Wednesday, January 27, 2010

DEDAH IDENTITI ...!


Berita Harian, 24 November 2009.

"Dedah identiti : Penulis blog perlu berani bertanggunjawab"

Itulah tajuk besar rencana di atas. OK, saya bercadang untuk menyahut cabaran tersebut, mula-mula dengan memberitahu nama saya yang sebenar (walaupun Yunus Badawi dah tahu lebih awal) !

Selepas entri saya yang bertajuk "TAK MENGAPA KAN SAYA BERAWAK-AWAK ?" (klik) bermacam-macam gelaran orang panggil saya. Antaranya abang, pakcik, mr, kanda, awak, sayang, tuan, encik, Abang L, Abang aLv, AL dan sebagainya. Che'Pit minta izin nak panggil saya ayah ! Saya tidak izinkan lagi ! Ikan Emas semua gelaran di panggilnya, ikut suka dia saja. Apa pun yang awak panggil saya, saya akan tetap berawak-awak juga.


Selingan. Bila saya merayau-rayau sekali sekala ke dalam blog orang-orang muda mereka gunakan korang. Agaknya ringkasan kepada engkau orang atau lu olang. Sekali fikir ada juga betulnya. Mungkin juga itulah panggilan yang paling tepat. Ada ke yang bukan orang yang membaca entri ini ?

Berbalik kepada panggilan kepada saya yang bermacam-macam dan mengelirukan itu, saya bercadang nak gunakan nama penuh saya yang sebenar. Tak mahu lagi guna nama samaran al-lavendari. Selain dari memudahkan panggilan kepada saya, saya juga ada beberapa alasan lain kenapa saya teringin hendak guna nama sebenar:

1. Tak nak kecikkan hati arwah ayah yang susah2 bagi nama.
2. Ada orang silap faham ... dia orang ingat al-lavendari (al) tu sama dengan blogger Anaklaut (AL) yang popular tu.
3. Pemaju perumahan Lavender Heights telah mungkir janji. Dulu dia janji nak bagi RM 1 juta kalau saya promote Lavender Heights. Saya dah letih promote. Habuk pun tadak! Tu sebab nama taman kat menara jam kat atas tu sengaja saya padamkan !

4. Nama al-lavendari tu tak berapa nak ada unsur ke Melayuan.

5. Nama al-lavendari tu susah nak eja.

6. Nama al-lavendari tu susah nak sebut. (silap2 ...ada bunyi Tamil sikit)

7. Nama al-lavendari tu murah/mahal rezeki. Pakcik Nuffnang tak beri satu sen pun lagi.

Jadi lepas ini saya bercadang nak guna nama sebenar saya iaitu Hamzah. Dan nama penuh saya ikut kad pengenalan ialah Hamzah bin Abd Hamid atau singkatannya HAH. Tapi jangan sebut HAH tu kuat-kuat, takut nanti orang sebelah terperanjat ! Kalau nak panggil kan senang .. Abang Hamzah, Pakcik Hamzah, Encik Hamzah, Kanda/Dinda Hamzah. Ikutlah nak panggil apa asalkan nama Hamzah tu ada.

Perhatian: Ejaan nama ayah saya A.b.d sahaja bukan A.b.d.u.l. Kalau Abdul ada orang kata itu singkatan nama pertubuhan Angkatan Buaya Darat Udara dan Laut pulak !

p.s. saya tetap akan berawak-awak juga walaupun panggilan korang lebih tepat kerana saya suka dan ada orang suka.. katanya satu klik ! ... kecuali Abang Temuk dan Abang Sena Creek (setakat ini) !

44 comments:

  1. betul le nama yang mak ayah bagi tu memang yang terbaik...
    gunakanlah..tu . ana pun suka. dan tak terselindung lindung..
    Pernah ana dengar apa ada pada nama ... tapi... namalah yang pertama disebut dan amat bermakna kan..
    Masa tonton filem P Ramlee...dulu2 ada tentang huruf ta dan huruf ba pada NAMA TUAH... apa jadi bila ditukar hurufnya...dah tengok filem tu?.. berapa kali agaknya.
    tunggu ana tukar kepada nama sebenar anNahlu kepada a......z.....-....-..nama yang mak ayah berikan 29 tahun yang lalu dari 20 tahun terkemudian jadi... berapa tahun agaknya... jawab jangan tak jawab????..

    p.s..syabas nama HAMZAH dan Umur?..senang bila nak panggil dengan gelaran sekali...

    ReplyDelete
  2. kalau kat pahang sah orang panggil "mezah"

    ReplyDelete
  3. HAHAHHAHAHA ~
    wa ttp nak guna Frodo Baggins
    biar org tertentu jer tau nama wa
    agagaggaaga


    >>___<<


    ok arr bro hamzah!
    tp allavendari mmg ada ketamilan skit. agaggagaga .. kdg tbayang bunga lavender jugak.

