Saturday, November 27, 2010

DAH SIAP KENAPA NAK DIBUKA ?


 Utusan Malaysia:12.11.2010 - Masjid pasang siap dibuka.


Mula-mula baca tajuknya agak mengelirukan.

Kenapa pula masjid yang sudah siap, hendak dibuka. Selepas membaca keseluruhan rencana, fahamlah saya bahawa sebuah masjid telah mula digunakan di Inuvik, Kanada berhampiran Kutub Utara. Subhanallah.  Masjid itu di tempah di Manitoba dan di bawa ke Inuvik dengan menempuh jalan darat dan air sejauh 4,000 kilometer.

Begitulah susah payahnya orang Islam di sana yang jumlahnya dilaporkan hanya sekitar 80 orang, hendak menunaikan ibadat secara berjemaah dengan sempurna. Maklumat lanjut boleh baca di sini.

Kita di sini (termasuk sayalah tu), masjid di sebalik dapur pun kadang-kadang malas nak pergi !



p/s: Kalau lah ada tanda koma ( , ) selepas perkataan siap, kan lebih jelas. Tetapi itulah cara orang surat khabar bahkan blogger juga untuk menarik perhatian pembaca.
.
.

56 comments:

  1. "Kita di sini, masjid di sebalik dapur pun kadang-kadang malas nak perg !" --> Err terkena batang hidung sendiri bila baca artikel ini..

    ReplyDelete
  2. masjid buka time solat je... lain kunci

    ReplyDelete
  3. ANIF

    TERMASUK BATANG HIDUNG PENULIS ENTRI.

    BILA BACA KOMEN ANIF BARU PERASAN EJAAN PERGI ADA SALAH. SUDAH DIPERBETULKAN. TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  4. salam tuan haji..semoga tuan haji sihat walafiat dan terus dirahmati Allah SWT..

    masjid kita hanya penuh ketika 3 solat sahaja..Jumaat, Eidulfitri, Eiduladha...

    ReplyDelete
  5. huhu! saje je dorang tu nak memeningkan kepala yg dah pening ni..

    panadol oh panadol..tsk!

    ReplyDelete
  6. Salam Tuan Haji.. terkadang susah juga nak main dgn perkataan dan bahasa ini sila satu koma pun dah jadi maksud lain kan :)* saya pun terkadang selalu juga tersilap:(

    Entri Terbaru "Rugikah... jika kita tidak meninggalkan balasan komen?
    "


    Jom Jalan-jalan ke Pahang "Tak kenal maka tak cinta."

    ReplyDelete
  7. kita kena hidupkan semangat berjamaah ..jom ke masjid ramai2..

    ReplyDelete
  8. Mereka menghargai agama dalam keadaan susah melebihi daripada kita yang hidup senang lenang dan 'melampoh'mesjid disana-sini.

    ReplyDelete
  9. Salam Kanda AL...

    saya juga sering tersilap faham bila membaca tajuk akhbar! "Nenek ditetak cucu mati" -

    Maksudnya?

    Nenek tu yang mati ditetak cucu

    atau

    nenek tu ditetak tapi cucunya yang mati

    atau

    cucu yang dah mati tapi bangun tetak nenek?

    Kat sini masjid/surau boleh jumpa selang selangkah - tapi, kita masih banyak helah!

    ReplyDelete
  10. Saya pun tak perasan tadi ada kesilapan ejaan.. Maklumlah "cut & paste" je..

    ReplyDelete
  11. fail bahasa melayu.

    blogger pun ada yang buat ayat macam fail bahasa melayu juga walaupun diorg dapat a1 masa spm dulu. heheh

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum THJ...

    Kalaulah setiap waktu solat kita mampu pergi ke masjid untuk solat berjemaah alangkah seronoknya ya tuan haji.

    Pastinya penuh semua masjid di negara kita ini pada setiap waktu solat sepertinya waktu solat jumaat

    ReplyDelete
  13. masjid tempat kita besar-besar...
    makmunnya pula kecil-kecil...

    ReplyDelete
  14. walaupun 80 orang, mereka gigih mahukan masjid sendiri. Baguslah!

    ReplyDelete
  15. xramai yg suka rebut pahala,kan?

