Saturday, November 13, 2010

"TAKE FIV5" - BARU BALIK KENDURI KAWIN KAT HOTEL.

Saya baru balik dari kenduri kawin kat hotel. Memang saya malas betul nak pergi kenduri kawin kat hotel. Tapi jemputan harus ditunaikan kerana saya tiada keuzuran. 

Tak sangka saya dapat bertemu bekas guru saya semasa sekolah menengah dulu yang kini telah menjadi Timbalan Menteri. Sebelum ini kita pun telah beberapa kali berjumpa. Tapi tak dapat nak sembang lama-lama macam kali ini.

Kali ini kami dapat  berborak agak lama sikit sambil berjalan perlahan-lahan ke luar dewan selepas majlis usai.


YB Dato Hasan Malik dan al-Lavendari dan pasangan masing-masing. 

Sebenarnya gambar tu, kita belum ready lagi, tapi member dah snap.  Maklumlah orang dah berpusu-pusu nak keluar. Tak senonoh betul.

Ada satu peristiwa yang melucukan.  Semasa memandu dari LG untuk keluar saya mengikut kereta depan yang turun ke LG1. Depan saya ada 5-6 biji kereta lagi yang mengikut. Sampai aras LG1, kereta depan sekali buat pusingan "U" untuk naik ke aras LG semula. Rupanya dia salah jalan. Bedebah. Inilah bahananya kalau main ikut-ikut. Kalau Makngahnya yang bawa, mungkin dah kena leter.

Bertambah lagi satu sebab kenapa saya benci pergi kenduri kat hotel.

.

49 comments:

  1. Salam bang,

    Suka tak suka kalau dah dijemput kenalah kita hadir.

    Kalau emak ngah yg bawa kereta tadi tentu ke leter. Abg yg bawa tadi tak kena leter ke? hehehe

    ReplyDelete
  2. Wah firstlah saya malam ni.

    Org lain tak online hujan2 ni agaknya ngeeeee

    ReplyDelete
  3. YB 1

    SALAM KEMBALI.

    MEMANG SAYA TAK SIHAT DUA TIGA HARI DAH. MASA PERGI MAKNGAHNYA DRIVE. DIA TAK MELETER SEBAB DIA PUN TAK LARANG ABG IKUT ORANG DEPAN TU TADI.

    YB 2

    TAHNIAH KERANA AWAK DAPAT FIRST KALI INI. MUNGKIN AWAK BOLEH PEGANG JUARA TU SAMPAI KE PAGI ESOK SEBAB SEMUA ORANG MUNGKIN DAH TIDUR AGAKNYA.

    ReplyDelete
  4. gmbar ni tetap sweet walaupun model2nya belum ready..

    ReplyDelete
  5. ehem2...mimie belum tido lagi la uncle...boleh saya pegang title naib juara?

    ReplyDelete
  6. MIMIE

    NAK BUAT MACAM MANA .. TUKANG AMBIL GAMBARNYA MENGAHADANG LALUAN ORANG. KENALAH BUAT CEPAT2 .. TAK SEMPAT NAK CAKAP 1,2,3.

    ReplyDelete
  7. MIMIE 2

    MUNGKIN BOLEH KOT. KALAU APA-APA TERJADI PADA JUARA, BOLEHLAH MIMIE AMBIL ALIH JADI JUARA. HEHE

    ReplyDelete
  8. Biasanya orang yang tidak tahu jalan memang nampak yakin. Bila nampak yakin.. tentunya akan ada pengikut :)

    ReplyDelete
  9. salam malam..(ke dah pagi?)
    makan bertambah list ye tuan..takpe..bile banyak mana taw boley buat buku...ekekeke

    ReplyDelete
  10. Tak kira di hotel atau di kampung, janji makannya sedap bang.

    ReplyDelete
  11. Nampak sebaya dengan bekas cikgunya..hi..hi..
    Cikgunya hebat, bekas anak muridnya pun hebat...

    ReplyDelete
  12. salam pakngah

    makan kenyang tak malam tadi?


    agaknya orang lelaki ni memang gitu kot, kalau is3 bawak kereta ada je yg nak dileterkan
    aduhai....gewammm.....

    ReplyDelete
  13. one thing good agaknya makan kenduri kat hotel...kita boleh berhenti sebelum kenyang, kan? Al maklum nak mintak tambah maluu...heheheee **tapi jangan sampai rumah cari maggie!**

    ReplyDelete
  14. Salam TH.
    Semoga sihat ceria sentiasa.

    * Kalau saya belasah aje ;)

    ReplyDelete
  15. bekas cikgu dah jadi timbalan menteri, uncle bila lagi...

    hehehe...

    ain tak pernah pergi kenduri kawin kat hotel, makanya kenduri kat kampung jugak yang ain suka...

    terbayang-bayang pulak gulai kawah yang tengah berasappp....sedapnyaaaa!!

    ReplyDelete
  16. sama segak bekas guru dan bekas murid..

    guru masa di TMS ye tuan aji...

    seorang bekas guru dan wakil rakyat yang banyak memberi sumbangan dana kepada TMS Oldboys

    ReplyDelete
  17. salam

    wah sekarang ni kenduri mewah dah jadi satu trend pulak

    ReplyDelete
  18. ANIF

    SAYA PUN YAKIN BILA TENGOK DIA ORANG TU YAKIN !

    ReplyDelete
  19. TOMEI

    SALAM SIANG. AWAK BERI SATU CADANGAN YANG BAIK. BUAT E-BOOK KAN !