    ReplyDelete
  4. anNahlu
    tahniah kerana hari ini jadi orang pertama komen. tapi jangan tuntut hadiah pulak ! tapi anak saya cukup susah nak sebut huruf hamzah bila mereka mengaji .. terkebil2 matanya tengok saya. itu dulu2lah masa mereka mula2 mengenal huruf jawi/Arab.

    p.s. tetapi saya tak pasti samada nak letak juga nama a-lavendari atau tidak selepas nama saya kerana nama al-lavendari itu banyak nostalgianya.

    ReplyDelete
  5. trime kasih tuan coz dh bgtau nama sebenor..apepun, den raso namo al-lavendari tue dh trademark namo tuan bukannya nama taman perumahan tuan..tuan kne mintak royalti dr pemaju perumahan tuan tue tau..klu tak, tuan tukar je name blog tuan kpd tuanhamzah kan..

    ReplyDelete
  6. tp kalo sy tukar/guna nama betul..ilang plak identti merempit saye...camno? ngeee

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. Salam AL,
    Setuju pendapat AL. Nama yg diberi oleh mak/ayah tu nama rasmi dan terbaik. Biasanya untuk tujuan penggunaan rasmi.
    Bagi tujuan lain, lain la pulak kan. Heh heh.
    Dalam dunia penerbangan nama pesawat, nama flight, nama pilot ada code tertentu. Sama la macam nama pena dan lain lain.
    Hmmm Asma ul Husna ? hmmm ni tentu AL lebih pakar.
    Kekadang tu kan, bila identity sebenar dah diketahui, rasa tak syok la pulak. Tah la.. lain orang lain cara pandang.
    Apa pun AL, keep up your good effort in upkeeping this friendly blog.

    Sena Creek.

    ReplyDelete
  9. Salam Kanda Hamzah..

    saya tetap nak letak Kanda juga kat depan tu walaupun seandainya terbabas boleh jadi KANDAR! :)

    ReplyDelete
  10. Salam Bang AMJAH...hikhikhi! bleh panggey cenggitu tak? sbb ada orang panggey saya AJIJAH... tak glamour langsung..!

    Saya tak kira sangat bab nama ni wpun masa mula2 klik dulu ingatkan pompuan dan apa yg terlintas adalah mesti peminat LAVENDER means peminat PURPLE mcm saya gak..

    apapun saya tetap suka nama Abg HAMZAH, sbb ada “z”...

    *buat ANNAHLU > saya rasa anda berusia 49 tahun... right?

    paling tak suka bila ada yg guna “ANONYMOUS” pastu selamba badak jerrrr nak tembak orang guna bahasa kesat... tak bermaruah langsung tuh...

    ReplyDelete
  11. lavender tu merujuk kat tempat tinggal di lavender hight...

    saya tak kisah pun nama mana atau pangilan apa pun...

    dan saya tak hide apa2 pasal back ground saya semua ada kat profile

    ReplyDelete
  12. salam

    hahhahahhah

    en hah rupanya,
    heeeeeeeeee

    Kalau Abdul ada orang kata itu singkatan nama pertubuhan Angkatan Buaya Darat Udara dan Laut pulak !

    ayah saya nama abdul
    ekkekek

    habis tuh, lapas ni nak kena panggil apa ya?
    heeeeee
    saya akan panggil en hamzah la ya, sebagai menghormati org yg lebih lama ni, heeeeeeee

    ReplyDelete
  13. 0k..panggil pakcik hamzah erk lepas ni...hu3

    ReplyDelete
  14. oh ya, saya juga ada kenalan di lavender hight,
    bekas tentera udara gitu
    lalallala

    ReplyDelete
  15. WAAHHH!!!NAMA NYA ENCIK HAMZAH RUPANYA!

    SEDAP NAMA TU.

    bagusla berani menyahut cabaran. wa ni x reti nak dedah identiti.. takut kena tangkap.

    ReplyDelete
  16. Helo Azieazah,
    Kalau tak tembak orang, macam saya ni ok la kan ?

    Sena Creek.

    ReplyDelete
  17. ana pernah dengar dan jumpa penulisan orang dulu2 guna nama atas penulisannya iaitu nama datuk mereka dan tempat tinggal mereka sekali...atau namanya dan tempat asal mereka ...
    p.s..cantik tu nama hamzah al-lavendari ada kelas la...
    --
    bagi azieazah betul le tu baru 49t
    masih muda kan.

    ReplyDelete
  18. pasni hajar nak panggil ngan panggilan encik hamzam moleh..??? hehehe...

    sedap nama en hamzah ni rupernyer ek...

    EN HAMZAH BIN ABD HAMID :D

    ReplyDelete
  19. Hamzah adalah seorang sahabat nabi.

    ReplyDelete
  20. hahahahaaaa...

    opps. itu saya ketawa bang. bukan mengajuk taw...

    panggey OEB ok kot? orang eteh bukit. hehhe...

