Sunday, November 7, 2010

D.A.K.U SUKA MENGUMPUL ... !

Lain orang lain kegemarannya.
Saya gemar mengumpul benda2 murah,
macam joran dan mesin memancing, topi,
rantai kunci, mug (koleh), pen dan sebagainya.
Di bawah adalah gambar koleksi yang saya maksudkan.


Gambar 1: Di antara joran dan mesin memancing yang masih ada.
(ramai juga yang dah 'terjun' ke dalam air)


Gambar 2: Koleksi topi yang saya lekatkan kat dinding
di kedai jahit saya.


Gambar 3: Koleksi Rantai Kunci. Kos seunit adalah paling murah
berbanding dengan koleksi yang lain.


Gambar 4: Koleksi mug .. bila pindah rumah,
koleksi ni lah paling susah nak menjaganya.
Dan inilah yang paling di sayangi. Banyak juga yang dah senyum sumbing !
Saya mula mengumpulnya bersama-sama dengan topi dan rantai kunci sejak tahun 1981 semasa bekerja di Washington D.C. Banyak juga yang kawan beri bila mereka tahu saya suka mengumpul benda-benda ini.
Jumlah topi, rantai kunci dan mug ni sudah
beratus-ratus banyaknya.


Gambar 5: Koleksi pen .. Banyak yang dah tak keluar dakwat sebab tak pernah atau jarang-jarang guna, tapi tetap simpan juga.


Gambar 6: Kerja mengumpul yang ini baru lagi.
Dulu orang kawin bagi bunga telur.
Bunganya hampir semacam.
Manakala telurnya tak sesuai di simpan dalam lemari.
Bunganya pula entah ke mana.
Akhir2 ini orang dah gantikan dengan bekas yang cantik-cantik.


Gambar 7: Ini celait kata orang kampung saya. Orang putih kata "torchlight". Ini yang masih boleh berfungsi. Yang telah gagal berfungsi/rosak, sudah dinyahkan (macam orang juga !).

* yang sedang membaca entri ini, minat mengumpul apa pulak ek ?



..................................................................................

Sub-Entri: Berehat dari bercuti.

Malam tadi tanpa dirancang, saya telah bermimpi
joran-joran saya (seperti dalam Gambar 1 di atas) komplen.
"Beli mahal-mahal, tapi tak digunakan". Maka pagi tadi saya dengan Iqal, anak bongsu saya bersama tiga orang kawan lain pergilah memancing kolam kat Kuala Pilah. Mancing dalam lebih kurang 2 jam, sudah penuh satu peti.
(Mimpi tu sebenarnya rekaan sahaja sebagai alasan nak pergi memancing)


Gambar 1: Inilah gambar orang yang pertama menaikan ikan tilapia.



Gambar 2: Iqal dapat tempat ke tiga.
Tapi ada juga kawan yg sampai ke sudah tak dapat sekor ikan pun. Shhh!




Gambar 3: Ikan tilapia yang kita dapat semuanya tilapia merah. Berat seekor antara 500 hingga 800 gram.




Gambar 4: Sekejap sahaja dah penuh satu peti. Nasib baik dah penuh. Kalau tidak, kenalah tunggu sampai kawan yang tak dapat ikan tu dapat ikan.



Gambar 5: Setelah dikira, kita dapat 36 ekor ikan tilapia, 2 ekor ikan keli, 2 ekor ikan baung, seekor haruan dan seekor ikan jelawat.

.
.

96 comments:

  1. Nampaknya Tuan ada koleksi yang banyak dan dijaga dengan rapi.

    Saya juga mempunyai koleksi barangan tetapi tidak boleh simpan dirumah kerana ada dua orang anak yang sangat aktif. Jadi saya simpan dipejabat!

    Bila koleksi itu sudah terlalu banyak.. Tuan boleh buka Muzium :)

    Err.. Muzium key chain belum ada lagi di Malaysia!

    ReplyDelete
  2. wow.. best betul pergi memancing ikan tapi minat tu dah lama sy tinggalkan sbb dah masuk alam rumahtangga sejak 8 tahun dulu..

