Saturday, January 9, 2010

LAGI SIAPA BOLEH KITA PERCAYA ...? ANAK !

Amaran:
Harap maklum, entri ini ditujukan khas kepada anak-anak yang seperangai dengan Dr. PhD seperti yang dikisahkan dalam keratan akhbar di bawah. Kali ini entri saya agak panjang, sebab kandungan entri ini agak emosional sikit.
Susah betul nak cari siapa yang boleh dipercayai, sampaikan nenek pun ada yang tidak boleh kita percayai. Kalau begitu nampaknya kita terpaksalah mengadu kat anak kita. Takkan lah anak sendiri pun tak boleh kita percaya kan?
Tapi semua anak boleh percaya ke ? Tak ada ke anak yang halau ibu bapa dari rumah yang telah diberikan oleh ibubapa kepada mereka? Adaaaa ! Anak tu tak sekolah kot ? Sekolahhhh! Kesnya sampai masuk mahkamah. Dan keputsannya anak tersebut telah ... "Di arah sara ibu bapa sepanjang hayat"
(Berita Harian - 5 November 2009)
Seremban: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan seorang pensyarah universiti yang berkelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) dan suaminya memberi nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat. Sila ambil perhatian ! Mahkamah tersebut tidak memerintahkan supaya ibu bapa ... "Menyara anak-anak sepanjang hayat". Kenapa sampai begitu sekali ? Sampai mahkamah membuat perintah. Memalukan betul ! Ini bukan lagi tuduhan atau dakwaan. Akhbar ini melaporkan keputusan mahkamah. Maknanya kejadian ini adalah betul, sahih dan boleh dipercayai. Sampainya hati anak yang ada Phd dan bergelar Dr. tu menghalau ibubapanya dari rumahnya yang mana rumah tersebut diberikan oleh ibubapa beliau.
"...dan pada tahun 2002, Kassim (bapa Dr. tersebut) memindah pemilikan tanah kepada defendan (Dr. tersebut) selepas mereka (Dr. tersebut dan suaminya) berjanji antara lain menanggung nafkah plaintif (iaitu ibu bapa Dr. tersebut) selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu ...".
Itulah sedikit cabutan dari laporan akhbar berkenaan. Saya rasa tuan-tuan dan puan-puan serta adik-adik dan anak-anak sekelian telah mengikuti kes di atas. Kalau pun tidak secara terperinci tetapi sekurang-kurangnya pernah dengar. Pada mulanya saya tak berapa nak percaya. Takkan lah tergamak seorang anak yang terpelajar sanggup menghalau ibubapanya dari rumah yang diberikan oleh ibubapanya. Macam tak masuk akal. Tetapi setelah tahu ia adalah kisah benar, saya jadi amat tersentuh, sakit hati, geram, terkilan dan sayu dengan kisah tersebut. Dan bila mahkamah telah membuat keputusan demikian, saya amat gembira dan bersetuju dengan perintah mahkamah tersebut. Namun begitu ketahuilah wahai anak-anak, walaupun kamu memberi nafkah kepada ibu bapa kamu sepanjang hayat sekalipun, masih tidak terbayar segala jasa dan pengorbanan ibu bapa terhadap kamu.
Lebih-lebih lagi kepada sesetengah anak-anak zaman sekarang ! Pengorbanan atau pertolongan mereka kepada ibu bapa mereka rasanya tidaklah sebesar anak-anak orang dahulu. Anak orang dulu-dulu, di samping belajar mereka juga terpaksa membantu ibubapa bersawah, menoreh getah, menjadi nelayan, membantu berniaga, mengembala lembu dan sebagainya. Kadang-kadang sebahagian duit biasiswa atau pinjaman yang seciput itu pun diberikan kepada ibubapa. Anak-anak sekarang dah bekerja pun masih ramai yang terpaksa di bantu oleh ibu bapa.
Dan bagaimana pula balasan sesetengah daripada mereka. Kalau ibubapa minta tolong buat sesuatu, mesti bertangguh. Misalnya kalau minta basuh kereta dia jawab "petang karanglah" atau kalau nak pinjam kameranya, dia boleh jawab "orang nak pakailah". Dia tak tahu ke bahawa semasa mereka kecil atau bersekolah dulu, ibu bapa mereka tak pernah bertangguh kalau di minta untuk dihantar wang atau diminta dibelikan sesuatu. Ibu bapa sanggup meminjam atau bergolok bergadai untuk memenuhi keinginan dan kehendak anak-anak. Ibu bapa tidak akan tidur lena selagi kehendak anak mereka tidak ditunaikan.
Ada seorang kawan saya mengadu kat saya tentang perangai anak perempuan tunggalnya. Anaknya bekerja dengan salah sebuah syarikat swasta yang tersohor. Kawan saya kesunyian lalu dia menelefon anaknya untuk berbual-bual. Anak dia jawab apa, "daddy, adik tengah sibuk ni ... boleh call lain tak". Hancur luluh hati kawan saya itu. Saya ajak dia buat blog, tak ndak pulak dia.
Alaa ... Itu perkara kecil. Buat apa nak dibesar-besarkan. Perkara sekecil ini pun, ibubapa sudah terasa hati, apa lagi perkara-perkara besar seperti menengking, menampar, memukul, mencederakan dan ada sampai yang membunuh ibubapa. Saya tahu sangat perkara ini memang ada terjadi sebab nature kerja saya sekarang ini adalah dalam jalur ini.
Bukan nak kata atau mengungkit, sesetengah ibubapa sekarang lagi susah menjaga anak-anak berbanding dengan ibu-bapa dulu-dulu. Masa dulu-dulu, anak-anak mereka main lepas sahaja. Pergi sekolah berjalan kaki berbatu-batu ... pergi sendiri, balik tidak berjemput.
Anak-anak sekarang, pergi sekolah, ada ibubapa yang hantar dengan kereta sampai ke pintu bilik darjah. Itu tak masuk kena hantar tuisyen lagi ! Bila dah berkahwin dan beranak, ada ibu bapa yang diminta menjaga anak-anak mereka. Ibu-ibu dulu lain, dia pergi sawah atau menoreh getah, anak-anak di kelek atau didokong di belakang. Pendeknya ramai ibubapa sekarang mula-mula sahaja jadi ibubapa, kemudian jadi drebar dan seterusnya naik pangkat jadi bibik atau orang gaji. Lebih malang lagi, kemudiannya apabila kudrat mereka tidak diperlukan lagi atau menyusahkan mereka dengan pelbagai penyakit, ada anak-anak yang tergamak menghantar ibubapa mereka ke rumah orang-orang tua. Bila ibu bapa telah mati, pandai pula berebut-rebut harta dengan adik beradik. Aduhai !
Berbalik kepada kisah Dr. PhD tadi. Rumah yang dia duduk tu emak ayah dia yang berikan. Kemudian dia membalasnya dengan menghalau emak ayahnya dari rumah tersebut. Ini anak orang ke, anak apa ni ?
Habis tu, kalaulah anak-anak juga tidak boleh di percayai ... ADAKAH SESIAPA LAGI YANG BOLEH KITA PERCAYA ...?

