Monday, November 29, 2010

SAYA SUKA KALAU KENA TAG MACAM NI - HARAP2 BEN ASHARI PUN SUKA !


Saya telah ditag oleh GadisBunga. Saya kopipes peraturannya dalam Bahasa Inggeris yang mudah seperti berikut:

Peraturannya adalah:
 
"Once you have been tagged, you are supposed to write a note, with 25 random things, facts, habits or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated. Haha!"

Saya suka tag yang semacam ini kerana kita tak terikat dengan soalan kerana tidak ada soalan nak dijawab. Cuma tulis 25 perkara, fakta, habit atau matlamat  secara rambang tentang kita. Maknanya kita bebas nak tulis apa saja tentang kita dalam skop yang ditetapkan itu.

Bagus juga sebab banyak juga tentang diri kita yang orang lain tak tahu dan sebaliknya.  Mari kita mulakan. 


1. Saya berumur 56 tahun ++.
2. Saya dilahirkan di Kampung Serting Hilir, Negeri Sembilan dan membesar di merata tempat.
3.Saya sudah bersara secara pilihan di penguhujung tahun 2007 pada usia 53 tahun.
4. Dilantik semula oleh YDP Agong secara kontrak untuk tempoh 3 tahun dan akan tamat pada bulan Jun tahun 2011. 
5. Kalau dapat sambung 3 tahun lagi, bagus juga. Kalau tak dapat, saya akan berblog secara sepenuh masa hingga boleh mencapai Tahap 6.
6. Saya berkahwin pada tahun 1980 dengan orang Perlis dari Kampung Alor Sena (Tak jauh dari Tasik Melati)
7. Saya mempunyai lima orang anak. 3 perempuan dan 2 lelaki.
8. Anak yang sulung, perempuan sudah berkahwin dan berumur 30 tahun.
9. Anak yang bongsu, lelaki berumur 9 tahun ++
10. Saya suka bertukar-tukar kereta. Hingga hari ini sudah lupa berapa banyak kereta saya dah pakai.
11. Saya geram kalau tengok motor kapcai lalu ikut lorong paling kanan dan diberi hon pun masih tak mahu ketepi.
12. Saya suka buat 'collection' benda2 kecil, macam keychain, mug, topi dan sebagainya.
13. Satu hobi saya yang kekal sejak dari belum bersekolah sehingga kini ialah memancing ikan.
14. Saya tidak suka dan tidak tahu bermain golf tetapi tidak memusuhi pemain golf kecuali mereka memusuhi pemancing.
15. Saya suka lauk keladi dan cendawan .. tak kisahlah apa jenis.
16. Saya tak berapa gemar makan pizza. Selain tak sesuai dengan selera, ia juga mahal.
17. Saya meminati pasangan arwah P.Ramlee dan Saloma.
18. Tokoh yang masih hidup yang saya kagumi adalah Dr. Mahathir.
19. Saya tidak menghisap rokok. Orang lain nak hisap, hisaplah asalkan jangan dalam kereta saya.
20. Apa yang menggembirakan saya ialah bila entri saya ada orang baca dan komen.
21. Apa yang menyedihkan dan menakutkan saya ialah bila komen, usikan dan teguran saya disalah erti.
22. Saya tidak pandai masak tetapi saya dapat membezakan masakan yang sedap dengan yang tak sedap serta sangat menghargai orang yang pandai masak.
23. Negara  luar yang saya teringin nak lawat adalah Jepun.
24. Satu sikap buruk saya ialah, malas nak tengok e-mel, kadang-kadang dah sampai beratus2 baru saya baca.
25. Saya cadang nak lawat MAHA tapi bila tengok kereta beratur maha panjang langsung tak jadi.
26. Harapan saya ingin mati dalam iman dan masuk ke syurga. Insya-Allah.


Walaupun dia minta 25, saya bagi 26.  Dr Singa ..cukuplah 26 kot.

Saya cuma nak tag seorang sahaja. Harapan untuk dia respon adalah tipis tetapi apa salahnya mencuba.  Orang yang dimaksudkan ialah Ben Ashari seorang ikon dalam dunia blogging. Saya percaya orang lain pun nak tahu beberapa sisi lain tentang dia.  