    Banyak juga koleksi pakcik..

    ReplyDelete
  3. salam tuan haji,
    sy suka kmpul magazine..:)
    tp dah byk yg dah berkubur..
    huhu!

    tp dulu2, mase zaman remaja dolu2, saya suka kumpul keychain & badge..

    ReplyDelete
  4. Salam THJ...

    Saya suka kumpul rantai kunci tapi saya tak pernah buat macam tuan haji ada rak khasnya.

    ReplyDelete
  5. wah, banyaknya... ini memerlukan kesabaran yang tinggi

    ReplyDelete
  6. salam uncle!!!! yeay u r back to bisnes. i like!!

    GB suka kumpul...err...errr....selendang kot. tapi collection takde la byk mana pun. huhuhu..

    ReplyDelete
  7. Waaaahhhh..banyak betul koleksi Uncle..

    saya suka kumpul topi dengn cermin mata..

    tapi belom sampai tahap macam Uncle lagi..

    ReplyDelete
  8. kita suka kumpul duit... sekarang dah penuh tiga bank :D

    .
    .


    .
    .

    .
    .

    ok.. tipu.. yang penuh dalam bank tu semua duit orang lain...
    bestnya kalau org lain tu bg semua duit tu kat kita kaan.. eh. dorang tak tau ke kita suka kumpul duit?? :P

    ReplyDelete
  9. dalam mimpi tu, joran2 suruh bawak buku sekali kaaan
    sambil mancing, sambil ulangkaji
    .
    .

    malu nak cerita eh

    :D

    ReplyDelete
  10. Salam THJ.. bagus ada koleksi mmg nampak cantik dan menarik yang lebih penting setiap satu drpnya mesti ada kenangannyakan :)

    ReplyDelete
  11. ANIF

    BAGUS JUGA CADANGAN ANIF UNTUK BUKA MUZIUM TU.

    MASUK FREE TAPI NAK KELUAR KENA BAYAR ! HEHE

    ReplyDelete
  12. MIDONZ

    SAYA TAK ADA MASALAH .. ISTERI TAK PERNAH KOMPLEN !

    ReplyDelete
  13. byk koleksi.. mnghargai ye tak
    antara hobi yg bgus gak ni.. dlu sy suka kumpul setem tp sekejap je masa skolah :D

    ReplyDelete
  14. MAKDARA

    SALAM KEMBALI.

    SAYA JUGA SUKA KUMPUL MAJALLAH - 'NATIONAL GEOGRAPHIC" .. TAPI TAK HABIS PUN BACA.

    KALAU ADA KEYCHAIN LAMA2 TU, BOLEHLAH KITA BERTUKAR-TUKARAN !

    ReplyDelete
  15. ABD RAZAK

    SALAM KEMBALI.

    KALAU NAK XCHANGE, BOLEH JUGA SEBAB SAYA ADA YANG LEBIH DARI SATU.

    ReplyDelete
  16. DAUN BIDARA

    MEMANG PERLU SABAR DAN SENSITIVITI YANG TINGGI. KALAU ORANG ROSAKKAN .. HARUS KENA BELASAH !

    ReplyDelete
  17. GADISBUNGA

    SALAM KEMBALI.

    RAMAI JUGA ORANG SUKA KUMPUL SELENDANG .. TAPI MAKNGAHNYA SUKA KUMPUL DUIT !

    ReplyDelete
  18. AUJINZ

    NAK SAMPAI TAHAN UNCLE MEMAKAN MASA BERPULUH2 TAHUN .. NANTI BILA AWAK BAYA UNCLE, MUNGKIN KOLEKSI AWAK LEBIH BANYAK DARI UNCLE !

    ReplyDelete
  19. KTS 1

    SAYA HERAN HOBI KITA KUMPUL DUIT NI MEMANG SERUPA .. SEMOGA SELEPAS NI ADALAH ORANG NAK BAGI DUIT KAT AWAK !

