Video 1. Switzerland ( 3 tahun dulu)
( maaf - mutu gambar kurang memuaskan kerana saya hanya menggunakan henfon "blackcurry cap baba's" - tak macam Finaz punya )
Video 2: Pemandangan dari belakang rumah (3 hari lepas)
Video 3: Pemandangan dari arah yang berlawanan.
Video 1: diambil semasa senggang selepas seminar yang terpaksa saya hadiri. Kata pemandu pelancong, di kawasan ini selalu di buat penggambaran cerita Bollywood. Hari tu saya harap sangat dapat berjumpa Aishwarya Rai .. ( maklumlah dah lama tak jumpa .. jumpa dulu pun masa saya masih kecik-kecik lagi)
Video 2: diambil dari belakang rumah saya dari kiri ke kanan. Jelas kelihatan gunung-ganang, highway baru (betul-betul high) merentasi Bukit Putus dan burung enter frame !
Video 3: pandangan dari kanan ke kiri (macam askar pulak !)
Pemandangan dari belakang rumah saya lagi cantik dari Switzerland kan ?.. cuma tak ada ais sahaja. Itu baru belakang rumah ..! Kalau dari depan, entah macam mana lah agaknya ? Sesiapa nak datang ambil gambar, silakan (dengan dikenakan sedikit bayaran - tak ada lah mengarut jer !)
Kepada Linda, Finaz dan Yunus Badawi yang sebelum ini pernah cakap-cakap nak datang, tapi belum kesampaian, tengok jer lah video 2 dan 3 tu dulu. Sekarang ini angin tengah kuat, tapi sayang tak dapat nak tunjukkan .. !
p.s. nampak tak highway baru tu .. siapa yang tak nampak, tak lama lagi .. kena buat cermin mata lah tu !
.
.
.
.
salam tuan...
ReplyDeleteVideo satu .. patutlah saya terbau curry !
and... saya teruja nak datang kerumah tuan . Betul !
masaalahnya...
macam mana nak datang ? kena panjat ke sbb rumah tuan sangat high .. atas gunung kannns.
and ...
takleh lalu bukit tuh . sebab dia dah putus !
minta penjelasan . hahaha
liNda
ReplyDeletetahniah kerana jadi orang pertama melawat belakang rumah saya.
kalau nak datang tu .. orang kata hendak seribu daya tak hendak seribu dalih ! masa tengah bercinta dulu kata .. gunung sanggup ku daki, lautan api pun sanggup ku renangi, tapi kini .. janji tinggal janji !
p.s. bukan mata awak sahaja yang tajam, hidung awak pun tajam gak rupanya !
salam..
ReplyDeleteheeeeeeeeeee, cantik!!!
bila hiway lekas nak siap?
hari tuh lalu cuma sampai mantin jer. terpaksa gak la redah bukit putus, ingatkan dah tak perlu lalu, heee...
bila lagi la nak lepak makan cendol pak leman dawi ni, heeeeeeee
Salam Kanda...
ReplyDeletedinda pun rasa teringin nak datang bertandang.. :)
alamak jadi org ke4. Tapi saya bukan cina tak jadi masalah kan?
ReplyDeleteBukan saja pemandangan video 2 & 3 lebih cantik dari video 1 tapi rumah kat video 2 dan 3 tu sgt cantik. Seganlah saya nak singgah mcm ni. Rumah saya kecik aje - maklumlah rumah teres huhuhu
Burung yg enter frame tu rasanya lepas makan buah di rumah saya hehehe
ReplyDeleteKalau dari rumah abg boleh nampak jalan baru kat bukit putus tu, maknanya dari jalan tu pun boleh nampak rumah abglah ya. Semalam saya terjengah2 juga bila nampak rumah2 kat LH dari atas bukit tu. Tapi tak tahu mana satu rumah abg. Rumah Tijah nampaklah. Tapi dia dah pindah huhuhu
ReplyDeleteSalam uncle,
ReplyDeleteIndah sungguh pemandangan belakang rumah tu...kalau sediakan set meja santai boleh dapat banyak ilham untuk cipta pantun2 best tu uncle.
Kalu KAKCIK jadi nak bertandang, bagitau jer.. Azie pun ingin gak nak mengiring.. hehehe..
ReplyDeleteHmmm, kedohog tu best gak untuk berbincang pasai agama..
ReplyDeleteTakut AL hambat turun kok belakang tu bila teggelam punca .. nayaa..
heh heh heh
Sena Creek
blueCITY
ReplyDeletesaya difahamkan LEKAS HIGHWAY tu akan siap dalam tahun ni juga. saya pun dah tak sabar menunggu supaya ia lekas siap !
kakcikseroja
ReplyDeletedipersilakan .. kecik tapak tangan nyiru saya tadahkan (tapi nyiru memang tak ada kat rumah saya)
YB 1
ReplyDeletejanganlah nak merendah diri .. berapa kerat jer blogger yang ada kapalterbang macam awak.
