Apa dah jadi, apa nak jadi ? Dunia dah nak kiamat. Sudahlah dia tu imam, yang di cabul pemuda pulak tu ! Astagfirullah. Habis siapa lagi yang kita nak percaya, kalau dah imam pun jadi macam ni. Dulu-dulu kalau ada masalah, kita jumpa imam, minta nasihat dan pandangannya. Sekarang kalau kita ada masalah ... tak tahu kepada siapa nak mengadu lagi. Aduhai ...!
Apa dah jadi, apa nak jadi ?
Makin lama makin menjadi-jadi,
Tahun baru Masihi dua hari lagi,
Pasti berlaku macam-macam perbuatan keji,
Lindungi lah kami ya Rabbi ya Ilahi wahai tuhan kami,
Dari bencana tsunami dan gunung berapi,
Dari taufan dan banjir menenggelam negeri,
Hanya ihsan Mu sahaja yang mampu menyelamatkan kami.
Makin lama makin menjadi-jadi,
Tahun baru Masihi dua hari lagi,
Pasti berlaku macam-macam perbuatan keji,
Lindungi lah kami ya Rabbi ya Ilahi wahai tuhan kami,
Dari bencana tsunami dan gunung berapi,
Dari taufan dan banjir menenggelam negeri,
Hanya ihsan Mu sahaja yang mampu menyelamatkan kami.
perghhh ... tok imam cabul pemuda?dasyat gilerr. R U GAY TOK IMAM? Masyaallah ...
ReplyDeletetapi, abah wa pnh kata, kalau kita x pernah nak letak kepercayaan kat org lain, sampai bila2 kita takkan tau siapa yg boleh & x boleh percayai ...
Semoga kita dilindungi Allah selalu.
Astaghfurullah...
ReplyDeleteMemang gilo btul !!!
Mengadu kat polis kot, harap2 ada lagi lah peluang bergantung harap
percaya diri sendiri...
ReplyDeleteSemoga kita semua sentiasa dalam perlindunganNya. Amin.
ReplyDeleteastaghfirullahalazim..
ReplyDeleteimam mende le tu.. :(
Lor..makin banyak benda pelik2 berlaku atas dunia ni..apa punya nafsu Tok Imam ni..macam kuda..
ReplyDeleteYa ALLAH, jauhkanlah kami dari segala bala bencana yg turun dr langit dan yg terbit dr bumi..semoga kedatangan 2010 kan menginsafkan kita..
ReplyDeletePercaya kat diri sendiri laa
ReplyDeletedasyat!!! banyak perkara pelik berlaku ya.
ReplyDeleteenjin jet dilarikan orang.
imam cabul orang lelaki.
anak bunuh mak sendiri.
guru rogol murid
murid rogol guru dah ada kebelum, tuan ???
Memalukan..
ReplyDeletemalang sekali..
Semoga insan terbabit bertaubat/...
salam keinsafan ....
ReplyDeletemoga tenang selalu
salam tuan..
ReplyDeleteapa nak jadi..
apa dah jadi..
semuanya telah terjadi..
malahan semakin menjadi-jadi..
Pak Imam semakin memungkari..
leka pada nikmat duniawi..
alpa pada janji Illahi..
Oh Tuhan , lindungilah kami..
dari manusia yang berhati keji !!
nota : Tidak semua Pak Imam sebegitu . Masih ada yang berhati mulia .
frodo
ReplyDeletebetul juga kata abah awak tu !
annie
memang gila betul. nasib baik tak betul2 gila.
sharamli dan ikan emas.
kadang2 diri sendiri pun x boleh percaya. contoh: dah kunci kereta tapi patah balik tengok sbb tak percaya kat diri sendiri.
kakcikseroja
mudah2an diperkenankanNya.
maiyah
ReplyDeleteitu lah realitinya sekarang, tapi spt kata Linda, bukanlah semua.
relevan
saya tengok kuda pun tak macam tu. kalau kuda dengar awak ngumpat dia, mesti dia marah kat awak.
sahromnasrudin
saya turut mengaminkan doa awak.
abu muaz
soalan awak tu, saya tak tahu nak jawab sbb belum ada data lagi.
lanabulu
ReplyDeleteharapan saya begitu juga.
insan biasa
terima kasih atas ucapan awak.
liNda
ReplyDeleteterima kasih kerana menyambung lirik gurindam saya. hebat awak lagi!
saya setuju, bukan semua imam begitu. saya pun tak kata demikian.
kenapa nama awak, huruf 'N' nya guna huruf besar ?
astaga...
