Kalau sebelum ini kita telah melihat ada di antara imam, polis, askar, kawan, nenek bahkan anak sendiri tidak boleh di percayai, maka dalam entri yang terakhIr seBelUm ini, saya ada mengajukan soalan "adakah sesiapa lagi yang boleh kita percaya"?"
Jawapannya. Memang ada. Kita tak payah pergi jauh-jauh mencarinya. Orangnya paling hampir dengan kita, bahkan suatu masa dulu pernah bersatu dengan kita, semasa kita berada dalam kandungannya! Siapa lagi kalau bukan ibu kita. Lihat sahaja dua keratan akhbar di bawah.
Jawapannya. Memang ada. Kita tak payah pergi jauh-jauh mencarinya. Orangnya paling hampir dengan kita, bahkan suatu masa dulu pernah bersatu dengan kita, semasa kita berada dalam kandungannya! Siapa lagi kalau bukan ibu kita. Lihat sahaja dua keratan akhbar di bawah.
Berita Harian: 7 Januari 2010.
Tekanan punca tindakan ganas: Ibu percaya kejadian bukan di sengajakan, sedia maafkan perbuatan anak.
Kejadian ini masih hangat lagi diperkatakan. Ia telah menggemparkan masyarakat seluruh Malaysia. Seorang anak lelaki telah mengambil nyawa 4 ahli keluarganya termasuk nyawa ayahnya sendiri. Walau pun ada orang lain menyumpahnya dan mengatakannya sah akan masuk neraka tetapi ibunya yang mengandung dan membesarkannya tampil mempertahankan serta bersedia memaafkan anaknya. Ibunya percaya anaknya tidak bersalah. Ibunya percaya anaknya melakukannya dengan tidak sengaja. Lantas ibu itu menganggap insiden ini sebagai suatu takdir ilahi. Walaupun ibu ini juga turut kehilangan seorang suami, seorang ayah, seorang ibu dan seorang anak perempuan, tetapi tiada dendam di hatinya. Bahkan sedia memaafkan pembunuhnya. Kerana apa? Kerana pembunuh itu juga adalah anaknya!
Lihatlah ! Begitulah kasih ibu. Tiada yang setara dengannya. (Lantaran itulah dalam entri yang lalu, saya merasa amat sedih dan terkilan dengan Dr. PhD itu. Sedangkan tinggal di rumah pemberian ibubapanya dia sanggup mengusirnya, tak tahulah saya kalau ibubapanya menumpang dirumahnya. Mungkin telah disepak terajangnya ibubapanya).
Sebagai kesimpulannya dengan mengambil iktibar dari insiden di atas, kita dapati hanya ibu sahaja yang berani tampil membela anaknya. Tidak ada orang lain yang berani berbuat begitu. Walaupun ada orang lain mungkin gembira melihat si anak itu di tangkap lantas menjatuhkan hukuman, namun si ibu ini tetap sayang dan mempertahankan anaknya. Dia masih tetap mengatakan anaknya adalah seorang anak yang baik dan tidak bersalah. Sungguh pengasih, pelindung, tabah, suci dan mulia sungguh hati si ibu ini ...! Adakah orang semacam ini tidak boleh kita percayai ? Adakah ada sesiapa di antara kita yang tidak mempercayai ibu sendiri ?
~ Dengan ini tamatlah episode pencarian siapa yang boleh kita percayai ~
p.s. Saya sangat tertarik hati dengan pemilik2 blog ini - linda dan alvin - kerana cukup pandai menjaga hati dan menyenangkan hati ibu mereka. Dan rasa cemburu pun ada, kerana saya tidak lagi dapat berbuat apa-apa kepada ibu saya, kerana dia telah terlebih dahulu dipanggil menemuiNya ... kecuali doa.
samalah kita.. hanya doa dapat dikirimkan buat ibu 'di sana'..
