Kat KLIA pun boleh tahan juga jauh berjalan sebab pintu masa berlepas dan balik semuanya jauh-jauh belaka. Kalaulah ada perkhidmatan kereta sorong dalam airport tu, mahu saja saya menggunakannya.
Jemput lihat sebahagian gambar yang saya ambil di sana menggunakan henfon blackcurry cap babas saya.
Gambar 1: Saya suka hotel ini. Nak cebok senang. Nak sembahyang ada sejadah dan jadual masa di sediakan. Sterika dan papan tempat menggosok pun turut di sediakan. Nak shopping pun senang kerana hotelnya berkembar dengan shopping complex. Tak payah keluar bangunan. Akibatnya, di luar kesedaran, saya telah terbeli beberapa barangan yang sebenarnya boleh di beli di Seremban.
Gambar 2: Ramai orang tak tahu ada masjid di tengah-tengah deretan kedai di sini. Masuk pintu sebelah sini, boleh tembus sebelah sana. Macam lorong tikus. Hanya orang yang tahu sahaja, yang tahu.
Gambar 3: Gambar bangunan Dewan Undangan Negeri yang baru di Petrajaya yang cantik dan unik nun jauh di seberang sungai.
Gambar 4: Pertama kali makan ayam penyet. Boleh tahan juga sedapnya. Kalau tak penyet, mungkin lagi sedap kot ! Kalau ada rezeki ke sini lagi, saya mahu cuba lagi.
Gambar 5: Dari seberang sungai Sarawak, nampak hotel yang saya duduki. Ada kawan terjerit-jerit bila bot yang kita naiki untuk menyeberang teroleng-oleng !
Gambar 6: Kalau tak pergi ke kedai jual kek lapis Sarawak tak sah. Dari gambar2 yang ditampalkan kat dinding kedai ini, saya perhatikan ramai artis dari Semenanjung yang dah sampai. Yang belum sampai pun ramai juga.
Gambar 7: Saya tertarik dengan produk yang boleh dihasilkan dari buah Dabai termasuk Pizza. Saya tak sempat nak cuba.
Kesimpulan.
Saya melihat Kuching adalah sebuah bandar yang indah, bersih termasuklah sungainya, lalulintas teratur (tidak ada orang yang cilok-mencilok macam kat KL), penduduknya yang sangat peramah, makanan yang sedap (termasuk apam baliknya yang rangup) dan perhubungan antara kaum yang nampak sangat harmoni.
Sangat jauh kemajuannya berbanding semasa saya bekerja di sini pada tahun 1980 - 1981 dahulu.
Sangat jauh kemajuannya berbanding semasa saya bekerja di sini pada tahun 1980 - 1981 dahulu.
.
.
Apa nama hotel tu Bang... Nanti bolehlah saya menginap kat situ..
ReplyDeletesalam tuan haji,
ReplyDeleteselamat kembali ke Seremban...
nampak ceria semua gambarnya dengan latar belakang yg cantik dan menarik
ECHAM
ReplyDeleteNAMANYA RIVERSIDE MAJESTIC HOTEL. BREAKFAST DIA PUN BANYAK PILIHAN DAN SEDAP2.
salam ayahanda
ReplyDeletelamanya tidak bertegur sapa
sihat ke????
moga sihat2 sokmolah ye =)
Salam bang,
ReplyDeleteLepas ni ada gambar abg pula kat kedai kek lapis tu hehehe
IBUINTAN
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
ALHAMDULILLAH SELAMAT SAMPAI. TAPI LETIH DAN POKAI.
MALAM TADI DAH MAKAN IKAN TERUBUK BAKAR DENGAN SAYUR MIDIN. HEHE
CHEQNA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI. YE LAH, LAMA KITA TAK BERTEGUR SAPA.
NAK KATA SIHAT SANGAT PUN TIDAK JUGA. BATUK. SAMPAIKAN DALAM KAPALTERBANG, PRAMUGARI TU BERI TOPENG SURUH PAKAI. AGAKNYA ADA PENUMPANG LAIN YANG KOMPLEN TAKUT H1N1 AGAKNYA.
Salam TH.
ReplyDeleteSelamat kembali... Semoga didalam kesihatan dan kecerian yang baik juga saya doakan.
