerajaan kalau datang bercuti. Kalau atas urusan rasmi, mesti cari hotel yang bagus-bagus punya.
Gambar 6: Berlatarbelakangkan ladang teh.
Gambar 7: Agak-agaknya kalau pokok ni dibuat sayur sedap tak ?
Gambar 8: Dengan anak ke dua, yang baru kawin hari tu. Sebenarnya saya nak tunjukkan pemandangan kebun sayur dan hotel di belakang sana.
Gambar 9: Dalam ladang bunga mawar merah ..
Gambar 10: Yang mendukung tu anak ke tiga saya dan yang didukung tu anak ke empat saya. Memang jarak umur mereka agak jauh.
Gambar 11: Dalam perjalanan balik, singgah bergambar kat air terjun. Cantik juga.
Saya ingatkan air terjun kat Ulu Bendul je yang cantik !
Saya ingatkan air terjun kat Ulu Bendul je yang cantik !
Nota Kaki. Saya hairan dan selalu tertanya-tanya kenapa Cameron Highlands dan tidak Genting Highlands dipilih dan diteroka terlebih dahulu sebagai tempat percutian pegawai-pegawai British pada zaman penjajahan, sedangkan Genting Highlands lebih dekat dengan KL. Ada guru-guru Matematik yang sudi dan boleh tolong jawabkan ?
mungkin sbb genting highland tu bentuk muka bumi dia tak berapa sesuai utk dibina peranginan kot
ReplyDeleteJap... saya nak fikir kenapa tuan bertanya kepada guru matematik dan bukannya kepada guru sejarah atau ilmu alam? ;-)
ReplyDeletediorang memang teroka kwsn tu utk penanaman teh kalau tk silap,dr segi geografi mungkin cameron lg sesuai...
ReplyDeleterumah peranginan persekutuan tu rupanya ada sejak dulu lg...skrg memang tk sejuk pun uncle..malam jelah...
rambut afro tu tk menahan betul..dulu2 memang trend rmbut sarang tebuan tu..hiks...
baru gi rombongan ke CH temooh hari :)
ALIEN
ReplyDeleteKAN KE SEKARANG GENTING SUDAH JADI KAWASAN PERANGINAN YANG TERKEMUKA. MACAM2 ADA.
KAKCIK
ReplyDeleteFIKIRLAH .. NANTI DATANG BALIK BILA DAH DAPAT JAWAPANNYA.
MAYA MAYANA.
ReplyDeleteMUNGKIN BETUL JUGA. SAYA PERNAH MELAWAT LADANG TEH DAN TEMPAT MEREKA PROSES. SAYA CADANG NAK MASUKKAN DALAM ENTRI BHG 2 NANTI.
RAMBUT AFRO TU MEMANG TREND PADA MASA TU. TAPI TENGOK ORANG JUGA. ADA JUGA YANG TAK MAHU JADI.
mungkinkah genting highland itu tanahnya genting.. ohh sapa guru geografi sila jawab.. -salam kenal tuan..
ReplyDeletesaya tak pernah pi Cameron Highland..
ReplyDeletesaya takutkan jalannya yang dikatakan curam dan bengkang bengkok wlp kesemua adik beradik saya yg dah pernah pi sana pulang dgn selamatnya Alhamdulillah.
taktaulah bila akan ada keberanian utk mencuba ke sana...
Assalamualaikum,
ReplyDeletebelek-belek album lama, belek2 juga kenangan lama...bila ke cameron semula, banyak sangat dah berubah
TETIBA FAMILY AJAK PERGI BERCUTI DI CAMEROON NI.. SEDANG DUK CARI 'APARTMENT', BAYAK PULA YANG PENUH...
ReplyDeleteLama sungguh x p CH..
ReplyDeletenama jer dlm negeri phg tp kalau nak p sane kela lalu 3 buah negeri dulu..huhu...
Tgh frust nonggeng sbb x jadi p kundasang...tpkse cancel saat2 akhir sbb besan mak masuk spital...tgk pic uncle bercuti nih bertambah la frustnye..huhuhu
Kenangan mencuit rasa...
ReplyDeletepernah sekali je dok kat rumah peranginan persekutuan.. berbaloi jugak rasanya...
ReplyDeletep/s: permintaan yang tinggi terhadapa rumah peranginan persekutuan sekarang ni.. kalau nak tempah penginapan kat situ, 7-8 bulan akan datang ada la kosong.. nak tempah untuk perancangan bercuti 1-2 bulan mendatang, mmg susahlah kot..
first2 tengok gambar tahun 1978 - maaf tersipu2 saya senyum - saya F5 masa tu ! kalau saya masa tu jumpa tuan - lari saya sebab saya takut tengok orang macam tu!!! nak booking rumah persekutuan ni tak pernah dapat...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete1978 - IM masih terkial-kial cari kerja dan cari iedntiti!