ReplyDeleteSalam Tuan,
ReplyDeleteKalau nk cerita bab stress ni sebenarnya agak subjektif sikit. Masyarakat skrg ni mmg hidup penuh ngan tekanan, dari budak sekolah hinggalah ke org tua. Anak sy sendiri pernah mengalami stress ni, kalau nk tau kisah dia boleh pergi ke http://aidahomeer.blogspot.com/2009/08/aku-dan-gangguan-bipolar.html . Kalau tak kena kita tak percaya. Sy boleh rasa perasaan ibu tersebut. Mula2 berita tu keluar sy dh beritau mak sy jangan2 budak tu ada tekanan perasaan tak. Org kita memang tak percaya benda2 ni. Tapi masa anak sy kena barulah sy faham
Lilin Yang Membakar Diri
ReplyDeleteYang Sudi Menerangi
dan Juga Menemani
Di Sebalik Kabus Wajah Yang Tersembunyi
Ada Titis Airmata Yang Membasahi
Engkau Lindungi
Tabah Walaupun Diuji
Dengan Rela Hatimu
Menempuh Segalanya
Apa Yang Engkau Lakukan
Tiada Paksaan
Atas Rasa Kasih Sayang dan Kejujuran
Itulah Lambang Jadi Pedoman
Engkau Seumpama Air
Lembut dan Tenang Mengalir
Bisa Mengalihkan Gunung
Tetap Berdiri
Malah Engkau Melembutkan Hati
Yang Dilanda Duka Dengan Kata-kata
Andai Hatiku Retak Seribu
Kau Cantum Kembali
Tanpa Rasa Jemu
Bagaimana Untuk Membalasnya
Memang Tak Terbalas
Budimu Yang Ikhlas
Hanya Doa Sebagai Pengganti
Yang Harum Mewangi
Di Persada Hati
Duhai Bonda
Lirik Lagu ” Penawar Kasih “
Artis ” Jamal Abdillah “
ohhh, ibu..kau disiram bayu pagi..
ReplyDeletekehilangan terasa kini dan kesepian..
dan aku bagai purnama gerhana..
diibarat lautan kering, tiada tempat..
kulayangkan hasrat kuini..
Tuhan Yang Esa..ampuni dosa ibu..
tempatkan mereka..
diantara kasih kekasihMu..
ohh ibu..kau kasih sejati..
Kasih ibu kasih ke syurga...
ReplyDeletekita nak percaya saper pun tak tahu kita pada Tuhan kita
ReplyDeleteOh Ibu..Oh Ibu Oh ibu... di bawah telapak kakimu dinukilkan adanya syurga...Tepat sekali ibu adalah penawar bagi kita... ibu sanggup menerima apa saja demi untuk anak-anaknya...
ReplyDeleteKerap didengari.. seorang ibu sanggup menjaga seberapa banyak anak.. tapi belum tentu 10 anak sanggup menjaga ibunya ooh ibu.. kau lah penawar hatiku...
Mana-mana pun ibu adalah penting peranannya... ibukota, ibunegara, ibu sawat, ibupejabat, ibu..ibu. apa lagi.... macam-macam ibu.
Tanpa ibu.. kemanakah kita-kita ni.. oleh tu dalam mana2 peradapan pun ibu mempunyai darjat yang tinggi di sanjung dan perlu dilindungi.
Oleh tu N3 komenSen akhirnya meletakkan ibu memang tepat sekali... bagi ana yang telah kehilangan ibu amat terasa... kesunyian dan hausan kasihnya.. hanya iringan doa dan menjaga tatasusila mengekalkan nama baik keluarga demi untuknya yang dapat ditaburkan... Oh ya rabbi Kau ampun lah dosa kedua2 orang tuaKu dan sayangilah mereka seperti mereka menyayangku semasa aku masih kecil.. amin
Salam tuan...
ReplyDeleteSaya suka cara penutupan yg tuan lakukan . Bersahaja dan penuh bergaya. Ada terbit rasa hiba dan terharu jua dihati ini .
Emak.. Ibu..Mama.. Bonda..Ummi... or apa sahaja gelaran yang diberikan . Adalah anugerah Allah yang terbaik !
kakcikseroja
ReplyDeletekita tetap akan menyusul .. entah esok atau lusa !
aidah
awak sebagai ibu tentulah cepat dapat merasakannya. maaf ! saya gagal utk memasuki entri yg disebut itu. nanti saya cuba lagi.
ikan emas
awak menambahkan sayu perasaan saya!
sungguh rugi bagi anak2 yang menderhakai ibu sendiri.. tak terbalas jasa beliau kepada kita..
ReplyDeletesahromnasrudin
ReplyDeletelagu ini memang amat menyentuh hati.
DUN Behrang
memang tepat sekali.
mamai
awak baca ke tak baca ni ?
anNahlu
ReplyDeleteada orang kata, apa yang ada didalam mulutnya pun sanggup dikeluarkan untuk anaknya. sesungguhanya akhi seorang anak yang soleh !
liNda
sebenarnya didalam entri tu di bawah sekali (di p.s) ada link ke blog awak. ia sekaligus menjawab soalan awak dalam entri awak. tak perasan kot !
Salam Tuan,
ReplyDeleteKalau tak dapat link boleh klik N3 2009 bulan August punya N3. N3 tu masa awal2 sy buat blog.
pengorbanan ibu tiada penghujungnya..
ReplyDeletesy syg ibu sy.. ;)
ReplyDeleteYup ! saya tahu . Inilah 'suspens' yang paling terbaik saya terima .