    KTS 2

    TAK KAN DAPAT ULANGKAJI KAT TEPI KOLAM MANCING ! BACA BUKU LAMA2 PUN LETIH JUGA, KENALAH RIHATKAN MINDA SEKALI SEKALA ATAU LIMAKALI LIMAKALA KAN !

    ReplyDelete
  20. AKUANAKPAHANG

    MEMANG ADA KENANG-KENANGANNYA TAPI TAK INGATLAH SATU PERSATU SEBAB BANYAK !

    ReplyDelete
  21. MAIYAH

    SAYA JUGA PERNAH MINAT KUMPUL STEM MASA SEKOLAH MENENGAH RENDAH .. MINAT IKUT-IKUTAN ..TAK BERTAHAN!

    ReplyDelete
  22. macam macam dikumpul mesti seronok kan

    ReplyDelete
  23. Hikhikhik! tak sangka sampai ke Washington DC tempat Bang HAMZAH buka kedai jahit.

    Yang best ngunmpul topi ada gak ruang untuk simpan dan gantung, bestlah jadinya hobi tu.
    Bila ada koleksi ada tempat sesuai seronok lah jadinya.

    Saya minat kumpul Fridge Magnet. Selain tu juga suka kumpul sajak, paling best suka kumpul duit... ops! ini bukan hobi kott...:)

    ReplyDelete
  24. salam akhi hamzah...

    satu idea yg bagus untuk ummi nk gantung key chain yg dikumpul dlm kotak tu...tu pun dah ada yg kena kebas dek anak2...

    waw banyaknya ikan , dpt simpan berapa hari tuuuuu?

    ReplyDelete
  25. celait? hahaha. lamo tak guno pekataan tu. tilapia tu buek goreng sambal cili api osah sodap eh tu.

    ReplyDelete
  26. salam tuan hj..sgt teliti orgnya dlm mengumpul koleksi peribadi..kalau sy, dah ke laut agaknya..kdg2 ada gak pelanggan bg, klu makanan, okla sy leh makan tp klu barangan, sy sedekah semula kt org yg lebih memerlukan lg huhuhhu...

    ReplyDelete
  27. Mana lemari koleksi sudu...

    Memancing kat kolam pancing ikan ke.

    ReplyDelete
  28. Salam bang. Org lain dah tidur baru saya nak dtg komen ni.

    Saya dah takde minat utk kumpul apa2 skrg. Buat semak rumah aje.

    Kumpul duit mcm kts dan abg tu pun ala kadar aje. Bukan apa. Susah nak cari duit tu. Jadi mcmana nak dikumpul kalau nak cari pun susah huhuhu

    ReplyDelete
  29. menarik sekali.
    yang penting kepuasan tapi makngah tak marah kan?

    ReplyDelete
  30. ingatkan joran teww yg murah.. ahaks

    ReplyDelete
  31. SHARINGINFOZ

    SAYA KUMPUL KERANA NAK BUAT KENANG2AN .. MEMANG SERONOK TENGOK.

    ReplyDelete
  32. AZIEAZAH

    SAYA SIMPAN TOPI TU KAT PEJABAT SEBAB DI RUMAH DAH TAK ADA RUANG YANG SESUI. IA JUGA SEBAGAI "UMPAN" SUPAYA KENGKAWAN BERI LAGI !

    MULA2 DULU, SAYA ADA JUGA SIMPAN MAGNET TU, TETAPI ASYIK DOK JATUH DAN PECAH .. FRUST DAN LEPAS ITU TERUS MALAS !

    ReplyDelete
  33. UMMI HUMAIRA

    SALAM KEMBALI.

    ELOKLAH SIMPAN BAIK2 RANTAI KUNCI TU, LEBIH2 LAGI KALAU PEMBERIAN ATAU HADIAH ORANG.

    KALAU UMMI DEKAT, BOLEHLAH SAYA BERI IKAN TU .. MEMANG TAK HABIS MAKAN PUN.