37 comments:

  1. sedih kan bang? sedara terdekat saya pun ada yg perangai cenggini. siap nak antar bapak dia kat oldfolks lagi.

    ReplyDelete
  2. cis anak bedebah !!

    maaf tuan, saya sungguh beremosi ketika baca n3 and ditambah pulak dengan situasi yg dihadapi oleh kawan tuan mengenai anak tunggalnya .Kembang kempis hidung saya menahan marah . Berkepul-kepul asap keluar dari telinga .

    But right now, setelah beristigfar.. saya cool and anggap inilah adalah ujian terbesar yang dilalui oleh kedua ibubapa yang bertuah tetapi mendapat anak yang 'malang' .

    Apapun .. saya percaya. Walau sejahat manapun anak itu . Doa Ibubapa tetap mengiringi perjalanan hidup anak2nya .


    Moga Allah beri Hidayah dan pengampunan kepada 'sara dan suaminya ' serta 'anak tunggal' kawan kepada tuan itu .


    note : pujuklah lagi kawan tuan buat blog sendiri . At least dia ada rakan - rakan alam maya yang akan beri dorongan dan sokongan serta mendoakan kebahgiaan keluarganya . Insyallah .

    ReplyDelete
  3. anak macam ni kalau tahu perangan dia macam ni bila dah besar, kecil2 dulu benam dalam kolam ikan!

    ReplyDelete
  4. honestly saya pernah terlakukan spt anak kwn u tu to my mum. I regret my whole life. I x realized pun i hurt her until my elders bro told me. I still remembered the time i mohon ampun to her she keep on crying sebab dia kata i seolah2 keluarkan dia dr hidup i.

    Oh God, truely i was so shocked that time. Tak terlintas pun sebenarnya utk buat begitu. I pleed for her forgiveness. I even cried. And since that day i realized how important is "work life balance" dan until today i try my very best to implement it.

