Selepas ini hujung-hujung minggu saya akan rasa kekosongan dan kehilangan sesuatu. Kalau sebelum ini, sehari suntuk akan dihabiskan di sana bersama-sama rakan seperjuangan dan Ustaz/Ustazah. Kini susana itu tiada lagi. Terasa sayu pulak. Walau bagaimanapun kekosongan itu rasanya tak lama. Pasti ia akan diisi oleh xtvt yang selama ini di anaktirikan.
Jemput lihat gambar-gambar menjelang detik-detik terakhir kelas saya.
Saya berdiri di belakang, nombor 4 dari kiri. Kebetulan masa ni ramai pulak yang tak datang atau lewat datang. Kalau tidak, ada 27 orang kesemuanya yang berjaya sampai ke akhir Semester 6.
Antara aktiviti kami yang terakhir sebelum ini adalah praktikal sembelihan.
Kesemuanya 2 ekor kambing dan 30 ekor ayam di sembelih.
Kemudian kami upah pengusaha kafeteria memasakkan untuk kami.
Proses menanggalkan kulit kambing yang telah di sembelih.
Kalau pandai caranya, sekejap jer kambing tu dah tak tinggal seurat benang.
Saya tolong potong daging kambing. Sembelihnya orang lain.
Saya tak sampai hati untuk menyembelihnya. Tapi ayam kenalah buat.
Saya tak sampai hati untuk menyembelihnya. Tapi ayam kenalah buat.
Pelajar wanita juga turut menyembelih ayam. Berjaya.
Tak ada ayam yang tak mati kena sembelih.
Manalah tahu kot-kot ada yang terbang selepas di sembelih.
Tak ada ayam yang tak mati kena sembelih.
Manalah tahu kot-kot ada yang terbang selepas di sembelih.
Praktikal Menguruskan Jenazah .. oleh kerana tak ada siapa yang sukarela nak jadi mayat, Ustaz yang kreatif membuat dummy ni.
Punyalah besar kepala dia !
"Mayat" yang sudah siap di kafankan.
Hari ini berkongsi dengan pelajar Diploma Usuluddin
kami mengadakan jamuan perpisahan.
Saya sedang menunggu giliran untuk makan tengahari yang
enak-enak belaka terutamanya rendang
Tiga daripada pelajar perempuan yang tegar sedang bersembang selepas makan - maklumlah ini hari terakhir.
Entah bila pula lagi dapat bersama dalam suasana begini.
(Saya telah mendapat keizinan untuk menyiarkan gambar ini dari mereka)
Namun begitu, kursus DEPS belum selesai sepenuhnya. Peperiksaan akhir akan di adakan pada 27, 28 Nov dan 4 dan 5 Disember akan datang. Seterusanya akan ada pula majlis penyampaian diploma. Kalau saya berjaya dapatlah saya naik ke pentas menerima diploma nanti. Insyallah.
Untuk itu kenalah saya mengulangkaji dengan tekun dan kerap. Maklumlah otak pun dah pakai lama. Saya mohon doa kalian supaya saya dapat menempuhi peperiksaan dengan jayanya.
Untuk itu kenalah saya mengulangkaji dengan tekun dan kerap. Maklumlah otak pun dah pakai lama. Saya mohon doa kalian supaya saya dapat menempuhi peperiksaan dengan jayanya.
Selepas ini sehingga selesai peperiksaan, harus saya makin jarang dapat melawat dan memberi komen kepada entri pengunjung dan follower.
Maaf jua yang dapat saya pinta.
Maaf jua yang dapat saya pinta.
.
Salam Bang HAMZAH,
ReplyDeleteterlebih dahulu tahniahhhh...!
tabik dengan usaha Abang (wpun bg setengah orang) sudah dewasa sangat utk kembali ke kampus, tapi mencari ilmu tak kira umur kan?
Semoga terus menjadi contoh dan model, tidak kpd orang setidak2 kepada keluarga anak cucu...
Semoga sukses dalam exam nanti, jangan lupa kongsikan gambar istimewa dgn jubah nanti tauuu..
Psstttt... nak tanya, kalu lulus tu nanti jadi apa? Imam kah?
atau sekadar belajar utk diri sendiri?
Yesss...!
ReplyDeletesaya jadi orang pertama, kan Bang?