    ReplyDelete
  34. TIJAH

    BILA DAH BESAR BARU SAYA TAHU CELAIT TU ASALNYA CAKAP ORANG PUTIH.

    IKAN TU DI GRILL DEK MAKNGAHNYA BUNGKUS DENGAN DAUN PISANG .. MEMANG SEDAP SEBAB MASIH SEGAR DARI KOLAM.

    ReplyDelete
  35. ROM

    SALAM KEMBALI.

    MULA2 TU SAYA BELI HANYA UNTUK SUKA2 SEBAGAI KENANG2AN. BILA DAH BANYAK TAKKAN NAK BUANG ATAU SEPAH2KAN. KEMUDIAN TIMBUL SAYANG. TAK TAHULAH NANTI BILA SAYA DAH MATI, ENTAH2 ANAK SAYA BUANG JER !

    ReplyDelete
  36. NIZAF

    SUDU TU DAH SAYA TOLAK KAT EN. NASIR.

    KOLAM TU, MAK SAUDARA KAWAN SAYA PUNYA. KITA NAK BERI DUIT, DIA TAK NAK BAHKAN SURUH DATANG LAGI.

    "NANTI DATANGLAH LAIE, IKAN TU BANYAK .. TAK DAO SAPO NAK MAKAN DO" KATANYA.

    ReplyDelete
  37. YB

    PUKUL BERAPA AWAK TIDUR MALAM TADI ?

    KALAU SIMPAN ELOK2 TAK MENYEMAK BAHKAN BERSERI PULAK RUMAH DAN BOLEH JADI BAHAN UNTU MEMULAKAN PERBUALAN.

    SAYA HANYA KUMPUL DUIT KALAU IA BERSELERAK ..!

    ReplyDelete
  38. ABU MUAZ

    MARAH MENGUMPUL BENDA2 TU KE ATAU MARAH MEMANCING .. TETAPI DUA2 PUN DIA TAK MARAH .. JANGAN KUMPUL ORANG SUDAHLAH! HEHE

    ReplyDelete
  39. EN_ME

    MESIN PANCING TU (BRAND SHIMANO) HARGANYA SATU ADA YANG LEBIH RM400 .. AWAK BUKAN TAK TAHU !

    ReplyDelete
  40. betul kata awak lain orang lain kegemarannya. Kalo sama pun tapi lain jenis cthnya: Saya pun kumpul topi tapi semua yg bersifat sportive atau dengan signature pemain especially bola heeeee..

    ReplyDelete
  41. dulu suka kumpul setem.

    tapi sekarang tengah kumpul duit...

    ReplyDelete
  42. Uwaa...banyaknyer koleksi...
    Boleh bukak mini muzium nie...

    Nampaknya dapat buat tangkapan yang berbaloii...




    http://miecyber.blogspot.com/2010/11/transfomer.html

    ReplyDelete
  43. mug, pen n kecen tu nampaknya sama, topi tu baru nak stat tapi rasa dah macam takde ruang lagi nak letak maklum le rumoh kecik

    ReplyDelete
  44. FINAZ

    ORANG PEREMPUAN SENANGLAH NAK DAPAT SIGNATURE PEMAIN2 !

    TAK PE LAH .. SAYA SIGN SENDIRI JER !

    ReplyDelete
  45. IM

    BILA DAH BANYAK KUMPULA DUIT NANTI, BOLEHLAH BELANJA KITA ORANG !

    ReplyDelete
  46. MIECYBER

    NANTI BOLEHLAH CONVERT SATU BILIK KAT RUMAH SAYA JADI MUZIUM MINI .. TAPI KENA ADA LESEN KE ?

    ReplyDelete
  47. CEMOMOI

    TENTANG TOPI TU BOLEH GANTUNG KAT SILING RUMAH AWAK. ATAU PUN BOLEH BERI KAT SAYA. ALANG2 SAYA DAH KUMPUL BIAR BANYAK BETUL.

