Monday, December 5, 2011

FESYEN ORANG MARAH.


Selalunya hari Isnin orang cepat marah. Orang putih kata 'Monday Blues'. Sebabnya barangkali letih berjalan pada hari Sabtu dan Ahad masih belum hilang atau tak puas bercuti atau mancing tak dapat ikan. Sehingga ada orang kata,  kalau beli kereta baru cuba elakkan beli kereta yang dibuat pada hari Isnin atau Jumaat. Hari Jumaat kerana pekerja teruja hendak bercuti dan kerananya buat kerja pun mungkin cincai sahaja.

Rasanya tiada siapa di antara kita yang tidak pernah marah. Pandai marah adalah satu ciri orang  normal. Kalau ada orang yang tak pernah marah atau tak pandai marah, orang itu bolehlah dikatakan abnormal atau luar biasa.

Ada banyak sebab kita marah. Biasanya kita marah disebabkan angkara orang lain. Tapi kadang2 ada juga kalanya kita marahkan diri sendiri akibat kebodohan kita membuat pertimbangan atau pilihan.

Sebenarnya ada banyak fesyen orang marah. Antara dua ekstrim fesyen orang marah ialah:

Pertama:  Fesyen terjerit-jerit dan mengeluarkan perkataan yang kurang manis di dengar atau perkataan yang tak ada dalam kamus. Kadang-kadang harta benda dia juga turut menjadi mangsa.

Kedua:  Fesyen membisu seribu bahasa. Bagi orang yang faham dengan fesyen dia marah, ia memang meninggalkan kesan. Tapi bagi yang tak reti bahasa, lagilah dia suka.

Selalunya orang yang sedang marah, lupa apa yang dia cakapkan. Misalnya kalau dia marah kat anaknya mungkin akan keluar ayat begini ..

" berambus kau dari sini .. aku benci melihat muka engkau termasuk  keturunan kau ..  emak ayah engkau pun aku benci"

Tengok tu, sampai terlupa yang dia adalah ayahnya.

Selalunya orang akan menyesal selepas marah. Tapi kadang-kadangn ada juga orang menyesal sebab tak marah. Saya pernah begitu. Dah sampai rumah baru teringat nak marah.

"Ish .. kenapa aku tak marah si Mamat tu tadi" 


Anda semua pernah marah tak ? Kalau pernah, apakah fesyen anda marah ? 



60 comments:

  1. Entri PAkcik bt sy tergelak sbb kelakar. Tapi Pakcik, 'pejerhabta' tu ape?

    ReplyDelete
  2. saya kalau marah hentak kaki~keh keh~

    ReplyDelete
  3. X kan tak pernah marah. Tapi sbb yg berbezakan.

    ReplyDelete
  4. Bila saya rasa marah saya akan diam tapi akhirnya akan menangis sendiri sebab tak dapat nak marah. Tapi kalau dia terus-terusan membakar boleh sampai menggigil2 mempertahan hak.

    ReplyDelete
  5. salam uncle, ayat yg bawah tu macam ayat bonda saya.bila dah balik rumah baru dia cakap..naper mak tak jawab camni tadi ye..naper mak tak marah ye..eh, geram juga bila dia hanya berdiam orang buli dan malukan dia.tapi cara itu bagus sebab tak tercetus perbalahan kan uncle?


    kalau saya marah pasti saya diam.so hati2 bila saya diam, marah la tu~~malangnya bila diam ramai yg tak paham2 saya sedang marah.geramnyer!

    ReplyDelete
  6. hehe entri kelakar

    saya punya fesyen marah kedua-duanya, bergantung kepada siapa dan apa yang menyebabkan saya marah...

    eg, macam pagi tadi, dahlah kakilima rumah penuh sampah sarap akibat ribut ptg semalam (yg ni saya tak marah pasal kerja Tuhan, kan?), sekali tu ada terselit jugak si "taiku" salah seorang jiran tu...

    sesekali bolehlah pakai feseyen kedua, kaalu dah terlalu selalu, berbunyi jugaklah wlp saya tau jiran tu akan sumbat kedua telinganya ngan tuala wanita gaknya..tu pasal tak pernah endah kesusahan saya...

    yg lain2 tu, bagi saya marah dalam diam lebih memberi nikmat dikemudian hari. Wat per nak bising2, orang tak suka selebihnya dapat dosa...

    saya belajar : yg marah tu pun satu nikmat sebenarnya, samada nak disimpan, atau dilambakkan dua2 ttp ada baik dan buruknya. Saya pilih untuk simpan dalam banyak kemarahan..

    pilihan di tangan memasing kan pakcik...

    ReplyDelete
  7. saya ingtkan fesyen marah tu macam pakai baju kurung, atau baju melayu atau gaun. heheheh~~~~

    ReplyDelete
  8. saya kalau marah kan..kan..kan..

    saya senyap jer..kira macam perang dingin..lebih kurang mcm kontrol cun..eceh..