    It is not easy for me actually with my working attitude..but i know kalo i nak spend masa dgn those who luvs me (and i luv them too) bila lagi? sisa2 hidup kita bukannya panjang..betul tak Al-Lavendari..

    ReplyDelete
  5. tijah
    tahniah jd org pertama komen. abg pun tak tahu apa nasib abg nanti.

    linda
    saya boleh memahami kenapa awk marah begitu rupa. tapi saya tak dapat bayangkan macamana asap berkepul2 keluar dari telinga !

    ReplyDelete
  6. sltedi
    kita pun tak tahu apa kesudahan hidup dia. yg lebih penting dalam hidup ini bukan permulaan tetapi pengakhiran. saya kata lebih penting bukan tak penting.

    finaz
    sungguh saya terkesima dgn kejujuran awak. tak apa, ibu awak pasti telah atau akan memaafkan awak. jangan bimbang, awak masih belum terlambat lg untuk berbakti kpd dia.

    ReplyDelete
  7. Salam..
    Kes mcm ni byk berlaku bukan setakat cerita hindustan (sebiji mcm kisah dr phd ni) yg pernah saya tonton lama dulu.
    Amat malang manusia begini.. ada Phd bukan bermakna beriman! Kadangkala yg susah melarat tu lebih ambil berat hal mak bapa dia sbb dia merasakan kesusahan yg ditanggung ibubapa..
    Anak ada Phd ni mungkin senang sepjg hidup dia (mak bapa dia yg tanggung)dan rasakan mak bapa ni nk susahkan hidup dia..
    Semoga Allah memberikan pengajaran setimpal kpd anak sebegini sebagaimana Allah beri pengajaran kpd Juraij (seorg alim, kesalahan dia.. tak jawab panggilan ibunya sewaktu solat sunat) yg akhirnya mengalami kesukaran dan fitnah akibat tidak menjawab panggilan ibu saja!
    Bayangkan di neraka mana letaknya anak derhaka spt ini nanti?..nauzubillah!
    Hanya keampunan drp kedua ibubapa sajalah yg akan menyelamatkannya drp azab neraka..

    ReplyDelete
  8. Salam Tuan,
    Mak sy selalu cakap anak zaman sekarang ni susah nk kita duga. Apa2 pun selamatkan diri kita dulu. Memang ada kebenarannya. Kadang tu dh diberi cukup pendidikan dunia dan akhirat pun sanggup buat org tua cam gitu. Hari tu sy gi kelas agama, ada sorg kakak ni, dia kata dia suka berjalan ngan hubby dia. Dh berpuluh negara they all lawati. Sy kata ada duit takpelah. Dia kata bukan apa hubby dia kata masa hidup ni apa nk buat, buat lah sebab takut bila mati nanti tinggal duit banyak2 tak aman duk dalam kubur.Takut anak2 gaduh rebut harta. Sampai macam tu sekali zaman sekarang ni

    ReplyDelete
  9. Salam. Inilah sebahagian anak-anak yang telah menempah tiket ke neraka. Iktibar yang boleh kita pelajari ialah "berdoa kepada Allah supaya jangan menjadi anak durhaka seperti itu".

    ReplyDelete
  10. dunia dah akhir zaman..mcm2 kes skrg ni.. mak bapak sendiri pun ada yg sanggup bunuh.

    ReplyDelete
  11. teruk betullah kan pakcik org zaman skrg...org yang mengandungn bela dia sampai berjaya..mcm ni dia wat..aduhhhh...pakcik nasihat sikit..

    ReplyDelete
  12. ni yg suspen nih, sapa yg nk kita percaya ye dlm dunia ni.. takpe.. takpe sy percaya pd tuhan

    ReplyDelete
  13. pernah baca kisah ni, begitulah manusia. Bagaimanapun semakin tua kita semakin memaafkan.

    ReplyDelete
  14. semoga saya dan kita semua akan jadi anak yang baix dan berbakti kpd kedua org tua ... dapat perintah mahkamah suh bayar nafkah pun, luka dihati mereka bdua x mungkin sembuh!


    Cisss!!

    ReplyDelete
  15. Tuan mencoretkan suatu pesanan yang sangat baik.Memang ramai ibu dan bapa hari ini terguris hati angkara percakapan anak-anak.Kepada anda yang mempunyai anak-anak peringkat rendah mungkin anda tidak bertemu lagi masalah sperti yang ditulis ini.
    Tunggulah anda sendiri akan terkejut dan terkedu suatu hari nanti angkara percakapan dan perbuatan anak-anak.