.
.

54 comments:

  1. salam en al-lavendari..
    hohoho, minat tuko keter yer,.. mesti byk koleksi ni..
    nk pi MAHA, sy pun kena pi on 30.11 till 3.12 ni.. tp yelah sket punye jem kwn cakap..
    sib baik pi ngan jabatan, takyah fening²..
    re: suke ketam ek, sama lol.. =)

    ReplyDelete
  2. cayokkk pak ngah
    ringkas dan padat...

    ReplyDelete
  3. tahniah Tn aji,


    xcelen dan cantik sungguh jawapannya

    ReplyDelete
  4. Salam Tuan haji mmg suatu TAG yang amat menarik yang penah saya lihat, ditambah pulak yang kena TAG bukan calang-calang org En Ben tu :)

    Saya TH tak nak Tag ker? hehehe (perasaan ke diri laa tu :)


    Terhebat hari ini di akuanakpahang "[Awas!! Risiko Berbolgger]"

    ReplyDelete
  5. uncle lahir kt serting? dlu saya matrix di serting juga.. Aman damai, berkabus pagi-pagi..tapi sedih, selalu xde air..huhu.

    uncle, hari ni birthday saya! :off topic: hehe..

    ReplyDelete
  6. Amboi boss.. Seb bek suka tukar kete kalo suka tukar b1n1...... hoho jwb sdr :)

    ReplyDelete
  7. LEILY

    SALAM KEMBALI.

    KALAU BEGITU BOLEHLAH TUMPANG AWAK PERGI MAHA. GURAU JER !

    MEMANG SAYA SUKA KETAM, TAPI NAK MAKAN KENA HATI2 KALAU TIDAK BOLEH LUKA BIBIR.

    TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH KALI PERTAMA. SINGGAHLAH LAGI.

    ReplyDelete
  8. pandainya tuan memerangkap tuan ben.

    ReplyDelete
  9. SAYANGSAYANGIBU

    WALAUPUN BEGITU, ENTAH ADA KE TIDAK ORANG BACA SAMPAI HABIS.

    ReplyDelete
  10. IBUINTAN

    BIASA-BIASA JER. IBUINTAN NAK TURUT SAMA PUN BOLEH.

    ReplyDelete
  11. AAP

    SILAKAN TAG DIRI SENDIRI. SAYA TAG BEN TU BUKAN APA. SAYA SENGAJA NAK CUBA SAMADA DIA LAYAN ORANG TUA MACAM SAYA NI KE TIDAK. HEHE

    LAGIPUN NAK TAG 25 ORANG TU, BUKAN SENANG NAK MEMILIHNYA. SAYA PERCAYA RAMAI YANG NAK LIHAT JAWAPAN BEN. ITU PUN KALAU DIA RESPON.

    ReplyDelete
  12. MISZ SEPHIA

    UNCLE DULU MANDI PERIGI DAN SUNGAI JER.

    SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN. TAK BUAT KENDURI KE ?

    ReplyDelete
  13. FATIN

    DAH TAK DAPAT TUKAR2 BINI, DAPAT TUKAR KERETA PUN JADILAH.

    LAGI PUN BINI MANA BOLEH TUKAR2, TAMBAH BOLEHLAH. HEHE

    ReplyDelete
  14. ABU MUAZ

    TAK TAHULAH PERANGKAP SAYA BOLEH MENGENA ATAU TIDAK.

    ReplyDelete
  15. wahhh anak sulung thj AL nih sebaya saya lah ... kawen tahun 1980 terus bunting pelamin ye mak ngah..hihihihi...sama pesen saya lah!

    ReplyDelete
  16. salam AL..saya pun ditag oleh gadisbunga ni..tapi belum buat..nak kopipes.Al punya je la..dan ubah sikit2 boleh kan..

    ReplyDelete
  17. Sampai sekarang masih kagum dengan koleksi keychain Tn. Hj. (sebab saya pun suka keychain)

    ReplyDelete
  18. Wahhh... barulah tahu beberapa perkara lagi tentang Bang HAMZAH...