    ReplyDelete
  9. salam kenal dan dofollow sini
    siapa tak pernah marah.. mesti pelik kan... tapi kuantiti kemarahan dan darjah kemaharan tu yg perlu kita perbaiki.. makna jgn mudah marah tak tentu pasal yg tahap2 gila tu...

    ReplyDelete
  10. saya kalau marah fesyen ke-2. hehe

    ReplyDelete
  11. Saya lebih senang mendiamkan diri, tapi ibarat lahar yang terpendam, bila dimuntahkan panasnya membara. :)

    ReplyDelete
  12. Yea! Dah boleh baca dan komen blog pakgah guna hp.

    pakngah saya rasa saya ada dua2 ciri fesyen marah yang pakngah nyatakan. Kalau dengan anak2 adakalanya jeritan manja saya memang keluar, tapi kalau dengan srd saya suka diam seribu bahasa. Dan dia sangat tak suka kalau saya diam, dia kata itu bukan saya...hihi.

    ReplyDelete
  13. SAYA MACAM2 JENIS MARAH PUN ADA.. TAPI SAYA JENIS TIDAK MENYIMPAN. KALAU SAYA MARAH BERERTI SAYA SAYANG.. MARAH ANAK KERANA SAYANG, MARAH ISTERI KERANA SAYANG, MARAH KAKITANGAN JUGA KERANA SAYANG.. KALAU DAH MARAH, HABIS BEGITU SAJALAH. TAKDE NAK BENCI-BENCI KERANA SAYA TIDAK SUKA MEMBENCI ORANG. BIARLAH ORANG KATAKAN DIA ITU INI, TAPI SAYA TIDAK AKAN MEMBENCINYA.. KALAU ORASNG MEMBENCI SAYA, SAYA AKAN TERASA JUGA TETAPI IA AKAN HILANG BEGITU SAJA. BAGI SAYA, HIDUP INI HANYALAH SEMENTARA, KITA BUATLAH APA YANG KITA SUKA. BUAT APA NAK BENCI MEMBENCI ANTARA SATU SAMA LAIN. KALAU KITA MATI DITANAM, DAH TIADA APA LAGI YANG TINGGAL.

    ReplyDelete
  14. salam tuan rumah.. best gak n3 ni.

    fesyen marah kita memang pelbagaikan.. ada tgk kita marah kat apa/siapa.. ada yg marah tepaksa kontrol(Psal marah dgn bos!)ada yg tak pyh kontrol(cth: Marah dgn anak)

    marah dgn kecualian sendiri paling payah. sebab xde sapa kita nak blame selain diri sendiri. kalau marah bos kita boleh blame bos(wlaupun dlm ati jer atau ngadu kat kwn) marah kat anak kita bleh piat telinga anak. tapi marah kat diri sendiri? ha.. sendiri jwb :)

    ReplyDelete
  15. saya, kalau saya marah saya membebel. keh keh keh

    ReplyDelete
  16. saya selalu marah kat hasben jer.. kat orang lain jarang marah... tanda senang, muncung 3 kaki..

    ReplyDelete
  17. kalo paling ekstrim....barang yang berdekatan jadi mangsa....

    ReplyDelete
  18. Kalau saya diam tu tandanya saya marah, tp selalunya org tak faham. Pernah jugak pot pet pot pet bila marah, tp selalunya lepas tu saya yg menangis, bukan org yg kena marah tu...jd lebih baik la saya marah dlm hati jer.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum Tn Hj..,

    Dulu memang saya ni "Baran"...,tapi dah dewasa ni taklah macam tu lagi....dua-dua fesyen tu ada mengikut siapa,bila dan kenapa.... kalau boleh nak buang dah marah-marah yg ekstrim...Insyaallah...aaminnn

    ReplyDelete
  20. " berambus kau dari sini .. aku benci melihat muka engkau termasuk keturunan kau .. emak ayah engkau pun aku benci"

    Hihihi, bukan ditujukan kepada al-lavendari. Cuma nak kata, si bapa yang bunyikan kemarahan di atas tu tak layak marah. Sebabnya, dia biul dalam mengenalpasti orang-orang yang sepatutnya dimarahi. Entah skrip drama mana dia plagiat!

    ReplyDelete
  21. saya nk citer je. terlalu marah kat teksi driver yang sah2 menipu. ada jln dekat bawak jln jauuuuh...
    tak leh pandang kat rambut dia. rasa nk tarik2 tpi.......ingat kat Allah jelah

    ReplyDelete
  22. saya kalau marah..tak terkata..air mata je keluar..sampai menggil tangan dek geram..lepas tu melarikan diri untuk mengelakkan perkataan yang tak sepatutnya keluar.tu kalau dengan orang..kalau dengan suami dan anak2 membisu seribu bahasa.haa tu marah la tu.