ReplyDeletemak..ai,dekat kiamat dah kot !!!
moga...kita xmencintai dunia dan nafsu...
ini bukan IMAM tapi setan namanya
ReplyDeletedmx dan mamai
ReplyDeletesemoga gejala ini tidak membarah !
Subahanalah! KomenSen banyak bawa saya lebih berfikir... yela!!, nak percaya kat sape? habis tu pada siapa yang perlu kita percayaiii..
ReplyDeleteDengar lah bisikan hati kecil kita.. Kata Hukamak percayalah pada diri anda kerana diri anda takan menipu.. dan dalam masa yang sama mohon perlindungan dari Yang Maha Mencipta yang menetapkan dalam segala perkara. " Ya Allah Ya Tuhan Kita, kami mohon kepadaMu daripada fitnah dan kelalaian dunia ini dan Berilah kebaikan hidup kami didunia ini serta kebaikan di akhirat, amin amin ya rabbi'alamin.
biasalah
ReplyDeletetentang percaya diri sendiri tu, cuba baca ulasan saya ke atas komen sharamli dan ikan emas di atas.
btw bila nak mula entri pertama?
Selamat tahun baru
ReplyDeleteselamat mengingati usia semakin bertambah.....
Tuan, kita ini sering di ganggu gugat keimanan oleh:
ReplyDelete1. Sesama muslim yg dengki kita
2. Puak munafik yg memang berpura2 muslim
3. Puak kafir yg memusuhi Islam
4. Nafsu yg membuak2 dlm jiwa
5. Dan tipu helah syaitan laknatullah yg memang misi hidup untuk menyesatkan manusia.
Maka ancaman dan ujian kita hebat sebenarnya, bukan on the surface saja. Jadi kenalah usaha untuk pertahanan diri dgn kekuatan ilmu, akidah, dan mohon pada Allah agar kita selamat dunia dan akhirat.
Semoga 2010 ini bakal mengundang rahmat Allah dan bukan bala Allah, insyaAllah. Janganlah kerana ulat seekor rusak timun sebijik.
macam2 dah jadi
ReplyDeletenak percaya siapa lagi?
percaya pada diri sendiri?
heeeeeeeeeeee
dunia akhir zaman
Similar dgn novel yg saya tgh baca, 'The Perfect Match' by Jodi Picoult. Kisah 5 y.o boy kena cabul by a priest. Mak budak tu, a district attorney, pulled a trigger & killed the priest right in the courtroom! Cool, kan?
ReplyDeleteNampaknya dunia dah terbalik.
Komen : Dunia semakin tua. biasalah perkara-perkara begini berlaku, oleh itu jadikan sempadan (hudud) untuk kita kembali ke landasan serta banyakkan beristifar...dan minta pertolongan daripada Yang Maha Pengampun. Kerana Dia suka kepada insan yang suka meminta-minta kepadaNya..
ReplyDeletePenjelasan: Al-lavendari, biasalah! dah mula masuk n3 tu.. cuba jengok-jengok lee..tahun 2010 ini ada azam baru nak polun kuat sikit dalam berblog ni. Mana tau boleh kongsi banyak ide-ide baru, pengalaman, cerita, dan pelbagai kebaikan yang dapat meningkat hubungan dengan Yang Maha Agung serta hubungan sesama insan dan alam ini... isya'allah mudahan di akhir tahun 2009 dan menjelang ambang 2010 dapat memberi kekuatan kepada kita semua, agar setiap detik yang dilalui memberikan makna-makna tersendiri..maka carilah makna-makna itu.