    ReplyDelete
  21. Salam Tuan Hamzah,

    1st time panggil nama sebenar macam kelakar lak. Tapi apa2 pun nama yg diberi oleh ibu bapa tulah yg elok digunakan. Sy lak tak reti nk berahsia2 . Blog sy pun sekadar suka2 je, so sy guna je nama sebenar sy. aidah tu nama dlm IC sy Omeer tu nama suami sy. Tapi nama sebenar suami panjang. Malas nk taip, hehehe

    ReplyDelete
  22. AL,
    Saya rasa ada perbezaanya antara nama dengan identiti. Camne ?

    ReplyDelete
  23. Ermmm... penjenamaan semula .

    Saya tetap nak panggil...

    owh Tuan Hamzah ... tuan hamzah... tuaaaan hammmmzah.... zzzzzzzz

    ReplyDelete
  24. Salam 1 Malaysia kepada Encik Hamzah yang dihormati...

    Adalah saya dengan hormatnya memperkenalkan diri saya sebagai...

    ...jangan biarkan diri diselubungi misteri!!

    ReplyDelete
  25. ANONYMOUS @ Sena Creek..

    at least U berani juga letak nama (nick)... Peaceeee...!

    ReplyDelete
  26. seorang jiran rumah lama dulu nama dia hamzah, daun panggil dia bapa tapi en al tak suka orang panggil bapa kan?

    ReplyDelete
  27. baru semalam ngajar Imran (my youngest) kenal huruf Hamzah hehehe.. Lepas nih bila baca alif ba ta akan teringat awak lah yer.. sebab lepas lam alif - hamzah..
    tak gitu? hee..

    p/s: i'll stick with 'awak' je ok!
    p/s lagi: nice name u hv there anyway..

    ReplyDelete
  28. Most people like to use a nickname coz they want to be anonymous esp. amongst bloggers, facebookers and twitters. Artists and writers are also the same. This has been a trend since the Viking or slavery time.Two categories of nicknames,first is a self-given and second is given by other people(mostly funnies). Cth: Mat Gemuk refers to a fat man, Man Sebuk refers to a person who is busybodying. Yang susah nya yg 2nd one ni la payah nak tukar..(beyond our control). Ape-ape pun x kesah lah asal kite x susahkan orang lain.

    Antique man

    ReplyDelete
  29. Salam abg Hamzah..
    Nama yg sedap dan mengingatkan saya nama sahabat Rasulullah SAW yg syahid di medan perang.
    Shaniza adalah nama saya yg dipendekkan...^_^

    ReplyDelete
  30. hehe.. en hamzah ke, bleh pnggil en kan

    ReplyDelete
  31. Saya masih nak panggil abg.

    HAH tu kena keluarkan suara dari halqum ke abg?

    Nasib baik bapa saya pandai beri nama saya Yunus. Jadi singkatan nama saya jadi YB hehehe (jgn jeles abg)

    ReplyDelete
  32. Pemaju LH tu janji nak bagi abg sejuta? Hari tu dia kata nak bagi saya sepuluh ribu sbb saya ada tulis sikit tentang LH tu tapi habuk pun tarak.

    Jadi kalau sepuluh ribu tak boleh bagi jgn haraplah nak dapat sejuta muahaha

    ReplyDelete
  33. oklah abg. Saya nak pergi melawat kawasan (blog) lain. Takut ada yg kecik hati saya asyik kat sini.

    Lagipun bukan dapat air minum duduk sini lama2 huhuhu

    ReplyDelete
  34. Betul lah abg AL..nama AL Lavendari lebih elok dari nama AL Capone..

    ReplyDelete
  35. ANNAHLU...

    ya memang muda.. muda sangat lagi tuu...
    tapi saya lagi mudaaa..! hahahaha...

    ReplyDelete
  36. salam...
    En. Hamzah....abang saya pun namanya Hamzah...so senang le nak ingat...
    adilah..adalah nama, dulu, kini dan selamanya...

    ReplyDelete
  37. kepada semua pemberi komen yang budiman.

    terima kasih banyak-banyak. saya amat menghargai segala pandangan, usikan, gurauan ataupun apa sahaja yang di coretkan. namun saya minta maaf kerana tidak dapat menjawabnya satu persatu seperti biasanya walaupun hati ini meronta-ronta untuk berbuat begitu. ini disebabkan sehari dua ni saya agak sibuk sedikit dari biasa atas urusan peribadi dan juga rasmi. insyallah saya akan membuat satu entri khas bagi memberikan pandangan balas saya ke atas komen2 yang telah di beri .

    ReplyDelete
  38. ooooo ok pakcik HAH..
    sy HAB (kalau nama ikut kad pengenalan)..

    tercicir keretapi lak sbb baru je balik outstation mlm tadi)

    hmm kalau ayah HAH? tak boleh gak ker? ngeh ngeh ngeh..

    ReplyDelete
  39. hihihih..saya suka baca alasan yang no 3 tu.

    Ok lepas ni saya akan panggil Uncle pakcik Hamzah. lagipun usia pakcik Hamzah setahun saja lebih tua dari emak saya. Memang dah pangkat ayah ni...

    ReplyDelete
  40. Cantik nama.. but then saya dah terselesa bahasakan "Uncle". Ok la kan?

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.