    ReplyDelete
  48. salam ziarah uncle. Suka tengok koleksi topi tu, cantik tersusun saja. Saya juga suka kumpul mug, tapi mungkin belum sebanyak uncle..:)

    ReplyDelete
  49. salam ..

    jawap soklan dulu.

    kecuali joran yg lain tu ada jg dlm koleksi IE ....berangan jg nak display cantik-cantik.....

    skrg tgh kumpul koleksi alat muzik....

    sekali tu terpandang koleksi keris,lembing,tombak n mcm2 senjata lama...cantik gak...rasa macam nk kumpul tapi bimbang bila org dtg rumah nanti jd kes lain pulak ???

    ...komen no 2;
    selamat memancing !!!

    ReplyDelete
  50. YUS

    SAYA PUN MENGUMPUL DARI SEBIJI MUG JUGA KIRA2 30 TAHUN DULU .. SEKARANG RASANYA DAH ADA HAMPIR 200 BIJI.

    ReplyDelete
  51. IKAN EMAS

    SALAM KEMBALI.

    TAK SANGKA AWAK MINAT MUZIK .. ELOKLAH KUMPUL ALAT2 MUZIK LAMA, MACAM AKORDIAN, BIOLA DSB. SAYA MINAT JUGA MUZIK TAPI SATU ALAT MUZIK PUN TAK RETI MAIN. KALAU BOLEH PUN MUNGKIN GONG KOT !

    ReplyDelete
  52. Salam THJ, semoga sihat selalu...

    Wah..wah..wah... manyaknya koleksi THJ... tahniah...
    Saya suka kumpul biji saga sebab warnanya yang hebat - merah kilat terang benderang... dulu kat kampung ada sepokok tapi sekarang nie susah nak dapat...

    setakat nie baru ada tujuh biji...hehee

    ReplyDelete
  53. RKA

    SALAM KEMBALI.

    WAH BANYAKNYA BUAH SAGA YANG AWAK TELAH BERJAYA KUMPUL. TAHNIAH !

    MEMANG NOMBOR 7 ITU MEMPUNYAI BANYAK MAKNA.

    ReplyDelete
  54. saya pun macam tuan jugak - KECUALI tiada batang joran - topi - torch light....lain2 buku - macam2 ade...yang dah baca...yang tak baca pun banyak !!! tu pun banyak jugak yang ntah kemana lesap sebab berpindah randah...

    ReplyDelete
  55. salam kembali Tn Hj,

    pembetulan...IE langsung takder celagit tuu..

    p/s : IE percaya... mcm IE Tn Haji jg ada simpan byk koleksi botol sampoo hotel...cuma selambak dah kena buang..huhuhu

    dulu pernah simpan botl kecil perfume n koleksi souvenir McD ...comel kan ???

    ReplyDelete
  56. salam tuan haji

    saya pon suke mengumpul rantai kunci juga... tapi takle sebyk koleksi hj tu... erk nak giat lg la mengumpul ~

    ReplyDelete
  57. fffuuuhhh..punya banyak koleksi mugs n keychainsss..

    ReplyDelete
  58. salam...wah ini hobi dah lbhkrg sama dgn saya...maksud saya memancig la..bukan yg kumpul2 brg tu...cuba jgk tp tak sempat banyak dah hilang satu per satu..bukan hobi saya lg kot namanya..

    ReplyDelete
  59. byknya ikan..goreng pun sodap. tak minat mancing tp minat makan hasil pancing..

    ReplyDelete
  60. wow uncle.....byk nye, so jeles, me pun suke gak kumpul2 keychain, tapi takde tempat nak gantung, kat pejabat tak sesuai utk gantung, tebuk dinding rosak la..kang kene ganti lak, hehehee...

    ReplyDelete
  61. kumpul syiling...
    tapi dah divert jadi cash, masuk bank, kene pakai gak sebab mata ni allergic tgok..huhu..

    ade ke jenis lelaki yg kumpul girlfrenz@bini's..hihi..

    saya tau tuan tak akan macam tu..