    ReplyDelete
  16. salam
    macamtu la mereka menajar cara menulis ... nasib baik berita kalini benar dan bermaklumat...susah sekarang media malaysia ni nak berkata benar

    ReplyDelete
  17. sembahyang kan tiang agama...sembahyang la sebelum kamu disembahyangkan...

    izin wat selingan:
    uncle, dah ade vote sesape ke? kalo takde, vote mE ekk...kat blog me ade up entry...hehehee...

    ReplyDelete
  18. CEMOMOI

    TIME LAIN BUAT APA NAK PERGI MASJID ?

    ReplyDelete
  19. ROM

    SALAM KEMBALI.

    ADA LAGI .. SOLAT TERAWIH PENUH JUGA TERUTAMANYA 10 MALAM PERTAMA.

    ReplyDelete
  20. MAKDARA TERDIVA

    JANGAN MAKAN PANADOL SELALU SANGAT. BAHAYA KEPADA BUAH PINGGANG. KALAU BOLEH TAHAN, SILA TAHAN.

    ReplyDelete
  21. AAP

    SALAM KEMBALI.

    TERSILAP TAK APA, JANGAN SENGAJA NAK MENYILAPKAN ORANG. MACAM TAJUK SURAT KHABAR TU, SAYA PERCAYA IA SENGAJA DI BUAT DEMIKIAN !

    ReplyDelete
  22. PAKCIKLIE

    KAT TAMAN PERUMAHAN SAYA ADA SURAU. ITU PUN PENUH MASA RAYA DAN TERAWIH JER.

    ReplyDelete
  23. POK LI

    LAMA BETUL SAYA TAK DENGAR ORANG CAKAP 'MELAMPOH' .. TAPI SAYA MASIH TAK LUPA MAKNANYA.

    ReplyDelete
  24. KAKCIK

    SALAM KEMBALI.

    SAYA TERSENYUM SEKEJAP BILA BACA -

    cucu yang dah mati tapi bangun tetak nenek?

    ATAU MUNGKIN JUGA NENEK TU DAH MATI BARU DITETAK DEK CUCU DIA.

    ReplyDelete
  25. ANIF

    HEHEHE .. ITULAH BAHANA KOPIPES !

    ReplyDelete
  26. GADISBUNGA

    MULA2 BACA TERFIKIR JUGA APA KENA MENGENA FAIL DENGAN BAHASA MELAYU. RUPANYA GAGAL. INGATKAN 'FILE' TADI. HEHE

    ReplyDelete
  27. ABD RAZAK

    ALAIKUMSALAM

    MUDAH2AN HARAPAN UST ITU AKAN MENJADI KENYATAAN PADA SATU HARI NANTI. LEPAS NI NAK PERGI ASAR KAT SURAU.

    ReplyDelete
  28. ABU MUAZ

    MUNGKIN MAKMUM KAT SANA ORANGNYA BESAR-BESAR.

    ReplyDelete
  29. MISZ SEPHIA

    DENGAN KEGIGIHAN MEREKA MOGA2 AKAN BERKEMBANGLAH SYIAR ISLAM DI SANA. INSYAALLAH.

    ReplyDelete
  30. HAMIZAH

    BETUL .. MUNGKIN SEBAB PAHALA ITU TAK NAMPAK.

    ReplyDelete
  31. BRUTALSOLO

    SALAM KEMBALI.

    MEMANG MEREKA SUKA PUSING-PUSINGKAN AYAT UNTUK MENARIK HATI PELANGGAN.

    ReplyDelete
  32. EMME

    BETUL. JANGAN TINGGAL SEMBAHYANG KECUALI "UZUR" BAGI WANITA.

    UNCLE NAK VOTE EMME, TAPI TAK TAHU CARANYA.

    ReplyDelete
  33. TEJA

    TERINGAT SAYA AKAN KUIH CAKOI PETANG2 NI. HEHE

    ReplyDelete
  34. salam uncle, kalau rajin jenguk le blog GB. GB dah tag uncle. kalau rajin jawab le. ngee

    ReplyDelete
  35. GADISBUNGA

    UMANG AI .. ADA 25 PERKARA. BANYAK TU ! NANTI ADA MASA, TAK TAHULAH BILA, UNCLE AKAN CUBA BUAT.

    ReplyDelete
  36. 'uncle' (heh heh heh...perasan semuda GB) nak jawab sampai 30 pun boleh....