    ReplyDelete
  19. tahniah tuan haji..semoga terus berkhidmat dengan cemerlang...
    p/s; dh lama saya tak pi serting hilir..saya suka jalannya..lurus aja heheheh...

    ReplyDelete
  20. Setelah habis membaca entri ini, saya ucapkan 'Selamat Berkenalan'. Hehe..

    ReplyDelete
  21. fakta nombor 20:
    gua suka tengok orang gembira oleh itu gua komen disini.. ekekeke..

    salam kenal..

    ReplyDelete
  22. Salam bang.

    Rajin abg buat tag dari gadisBunga ni. Ini yg bagi tekanan kpd saya utk jawab tag tu juga huhuhu

    ReplyDelete
  23. Saya pun tak memusuhi pemancing dan pemain golf kalau mereka tak memusuhi org mcm saya ngeee

    ReplyDelete
  24. Selepas membaca n3 ini, baru tahu beza antara kita 13 tahun tetapi bila melihat gambar masih "baby face" ..

    Semoga hajat tuan dimakbulkan Allah.... insyaAllah.

    ReplyDelete
  25. SZ|MSS

    KALAU GITU AWAK BOLEH PANGGIL SAYA PAKCIK.

    MAKNGAHNYA MELAHIRKAN ANAK SULUNG PADA USIA 21 TAHUN DAN TERAKHIR PADA USIA 41 TAHUN.

    ReplyDelete
  26. KAK ERNA

    SALAM KEMBALI.

    BOLEH KOPIPES FORMATNYA.. TAK ADA MASALAH. TAPI ISINYA TENTULAH BERLAINAN KAN !

    ReplyDelete
  27. DINAS ALDI

    SAYA JUGA ADA KEYCHAIN YANG BERLEBIH. MUNGKIN AWAK BELUM ADA. KALAU AWAK ADA YANG BERLEBIH, BOLEHLAH KITA XCHANGE.

    ReplyDelete
  28. AZIEAZAH

    SAYA PUN DAH BACA TENTANG AWAK. SERONOK JUGA KAN !

    ReplyDelete
  29. ROM

    MEMANG JALAN DISITU LURUS. TAPI DAH CUKUP BANYAK MEMAKAN NYAWA. SALAH SEORANG DARINYA IALAH ANAK SEPUPU SAYA.

    ReplyDelete
  30. CKLAH

    SELAMAT BERKENALAN. KALAULAH CIKGU SUDI MEMBUAT TAG NI, DAPAT JUGA KITA TAMBAH PENGETAHUN TENTANG CIKGU.

    ReplyDelete
  31. ADZMAN

    SALAM KENAL JUGA DARI SAYA.

    TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DAN MENYENARAIKAN BLOG SAYA DALAM BLOGLIST AWAK.

    ReplyDelete
  32. YB 1

    SALAM KEMBALI.

    BUKANNYA SUSAH SANGAT. NAK MINTA 100 PUN TAK ADA MASALAH. CUMA TULIS TENTANG DIRI KITA. ABANG RASA NAK KARANG SERANGKAP PANTUN LAGI SUSAH.

    YB 2

    KENAPA AWAK TAK MINAT MAIN GOLF. ORANG KORPORAT MACAM AWAK NI SELALUNYA MAIN GOLF.

    ReplyDelete
  33. MOHAMAD

    JANGAN PERCAYA SANGAT DENGAN GAMBAR TU. DAH KENA TACAP TU ! HEHE

    ReplyDelete
  34. RELEVAN

    AGAKNYA DIA DATANG BERSEKALI DENGAN MUSIM HUJAN KOT. YE LAH NAK TUNGGU MUSIM DURIAN LAMBAT LAGI.

    ReplyDelete
  35. uncle, kalo nak gi MAHA, uncle gi time hari terakhir MAHA...confirm tak MAHA brator parking panjang...hehehe....

    ReplyDelete
  36. EMME

    KALAU DIBUATNYA SEMUA ORANG BERFIKIR MACAM YANG EMME FIKIR, MAKAAKANLAGIMAHAPANJANGLAHBERATUR !