ReplyDeletedah lama gak tak ke sini.. last sekali tahun 2006 cam tu.. teringin sangat nak ke sana. tapi now dah tak sejuk sangat kan..
ReplyDeletesy baru pi 2 x, rasa nak pi lagi :)
ReplyDeleteSaya pulak belum sampai lagi Cameron walaupun taklah jauh mana dari tempat saya di Taiping ni.
ReplyDeleteEh, gambar yg mula2 tu buat saya gelak la. Sungguh berbeza ya pak cik dulu dan sekarang. Hik :P
Seronoknya tengok gambar-gambar lama tu. Kalaulah boleh balik ke zaman itu... Tapi, kalau dibuat 'survey', berapa % warga pesara bersetuju?
ReplyDeleteTu hari semasa di sana, paling rendah 18 darjah cel. Berbeza jugalah dengan cuaca kawasan kita.
ADYPUTRA
ReplyDeleteSALAM KENAL JUGA DARI SAYA. TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH KALI PERTAMA. NAMPAKNYA TIDAK ADA GURU GEOGRAFI YANG SUDI JAWAB.
QUEENIE
ReplyDeleteSAMPAI BEGITU SEKALI KETAKUTAN AWAK. CUBALAH. KALI PERTAMA MEMANG SUSAH. TAPI KALAU TIADA KALI PERTAMA, TIDAK AKAN ADA KALI KE DUA DAN SETERUSNYA.
ANYSS
ReplyDeleteALAIKUMSALAM.
BANYAK SANGAT BOTAK SANA SINI SEKARANG INI.
FAIRUS
ReplyDeleteNAK PERGI CAMEROON .. JAUH TU. KENA NAIK KAPALTERBANG. HEHE
CIK SHINJU
ReplyDeleteANAK DARA TAK ELOK MENONGGENG. BURUK BENAR RUPANYA .. HEHE
AIDA ALI
ReplyDeleteKENANGAN LAMA MEMBAWA KESEDARAN .. SEDAR DIRI DAH TUO. HEHE
FUAD ANSARI
ReplyDeleteKEKADANG ITU KALAU ADA ORANG DALAM, TAK PAYAH BOOKING PUN BOLEH DAPAT. DULULAH .. SEKARANG TIDAK LAGI KOT !
SONATA ANAK KANCIL
ReplyDeleteBILA SAYA SIARKAN GAMBAR TAHUN 78 TU, SAYA SUDAH BERSEDIA DARI SEGI MENTAL UNTUK DITERTAWAKAN. SAYA SENDIRI PUN TERGELAK MENENGOKNYA.
INSAN MARHAEN
ReplyDeleteDAH JUMPA LOM IDENTITI TU ?
YAN
ReplyDeleteWALAUPUN DAH TAK SEJUK SANGAT, TAPI MASIH SEJUK LAGI DARI SEREMBAN.
MAK SU
ReplyDeleteSAYA TERINGIN JUGA NAK PI, TAPI BILA MEMIKIR KESUSAHAN MEMANDU DAN MENDAPATKAN PENGINAPAN, KEINGINAN TU TERBANTUT.
LAYLIE MDNOOR
ReplyDeleteTENTULAN BERBEZA DULU DENGAN SEKARANG. KALAU TAK PERCAYA CUBA BANDINGKAN GAMBAR AWAK SEKARANG DENGAN GAMBAR AWAK MASA UMUR 2 TAHUN DULU.
ABANG TEMUK
ReplyDelete18 DARJAH TU KIRA SEJUK JUGALAH.
SAYA TAK MAHU KEMBALI KE MASA SILAM. MASA SEKARANG ADALAH MASA YANG TERBAIK BUAT SAYA.
kenapa Cameron Highlands dan tidak Genting Highlands dipilih dan diteroka terlebih dahulu sebagai tempat percutian
ReplyDeleteKalau nama Genting Highland tu Benting Highland, ya!!! barulah kita teroka dulu Benting Highland barulah Cameron Highland, ya murid2!
Alphabetical order, konsepnya ya murid2! Kalau tak paham lagi, jumpa saya dekat bilik guru.
KTS
ReplyDeleteOWH BEGITU .. SAYA MENGEJA MENGGUNAKAN TULISAN JAWI. PATUTLAH !
bercuti ke CH, singgah di Galeri BiGDee House of Magic Potions Taman Royal Lily, Tanah Rata. satu-satunya galeri nano microfungus aromaterapi di dunia!
ReplyDeleteBangunan Majlis Dareah dulu Town Board masih ada disitu. Cuma bukit di hadapan nya sudah gondol sekarang. Bakal terdiri hotel 5 bintang di situ.
ReplyDeleteTerima kasih atas maklumat terbaru .. wah makin banyak hotel didirikan.
Delete