YB 2
lupalak nak tanya kat burung tu ! tapi burung tu dari arah Kuala Pilah. awak ada rumah/orang rumah lagi ke kat Kuala Pilah ?
YB 3
lain kali jangan jengah2 dari atas bukit tu, bahaya semasa menurun.. saya sendiri pun tak tahu mana rumah tijah dulu. dia bagi alamat yang salah. melepaslah dia nak makan durian.
YB 3
IRIS
ReplyDeletekat dah meja dah tu ! ilham pakcik selalu datang masa memandu kereta ke pejabat dan balik. kejap je rasa dah sampai.
aziezah
ReplyDeletesilalah mengiringi dia .. jangan mengereng pulak !
ASC
ReplyDeleteoh benda tu namanya kedohog ! kalau takut tenggelam punca, bawa pelampung siap2 !
hujan emas di negeri orang..
ReplyDeletetp serius.. cantik lagi pemandanan belakang rumah uncle.
he he he
Sori bro..video lambat keluar..kena tunggu time boleh tengok ni..
ReplyDeleterumah daun kecil daripada dapur en al saja kot
ReplyDeleteumah eteh sekali tu ke bang? fuyooo. untung la dapek situ. view sangat permai nihh...patut angin mendobut!
ReplyDeleteohhh..hiway baru ke kuala pilah tue ye, tuan..nampak-nampak coz very high dia punye way kan..oh ya, lekas dh siap ke tuan??
ReplyDeletesl tEDI
ReplyDeleteharap2 pemandangan tu biarlah kekal sampai bila2 .. maklumlah harga balak mahal sekarang ni.
relevan
ReplyDeletetunggulah, jangan bimbang .. kawan tak delete !
Duan Bidara
ReplyDeleteyang penting rumah sendiri.. kecil besar tak kesah.
tijah
ReplyDeletekira ateh jugalah daripada yang bawah tu.. angin memang kuat sekarang. bunyinya menakutkan sampaikan anak abang lari tidur kek bawah.
Den kepingin nak umah besor atas bukit!
ReplyDeletesahromnasrudin
ReplyDeletesaya pun berharap LEKAS HIWAY tu lekas siap. BlueCITY pun nampaknya minat juga kat hiway tu ! bagus mata awak ..masih terang lagi boleh nampak hiway ke KP.
naizaf
ReplyDeleteselang sebuah rumah saya tu, ada tanah masih kosong lagi .. kalau minat boleh saya risik2kan. komisyennya 25% jer.. kengkawan punya fasal.
p.s. ini loghat mana awak cakap ni.
Cantiknya rumah. Tahniah utk awak & wife awak. Cantik sgt rumah awak. Mesti susah nak jaga kan. Awak tahu apa yg saya nampak dr vid awak tuh? Saya nampak ada sebuah keluarga yg sgt happy duduk didalamnya... Tahniah again!
ReplyDeletep/s: blackcurry haha...!
area lavender high tu memang cantikkan permandangannyer... mil & fil hajar pernah bawa pusing2 kat situ.. sangat cantik rumah2nyer...
ReplyDeleteSalam tuan,
ReplyDeletepernah lalu bukit putus sekali je dalam hidup sy. Tak sanggup rasanya, habis mabuk2.
finaz
ReplyDeletesiapa cakap itu rumah saya.. sebenarnya itu rumah ayah kepada anak2 saya. saya minta maaf.. sebab terbabas ambil gambar rumah tu. saya sebenarnya nak tunjukkan pemandangan disekeling taman perumahan saya.. disamping timbulkan rasa kemegahan terhadap negara sendiri. itu sahaja. sekarang baru saya sedar saya mungkin telah di anggap oleh orang lain nak menunjuk2. never crossed my mind masa ambil gambar tu nak menunjuk2. apa nak buat benda dah terjadi. takkan nak delete pula gambar tu. what do u think ?
hajarus
ReplyDeleteoh awak pernah sampai ke kawasan ni rupanya. rumah orang di sini banyak yang cantik2. rumah saya sebenarnya kecik je. banyak lagi rumah orang lain yang lebih besar dan cantik2. saya suka kawasan ini, udaranya dari gunung masih segar dan waktu malam cukup tenang dan sunyi. dari video itu pun awak boleh dengar bunyi burung berkicauan. lain kali kalau datang ke sini bolehlah singgah rumah saya.
p.s. mil @ fil siapa ?
aidah
ReplyDeletememang saya dulu pun masa kecik2, mesti muntah punya bila lalu bukit putus ni. sekarang jalan dah elok - tak bengkang bengkok lagi.
V1- rasa-rasa macam tak pernah pergi lagi...tahun depan kot
ReplyDeletev2/v3- rasa-rasa macam dah berkali-kali-kali-kali pergi kat sinun...nape ler tuan rumah tak pelawa makan durian
delete?? tak sorang pun comment yg negatif kan..? so dont worry so much ok.