Jom singgah ke akuanakpahang "Segalanya disini suka duka sebuah kehidupan."
YB
ReplyDeleteDAH TERLEWAT NAK JADI ARTIS. AWAK BOLEH REKOMEN KE DENGAN ROSYAM NOR ? HEHE
Assalamualaikum THJ..
ReplyDeleteApa kabar tuan haji, moga sihat hendaknya...
Wah, sempat juga tuan haji pergi ke kedai Kek Salhah tu ya! Sayangnya tak sempat jumpa tuan haji kerana saya pun bermusafir hingga bulan Disember kelak...
salam tuan hj,
ReplyDeleteentah bila nak sampai sini..asik dgr citer org jer..
next honeymoon kot baru pegi :)
uncle, my bos pun stay kat riverside majestic tu, coz hilton dah full book, ape boleh buat..."try Riverside la bos...uncle Hamzah okey kata dok Riverside, hehehe..."
ReplyDeleteBest juga kalau dapat pergi bercuti di Kuching ni.. :)
ReplyDeleteSalam:)
ReplyDeleterupanya Tn HJ AL ke sarawak yaa...
Semlm masa kat airport ada terpandang wajah seiras tn hj..rupanya tersilap orglah saya:)
betul tu uncle..kuching best utk dilawati.. :)
ReplyDeletenext destination ke mna pula uncle..hehe :)
saya rasa cam leh agak sape yg terjerit-jerit tuh..hihihihi...
ReplyDeletekalo rasa penat bjalan nk ke pintu blepas tu, mtk la 'assistant' kat kaunter tiket, pastu depa bwk naik coaster (cam keta pjg xde bumbung tu), xpyh la jln kaki..saya pnh mtk..hihi..
wah dah siap eh bangunan putrajaya tu..hihi..last pergi kuching februari thn lepas..xtau bila lg nk dtg jalan² ke sini =)
ReplyDeleteAKUANAKPAHANG
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
BADAN TAK BERAPA SIHAT DAN BATUK2. SIKIT JER .. ORANG LAIN LAGI TERUK !
ABD RAZAK
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
PANDAI USTAZ MENEKA, MEMANG KEDAI SALHAH. WALAUPUN TERLINDUNG SEDIKIT, TAPI TETAP RAMAI PENGUNJUNG.
BERMUSAFIR KE MANA TU ?
KALAU ADA REZEKI, SATU HARI KITA BERTEMU JUGA. INSYAALLAH.
MAKDARA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
KALAU BELUM SAMPAI LAGI .. KENA PERGI. BUKANNYA JAUH SANGAT. SEJAM SETENGAH JER DAH SAMPAI.
NAK HONEYMOON, KAT PANTAI SANTUBONG CANTIK !
EMME
ReplyDeleteCUMA KAT HOTEL TU TAK ADA INTERNET FREE .. KALAU ADA LAGI BEST.
PATUTNYA LETAKLAH SATU KAT LOBI UNTUK TETAMU.
ANIF
ReplyDeleteMEMANG BEST .. TAK PERCAYA CUBA. LAGI BEST KALAU DAPAT BERMALAM DI RUMAH PANJANG. BARU NAMANYA PERGI KE SARAWAK !
PN KARTINI
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
KALAU PN TERLIHAT ORANG MACAM SAYA KAT AIRPORT SEMALAM ANTARA 3 -3.30 PTG, MUNGKIN SAYALAH TU.
NANIE
ReplyDeleteNEXT DESTINATION KE LANGKAWI DARI 11 HINGGA 14 DISEMBER. NAK KIRIM BELI COKLAT ?
JEJARI HALUS.
ReplyDeleteSAYA YAKIN TEKAAN AWAK TEPAT KERANA HANYA ADA SORANG JER WANITA DALAM KUMPULAN INI.
NANTILAH, SATU HARI NANTI MINTA TOLONG COASTER TU HANTARKAN !
YANA
ReplyDeleteBANGUNAN TU DI PETRAJYA BUKAN PUTRAJAYA.
SAYA SERONOK PERGI KUCHING SEBAB PERNAH BEKERJA PADA TAHUN 1980 - 81 DULU. ANAK SULUNG SAYA LAHIR DI SINI. NOSTALGIA.
uuu dah lama tak ke sana
ReplyDeleteLa Tuan haji demam ke?