    ReplyDelete
  20. POK LI

    MASALAHNYA MAKAN DI HOTEL, TAK PERNAHY SEDAP.

    ReplyDelete
  21. CKLAH

    BUKAN SAYA YANG NAMPAK TUA, TAPI CIKGU SAYA TU YANG AWET MUDA ! HEHE

    ReplyDelete
  22. SALAM KEMBALI.

    LETER TU TANDANYA SAYANG .. TAPI ORANG LELAKI BERLETER TAK LAMA, KEJAP JER.

    MALAM TADI SAYA TAK BERAPA SIHAT, TEKAK PUN RASA MASAM. HABIS SEMUA MAKANAN RASA TAK SEDAP.

    ReplyDelete
  23. FA*ATIP

    BETUL .. SELALUNYA SAYA MAKAN DULU SEBELUM PERGI. TAKUT LAMBAT MAKAN, NANTI PERUT MASUK ANGIN PULAK.

    ReplyDelete
  24. AKUANAKPAHANG

    SALAM KEMBALI.

    SAYA TAK FAHAM ... AWAK NAK BELASAH APA ATAU SIAPA NI ?

    ReplyDelete
  25. AIN

    UNCLE TAK MINAT BERPOLITIK. SEJAK DARI DULU LAGI. MEMANG DALAM KELUARGA PUN TAK ADA SIAPA YANG BERKECIMPUNG DALAM POLITIK.

    MEMANG GULAI KAWAH YANG BERASAP JUGA YANG SEDAP.

    ReplyDelete
  26. IBUINTAN

    SEGAK LAGI BEKAS GURU. MANA BOLEH SAMA SEGAK, NANTI KECIK PULAK HATI DATO' HASAN.

    DIA MENJADI GURU SAYA SEMASA SAYA DI TINGKATAN 1 HINGGA 3 DI SEK MEN TRIANG HILIR, SIMPANG DURIAN, JELEBU DARI TAHUN 67 HINGGA 69.

    DIA ADALAH GURU YANG DEDIKASI DAN KOMITED. DORONGANNYA ANTARA SEBAB SAYA DAPAT MASUK U.

    ReplyDelete
  27. IMANSHAH

    SALAM KEMBALI. MUNGKIN KAT BANDAR2 BESAR, SEKARANG INI DAH TAK SESUAI NAK BUAT KENDURI KAT RUMAH LAGI AGAKNYA.

    ReplyDelete
  28. Salam Uncle,

    Berapa tingkat agaknya parking hotel tersebut?

    ReplyDelete
  29. nasib makngah x bwk.. nnti dpt free jek hehe :D

    ReplyDelete
  30. kenduri kat kampung la yang best..

    ReplyDelete
  31. AUJINZ

    SALAM KEMBALI.

    HANYA DUA TINGKAT .. KALAU 20, AGAKNYA LAGI HARU !

    ReplyDelete
  32. MAIYAH

    NASIB PERUT DAH KENYANG .. KALAU DIA LAPAR MUNGKIN KENA JUGA. HEHE

    ReplyDelete
  33. ABU MUAZ

    KALAU TAK ADA KAMPUNG, MACAM MANA ?

    ReplyDelete
  34. salam tuan haji..kampong tn haji di Kay Pee ke?? ( Kuala Pilah)..same dgn ibu intan erk???

    ReplyDelete
  35. cikgu pun masuk politik..huhu..tak pernah lagi g rumah kawen kat hotel

    ReplyDelete
  36. mesti lambat makan kalau kenduru kat hotel kannn....
    kena topap kat rumah sebelum datang.
    makan pun kena kaver line je...

    salam Raya AidilAdha THL...

    ReplyDelete
  37. ROM

    SALAM KEMBALI.

    DULU KAMPUNG SAYA MEMANG DI BAWAH PENTADBIRAN KUALA PILAH. SEKARANG DI LETAK DI BAWAH DAERAH JEMPOL. KALAU NAK PERGI KG SAYA, KENA LALU KG IBU INTAN DULU !

    ReplyDelete
  38. ZURIEY

    SERONOK LAGI KALAU BUAT KENDURI KAT RUMAH

    TERIMA KASIH KERANA SUDI ZIARAH KALI PERTAMA.

    ReplyDelete
  39. DRSINGA

    SELAMAT HARI RAYA QURBAN JUGA DARI SAYA.

    ReplyDelete
  40. baca tang 'tak senonoh betul betul' dgn 'bedebah' tu aje pun dah buat saya terkekek2 gelak. kek kek kek!!!!

    ReplyDelete
  41. GADIS BUNGA

    MEMANG SERONOK GELAK KAT ORANG KAN ! GELAKLAH .. SAYA TAK MARAH. HEHE

    ReplyDelete
  42. uncle, walaupun tak ready lagi dah snap, uncle tetap segak di samping auntie, cun gak auntie wat mulut camtu, seksi yew~

    ReplyDelete
  43. Tuan Hamzah..
    Salam ziarah anda...
    Eid Idul Adha MUBARAK!

    ReplyDelete
  44. MENTIBANG LAUT

    KITA TENGAH NYANYI LAGU "BILA LARUT MALAM". HEHE

    ReplyDelete
  45. EMME

    YE KE ? LAIN KALI BOLEH BUAT LAGI !

    ReplyDelete
  46. ZULKBO

    SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDUL ADHA JUGA DARI SAYA. MAAF ZAHIR BATIN.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.