Friday, December 2, 2011

KELMARIN SEMUANYA MENJADI.

 .
Ringkasan Cerita:


1. Minum pagi ada orang bayarkan.
2. Ikan tilapia merah kira-kira 30 ekor dan ikan baung 4 ekor berjaya saya tawan.
3. Dapat makan durian yang baru gugur sambil memancing di topi kolam.
4. Diajak makan  tengah hari dengan pelbagai lauk pauk.
5. Dibekalkan dengan buah rambutan madu yang sangat manis.
6. Dibekalkan dua biji kelapa  (khas untuk saya sebab saya ada dua orang anak kecil).

...............................................................

Teks Penuh.


Kelmarin  saya mendapat jemputan untuk memancing  kolam di Kuala Pilah bersebelahan kolam yang pernah saya ceritakan sebelum ini di sini. Kolam itu milik saudara kepada sahabat saya yang sama-sama duduk di taman ini. Ini adalah kali pertama saya memancing di kolam ini. 

Saya pergi bertiga. Saya yang kena bawa kereta. Estima saya dah macam kereta rasmi pemancing pulak. Kita singgah minum dulu di tempat biasa. Bila nak bayar, taukeh kata dah ada orang bayarkan. Yang tolong bayarkan tu ialah kawan saya juga yang minum sebelum kami yang ada urusan di Kuala Pilah. Kalau saya tahu dia nak bayarkan, saya bungkus roti canai telor  3 keping dan nasi lemak kerang 3 bungkus dan kuih karipap 3 biji.


Gambar 1: Saya fokuskan  muka kawan  yang tolong bayarkan sebelum dia beredar. 
Dia nampak hensem hari ni.


Gambar 2: Ikan baung yang turut makan pancing saya. Tak sangka ada ikan baung sebab selalunya ikan baung di sungai sahaja. Ikannya taklah besar, tapi kalau pandai ambil gambarnya ia nampak besar seperti gambar di bawah. Di belakang saya tu, kelihatan pokok durian yang sedang berbuah.


Gambar 3: Ikan yang sama seperti gambar di atas. Nampak macam besar kan ?  
Gambar ikan tilapia tak payahlah tunjuk, sebab semua orang dah kenal dengan dia.


Gambar 4: Ada pulak buah durian yang baru gugur. Dengan izin tuan punya kolam, kami berdua menghabiskannya. Sorang kawan lagi tu tak suka makan durian. Baunyu pun dia tak suka. Tapi rokok dia hisap pulak !


Gambar 5: Inilah  kawan saya yang tak suka makan durian tu.  Saya suka berkawan dengan orang yang tak suka makan durian. Kolam ini adalaha milik saudaranya.


Gambar 6: Dari seberang sini, saya nampak buah rambutan yang sudah masak berjuntaian dari pokoknya.  Alangkah ... !


Gambar 7: Masa nak balik, sudah ada rambutan yang disediakan untuk kami seikat seorang. Tak cukup dengan itu, buah kelapa pun tuan punya kolam beri kepada saya. 


Sebelum balik kami diajak makan nasi dahulu. Bukanlah nasi sahaja. Ada juga macam-macam lauk. Baik sungguh tuan rumah ini suami isteri. Mulut mereka pun ramah dan muka mereka pun manis melayan kami. Nasib baik dia orang tak ajak bermalam di rumah mereka.

42 comments:

  1. wah...seronoknya memancing...

    lama dah x mancing...

    kolam kat mana ni uncle???

    ReplyDelete
  2. dari semalam ayu tunggu entry uncle..
    akhirnya..

    orang memberi kita merasakan... hehehhe

    siap buah kelapa lagi

    ReplyDelete
  3. wah! Semalam serba serbi penuh rezeki ya pakngah...

    saya dulu2 tak suka durian pakngah, tapi sejak mengandungkan Arif dulu, saya jadi mengidam durian, dan sekarang pandai jugalah makan durian tapi tak leh banyak...hehe

    ReplyDelete
  4. Dah sahlah tak boleh kurus kalau memancing! :)

    ReplyDelete
  5. Ya Allah..nikmat rezeki yg Allah beri pad en Hamzah tak putus2 tu ye..agaknya mst en Hamzah pun banyak buat kebaikkan sebelum ini tu sebab Allah bayar cash...

    tang durian tu yg sy tk tahan...semalam pun sampai je dari melaka sy singgah di pasar malam beli durian..teringin sgt sebab sepanjang jalan hantar anak ke sg udang nampak ramai sgt jual durian..kita tumpang keta adik takkan nk suruh dia berhenti...jadi telan airliur jelah..alhamdulillah dpt juga merasa malam td..