    ReplyDelete
  23. Salam Pak Ngah..wahhh sudah ramai pengunjung blog Pak Ngah ya..Tahniah... gaya bahasa yang bersahaja dan diselang seli dengan humor membuatkan ramai pengunjung suka membaca entri Pak Ngah...

    Marah? tengok dengan siapa saya marah... Kalau dgn suami saya berdiam diri aja..itu lebih selamat... takut nanti terkeluar pula kata2 yg tidak sepatutnya, nanti dah masuk kategori menderhaka pulak kpd suami kan kan kan ...banyakkan berisgtifar saja...
    begitu juga jika orang lain..tengok keadaan dan tengok tempat.. Jika perlu dimarah pada masa tersebut..mungkin akan marah tapi saya cuba elakkan dari mengeluarkan kata-kata yang tidak elok didengar... lagipun diri sudah semakin berumur ni dah tak larat nak marah2 sangat... sebab selalu sesak nafas kalau marah2 ..nanti darah tinggi pulak ..lebih baik gantikan dgn beristighfar..

    ReplyDelete
  24. Hehehe..lawak la fesyrn marah smpai lupa ke diri tu.. ;p

    Kiai Hj Abdullah Gimnastiar (ntah betul x ejannye ni) atau A'aa kata,
    Bila rase marah - SABAR,DIAM,MOVE..

    Kalau kena marah plak -
    Bersyukur kerana bukan kita yang marah,kesian kpd si pemarah krn dia bertambah dosa..

    Yun suka tgk rancangan dia kat oasis tu...

    ReplyDelete
  25. FARA

    TERIMA KERANA TERTAWA. KERANANYA UNCLE DAH BETULKAN. MAKLUMLAH ENTRI YANG DIPOS PADA HARI ISNIN. HEHE

    ReplyDelete
  26. BUJAL X

    PAKCIK INGATKAN HENTAK KEPALA.

    ReplyDelete
  27. 'sifat marah' saya dulu dan sekarang dah lain..

    dulu.. baran. sekarang dah kewl..sejak jadi ibu ni, fesyen marah pun lebih kepada ibu mithali gitu.. heheee

    tapi ayat yang last tuh mmg kelakar lah..menyesal sebab tak marah? hehee~

    ReplyDelete
  28. CIKGU SHIKIN

    SESEKALI KENA LEPASKAN JUGA KEMARAHAN ITU SECARA BERSOPAN. KALAU TIDAK DIRI SENDIRI YANG MERANA.

    ReplyDelete
  29. LYDIA MIZA

    SALAM KEMBALI.

    ITULAH CARA UNCLE UTK ELAKKAN PERBALAHAN. KALAU NAK CARI GADUH MEMANG SENANG.

    KALAU AWAK MARAH AWAK DIAM. UTK BERI TAHU ORANG, BARANGKALI ELOK BUAT PELEKAT YG TERTULIS "SAYA SEDANG MARAH" DAN LEKATKAN KAT BAJU.

    ReplyDelete
  30. QUEENIE

    PAKCIK PERNAH TENGOK ADA ORANG YANG MARAH ANAKNYA DENGAN EKOR MATA SAHAJA, TAPI ANAK SUDAH MENGERTI. DAN NAMPAKNYA IA SANGAT BERKESAN.

    ReplyDelete
  31. GADISBUNGA

    KIRANYA AWAK SUDAH TERKENA DENGAN TAJUK ENTRI INI YE ! KALAU NAK MARAH UNCLE, SILA PILIH MARAH FESYEN KEDUA.

    ReplyDelete
  32. MAKDAR TERDIVA

    LEBIH BAIK GITU .. AMAN DUNIA.

    ReplyDelete
  33. AIMANIMAN

    SALAM KEMBALI. TERIMA KASIH KERANA SUDI FOLLOW. BENAR .. YG MEMBEZAKAN SESEORANG ITU DENGAN ORANG LAIN IALAH CARA DIA MENGAWAL KEMARAHANNYA.

    ReplyDelete
  34. KAKCIK

    KALAU TAK DIMUNTAHKAN, MAU TERBAKAR USUS !

    ReplyDelete
  35. YUS

    MEMANG KADANG2 BERDIAM DIRI MERUPAKAN SENJATA YANG SANGAT AMPUH. TAPI ADA KALANYA KENA JUGA BERBUNYI.

    ReplyDelete
  36. FAIRUS

    ITU ADALAH SIFAT YANG BAIK. LET FORGIVE AND FORGET. BUAT APA NAK DENDAM2 KAN !

    ReplyDelete
  37. NONG ANDY

    SETUJU .. MARAHKAN DIRI SENDIRI LAGI SUSAH NAK HILANG. YELAH NAK LEPASKAN KAT SIAPA. KADANG2 TU ADA ORANG TERLALU MARAH DENGAN DIRI SENDIRI SAMPAI TAMPAR2 PIPI SENDIRI.