AZIEAZAH
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
SAYA JAWAB TERUS. SAYA AKAN KONGSIKAN GAMBAR JIKA LULUS NANTI. UNTUK DIPLOMA TAK PAKAI JUBAH, CUMA PAKAI BAJU MELAYU.
SAYA BELAJAR CUMA UNTUK KEGUNAAN SENDIRI SAHAJA.
TAHNIAH KERANA JADI ORANG PERTAMA.
Salam THJ..
ReplyDeleteMoga tuan haji sihat hendaknya..
Tahniah! Bolehlah lepas ni buat tazkirah dalam entri seterusnya..
Selamat menghadapi peperiksaan :)
ReplyDeleteSalam tn haji, selamat menduduki exam. Insya Allah success!!
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteayahanda
moga tenang..
moga dapat jawab ngan tenang
moga beroleh kejayaan
amin...
salam ziarah..tahniah tuan haji...hebat tuan haji..lepas ini, bole la saya panggil bagi ceramah kat surau saya ye...tp jangan plak tuan haji letak rate mahal2 ikut gred plak heheheheh....
ReplyDeleteSalam bang.
ReplyDeleteInsyaAllah saya doakan abg dan rakan2 berjaya dlm peperiksaan akhir tu dan dapat naik pentas utk menerima diploma.
Kambing 2 ekor dan ayam 30 ekor dimakan oleh 27 org pelajar? Masih tak cukup ke sehingga kena tambah rendang dhob ooppss lembu?
smoga berjaya menempuh peperiksaan dan menamatkan kursus dgn cemerlang, dpt naik pentas amik skroll..
ReplyDelete(seronoknya zaman2 blajar kan..bila time blaja nk keja, bila dh keja rasa nk blaja blk..)
Kenapa tak ada yang sanggup nak jadi mayat..?
ReplyDeletesemoga en al lulus cemerlang, bukan senang nak habiskan kelas hujung minggu selama tempuh itu
ReplyDeleteselamat memasuki dewan peperiksaan nanti uncle....
ReplyDeletejangan lupa sediakan baju sejuk setebal-tebalnya selain ilmu yang penuh didada...
gud luck...
Salam..
ReplyDeleteUM ke Tuan Haji?
Xtau pun sblm ni,saya kat UM gak fakulti Undang2..
Semoga berjaya dlm xm nt yer..
Kagum tol saya ngn Tuan Haji nih..
Ini la yg naikkan smgt org2 muda utk terus menuntut ilmu..Chayokk!!!
Tahniah..usaha dan semangat yg patut dicontohi..
ReplyDeleteTahniah Uncle.
ReplyDeletebest kalau dapat belajar lagi..
salam en hamzah... hajar nak ucapkan selamat menghadapi peperiksaan & semoga en hamzah dipermudahkan dlm menjawab semua soalan & berjaya dgn jayanyer... Amin...
ReplyDeletet jangan luper kongsikan pic2 en hamzah pakai jubah tau... :)
tahniah ats kejayaan itu.. kagum dengan semangat yang ditunjukkan..
ReplyDeleteALL IN ONE
Semoga berjaya tuan. Amin
ReplyDeleteSalam THJ semoga sihat selalu...
ReplyDeleteTahniah dan semoga berjaya dan terus berjaya...
Dulu masa exam saya tengok murid sebelah... bukan salah saya, kementerian yang suruh sebab kat bawah kertas soalan tu diorang tulis
"Sila Lihat Sebelah..."
salam dari me yg jauh dimata tuk abg amzah ittewww..
ReplyDeleteABD RAZAK
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
SAYA TAK BERANILAH USTAZ. SAYA BELAJAR HANYALAH UNTUK MEMBERIKAN KETENANGAN KEPADA DIRI SENDIRI.
ANIF
ReplyDeleteTERIMA KASIH ANIF.
BLURR33
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU.
CHEQNA
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN DOA ITU. AMIN.
ROM
ReplyDeleteSAYA TAK BERNIAT NAK MENGAJAR SESIAPA .. SAYA BELAJAR CUMA UNTUK MENDAPAT KETENANGAN KEPADA DIRI SENDIRI YANG SERBA KEKURANGAN.
