Friday, December 23, 2011

BOLEHKAH SAYA MENGKRITIK CHEF WAN DAN ADLIN ?

.


Jangan betulkan skrin komputer anda.

Saya bukan penyanyi atau pelawak. Pendeknya saya bukan artis. Jadi bolehkah saya mengkritik artis ? Why not. Kalau Chef Wan yang bukan pelawak boleh kritik program lawak, tak kan saya tak boleh pulak.

Mungkin ramai dah tahu perang mulut antara Chef Wan dan Adlin yang kini dah melarat-larat sampai keluar gelangang Maharaja Lawak Mega. Sebelum itu I want to beg your pardon disebabkan kali ini saya banyak menggunakan Bahasa Inggeris kerana saya perhatikan Chef Wan nampaknya lebih  comfortable dengan bahasa itu.

Terus terang saya katakan, I don't like cara Chef Wan mengkritik walaupun performance Adlin pada minggu lalu memang agak hambar. Di samping itu saya juga tidak begitu gemar melihat sikap overconfident yang ditunjukkan oleh Adlin yang kelihatannya seolah-olah merasakan dia pasti akan terpilih ke final.

Kekalahan orang yang takbur adalah lebih menyakit dan menghibakan daripada kekalahan orang yang tidak yakin akan menang.

Siti juga mengkritik, tapi kritikan dia penuh dengan adab sopan. Pointnya ada. Mesejnya sampai. Orang tak marah malahan menghargainya. Sepatutnya Chef Wan lebih berhemah lagi dalam memberi kritik memandangkan umurnya yang saya percaya lebih tua dari Siti.  Lagipun kata orang putih .. there are many ways to skin a cat.

Akan tetapi ada juga orang kata  served him right kepada Adlin. Dulu  seronok sangat hentam orang. Sekarang terimalah balasannya pula. Dia orang kata what goes around comes around. Tapi disebabkan perangai Adlin dulu yang kita tak suka, maka apakah kita boleh mewajarkan  apa sahaja kritikan atau mungkin juga penghinaan  dari Chef Wan kepada Adlin. Two wrong doesn't make one right. Right ?

Katalah saya dijemput mengkritik progam masakan dan bila tiba kepada masakan Che Wan saya kata begini .. masakan awak entah apa-apa .. macam sampah. I dont like it. Saya terbayang-bayang kemungkinan  kuali terbang melayang-melayang hinggap kat muka saya.

Kesimpulannnya. Dua-dua 2x5 sahaja. I don't like it.


.

45 comments:

  1. Saya tidak berkesempatan menonton episod yang ini lagi. Apa pun, kedua-dua personaliti ini memang sudah terkenal dengan 'mulut' masing-masing.

    Lagi satu, masing-masing Upengulangan kata) sudah TUA, seharusnya mereka sudah semakin bijak untuk membawa perkara ini.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  2. masing-masing mmg 'kena mengenakan' satu sama lain..

    huhu

    ReplyDelete
  3. Salam Tuan.

    Komen tambahan. Saya ada 'add' Facebook tuan. :)

    ReplyDelete
  4. I like your komen Dato'..... Best lah. Amat tepat sekali apa yg diperkatakan. Saya sokong 101%...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. setuju.. cayalah.. mereka mmg 2 x 5

    ReplyDelete
  7. Setuju... Agaknya mereka ni mencari publisiti murahan kot! Masing2 fikir mereka sempurna....

    ReplyDelete
  8. Entahlah. Budak2 kecik bergaduh cepat jer berbaik2. Orang tua cam depa ni perang mulut yg sama2 lebar... omak aii habih satu dunio..

    ReplyDelete
  9. saya nak kene baca gaya chef wan mengkritik ke uncle? :D

    ReplyDelete
  10. padan muka 2-2! Si adlin tu sila la blajo terima kenyataan...mmg dia xbest pun..chef wan pulak mulut xde insurans..sama jer diaorg tu!!

    ReplyDelete
  11. Pernah tengok sekali ...masa Adlin menghemtam para juri-juri.

    ReplyDelete
  12. Betul.. betul kata pak cik...

    sbnrnya nk mengkritik tu boleh. tp kita kena juga jaga bahasa..
    "berbudi bahasa" walaupun kita diminta/diamanahkan menjadi pengkritik.

    ReplyDelete
  13. saya sangattttt setuju ngan entry pak ngah ni!

    buku bertemu ruas ...

    ReplyDelete
  14. tumpang lalu. sy tertarik dgn point2 dlm entry ni. mereka dua2 ni mmg sama je sbnrnya, eloklah tu..bagai buku bertemu ruas. masing2 ego melangit

    ReplyDelete
  15. salam uncle..

    masing2 dgn ego masing2...ape2 pon boboi gak yg best..heheh

    ReplyDelete
  16. haha..sangat bersetuju ngan entri ini..susah bila terlalu pk dia ajer betul..hoho..

    saya dah masukkan blog uncle kat my blog, under hommes..

    ReplyDelete
  17. Rasanya memang ada betulnya 'ada ubi ada batas'. Juga 'orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa'. Juga, 'orang menghentam kita marana'! Bila kita mengkritik, memang sepatutnya kita berhemah. Tapi, bila kita mencaci, sememangnya kita bernanah.

    ReplyDelete
  18. begitulah ego selebriti..
    mereka rasa mereka lah yang terhebat

    ReplyDelete
  19. I dont like it..gak lah, Tuan Hj mlm ni kita tgk plk apa akn jd seterusnya dgn style kritikan chef wan...