    ReplyDelete
  38. ELL

    KALAU AWAK MARAH SAYA BIARKAN JE MEMBEBEL .. DAH LETIH NANTI MESTI AWAK BERHENTI SENDIRI.

    ReplyDelete
  39. ANAA

    SAYA KONFIUS .. ORANG LAIN MUNCUNG 2 KAKI JER .. AWAK SAMPAI TIGA.

    ReplyDelete
  40. JEDI

    BARANG SENDIRI KE BARANG ORANG ?

    ReplyDelete
  41. UMMI

    MARAH DALAM HATI TU TERGOLONG DALAM FESYEN KE 2.

    ReplyDelete
  42. AZMNOR

    ALAIKUMSALAM

    SAYA PUN SAMA. DULU BOLEH TAHAN JUGA BARANNYA. BILA DAH TUA DAN BERCUCU NI, MARAH TU DAH BOLEH KONTROL.

    ReplyDelete
  43. ABANG TEMUK

    TULAH SEBAB SAYA KATA ORANG TENGAH MARAH KADANG2 DIA LUPA APA YANG DIA CAKAP DAN LEPAS TU MENYESAL.

    ITU DIALOG MAKDARA YANG DIA PLAGIAT.

    ReplyDelete
  44. SKY IS BLUE

    MUNGKIN DIA NAK TUNJUKKAN KAT AWAK TEMPAT2 MENARIK KOT !

    ELOKLAH TU INGATKAN ALLAH.

    ReplyDelete
  45. ACIK ERNA

    MAKNANYA KALAU ACIK MARAH, TAK KIRA DENGAN SIAPA, ACIK MEMILIH UNTUK BERDIAM DIRI. BAGUSLAH BEGITU. TAK ELOK KALAU LAWAN TARIK2 RAMBUT DI KHALAYAK RAMAI. MALU KAT ORANG.

    ReplyDelete
  46. NURAZZAH

    TERIMA KASIH ATAS PUJI2AN ITU. SAYA TULIS PERKARA KECIL2 SAHAJA.

    SEBENARNYA ORANG YANG PALING KUAT DAN BIJAK IALAH ORANG YANG DAPAT MENGAWAL KEMARAHANNYA .. DAN SEBALIKNYA.

    ReplyDelete
  47. HANA FAZA

    KALAU ITU BERKESAN .. TERUSKAN.

    ReplyDelete
  48. CIK SHINJU

    MEMANG ORANG YANG HEBAT KALAU KENA MARAH, DIA BERSYUKUR. UNCLE NAK CUBA BELAJAR LEPAS NI. BIAR ORANG YANG MARAH TU NAIK HERAN DAN BEKATA ..

    "BUANG KARAN JE AKU MARAHKAN DIA"

    ReplyDelete
  49. FATIN MRAZ

    BUNYINYA KELAKAR .. TAPI IA BENAR2 TERJADI KAT SAYA. KIRANYA BANYAK KALI JUGA. DAH SAMPAI RUMAH BARU TERFIKIR YANG KITA TAK SALAH.

    ReplyDelete
  50. emm saya dulu suka tulis dlm diari pak cik...saya luahkan sgl amarah saya...kalau tk pun saya membebel-bebel sorsng kat belakang janji tkde orang dengar..plg best saya sental daki2 lumut kat bilik air smpai kilat,,pehhh leganya hati :)

    ada jumpa org marahkan anaknya kata anaknya keturunan ba alif ba ya tp dia tk sedar yg dia tu ibunya...kalau marah apa2 pun boleh...hmmm moga belum terlambat utk dia bertaubat...

    ReplyDelete
  51. Salam Pak Ngah

    Patutlah semalam saya asyik marah sepanjang hari.. rupa-rupanya hari Isnin gamaknya.. :)

    ReplyDelete
  52. MAYA MAYANA

    PELIK JUGA FESYEN AWAKA MARAH. TENTU EMAK AWAK SUKA SEBAB BILIK AIR SEMUANYA BERSIH.

    TENTANG ORANG YANG KATA ANAKNYA KETURUNAN BA ALIF TU, TERUK BETUL ..

    ReplyDelete
  53. GEDEK

    SERUPALAH KITA .. KAN BATU TU BISU !

    ReplyDelete
  54. NIDA

    APA YANG MENYEBABKAN AWAK MARAH SAMPAI SEPANJANG HARI .. TENTU BERAT KESNYA.

    LAIN KALI KALAU NAK MARAH, KURANGKANLAH SIKIT .. SEKERAT HARI SUDAHLAH !

    ReplyDelete
  55. saya tak pandai marah


    .
    .











    ..








    .
    .



    .
    .



    ya! tipu!

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.