Daun Bidara ada menulis dalam entrinya yang terkini bertajuk "Orang Pendek". Mari kita sembang-sembang. Kalau orang, kita nak kata pendek ke rendah ?
Siapa yang tak kenal Ibrahim Pendek. (Kini Allahyarham). Tapi dia patut di panggil pendek ke rendah ? Pendek lawannya panjang, manakala rendah lawannya tinggi. Saya rasa dia tu rendah sebab dia tak tinggi.
Mari kita bincang perkara ini guna komensen sahaja sebab saya tak tahu nak bincang dari sudut ilmu bahasa. Saya rasa selama ini kita terkeliru menggunakan sifat pendek untuk menerangkan sifat orang. Perkataan pendek sepatutnya di gunakan untuk menerangkan sifat sesuatu benda apabila ia dalam keadaan horizontal (mendatar). Misalnya sungai ... kita tak kata sungai itu rendah. Sebab sungai itu sifatnya mendatar. (Kita juga guna istilah pendek untuk menerangkan sifat yang abstrak. Contohnya umur atau akal. Kita kata, orang itu umurnya pendek kalau dia mati muda atau akalnya pendek kalau dia mati eksiden sebab merempit).
Manakala istilah rendah pula digunakan untuk menunjukkan sifat sesuatu benda dalam keadaan vertical (tegak). Misalnya pokok. Orang tak kata pokok itu pendek kalau ia tidak tinggi. Orang akan kata pokok itu rendah. Sebab pokok itu sifatnya tegak. Tapi kalau dia sudah jadi balak yang terbaring, barulah kita kata balak itu pendek.
Tapi mengapa pula kita kata orang itu pendek kalau dia rendah atau tidak tinggi? Sepatutnya kita kata dia rendah. Selain dari itu manusia ini juga berbeza dengan benda. Bezanya manusia ini dengan balak (benda) ialah manusia ini kalau berdiri atau berbaring, kita sepatutnya tetap kata dia rendah, bukannya pendek? Maknanya Ibrahim Pendek itu kita sepatutnya panggil Ibrahim Rendah, samada dia berdiri atau berbaring. Tapi tak sedap pulak bunyinya.
Boleh terima tak hujjah saya ni? Kalau boleh terima ... siapakah agaknya orang yang mula-mula guna atau beri istilah pendek kepada Allahyarham Ibrahim Pendek?
Kalau tak boleh terima pun, tak apalah. Jangan pulak fasal istilah pendek ke rendah kita nak gaduh pulak. Nanti orang kata kita pendek akal ...!
.
entri ini panjang dan juga tinggi infonya walaupun hanya membincangkan tentang pendek & rendah.
ReplyDeleteyg penting bunyinye tidak sumbang.
vote for rendah utk manusia.. pendek tu kepada benda..
ReplyDeleteSalam Tuan,
ReplyDeleteEntahlah kadang2 isu bahasa ni boleh membuatkan kita pening kepala. Contoh ada yg kata goreng pisang dan ada yg kata pisang goreng.
Panjang akal..
ReplyDeleteTinggi budi...
Rendah hati...
Pendek nyawa...
Antara simpulan bahasa Melayu...yang pasti punya alasan mengapa memilih kata 'panjang,pendek,tinggi, rendah' itu....
Psst: Saya tinggi kerana saya tak rendah....
en al,
ReplyDeleteperkataan pendek ini lebih menerangkan maksud 'rendah' jika kita tujukan kepada orang. e.g "rendahnya dia"
bila kita kata macam ni, kita cuma bayangkan rendah sikit saja, tapi bila kita kata
"penDEKnya dia"
maka orang akan terbayang betapa rendahnya orang itu.
Terpulang pada maksud dan niat tertentu .
ReplyDeletedalam ruangan Sakit Pakar Tuan , kelolalan Dr. Ismail Thamby pun gunakan perkataan 'PENDEK' kanns..
ada orang kata PENDEK
ReplyDeleteada orang kata KONTOT
ada orang kata KATEK
ada orang kata CETEK
..." ala dia tu macam ayam serama !!!"
..oo ya,..sy teringat dodulu kat kg saya orang seperti Ibrahim Pendek dipanggil anak empak-empak !!
( Cikgu xiinam pernah dengar tak ???)
Salam bang, mcm cikgu B. MELAYU lak abg..mcmana dgn pendek kata bang? Asyik pendek jo yg berkato, yg panjang tak kato apo2 ko?. Buleh buek tajuk n3 bang...