ReplyDeleteowhh tuan,
Sebenarnya saya terharu. Apabila pembaca seperti tuan dpt memahami apa yang tersurat dan tersirat segala coretan dan luahan saya bersama emak .
TQ SO MUCH !!
aidah
ReplyDeletesaya dah baca dan ini komen saya.
1. boss tu makna suaminya lah kan?
2. bagaimana dgan Tasya sekarang ni?
3. nasib baik Tasya segera di ubati. kita kena pelbagaikan ikhtiar.
4. pengajarannya .. perfectionist juga x semestinya baik dan biarkan anak berkembang ikut kemampuan mereka.
5. Dr juga manusia manusia.
6. Dlm kes Rashidi, kita tunggulah siasatan dan keputusan perbicaraannya nanti.
7. t.kasih kerana berkongsi pengalaman.
Salam tuan,
ReplyDeleteTqvm fr yr comment. Ya 'boss' tu my hubby. Kadang memang sy panggil dia boss pun. anak sy Tasya skrg ni alhamdulillah dh Ok. Tapi masih kena rujuk Dr kat HUKM lagi. Dr kata as they grow lg byk problem they all kena hadapi, so dia kena belajar mcm mana nk tangani all those problem.
...dah jadi ibu, ckLah semakin insaf akan pengorbanan ibu...
ReplyDeletesaya sangat setuju!
ReplyDeletehargailah kedua-dua 0rg tua sementara masih hidup...
ReplyDeleted0akan arwah ibu pakcik ditempatkan dikalangan 0rg beriman..aminn~~
aidah
ReplyDeletekata orang setiap penyakit ada ubatnya. Dah besar nanti ok lah dia tu ! sebab banyak saya dengar kisah macam tu, penyakit itu hilang beransur2 seiring dgn pembesaran.
xiiinam
anak2 kita nanti bila jadi ibu bapa akan merasa juga apa kita rasa ... mungkin dlm persekitaran yang berlainan.
finaz
kalau sudah setuju, kes ditutup !
sharamli
t.kasih atas doa anakanda.
abg...sy percaya pada abg..
ReplyDeleteso sy harap sgt abg tak bertindak ganas bila abg hadapi tekanan perasaan..
maiyah
ReplyDeletet.k kerana tak jemu2 ziarah.
master teddy
begitulah sepatutnya.
che' Pit
kenyataan yang memperkukuhkan point saya.
alvin
ReplyDeleteinsyaallah tidak, kalau awak baca entri saya sampai ke ruangan p.s. di bawah sekali ...
salam..
ReplyDeleteIbu insan paling istimewa yg sanggup bersusah payah utk anaknya. Anak boleh lupa ibu tapi ibu takkan lupakan anak malah akan sentiasa mendoakan anaknya...Semoga berbahagia hidup ibu-ibu semua.
dengarnya si anak ada dgr suara berbisik ketelingan kata 4 mangsa itu syaitan yg mnyamar. ngeri dowh!
ReplyDeletekasih ibu x bertepi ...
Kita semua adalah anak..jadilah anak yang baik...dan jagalah anak kita baik baik..
ReplyDeleteshaniza
ReplyDeletemoga2 arwah ibu saya dulu memaafkan segala dosa dan kesalahan saya kepadanya.
frodo
saya agak tentulah ada sesuatu gangguan kepadanya. kalau tidak takkan sampai begitu sekali tindakan yang telah diambilnya. diluar kewarasan manusia yg normal.
relevan
nasihat yang sangat baik. tk.
Salam al-lavendari,
ReplyDeleteDoa anak yg soleh akan tetap sampai kepada ibu dan ayah yg telah tiada. Kalau berkesempatan sedekahkan bacaan al-Quran setiap hari.
Ibu saya masih ada dan tinggal bersama saya. Mungkin berkat dari menjaganya hidup kami bahagia.
Salam . Tuan telah menamatkan pencarian ini dengan baik sekali.Ibu kaulah ratu hatiku.
ReplyDeletekat amerikana pun dah tak leh nak caya
ReplyDeletebatu dari bulan lah sangat?
ekekkekekk
yb
ReplyDeleteawak sungguh bertuah kerana dapat pahala hari2 dengan melihat wajahnya.
abu muaz
saya gembira awak setuju dengan kesimpulan saya.
bluecity
mereka lagi kuat membohong.
salam...
ReplyDeletewalaupun ibu telah tiada...namun kasihnya masih terasa...
tanpa ibu, kita tidak akan lahir ke dunia yg fana ini...
bila bergelar ibu...kita sentiasa berdoa agar dikurniakan anak yg soleh dan solehah kerana anak-anak sebeginilah yg akan menyenangkan kita dunia dan akhirat...