Al-lavendari! selamat tahun baru 2010, Kudoakan persahabatan kita terus berkekalan..selamat berblog. Tahun 2010 bermula dengan GERHANA. suatu yang menakjubkan setelah ramai meniti ke detik 12 tengahmalam pasti sambung dengan acara di masjid dengan sembahyang sunat gerhana bulan jam 1.17 pagi hingga 5.28 pagi di malaysia. Waktu maksimum/kepuncak GERHANA separa pada jam 3.24 pagi..biasalah akan jadi luarbiasa.. Selamat Menyambut Tahun 2010. amin
ReplyDeleteinsan biasa
ReplyDeletebenar ... kita sedang menghampiri destinasi terakhir.
sot
itulah yang saya risaukan, sebab nila setitik rosak susu sebelanga.
bluecity
benar ... banyak tanda2 dunia dah akhir zaman
naizaf
ReplyDeletesaya nak sokong mak budak tu di parolkan nanti !
biasalah
ReplyDeletet.kasih atas komen2 awak. komen2 itu sebenarnya sudah boleh dibuat 2 entri untuk blog awak.
saya cadangkan juga awak baca entri SOT tentang sambutan tahun baru 2010 dan juga komen saya di dalamnya.
Tuan Al-Lavendari,
ReplyDeleteDi Msia mak budak tu x layak parol cos murder offence is categorised in the Fourth Schedule.
Di US boleh kot....
naizaf
ReplyDeletenampaknya kena pergi langkawi lagi ni, belajar semula ttg 4th schedule. sambil tu boleh gak try teh tiga lapis. setuju tak?
Owh tuan...
ReplyDeletetq kerana bertanyakan soalan itu . Nampaknya tuan sangat teliti . Memang ada maksud tersendiri .
Ada unsur kreatif - ianya mewakili diri saya .
ini la padahnya kalau "tok imam" tu sekadar jawatan je..tapi akhlah tak seperti tok imam.
ReplyDeleteekceli bukannye tok imam ni tapi disensasikan oleh pihak media.
ReplyDeletelinda
ReplyDeleteoh gitu ke, ingatkan N tu macam 'and' in english.
fadzillah
ReplyDeleteharap2 ini adalah kes terpencil
mr penyubiru
ReplyDeletejahat media ni ! tak apalah, kita ambil pengajaran darinya.
Ini mcm kes kat gereja pulak....
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteBetul ke kes ni atau fitnah saja?
Tapi kalau betul, memang imam tu tak boleh lg diikuti.
Firman Allah yg bermaksud;
Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan.
Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya (surah Al-Baqarah ayat 11 dan 12).
yb
ReplyDeletesekarang ni semuanya dah tunggang langgang.
shaniza
kalau fitnah, surat khabar tu mungkin dah kena saman !
agak syaitan kelas pertama kot yg goda2 tok imam tuh...
ReplyDeleteFinez
ReplyDelete1. akhirnya awak menjelma di celah2 bulan gerhana.
2. imam itu mungkin ibarat 'musang berbulu ayam' kot ?
assalammualaikum
ReplyDeletehanya Allah pelindung kita
Owhh, tuan lebih kreatif dari saya !
ReplyDeleteaklcitizen
ReplyDeletebenar ! tak dapat nak di persoalkan lagi.
linda
janganlan terlalu merendah diri pulak ! ngaku je lah.
Salam al-lavendari...
ReplyDeletedunia skrng ni dh mcm2 benda pelik jadi,rasa takut pun dh membuak2..
nthla,pe nk kata pun xtau...susah dh nk menilai org dr luaran...nmpk baik,tapi hati..Allah je yg tahu..
Semoga kita sentiasa dilindungi...Amin..
dunia sudah berubah..susah nak percaya sumer org skang nih..hati2 je leh..
ReplyDeletesalam...lorrrrr..apa kes plakdiorng ni..dah imam leh wat mcm ni..sapa lg nak caye?????tp imam pn manusia..bkn malaikat...cumakene tau gaklah k..
ReplyDeletedeeja
ReplyDeletekita hidup dialam realiti ni, semua tu kenalah tempuhi dan mohonlah perlindungan dariNya sentiasa.
jmr
ReplyDeletepandai2lah memilih teman. tkasih atas kunjungan kali pertama.
muhamad arif
ReplyDeleteharus sentiasa arif mencari kawan.
tkasih atas kunjungan kali pertama anda.
Sia-siakan gelaran Imam yang orang bagi...
ReplyDeleteSalam Tuan Rumah!
xiiinam
ReplyDeletesalam kembali. tkasih kerana sudi singgah kali pertama.
Tuan Al-Lavendari,
ReplyDeleteNanti kita try teh tiga lapis kat the Teh Tarik Shop. Kalau tiada aral melintang & kalau umor panjang.