    ReplyDelete
  37. salam pakcik
    sudah add cempaka ..terima kasih
    cempaka pun tidak kenal sapa brutalsolo
    tapi ayah dan ibu suka sangat pada blog brutalsolo..cempaka nak dapatkan ilmu dari blog brutalsolo seperti ayah dan ibu cakap..

    ReplyDelete
  38. Salam Bang HAMZAH...

    selain koma (,) perkataan ‘kini’ juga mungkin boleh digunakan selepas perkataan ‘siap’...

    ReplyDelete
  39. slm uncle.
    Itu mmg style org surat kaba kasi heading pada story.hehe.bkn nk kasi berita x tpt tp nk kasi gmpak supaye readers bc isi dlm nye :)

    pestime dropping by here.slm knl uncle.folo u..

    ReplyDelete
  40. Pentingnya tanda baca dan penanda wacana dalam ayat.....

    ReplyDelete
  41. Salam bang.

    Mungkin BM penulis tu kantoi masa SPM hehehe

    ReplyDelete
  42. Di negara yg org Islam hanya golongan minoriti memang mencabar utk menunaikan tanggungjawab.

    Masa saya di negara Uncle Sam dulu nak adakan solat Jumaat terpaksa pindah2 tempat kerana tiada masjid atau Islamic Center di tempat kami. Kadang2 di bilik mesyuarat yg meja dan kerusinya kami tolak ke tepi, kadang di tepi cafetaria dan semasa cuti buat di rumah pelajar yg dijadikan musalla.

    ReplyDelete
  43. DRSINGA

    NANTI SAYA CUBA JAWAB SAMPAI 30.
    PERASAN TAK APA JANGAN DITIMPA PERASAAN !

    ReplyDelete
  44. CEMPAKA

    TERIMA KASIH KERANA SUDI FOLLOW PAKCIK.

    PAKCIK BRUTALTAKSOLO. HEHE

    ReplyDelete
  45. AZIEAZAH

    BETUL SANGAT KALAU TAJUKNYA "MASJID PASANG SIAP KINI DIBUKA". TAK ADA SAPA YANG JADI KONFIUS.

    ReplyDelete
  46. SEMARAK API

    SALAM KEMBALI.

    TERIMA KASIH KERANA SUDI FOLLLOW UNCLE.

    STAIL TAK APA JANGAN SAMPAI MENGELIRUKAN.

    ReplyDelete
  47. CKLAH

    MEMANG PENTING, TU SEBAB TANDA TU DIWUJUDKAN. KALAU DALAM BAHASA ARAB BARIS DEPAN, BAWAH DAN ATAS LAGI PENTING. BERUBAH MAKNA KALAU SILAP.

    ReplyDelete
  48. YB

    SALAM KEMBALI.

    MUNGKIN BM MEREKA BAGUS TAPI CUMA ITU SATU GIMIK PEMASARAN AGAKNYA.

    ReplyDelete
  49. YB.

    EH ADA SATU KOMEN LAGI !

    MEMANG BEGITU LAH LUMRAH MANUSIA AGAKNYA. MACAM MAKAN DURIAN, KALAU SIKIT SAMPAI BIJI DIA DIJILAT. BILA DAH BANYAK, PANDANG PUN TAK LALU.

    ReplyDelete
  50. subahanallah...kagum dengan semangat diorang nak beribadat kepada Allah s.w.t.

    terasa juga kena kat batang hidung sendiri..huhu


    Jom guling-guling disini pula:

    Azrul Hisham -My Real Life

    ReplyDelete
  51. islam malaysia gitulah. yang jauh di hambat, yang dekat dibuat tak tahu..

    ReplyDelete
  52. AZRUL

    KESUSAHAN ORANG MENJADI PENGAJARAN KEPADA KITA SUPAYA LEBIH BERSYUKUR.

    TERIMA KERANA SUDI SINGGAH KALI PERTAMA.

    ReplyDelete
  53. IM

    SEMOGA KITA TIDAK TERMASUK DALAM GOLONGAN ITU.

    ReplyDelete
  54. Dinda pun tak saaaaaaaaaaayang kanda

    .
    .


    Dinda pun tak. Saaaaaaaaaayang kanda.

    ;)

    ReplyDelete
  55. KTS.


    MANA BOLEH. SAYA TIDAK SETUJU.

    .
    .
    .

    MANA BOLEH SAYA TIDAK SETUJU.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.