ReplyDeletesarawak adalah negeri yang saya tak sampai lagi selain perlis dan kelantan. heheh
ReplyDeleteterasa nak pergi pulak bila baca entri uncle ni. huu~
salam pak ngah
ReplyDeletesambil kerja sambil berjalan kan?
seronok nampak abang kita ni.
ReplyDeleteSalam Kanda AL...
ReplyDeleteSaya juga pernah menginap di hotel itu. Kembarnya di seberang jalan sahaja - Grand Margherita. InsyaAllah, saya akan berada di sana untuk 3H2M bulan hadapan tapi menginap di Santubong. :)
saya masih belum berkesempatan ke sana:)
ReplyDeleteberuntung anda:)
CEMOMOI
ReplyDeleteKUCHING MASIH ADA DI SANA !
NAIZAF
ReplyDeleteYE .. SIKIT JER ! ENTAH SEMPAT TIDAK PERGI KE JEPUN.
GADIS BUNGA
ReplyDeleteKALAU PERGI ELOK LAMA SIKIT. MASUK KE PENDALAMAN DAN TIDUR DI RUMAH PANJANG. ITU SEMUA UNCLE DAH RASA.
SAYANGSAYANGIBU
ReplyDeleteDAN SAMBIL MENGHABISKAN DUIT .. HEHE
ABU MUAZ
ReplyDeleteTAK SERONOK PUN, KENALAH BUAT MACAM SERONOK .. DEMI MENCARI SESUAP NASI UNTUK ANAK ISTERI.
KAKCIK
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
SAYA PUN PERNAH MENGINAP DI MARGERITA TU .. TAPI SAYA SUKA HOTEL INI LAGI.
MENGINAP DI SANTUBONG MEMANG SESUAI UNTUK BERSUNYI-SUNYI DENGAN SUAMI.
CGG
ReplyDeleteSILALAH KE SANA .. MEMANG TERASA KITA PERGI TEMPAT ORANG KERANA BANYAK PERKARA YANG BERBEZA DENGAN DI SEMENANJUNG.
salam tuan haji..semoga tuan haji sihat walafiat dan dirahmati Allah SWT
ReplyDeletesemakin bertambah keinginan saya nak melancong ke sarawak...:)
ReplyDeleteROM
ReplyDeleteALHAMDULILLAH. MULA2 BALIK DULU, MEMANG SAYA DEMAM DAN BATUK2. SEKARANG DAH OK.
SITI MURNI
ReplyDeleteMEMANG DIGALAKKAN .. BANYAK PERKARA DAN TEMPAT2 MENARIK DI SANA YANG BOLEH MENAMBAH PENGALAMAN.
saya pernah ke sana juga..damai dan tenang..tapi sudah lama..ada rezeki mau ke sana lagi..InsyaAllah..
ReplyDeleteLALINK7.
ReplyDeleteSAYA PUN TIDAK PERNAH JEMU PERGI KE SANA.
TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH.
AL..terbeli tu yang seronok baca tu..he he..
ReplyDeletememang selalu kan..tak mau beli..tapi terbeli..
KAK ERNA
ReplyDeleteADA KAWAN SAYA KATA, BIAR MENYESAL BELI JANGAN MENYESAL TAK BELI. SAYA SANGAT SETUJU DENGAN KATA2 KAWAN SAYA ITU. HEHE
Kesimpulan.
ReplyDeleteSaya melihat Kuching adalah sebuah bandar yang indah,
.
.
.
.
saya pula melihat kuching seekor binatang yang indah
;D
kuching : ejaan zaman p.ramlee
KTS
ReplyDeleteKUCHING = EJAAN BAGI SEBUAH BANDAR.
KUCHING = EJAAN BAGI SEEKOR HAIWAN.
KU CHING = EJAAN NAMA SEORANG MAHARAJA CINA.
TaiKuChing = bhn kumuh yg dikeluarkan oleh seekor binatang bernama kuching
ReplyDeleteatau
bhn kumuh yg dikeluarkan oleh seorang maharaja
errrr.... ;P
KTS
ReplyDeleteKAH KAH KAH !