ReplyDeleteSalam Bang,
ReplyDeleteSaya dah siap tulis komen tiba2 bila nak hantar tenet pulak DC. Rupa2nya anak saya cabut wayarnya masa bergaduh dua beradik tu.
Ini yg dikatakan pendek akal agaknya huhuhu
trimas for da info..
ReplyDeletebagaiman pula dengan KERDIL?
ReplyDeletegrrrrrr
pendik dipahang juga dikenali sebagai pandak. contoh ayat : Kayu yang panjang sahaja yang kita guna, yang "pandak pandak" bolehlah dibuat kayu api.
ReplyDeleteMr Penyubiru
ReplyDeletekenyang sungguh ..baru balik kenduri doa selamat.. ada kambing golek. ramai juga orang yang rendah saya jumpa kat situ.
che'pit
ReplyDeleteawak sendiri rendah ke tinggi ?
aidah
ReplyDeleteusah fikirkan sangat2 sampai pening.. semalam baru saja saya tulis tentang apa perlu di sebut kepala kalau pening. apa lagi yang boleh pening kalau bukan kepala !
xiiinam
ReplyDeleteorang tinggi ni selalu pening, kurang oksijen, sebab darah susah nah naik.. betul ke ?
daun bidara
ReplyDeleteen al juga di panggilnya. orang dah tukar nama dah ! betul juga cakap awak tu ! tapi tinggi rendah atau panjang pendek ini relatif. saya kalau pergi ke German misalnya jadi rendah, tapi bila berdiri sebelah makngah nya tiba2 jadi tinggi pulak.
saya ada tanam pokok bidara di belakang rumah saya .. rendah lagi sebab belum tinggi !
sekarang da xkeliru dah lepas baca entri ni...
ReplyDeleteliNda
ReplyDeletesaya tahu apa yang awak fikirkan. saya nak cerita satu kisah benar. pakcik saya rendah orangnya. dia ada restoran. saya pernah ikut dia pergi pasar. amoy-amoy yang jual ikan di situ semua kenal dia. masing2 panggil "pendek, pendek, mari sini, ikan semua cantik2 baru naik punya". Tak tahu kenapa hari tu mood pakcik saya tu kurang baik. dia marah kat amoy itu seraya berkata "mana awak tahu pendek, awak ada nampak ke ?" lalu pakcik saya kena baling dengan seekor ikan kembong dek amoy tu.
ikan emas
ReplyDeletetak pernah pula saya dengan anak empak-empak tu. kampung awak kat mana ? awak kata dah kenal saya kan .. saya ni tinggi ke rendah ikut ukuran umum orang Melayu Malaysia. saya tahu macamana awak tahu nama saya terlebih dulu... mesti awak perhati betul nama saya dalam surat khabar dalam entri saya sebelum ini kan ? tahniah awak soerang sahaja yg dapat detect nama saya kat situ.
annie
ReplyDeletekalau yang panjang kata, orang semua lari tak nak dengar sebab mesti lama baru nak habis.
yb
ReplyDeletedia cabut wayarnya sebelum awak baca atau selepas awak baca entri saya. jangan kata macam tu kat anak2, sebab nanti orang tanya "anak siapalah yang pendek akal tu".
orang lidi
ReplyDeleteyup !
blueCITY
ReplyDeletekerdil tu merujuk kepada orang yang rendah dan tak gemok. kalau dia rendah dan gemok orang panggil montel.. tak gitu ?
endiem
ReplyDeletedi kampung saya pendek orang panggil 'short' atau 'shorty'. hehe
wah! satu pembelajaran berguna ni!
ReplyDeleteTQ
yup! manusia rendah
salam uncle hamzah,
ReplyDeletebezanya dua ajer, satu kata nama dan satu lagi kata sifat....
apa yang kita bincangkan sekarang adalah mengenai orang...
jika merujuk kepada orang itu dr segi identiti @ pengenalan diri (nama) maka kita menyebutnya 'orang pendek'...
jika perbincangan kita berkisar sifat orang itu, maka sah-sah la sifat dia 'rendah'....
pendapat ni saya main bantai ikut logik jer, kang marah plak pakar bahasa.....hehehe...
rasa ornag kita guna perkataan mengikut kesedapan ayat tu kot...