    ReplyDelete
  6. Pakcik,

    Pakcik tergesa-gesa mengarang entri nie ke?

    ReplyDelete
  7. tuan haji,
    dengar kata pancing baung susah sikit ye?

    ReplyDelete
  8. KATA ORANG CINA.. ITU ALI ALA ONG MAA...

    ReplyDelete
  9. Salam Pak Ngah..

    Inilah yang dikatakan rezeki... moga hari-hari yang dilalui sentiasa baik buat Pak Ngah sekeluarga... Insya Allah

    ReplyDelete
  10. tiba tiba saya teringin nak memancing pula (walaupun tak pernah memancing!)

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Tuan Hj..,

    Alhamdulillah ...rezeki Allah nak bagi , semuanya memenuhi keperluan.... bagitulah hendaknya selalu...Insyaallah...aaminnnn

    ReplyDelete
  12. tuan rumah tu suka tak kalau ada orang lain mintak no tepon dia...

    ReplyDelete
  13. suka benar tengok pakcik sukahati pergi memancig..bukan setakat dapat pancing ikan..dapat lagi durian dan kelapa...tapi saya tak suka memancing..suami saya cakap mujurlah dia tak suka memancing,kalau tidak tentu saya bising, pantang cuti mesti nak keluar memancing,macam orang lain..

    ReplyDelete
  14. Salam Pak Ngah..
    Wah!!..memang rezeki Pak Ngah kelmarin....itulah namanya tuah...bak kata pepatah, "tuah ayam nampak dikaki...tuah Pak Ngah nampak kat perut"....:)...sebabbbb...semuanya masuk perutkan...nasi, ikan, buah durian dan rambutan tu...he..he..

    ReplyDelete
  15. saya tak tahu memancing..takpe tak kisah tapi saya suka sangat sangat makan durian..aduhaii mengancam betul rupa durian yg tuan makan tu...nikmat makanan.. :)

    ReplyDelete
  16. Amboiii... amboiii.. Ewah ewah diaaa.

    Buat anak cucu yg baca jeles jerrrrr...

    ReplyDelete
  17. Rezeki murah ya Uncle hari tu.. kih kih kih

    ReplyDelete
  18. JEDI

    KOLAM INI KAT KUALA PILAH. BERTENTANGAN DENGAN KAMPUS SEMENTARA UITM.

    ReplyDelete
  19. CITARASA RINDUAN

    BUAH KELAPA BELUM BUKAK LAGI. RAMBUTAN DAN SELESAI. IKAN TILAPIA DAH MASAK SEBAHAGIAN. IKAN BAUNG BELUM LAGI.

    ReplyDelete
  20. YUS

    MAKAN DURIAN TAK BOLEH BANYAK2 .. BAHKAN MAKAN APA-APA PUN KENA BERSEDERHANA. PAKNGAH WALAUPUN BERSEDERHANA, PERUT TAK SURUT2 JUGA.

    ReplyDelete
  21. LADYSIRNA

    BUKAN SELALU. TAPI TETAP BERSYUKUR.

    ReplyDelete
  22. KAKCIK

    MEMANG SAH .. APA TIDAKNYA. MUNCING SAMBIL MANCING.

    ReplyDelete
  23. NYANYISUNYI

    SYUKUR SANGAT ATAS SEGALA NIKMAT DAN MEMUDAHKAN SEGALA URUSAN SAYA SELAMA INI.

    SEKARANG NI MANA-MANA PUN AREA SEREMBAN DAN KUALA PILAH BANYAK ORANG JUAL DURIAN. SAYA JUGA ELAKKAN BAWA DURIAN DALAM KERETA LAMA2. BAUNYA TIGA EMPAT HARI TAK HILANG. KELAU DEKAT2 ATAU SEKEJAP2 TAK APALAH.