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum..wbt tuan,

    itulah gaya Dato' Chef Wan..dan saya perhatikan dari minggu pertama lagi, kalau Dato Chef Wan sekadar masam saja semasa persembahan seseorang tu...tunggulah..komennya..

    ReplyDelete
  21. Salam jumaat Uncle...

    Sikap mereka berdua menjadikan
    Maharaja Lawak Mega kelihatan semakin 'lawak'... i loike...

    ReplyDelete
  22. hehhe..sy tak tengok maharaja lawak itu sbb channel itu berbayar
    sy ambik minimum pakej je.so tak tahu pun psl ni..nanti nak cari kat gugel :)

    ReplyDelete
  23. ntah la pakngah..saye tak tahu pun pasal kes ni sebab MLM pun saye tak tengok..maklum la org mesekin macam saya tak mampu nak langgan astro..hehe..

    ReplyDelete
  24. kita tengok setakat mana mrka nak bergaduh di FB...i follow....

    ReplyDelete
  25. i like all the idioms (?) yang diguna... especially, "there are many ways to skin a cat"

    like :)

    ReplyDelete
  26. saya dari awal memang tk berapa gemar cara chef wan beri kritikan..kdg2 time beliau nk kritik sy tukar chanel..

    walaupun sy juga tk berapa suka adlin beri kritikan dulu..tapi sy tetap tk setuju cara chef wan..

    ReplyDelete
  27. sy rasa chefwan boleh terima apa yg awak cuba nak KRITIK.

    tp klu KONDEM, errr... awak mungkin bukan sj terima kuali melayang, tapi lesung batu melayang pun mungkin termasuk dlm pakejnya.

    ReplyDelete
  28. 2x5......Saya setuju dengan kritik Tuan Haji.

    ReplyDelete
  29. Salam Tn Hj...,

    Siapa saja boleh mengkritik tapi mesti dengan berhemah....yg penting kritik itu utk menambahbaik bukan utk melepaskan marah lagi emosi atau balas dendam....

    diharapkan mereka sama-sama menerima hakikat...."sebab pulut santan binasa" dan jadilah "bagaimana gendang bagitulah tarinya"....Allahua`lam.

    ReplyDelete
  30. Orang kata, buku bertemu ruas...mungkin macam nilah keadaannya.

    ReplyDelete
  31. SAYA IKUTI MAHARAJA LAWAK MEGA NI VIA YOUTUBE SAJA.. WALAUBAGAIMANAPUN, SUDAH LAMA JUGA TAK TENGOK PERSEMBAHAN MEREKA. BERKISAR KEPADA PERGADUHAN MULUT ANTARA MEREKA BERDUA NI TELAH TERSEBAR DI MANA-MANA, TETAPI SAYA MASIH BELUM BERKESEMPATAN UNTUK MENELITI APAKAH SEBAB MUSABAB SEBENARNYA..

    ReplyDelete
  32. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  33. Ermm..patut jadi hiburan tapi dah jadi medan peperangan plak..ni la masaalah yer bila masing2 tunjuk handal...:))

    ReplyDelete
  34. iols tak tengok program ni...
    dari dulu memang tak berminat ngan rancangan lawak2 yg sengaja dibuat lawak tapi tak lawak punnn!

    ReplyDelete
  35. salam,

    setuju ngan pendapat tuan.. ada cara lebih halus menundukkan keangkuhan dan kesombongan org.. api ngan api mmg la terbakarrrr

    ReplyDelete
  36. lazer bertemu lazer....hahahha...baru tahu.
    sebenarnya tu saya suka juga bila bukan orang seni lawak yang menjadi juri.... kalau tidak dengan juri-jurinya pun cakap merapu... lawak yang kadang-kadang tak lawak pun...tak faham pun...

    ReplyDelete
  37. nasib baik saya tak tgk,tak minat hehe..

    ReplyDelete
  38. Yang bagusnya,disebabkan dorang berdua bertegang urat leher, n3 Tuan jugak jadi gempaq..hehehe..I likee..

    ReplyDelete
  39. saya tak suka masakan anda..ntah apa2..hahaha

    ReplyDelete
  40. ASSALAMUALAIKUM

    TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH BERKUNJUNG DAN MEMBERI KOMEN.

    SAYA TELAH BACA DAN TELITI SEMUA KOMEN ANDA, 2-3 KALI DAN TIADA YANG MENENTANG PENDAPAT SAYA DAN TIADA JUGA YANG MEMERLUKAN JAWAPAN.

    DUA TIGA HARI INI SAYA TERSANGAT SIBUK MEMENUHI JEMPUTAN MAJLIS AKAD NIKAH, PERKAHWINAN, TAHLIL DLL AKTIVITI SEJAK HARI JUMAAT MALAM HINGGA HARI INI. SEKEJAP LAGI HENDAK KE JEMPOL MENGHADIRI KENDURI KAWIN.
    BESOK ADA LAGI JEMPUTAN KENDURI AQIQAH DI TTDI. DI SAMPING ITU, KERANA CUTI PANJANG, ANAK2, MENANTU DAN CUCU BERKUMPUL DI RUMAH SAYA.

    MAKA DENGAN ITU SAYA MEMOHON BERBANYAK2 MAAF KERANA TIDAK BERKESEMPATAN MEMBALAS KOMEN ANDA SATU PERSATU PADA KALI INI.

    SEKALI LAGI TERIMA KASIH.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.