ReplyDeleteI rasa view sekitar rumah u + pemandangan kat area rumah u mmg menarik & cantik. That's why i komen cam yg earlier tuh. Takde maksud lain pun. Again, u dont worry so much okay..
p/s: Kekalau saya TERdtg kat sana boleh lah kita amik gmbr sama2 then letak dlm blog kan. Mesti cun punya..(hehe..)
salam En.al-...
ReplyDeletehai bila la dapat saya jengah tempat en ni...dulu zaman muda-muda pernah le lalu bukit putus tu..hampir putus nafas...semput...
rindu kat rumah di senawang
ReplyDeleteikan emas
ReplyDeletesaya pun orang beri .. tapi kalau kebetulan awak datang, bolehlah kita makan bersama kat pondok belakang rumah saya tu.
finaz
ReplyDeletebetul awak tak fikir begitu ?
bila saya baca Daun Bidara punya komen tu .. tetiba saya rasa lain macam pulak.
p.s. kalau awak nak datang, beritahu seminggu lebih awal sebab saya nak berdandan dulu.
mamai
ReplyDeleteboleh duduk sini semula, boleh kita berkawan !
adilah
ReplyDeletelain hulu lain parang .. sekarang bukit putus dah macam banjaran Alps di musim panas tau !
Cantiknya rumahhhhhh.....
ReplyDelete(Pagar rumah tu saja sama harganya dengan rumah saya agaknya tau!)
:)
Loghat eden loghat "Wan Malaysia"
ReplyDelete(p/s: eden kan isteri "Enche" Wan. hehehe)
Salam..
ReplyDeleteTak pernah sampai Bukit putus... selalunya sampai bukit yg bersambung je..hi..hi..hi.
Cantik view belakang rumah. Angin tentu kuat. Rumah saya yg tepi kaki bukit Kayangan ni pun, anginnya kuat sangat dan sejuk (org sini kata musim timog)
abg...sy rasa nak g swiss la..tapi lebih baik g blakang umah abg..
ReplyDeletememang cantik, menarik, tertarik dan debommmmmm.....
ReplyDeletesegarnya minda kalau dapat menikmati pemandangan sebegitu setiap hari.....
xiiinam
ReplyDeleteini sudah terkeluar dari skop perbincangan. kita sedang membincangkan keindahan alam dari belakang rumah saya, bukannya membincangkan rumah saya. yang nampak banyak tu rumah jiran saya. rumah saya sikit jer dalam video tu !
naizaf
ReplyDeleteye ker En. Wan tu orang Nogori ? dia suku apa ? dia boleh jadi undang tak ? atau boleh jadi yamtuan ko ? nampak wajahnya macam keturunan keraton !
shaniza
ReplyDeleteBukit Lagi kat Kangar tu kan ke bukit putus! tentang angin tu, dia bergantung.. kalau hari panas dia bawa angin panas, tapi kalau cuaca sejuk, anginnya memang sejuk. kena pakai baju sejuk or baju panas !
alvin
ReplyDeletedatanglah.. FOC, tapi jangan lepaskan ayam hutan pulak !
ain
ReplyDeletebenar.. sejuk mata memandang. haraplah hutan tu tak bertukar menjadi balak nanti. bilik tidur saya dibawah sebelah belakang yang nampak dalam video tu. bila buka pintu terus nampak gunung ganang tu ! macam duduk resort rasanya.
burung tu dari rumah saya tapi dia buat satu lap kat Kuala Pilah. Takde rumah kedua kat Pilahdelphia tu bang. Kalau kat tempat lain tu tak tahulah.
ReplyDeletetenet sy wat hal le.. x kuar lak pic tu huhuuu.. baru ni lak bleh msuk
ReplyDeleteen al,
ReplyDeletetak kisah lah besar ke kecil rumahnya, yang penting cukup happy untuk en el sekeluarga
yunus badawi
ReplyDeletehebat burung awak tu ! buah apa yang awak kasi makan ?
maiyah
ReplyDeletekalau tenet buat hal, memang tertekan kita di buatnya .. sebab kita jadi 'helpless' .. tak boleh nak buat apa2 kan ?
daun bidara
ReplyDeleteyang penting kita gumbira, walau rumah kita atap rumbia, dengan syarat ia tak bocor lah .. dulu rumah saya guna atap rumbia gak !
rumah saya di tingkat 16 lagi tinggi nampak habih KLCC sampai ke senawang...
ReplyDeleteye ke ni?
hajarus
ReplyDeleteawak x yah jawab. mil & fil tu saya dah tahu dah. terima kasih kepada orang itu yang susah2 telefon saya.
kat tempat saya, kita orang tak panggil mil & fil tapi kita orang panggil pmk & mmk.
burung yg tu tak hebat mana. Ada yg terbang sampai Siberia lepas makan buah kat rumah saya tu hehehe
ReplyDeleteanNahlu
ReplyDeletekalau begitu saya mengaku kalah !
yunus badawi
ReplyDeletekalau ada benih buah tu, bagi lah sikit, nak cuba tanam kat sini !