    ReplyDelete
  16. Salam...
    sedih bila memikirkan sikap n perangai manusia-manusia akhir zaman.
    Tapi...bila dikenangkan...itu lah akibat apabila dunia dipuja, akhirat di pinggirkan...agama diperlekeh, dipersenda..modenisasi diagong-agongkan...
    "Dunia hanya persinggahan, bagi mendapatkan bekalan menuju dunia(akhirat) yg pastinya kekal abadi".

    ReplyDelete
  17. Apa nak komen ni?

    Dah la kita tgh sedihsayu dgn kes trajis di gemenceh tu tetiba baca lak n3 ni...kes diNS jgk...ish ish ..

    Ingat iklan raya tu??

    p/s: Lepas ni nak percaya sape lagi ?...mesti komensen nak tulis fasal 'isteri' sb minggu ni byk kes isteri..

    ReplyDelete
  18. Masa saya baca kat suratkabar hari tu saya kata
    "kecik2 tak nak mati dah besar menyusahkan emak bapak."

    ReplyDelete
  19. shaniza
    saya percaya ibunya akan ampunkan ... ayahnya tak tahulah.

    aidah
    sampai begitu sekali kebimbangan kakak tu !

    mybabah
    saya harap tidak ada yang mengikut jejak langkah Dr tu !

    ReplyDelete
  20. fadzilah
    mahu tak mahu kena juga hadapi !

    atie
    kita nak gi mana ? tempuhilah dengan hati2 !

    muhamad arif
    pakcik tak ada PhD !

    ReplyDelete
  21. maiyah
    terus, tetap dan teguhkan kepercayaan itu.

    Daun Bidara
    saya harap sama2lah kita memaafkan kesalahan anak2 kita.

    frodo
    pandai awak menyelami hati orang tua !

    ReplyDelete
  22. abu muaz
    saya tak nak tambah apa2 lagi ke atas komen awak.

    adilah
    tapi ada orang ingat dia bukan seperti musafir ...

    dila
    yg moden lebih teruk lagi ... sampai kena perintah mahkamah

    ReplyDelete
  23. ikan emas
    awak lagi sedih kan, sebab ns kalah ...

    sharamli
    bagus ..semoga menjadi menantu yang baik juga nanti !

    YB
    awak pun geram macam saya jugak ya !

    ReplyDelete
  24. Saya pernah mengikuti ceramah 'pengurusan harta pusaka & wasiat', oleh seorang majistret Mahkamah Syariah. Pelbagai kes yang menyedihkan sebenarnya terjadi di antara keluarga, terutama fasal hubungan anak dan ibu bapa yang hancur keana harta pusaka.Nauzubillahiminzalik.....

    Kalau sudah hati dikuasai rasa tidak puas hati terhadap ibu bapa, akibat perkara-perkara dunia begitu......masihkah ada doa dari bibir anak-anak itu untuk ibu bapa mereka.....terutamanya kalau ibu bapanya sudah berehat di mahligai syahdu 'bertiang dua'?

    Semoga Allah kurniakan kita anak-anak yang sentiasa mendoakan ibu bapanya'! Amiiin.

    ReplyDelete
  25. Itulah realiti dunia sekarang, pabila terlampau mementingkan kepentingan duniawi. disini baru kita tersentak bahawa betapa pentingnya pendidikan agama dititikberatkan bagi anak-anak, bagi memastikan perkembangan akedemik mereka perlu sejajar dengan input agama yang sebenaranya dapat membentuk anak menjadi insan cemerlang tanpa melupakan nilai-nilai kemanusiaan kerana ia telah terkandung dalam ajaran Islam yang syumul..... meskipun anak yang berjaya memiliki segala-galanya namun mereka tetap miskin kerana tidak mendapat restu dan redha ibu bapa...persetan bagi mereka kerana memilih diri untuk menjauhi pintu syurga..

    ReplyDelete
  26. xiiinam
    saya juga khuatir jika anak2 tidak mendoakan semasa kita sudah tiada nanti kerana di waktu itu kita tidak boleh berbuat apa-apa lagi utk menambah amal.

    masterzizoul
    mmg benar pendidikan yg seimbang kpd anak2 itu amat penting. diharap ibubapanya sudi memaafkan dosa2 anaknya.