    ReplyDelete
  62. SONATA ANAK KANCIL

    SEBUT FASA BUKU NI .. MUNGKIN SAYA JUGA BERDOSA KERANA SUKA BELI TAPI TAK HABIS BACA. CONTOH SAYA BELI TAFSIR AZHAR SETAHUN YANG LALU, TETAPI SAMPAI SEKARANG JILID SATU PUN BELUM HABIS BACA LAGI.

    ReplyDelete
  63. IKAN EMAS

    SALAM KEMBALI.

    SAYA JUGA KUTIP BOTOL SHAMPOO DARI HOTEL2 .. NAMPAK COMEL. TETAPI SAYA TIDAK BUAT SEBAGAI KOLEKSI SETAKAT INI SEBAB MENJAGANYA LECEH. KADANG2 TU ADA YANG TUTUP DIA TAK KETAT .. MELELEH PULAK.

    SELAIN DARI ITU ADA LAGI KOLEKSI MODEL KERETA DARI STESYEN MINYAK .. TAPI TAK BANYAK SANGAT.

    ReplyDelete
  64. MANJE

    SALAM KEMBALI.

    AWAK MASIH MUDA .. MULA MENGUMPUL DARI SEKARANG .. LAGIPUN SPT SAYA CAKAP, HARGA SEUNIT MURAH JER KAN.

    ReplyDelete
  65. RED

    SAYA BERCITA2 NAK PERBANYAKKAN LAGI .. MAKA DENGAN ITU SAYA MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN DARI RED.

    ReplyDelete
  66. PAKCIKLIE

    SALAM KEMBALI.

    MANA-MANA BARANG YANG AWAK DAH TAK MAHU LAGI TU, BOLEH LAH DIPERWARISKAN KEPADA SAYA. HEHE

    BILA KITA NAK MANCING BERSAMA ?

    ReplyDelete
  67. MENTIBANG LAUT

    KALAU AWAK TAK MINAT MANCING, BOLEHLAH IKUT SAYA .. JADI TUKANG MASAK DAN BASUH PINGGAN. HEHE

    ReplyDelete
  68. EMME

    MARI SINI KEYCHAIN TU, UNCLE TOLONG GANTUNGKAN. MASIH ADA RUANG LAGI. KALAU DAN PENUH PUN UNCLE BOLEH BUAT RENOVATION KEPADA LEMARI TU ! HEHE

    ReplyDelete
  69. JEJARI HALUS

    SAYA PUN SERUPA JUGA. BILA BALIK KERJA, SIMPAN SYILING DALAM SATU BEKAS. CUKUP TAHUN MASUK BANK.

    TENTANG SOALAN KEDUA TU, MEMANG ADA. SALAH SEORANG DRPNYA ADALAH TIGER WOODS.

    ReplyDelete
  70. masak pun tak pandai...makan je pandai..basuh pinggan bleh la. huhu, janji tolong..

    ReplyDelete
  71. FATONAHHAIRIL

    DARJAH KERAJINAN SAYA KIAN MENURUN ! HEHE

    ReplyDelete
  72. IMANSHAH

    TENGOKLAH LAMA-LAMA .. TAK KENA BAYAR ! HEHE .. JANGAN MARAH, SAYA BERGURAU !

    ReplyDelete
  73. MENTIBANG LAUT

    KALAU MALAS BASUH, PINGGAN KERTAS PAKAI BUANG BOLEH GUNA .,. TAPI TUKANG MASAK SUSAH MAHU CARI!

    ReplyDelete
  74. Salam Tuan Haji...

    Saya pun ade kumpul koleksi mug,pen n keychain..brg2 mahal x mampu nak kumpul..huhuh..paling jauh pun dr Paris,tu pun member yg kasi..sya dok belegar kat Malaysia ni jer..koleksi pun local jelah..

    ReplyDelete
  75. CIK SHINJU

    SALAM KEMBALI. JANGANLAH MERENDAH DIRI. APA-APA PUN IA TETAP KOLEKSI DAN MAMBAWA MAKNA TERSENDIRI KEPADA PENGUMPULNYA KAN!