    ReplyDelete
  37. salam uncle, terima kasih sebab sudi buat task ni. ;D

    uncle ni umur dah sama macam ayah GB, anak 3 pompuan 2 laki pun sama macam ayah GB. tak merokok pun mcm ayah juga...

    patut la blog uncle ni dekat di hati. ngeee

    ReplyDelete
  38. GADIS BUNGA.

    BILAKAH BOLEH DAPAT BERKENALAN DENGAN AYAH AWAK ? KATA UNCLE KIRIM SALAM KAT DIA.

    ReplyDelete
  39. DRSINGA

    SAYA AKAN TIDAK PERCAYA KALAU DR TAK SUKA NOMBOR 26 TU !

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum THJ..

    Tertinggal lak kali ni nak komen.

    Saya tak sihat tuan haji, dah 2 hari sakit kepala tak henti-henti

    ReplyDelete
  41. ABD RAZAK

    SALAM KEMBALI. SAYA INGATKAN UST. MASIH LAGI BERMUSAFIR.

    SAYA MEMANG TERNANTI-NANTI KOMEN USTAZ.

    SEMOGA CEPAT SEMBUH.

    SAYA BARU JER SEMBUH. BALIK DARI KUCHING DULU, TERUK JUGA DEMAM DAN BATUK SAYA. SAYA MAKAN UBAT DOKTOR TAK JUGA BAIK. KEMUDIAN SAYA MAKAN MADU LEBAH DIBERIKAN MENANTU SAYA, DENGAN IZIN ALLAH BARULAH ADA PERUBAHAN. ALHAMDULILLAH.

    ReplyDelete
  42. Salam THJ semoga sihat selalu...

    27. Fashionable...

    itu yang saya kenal THJ...seorang yang fashionable...

    ReplyDelete
  43. RKA

    SALAM KEMBALI. ALHAMDULILLAH SUDAH SIHAT.

    SAYA TERGELAK BACA KOMEN AWAK. TAK DISANGKA2. BOLEHLAH LEPAS NI SAYA JADI MODEL. HEHE

    PANDAI-PANDAI JER AWAK TAMBAH NO. 27.

    ReplyDelete
  44. 22. Saya tidak pandai masak tetapi saya dapat membezakan masakan yang sedap dengan yang tak sedap serta sangat menghargai orang yang pandai masak.

    .
    .

    .
    .

    org yg tak pandai masak camane??

    ReplyDelete
  45. KTS

    TAK PANDAI MASAK TAK APA, ASALKAN SANGGUP BELAJAR DAN TIDAK PERASAN PANDAI.

    TAPI AWAK PANDAI MASAK KAN ?

    ReplyDelete
  46. Uncle...anak uncle yg sulung tu sebaya Jue lah ;)

    ReplyDelete
  47. JUE

    MAKNANYA APA TU ?

    UNCLE YANG DAH TUA ATAU JUE YANG DAH TUA ? HEHE

    ReplyDelete
  48. kahkahkahkah....
    Jawapannye: KITA SAMA2 TUA! hehehe

    ReplyDelete
  49. JUE

    KALAU KITA SAMA-SAMA TUA, MAKNANYA UNCLE MUDA LAGILAH ! HEHE

    ReplyDelete
  50. en al-lavendari.. ammi suka point number 14.. hahaha..

    ReplyDelete
  51. AZ

    KENAPA AMMI SUKA POINT TU .. AMMI PEMANCING JUGA KE ?

    ReplyDelete
  52. Salam Pakngah Hamzah,

    Saya konfius ni bila pakngah tulis di no.23, negara yg saya teringin nak lawat ialah Jepun.

    Tapi dalam entri ini, gambar 3 dari bawah pakngah tulis :::Kat Jepun. Singgah 3 malam, dalam perjalanan balik ke Malaysia.:::.

    Maksudnya Pakngah dap pernah sampai Jepun, tapi belum sempat melawat ajelah kan. So, Jepun termasuk dlm negara luar yg pakngah pernah pergi kan!...huhu.

    Tak kanlah pakngah nak kasi saya jawapan kan, kena fikir sendirilah betul tak?...hehe

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.