    ReplyDelete
  24. MONALEA

    REZEKI MAKNGAHNYA DAN DAN ANAK2. ALHAMDULILLAH.

    ReplyDelete
  25. PAKCIK

    TAK ADALAH. KERANA TAK TERGESA2LAH SAMPAI SEMPAT BUAT RINGKASAN LAGI. MUNGKIN AWAK TAK PERASAN TEKS PENUHNYA.

    ReplyDelete
  26. ELL

    TAK SUSAH. KALAU DIA MAKAN, TAK ADA MAIN KUIT-KUIT. DIA TERUS REMBAT. CUMA NAK TANGGALKAN DARI PANCING KENA HATI2 SEBAB DIA ADA SENGAT.

    ReplyDelete
  27. FAIRUS

    TAPI ONG TEE KEAT TAK ADA ONG PUN !

    ReplyDelete
  28. NIDA

    SALAM KEMBALI.

    ADA JUGA MASANYA PERGI MANCING TAK DAPAT SATU HABUK PUN .. AKAN TETAPI PAKNGAH TETAP SYUKUR SEBAB PERGI BALIK SELAMAT DALAM PERJALANAN.

    ReplyDelete
  29. DADDY ZIYYAD

    MARILAH IKUT UNCLE SEKALI SEKALA. MEMANCING BANYAK MENGAJAR KITA ERTI KESABARAN, KEYAKINAN KEPADA KETENTUANNYA, SETIAKAWAN DLL.

    ReplyDelete
  30. AZMNOR

    ALAIKUMSALAM

    MEMANG REZEKI DATANG DALAM BENTUK DAN DARI SUMBER YANG TIDAK TERFIKIR OLEH KITA SEBELUMNYA.

    ReplyDelete
  31. QUEENIE

    SAYA TAK BERANI PULAK NAK MENEKA. TAPI RASANYA DIA TAK SUKA KERANA MEMANCING DI KOLAMNYA HANYA ATAS JEMPUTANNYA SAHAJA.

    ReplyDelete
  32. IEDA79

    ISTERI SAYA CUKUP SUKA KALAU SAYA KELUAR MEMANCING. DIA BOLEH BUAT SESUKA HATINYA KAT RUMAH. NAK MASAK KE TIDAK TAK ADA SIAPA YANG KISAH. KALAU SAYA ADA MESTI NAK PEKENA MASAK LEMAK CILI PADI.

    ReplyDelete
  33. AZI

    SALAM KEMBALI

    MEMANG PERUT PAKNGAN TAK DAPAT LAGI NAK DISEMBUNYIKAN, LEBIH2 LAGI KALAU DIPANDANG DARI SISI ..HEHE

    ReplyDelete
  34. SANIAH

    MEMANG DURIAN TU ENAK. TAPI ENAK LAGI KALAU DIMAKAN BERSAMA ISTERI DAN ANAK-ANAK.


    TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DAN KOMEN BLOG SAYA.

    ReplyDelete
  35. AZIEAZAH

    KALAU ADA YANG TERJELES .. MINTA MAAFLAH. ITU ADALAH KESAN SAMPINGAN YANG TIDAK DISENGAJAKAN.

    ReplyDelete
  36. AUJINZ

    IKUT NASIBLAH. KADANG2 MURAH DAN KADANG2 MAHAL.

    ReplyDelete
  37. eh, itu encik zul bos lama sy semasa di nescon. send my regard to him ye...

    ReplyDelete
  38. LILY

    MEMANG DIA ZUL. SEBAB SINI ADA RAMAI ZUL, KITA PANGGIL DIA ZUL NESCON. NANTI SAYA SAMPAIKAN. LILY ABD GHAFAR TU NAMA AWAK SEBENARKAH ?

    ReplyDelete
  39. terima kasih sebab tak 'zooooom' gambar rambutan madu tu.


    kalau tak, ada yg jilat skrin komputer

    ReplyDelete
  40. KTS

    CAKAP BETUL2 .. AWAK SUKA MAKAN RAMBUTAN ATAU DONUT ?

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.