YB
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
TERIMA KASIH ATAS DOA ITU. HARI KENDURI LAUK KAMBING DAN AYAM DAN JAMUAN PERPISAHAN ITU ADALAH PADA HARI YANG BERLAINAN.
selamat 'studi smart' wahai THL ku...
ReplyDelete:)
JEJARI HALUS
ReplyDeleteBELAJAR NI SELAGI KITA BERNAFAS .. MAKIN BANYAK KITA BELAJAR, MAKIN BANYAK KITA TAHU APA YANG KITA TAK TAHU.
RELEVAN
ReplyDeleteSOALAN ITU KENA TANYA KEPADA MEREKA YANG PERNAH JADI MAYAT !
DAUN BIDARA
ReplyDeleteMEMANG BUKAN SENANG .. UNTUK ITU SAYA AMAT BERSYUKUR KEPADA ALLAH KERANA DIBERI KEKUATAN DAN KESIHATAN UNTUK SAMPAI KE TAHAP INI.
AIN
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU.
BAJU SEJUK DAN AIR MINERAL MESTI DI BAWA .. TANG ILMU TU PASTI BELUM PENUH LAGI.
CIK SHINJU
ReplyDeleteYA, BENAR KAT UM.
AWAK KAT FAKULTI UNDANG-UNDANG TU BUAT APA .. BELAJAR KE MENGAJAR ?
PAKCIKLIE
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN TU .. TAPI TAHNIAH TU TERLALU AWAL, BELUM LULUS LAGI.
AUJINZ
ReplyDeleteTAK ADA APA YANG MENGHALANG KITA DARI TERUS BELAJAR KECUALI KEINGINAN.
HAJARUS
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN DOA ITU. KALAU BERJAYA NANTI, SAYA TAK PAKAI JUBAH, TAPI BAJU MELAYU JER SEBAB BUKAN BUAT IJAZAH.
NUR
ReplyDeleteSAYA BELUM BERJAYA LAGI .. PERIKSANYA HUJUNG BULAN INI. APP-APA PUN TERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU.
POK LI
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN DAN DOA ITU.
RKA
ReplyDeleteSALAM KEMBALI.
KEMENTERIAN TAK TULIS 'SILA LIHAT ORANG SEBELAH'
TERIMA KASIH ATAS UCAPAN ITU.
EN_ME
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS UCAPAN DARI ORANG JAUH DI MATA.
DRSINGA
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS GALAKAN DR ITU .. ADA APA-APA UBAT BOLEH MEMBANTU MENGUATKAN INGATAN TAK ?
Saya belum layak mengajar,
ReplyDeletehuhuh..belajar lg..
Gud luck xm nt..
Semoga dipermudahkan segala urusan.. :)
lepas ni boleh ambil pengajian lain plak..
ReplyDelete.
.
pasti terisi masa :D
tahniah! bila nak belanja donat?? eh eh eh :D
tumpang tanya :
ReplyDeletekenapa kebanyakan lelaki bila bergambar, mesti tangan tu nak letak atas perut??
errmmmmm...
sila rujuk gambar ke 1
Uwaaaaaa......
ReplyDeleteTerkejut tengok kepala 'mayat' ungu yang besar tu!!
CIK SHINJU
ReplyDeleteOWH .. MASIH BELAJAR DI UM. SAYA MULA2 MASUK UM TAHUN 1974. SAYA PERNAH BUAT SATU ENTRI TENTANGNYA. KALAU BERMINAT SILALAH BACA KAT SINI.
http://al-lavendari.blogspot.com/2010/05/terkenang-semasa-dulu-universiti-malaya.html
KTS 1
ReplyDeleteRASANYA NAK BEREHAT DULU .. DAN NAK MULA HOBI MEMANCING YANG DAH AGAK LAMA DITINGGALKAN.
SAYA TERINGIN SANGAT NAK BELANJA AWAK DONAT. KITA JUMPA KAT DUNKIN DONAT, MINES NAK?.
KTS 2
ReplyDeleteSAYA PUN TERTANYA2 JUGA. MUNGKIN TERBAWA2 PERBUATAN DALAM SEMBAHYANG KOT !
SAYA PUN KALAU BERGAMBAR SUKA BUAT GITU. MACAM SUDAH TABIAT SEMULA JADI PULAK.
TIE
ReplyDeleteTU SEBAB AGAKNYA DIA JADI MAYAT. HEHE