ReplyDeletetapi kalau ikut nahu pendek adalah merujuk kepada benda dan rendah adalah untuk yang hidup
orang pendek ni rugi kalau ajak pegi petik buah manggis.
ReplyDeletependek - sifat kata... Pendeta Za'aba dalam Pelita Bahasanya ada menyebutkan: Sifat kata boleh sahaja diguna-pakai kepada kedua-dua nama dan benda... (kalau dalam ilmu fiqh, hukumnya adalah harus...) wallahuaklam...
ReplyDeletesharamli
ReplyDeletehati awak memang terang dan akal awak pun tak pendek !
sl TEDI
ReplyDeleteawak mungkin rendah dari segi fizikal, tapi sifat penyayang awak adalah tinggi !
ain
ReplyDeletesaya nak tergelak bila habis baca komen awak. di perenggan2 sebelum perenggan terkahir itu bukan main serius lagi .. hujung2nya main bantai juga macam saya .. hehe
mamai
ReplyDeletekalau pendek untuk benda dan rendah untuk yang hidup .. termasuk bangunan ke ?
one zaba
ReplyDeletesetuju .. tapi kalau kita nak sekeh dia, payah sikit kalau dia lari bawah rumah !
perindu malam
ReplyDeletebaguslah awak ni. siang2 lagi dah keluar. malam nanti baru dapat kenal identiti kot.
tentang kata zaaba tu, mesti lah betul.
En Hamzah,
ReplyDeletei) sy bukan lahir kat negori, sini tumpang cari makan n bayar zakat saja.
ii) benar..sy dok telek,teropong dekat-dekat..siap eja lagi!! sebab tu antara kerja penyebok ikan emas !!!
iii) tinggi ke rendah?..
jawapannya ,
-mestilah tinggi sebab abg hamzah duduk kat bukit,saya duduk kat kampung david becham bukan kat german!!
babah mana? babah mana? kena rujuk babah ni.
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteGelaran pendek tu mungkin sebagai nama 'glamour' zaman dulu-dulu. Selain pendek orang sebelah utara ni sebut 'kemetot'...
ikan emas
ReplyDeleteselalunya ikan emas orang perhatikan bila dia berenang2 dalam akuarium. sekarang saya pula macam kena perhatikan oleh ikan emas. awak duduk kat kg. David Bekam, senanglah nak shopping .. dekat dengan Centrepoint kan !
tapi komen awak no. ii tu betul2 membuat saya tabik dgn awak.
abu muaz
ReplyDeletebabah mungkin tak nak datang kat blog merapu macam blog ni agaknya ! kita sama kita tak boleh selesai ke ?
shaniza
ReplyDeletepanggilan kemetot tu pun popular juga di peringkat kebangsaan. tak tahulah samada orang yang di panggil kemetot tu terasa hati ke tidak ? kalau dia tak suka, jangan panggil macam tu. mungkin kita boleh panggi dia kiut ke kan ?
pendek dan rendah...., bingung aku....
ReplyDeleterubiyanto
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi betandang dari jauh ke blog saya. tapi maaf kerana membingungkan awak pada lawatan kali pertama. oh ya, juga terima kasih kerana sudi menjadi follower saya.
salam
ReplyDeletesetuju sangat dengan en hamzah (hehe... senang nak eja compare nama dulu)
tp tu la, bahasa ni memang kadang2 memeningkan
rosnanie
ReplyDeletenama saya sekarang ini rendah je berbanding dengan nama dulu !
eh!eh! kisah pendek pula..
ReplyDeletelazimnya panjang lawannya pendek,
tinggi lawan rendah..
kadang2 penggunaan kata-kata ini main sedap aje..dan terikut-ikut itulah betapa kaya bahasa kita, yang ada kekecualian..
p.s. nak tau dialek atau loghat (pelet) di kapong(Kampung) ana pendek disebut pandak jadi arwah ibrahim PANDAK le jadinya.. tapi dema(mereka) tetap panggil ibrahim pendek..itulah tempat lahir ana di sik nun di sana.
anNahlu
ReplyDeleteSaya tak selesa guna istilah pendek kepada orang. baca komen balas saya kepada LiNda, kalau nak tahu kenapa.
Dari gambar awak, saya yakin Ibrahim Pandak lebih rendah dari awak.
Tak kisahlah lah tinggi ke rendah, asalkan bila berjalan kaki jejak ke bumi !