    ReplyDelete
  76. wahhhh....
    bercuti , bersantai nampak...

    mak mesti kata.. sambil cekak pinggang dia yang masih wiiiwiiit itu..
    'nak buat apa ikan banyak2 n iBang oiiii.....!!'

    ReplyDelete
  77. DRSINGA

    SEBIJIK .. ITULAH YANG DILETERKAN DEK MAKNGAHNYA. KESIAN DIA KENA SIANG .. SAYA NAK TOLONG, TAPI KELETIHAN.

    LEPAS NI NAK AMALKAN "TANGKAP DAN LEPAS" PULAK.

    ReplyDelete
  78. bayak saiz celait tu
    teringgat arwah atok :(

    pakngah nak ikan sekor goreng podih pun sodap ;p

    ReplyDelete
  79. erpp....pakngah

    tak



    nak



    mengumpul






    ....ri


    erkkkk


    lari......

    ReplyDelete
  80. SAYANGSAYANGIBU 1

    NAK DUA EKOR PUN BOLEH .. TAPI KENA DATANG AMBIL SENDIRI SEBELUM PUKUL 10 MALAM. LEPAS PUKUL 10, NAK TIDUR.

    SAYANGSAYANGIBU 2

    MACAM MANA NAK JAWAB, AWAK DAH LARI !

    ReplyDelete
  81. saya suka kumpul majalah masakan, hiasan dalaman plus mug pemberian anak murid.....Semua simpan dalam almari....

    ReplyDelete
  82. Saya cakap kepada ckZahan...


    Makin tua makin banyak awak kumpul...


    He..he...



    ***Dia pun suka kumpul...mesin jahit lama, seterika lama, guri lama, gobek sirih...dan entah apa2 lagi. Macam muzium.

    ReplyDelete
  83. HAMSINI

    NAMPAKNYA ADA KESAMAAN DALAM HOBI KITA. TETAPI SEKARANG SAYA SUDAH TIDAK AGRESIF LAGI MENGUMPUL SEPERTI DULU-DULU.

    ReplyDelete
  84. CKLAH

    BENDA2 ANTIK TU,BOLEH BUAT DUIT SATU HARI NANTI, BAGI ORANG YANG OTAK BISNIS ! TETAPI SAYA TAK MAMPU NAK KUMPUL SEBAB BARANG2 ANTIK NI MAHAL2 BELAKA. MISALNYA SEBUAH PEMAIN REKOD LAMA HARGANYA SAMPAI BERIBU2 RINGGIT.

    BILA NAK BUAK MUZIUM NANTI, BOLEHLAH DI WARWARKAN DALAM BLOG CIKGU !

    ReplyDelete
  85. KUNAK PRESS

    TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH.

    ReplyDelete
  86. Rajinnye uncle! Pengakuan ikhlas: Jue ni jenis MALAS nak membersih-bersihkan brg2 koleksi camni. Sebab tu x mengumpul. hehehe...

    ReplyDelete
  87. JUE

    UNCLE PUN MALAS NAK BERSIHKAN .. TAPI UNCLE BOLEH SURUH ORANG. HEHE

    ReplyDelete
  88. sy suka tiket wayang dan lighter kawan-kawan hehe

    ReplyDelete
  89. SANI

    NASIB BAIK SAYA TAK ADA LIGHTER ! HEHE

    ReplyDelete
  90. Tahniah..
    Pakngah..bukan senang nak simpan benda2 serabut lagu tu,..hiss..
    teman memang serender...hee

    ReplyDelete
  91. LANA~BULU

    BUKAN SUSAH SANGAT NAK JAGANYA KALAU KITA MINAT.

    AWAK DAH SIHAT KE ? SAYA SEJAK SEMALAM TAK SIHAT. DAH PERGI KLINIK, DAPAT MACAM2 UBAT.

    ReplyDelete
  92. wah set pancing tu yang paling best mintak satu

    ReplyDelete
  93. MAMAI

    PANCING YANG ORANG BERI SUSAH NAK DAPAT IKAN ! HEHE

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.