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum

    GGGgggrrrhhhkkkk!!!!! Hulllkkk!!!!
    Marah ni kat DR. PHD yg buat owangtua dia gitu. Gerammnyer.. Mama pernah gak dok seketika dgn arwah ibu yg dah tak larat jalan sakit lutut. Bila ibu pergi mama sedey..nyesal naper mama tak buat yg lebih baik dari selalu. Naper mama tak shampoo kan rambut dia 2-3 kali seminggu atau naper mama tak suapkan makan ke mulut nyer setiap hari. Arwah ibu sebenarnya seorg yg pemalu... sangat pemalu. Kalu sehat sangat rajin memasak kat dapur. Bila mama suapkan biskut ker roti ke mulutnyer..dia cakap tak payah...dia boleh suap sendiri. Sebenarnya mama nak bermanja dgn dia macam iklan biskut kat tv tu...celup...jilat dan makan biskut tu. Mama suka nyakat ibu, sikat rambut ibu yg tinggal sikit tu. Mama suka main2 uli perut ibu yg putih melepak cam dough roti. Anak2 mama pun suka main perut opahnyer.... Ibu dah tiada... huwaaaaaaa.....

    ReplyDelete
  28. wah. lame xdgr cte kt msia. ermmm. macam2 zama skrg ni~ da nak kiamat~

    ReplyDelete
  29. mamawana
    saya pun begitu juga .. sering diburu perasaan terkilan kerana merasa ada kekurangan melayan ibu di waktu hayatnya dulu.

    fatihah
    macam2 cerita karut marut berlaku di Malaysia. cerita yang baik2 pun banyak juga.

    ReplyDelete
  30. ini lah kisah sitanggang zaman sekarang...

    makin educated makin hilang kasih sayang dan peri kemanusiaan...

    percaya pada balasan tuhan

    mungkin sitanggang itu akan diperlakukan begitu oleh anak2 nya nanti?

    ReplyDelete
  31. Kes anak buat tahana kat ibubapa pula ke... kecoh-kecoh dunia ni. N3 Tuan Aji siapakah yang patut kita harap/percaya ini.... ni kisah antara kisah-kisah sedih dalam masyarakat yang tak ikut nilai/norma masyarakat... Nak tau Phd tu bidang apa?.. U mana... awat buat malu aje..Syabas mahkamah/kerajaan yang telah berperanan dalam keharmonian masyarakat ( Selesaikan kes ni). Dengan itu kes macam ni patut jadi pengajaran pada ibubapak dan anak-anak, yang mana anak-anak satu hari nanti akan jadi makbapak.. jika depa buat tahana kat makbapak ari ni... besok-besok anak depa lihat.. tak mustahil anak-anak depa buat balik pada depa pula( masa tu gelaran anak-anak dan jadi makbapak) dunia ni bulat ibarat roda dan pepatah bapa borek anak rintik...kut2 terjadi.

    Bab anak tunggal tu.. usahlah kita sebagai makbapa yang menjadikan anak kita ke taraf derhaka.. macam ni... kita tau bahawa anak-anak dengan makayah ni nak kata ouh! pun tak boleh.. apa lagi yang lain.. oleh itu makayah kena membentuk hubungan dan minta yang anak-anak boleh laksanakan... contoh mudah kadang dalam rumah kita boleh buat satu-satu kerja ambil cawan ke, tutup lampu ke.. slow fan ke.. dan sebagai... tapi minat nak suruh anak .. dan anak jawab kejab.. suruh akak le, atau macam-macam alasan... tu dah di kira melawan.. derhaka... berat tu... maka perkara macam ni boleh di elak dengan makbapak buat sendiri atau kita tahu yang anak betul-betul boleh buat baru suruh...konfom makayah tahu anaknye macam mana...e.g 4 anak zuriat kita lahir dari perut ibu yang sama tapi perangai tak sama kan... oleh itu setiap anak tu unik, semuanya berbeda dan layan lah mereka berbeda tapi penuh hikmah.. yang jadi makbapak lani akan jadi atuknenek... bila ada cucu.. orang kata hubungan atuknenek dan cucu naik kepala pun tak pa... sampai makbapak pada cucu atuknenek tadi nak tegor pun payah betul ke komenSen . syabas N3 yang berQ dan ada pengajaran.

    ReplyDelete
  32. blueCITY dan anNahlu

    betul ... "what goes around comes around".

    ReplyDelete
  33. salam kenal....pernah terbaca dan alasan si anak Phd yg derhaka ni gaji dia tak cukup...rezeki yg tidak di baktikan kepada kedua ibubapa memang tak akan pernah cukup...rezeki yang tidak berkat. Moga kita tidak jadi seperti itu

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.